Wednesday, November 18, 2009

Seorang abang...


Nak buat entry lain sebenarnya (lanjutan dari entry sblm ni n psl Auliya 8 bulan.. hihi) tapi ni pulak yg jadinya... sbb duk tgk zukhruf ni mmg concern ngan adiknya.

Ni baru lps mandikan adik oliya (petang)... Dia sibuk la nak sikat rambut adik dia... Umi, mari abg sikat rambut adik... huhu. Risau gak aku kalo dia buat kuat2... Mmg kena tgk jugak la depa ni (takleh biar dia buat sendiri!).

Sblm tu suap adik dia makan, dia pun sibuk jugak nak suap. Umi, abang nak suap adik jugak, mari abg buat pulak... huhu. Bg la dia suap sekali. Selalu mcm tu skang ni.

Hari tu aku ada bagi air masak dlm botol kan kat auliya (jarang2 je, skg time makan je la bg)... Tgk2 zukhruf duk buh air masak kat dalam botol tu. Aku pun, heyyy abg nak buat apa tu? Abg nak bagi adik oliya, dia nak minum air.... huhu.

Zukhruf mmg takde la sengaja nak mengacau or 'buat' adik dia. Tapi kdg2 tu dia kasar... Dia ingat adik dia cam org dah besar. Ada jugak time dia tgh main2 ngan adik dia tu terkena si chekmek tu, cam dia terbaling kuat sst menda tu, kena adik dia... huhu. Tapi selalu dia tak sengaja la... Itu la, cakap kat dia, adik tak pandai lagi sambut (cam bola kecik), gelek ats lantai je la nak bg kat adik... huhu.

Dia jugak suka mereport kalau apa2, mcm...

"Umii... adik oliya dlm bahaya..." (huhu.. takde apa pun sbenarnya)
"Umiii... adik nak gi dapur tu..."
"Umi, adik oliya berak ke ni bau busuk"
"Umi, adik oliya kentut..."
"Umi, adik oliya nak susu la tu.."
(bila auliya nangis)
"Umi, adik oliya nak tido" (bila tgk kawan tu menguap)
"Umi... adik makan apa ni??" (bila tgk auliya ada masukkan sst dlm mulut, chekmek ni mmg kuat ngutip skg. Rasa cam dah takde apa ats lantai tp ada je benda yg dia jumpa cam sebiji nasi or serpihan biskut yg terjatuh.. huhu)

Dia jugak selalu nak peluk n cium adik dia kuat2... Aku tahu dia mmg sayangkan adik dia... tapi risau jugak.. huhu. Selalu pesan kat dia, jgn peluk adik kuat2, adik tak suka (auliya mmg tak suka org peluk dia kuat2, nak korek telinga dia pun marah, nak buang hingus dia pun tak bagi -ada la time selsema aritu).

Tanya jugak zukhruf, abang sayang ke tak adik? Dia jawab, sayang la, sebab adik kita.... (selalu bgtau dia kesian adik kita, dia kecik lagi... kena sayang dia, kena jaga dia... huhu)

p/s: Oh ya aku dah beli Growell tadi. Rupa2nya ada kat kedai yg jual brg2 ubatan kat rumah kami ni... RM7.90 jer. Tin mcm tu lagi tak ubah2... hihi.

10 comments:

rosma said...

sangat comel gelagat adik n abg nih...mmuah utuk abg n adik...teringat kat anak sedareku..huhuhu nak tgu anak sendiri.xnmpak2 g....

cahaya_srikandi said...

comelnye la abg zukhruf n adek oliya.. rindu plak mummy kt cni... insyaAllah kite jumpe raye haji nnti!!

MiJa said...

harap zharif pun nnt mcm zukhruf..sgt bagus ok!

kaklong nuzula said...

rosma ~ insya Allah nanti ada anak sendiri.. hehe. thanx selalu jenguk sini..

mummy ~ mummy tok tgk lagi adik oliya nyulur. laju sungguh! ni adik oliya nok ngakok doh.. insyaAllah jupo raya aji nati. jgn lupa bowok balik kek lapis sarawak yg sedap n paling mahal desss... hihi.

mija ~ payoh jugok rajin sgt ni mija... huhu. penah sekali tu dia tlg bukak baju adik dia masa nak mandi... huhu. toktahu dia buat macamana... n skg ni ada la nak pakaikan stokin adik la... dia cakap, adik, dok diam la abg nok pakai stokin ko adik ni.... huhu.

Asyida said...

nak try cari jugoklaa growlier tu. ingatkan mahal

kaklong nuzula said...

Murah jah syu. Auliya mkn jugak la. Bg dia mkn pagi.

EdaManAli said...

uhhuuu...abg iman asik kaco aisyah je skrg...berebut mainan...xreti laa nk handle keadaan ni...mcm mane nk ajr dia spya xkedekut ngn adik. k.long buleh ajar ke? zukhruf baik je...mmg gud boy!

kaklong nuzula said...

eda ~ situasi kite agak lain. zukhruf dapat adik ketika dia dah 4 thn lbh, sedangkan iman lagi rapat kan... zukhruf byk menda dia dah dia blh fikir. penah jugak (time dia ter-kena adik dia tu) cakap, abg tak sayang kat adik ke? kalau abg tak sayang adik, kita bg adik kat org lain la... terus dia nangis (mmg nangis la!) n cakap, tak nakkkk... abg sayang adik, nanti abg takde adik la... tu dia cam beringat2 tu... haha.

mcm mainan mmg dia nak main ngan adik dia, even adik dia tak reti apa lagi. sebenarnya masa dlm perut lagi kalau beli mainan apa kat dia, selalu cakap nanti abg main ngan adik yer... n dia pun cam tu la, duk tanya bila adik nak kuar ni, nak main ngan adik... hahaha. kalau ada apape yg lebih dari satu dia akn cakap ni abg nak bagi adik (padahal adik tak kuar lagi)...

rasanya dlm situasi eda semua benda kena beli 2, ikut pengalaman tgk org yg ada anak rapat ni. cam kalau beli apa2 kat abg, adik pun kena ada, begitu juga sebaliknya.

takpun kena cakap jugak kat si abang, bagi kat adik pulak, kesian adik, dia nak main jugak. abang kan dah banyak umi beli mainan (ada gak ckp cam tu kat zukruf)... mmg masalah anak2 berebut mainan ni menda biasa, even kita dah beli 2, sorang satu pun dia boleh berebut lagi.....

kaklong nuzula said...

oh ya eda, mcm zukhruf ni dah besar kan susah jugak. rajin sangat. semua dia nak buat jugak... itu la, suruh dia apa yg patut, tlg amik tuala adik.. gitu je la. skg ni mintak nak dukung adik plak. nak riba tu selalu la.

n skang ni bila suh dia baca Iqra' bgtau dia, nanti abg pandai abg ajar adik. Dia pun cakap cam tu la kat adik, nanti abg ajar adik deh.. hihi.

EdaManAli said...

ye kot...iman xpaham lg konsep sharing...dh beli 1 sorang pn nk jgk adik aisyah pya...
eda mmg suke bace cite zukhruf. mmg dia juruh...mitok2 iman bsr mcm zukhruf...