Ni saya amik (copy paste) daripada Mum7kids (tulisan beliau sendiri rasanya)....
Mengapa perlu guna pad dan pantyliner kain?
Gunakan pad atau pantyliner dari kain? "Ho..ho..tidak sama sekali kerana saya adalah wanita moden yang sibuk dan bekerja". Jika jawapan ini tidak asing bagi anda, saya fikir anda perlu berhenti dan berfikir sejenak... mengapa pada zaman moden ini, cloth sanitary pad/ pantyliner ini muncul dan seperti cloth diaper, ia mempunyai pasaran yang sangat luas dan sambutan yang sangat baik di negara-negara maju (saya ulang-di negara-negara maju) seperti di USA, UK, Canada, Australia dan Jepun yang para wanitanya juga moden dan sibuk bekerja seperti di negara kita juga. Pasti ada keistimewaan dan kebaikannya, bukan?
1. Sudah tentu kebaikan pad dan pantyliner ini tidak jauh bezanya dari cloth diaper dari segi penjagaan kesihatan, pengawalan pencemaran alam sekitar, keselesaan, kecantikan dan penjimatan kos yang amat ketara. Jadi, saya tidak perlu untuk menerangkan semula segala kebaikan tersebut kerana anda lebih bijak untuk menilainya. (Sila rujuk label WHY AND HOW? -"mengapa perlu bertukar ke lampin kain moden")
2. Perbezaannya adalah oleh kerana pad bertujuan untuk menyerap darah bulanan wanita, anda mungkin merasa tidak selesa untuk membawa darah "kotor" anda atau membasuhnya tetapi ini bukanlah alasan yang baik untuk anda tidak mahu memakai cloth pad kerana seperti disposable pad, anda juga perlu untuk membasuhnya sebelum dibuang, bukan? Darah bulanan anda bukanlah sesuatu yang kotor dan menjijikkan kerana ia adalah proses pembersihan fizikal semulajadi dan bukannya satu penyakit yang menjijikkan dan memalukan yang perlu anda buang begitu sahaja. Percayalah, bau kurang enak itu bukannya bau darah anda, ia adalah bau hasil dari tindakbalas kimia yang terdapat dalam disposable pad tersebut! Dengan menggunakan cloth pad, anda hanya perlukan satu bag (seelok-eloknya wet bag) untuk menyimpan dengan baik pad yang telah anda gunakan sebelum ia dibasuh dengan bersih.
3. Disebabkan pad/ pantyliner ini dibuat dari fabrik yang sangat lembut (flannel atau microfleece), anda akan berasa sangat selesa sehinggakan anda merasa seperti tidak memakai apa-apa selain dari seluar dalam anda sendiri! Tidak seperti disposable pad yang dibuat dari plastik, kertas serta bahan kimia bertoksik, kain flannel dan microfleece adalah sejuk dan lembut serta membenarkan pengudaraan yang baik serta mengelakkan kegatalan dan infeksi pada vagina. Flannel adalah fabrik yang berupaya menyerap dengan baik dan microfleece pula adalah fabrik yang "stain-resistant" jadi darah yang melekat sangat mudah ditanggalkan. Anda tidak perlu risau tentang kebocoran kerana cloth pad juga dilengkapi dengan waterproof fabric (PUL dan fleece) jadi, ia berupaya untuk mengelakkan sebarang kebocoran. Anda juga tidak perlu risau tentang kebersihan atau dari aspek 'hygenic' nya kerana ia sama seperti seluar dalam anda yang boleh anda pakai dan basuh berkali-kali setelah dipakai.
4. Pemakaian cloth pad secara berterusan sewaktu haid juga dapat mengurangkan atau menghentikan terus kesakitan akibat senggugut secara beransur-ansur kerana darah anda akan keluar lancar tanpa gangguan dari bahan kimia dan bahan toksid yang terdapat pada disposable pad yang boleh meresap ke dalam tubuh anda. Terdapat banyak testimonial dari wanita yang tidak lagi mengalami senggugut yang teruk sejak bertukar ke cloth pad. Tahukah anda bahawa 83% dari wanita hari ini terdedah kepada jangkitan faraj dan 62% adalah disebabkan penggunaan disposable pad yang berkualiti rendah!
5. Dengan adanya cloth pad juga anda akan sentiasa mempunyai bekalan pad yang cukup tanpa perlu berkejar ke kedai sewaktu kecemasan seperti yang biasa anda alami jika memakai disposable pad.
6. Vagina wanita adalah sangat sensitif dan istimewa, jadi berikanlah yang terbaik dari segi penjagaannya. Saya sendiri telah menggunakan cloth pad dan cloth pantyliner ini dan sejak menggunakannya, saya tidak lagi menggunakan disposable pad walau pun ketika keluar dari rumah. Pada mulanya, saya membeli cloth pad dari USA yang dibuat oleh WAHM (working at home mom) kerana keinginan yang kuat untuk mencuba tetapi oleh kerana ianya diimport, harganya agak mahal. Kini, saya tidak perlu risau lagi kerana saya sudah menemui penyelesaiannya: cloth pad yang rekaannya lebih cantik dan selesa, menggunakan fabrik yang sebahagiannya diimpot tetapi dijahit oleh ibu-ibu di Malaysia dan harganya jauh lebih murah!!
(ditulis oleh mum7kids pada 5 September 2008).
----------------------------
Sesiapa yg berminat boleh dapatkan SAFFA cloth pad/ pantyliner daripada Mum7kids ataupun boleh beli daripada reseller/ retailer sah Saffa cloth pad. Cantik2!! Mcm2 ada....
Rasa cam bagus la menda ni.... Satu inovasi yg sgt bagus!!
Rasanya takde masalah kena basuh (masalah geli or what), sbb yg disposable ni pun kita basuh dulu sblm buang... (kan mmg kena basuh, tak elok kalau tak basuh!!). Dulu cam risau je masa nak buang yg dispo tu (risau mana peginya.. huhu). Kalau kat asrama kan buang kat dlm kotak sanitary disposal tu.... (ntah mana peginya!!).
Lagi satu, menda tu kalau tak cuci elok2 kan bahaya... Cam org tua2 pesan (blh bg effect kat diri kita) sbb tu kan darah yg keluar dari tubuh kita. Sbb tu ada org suka tanam drp buang bersama sampah2 lain, tp kalau kat kampung boleh la!!!
So, dgn adanya cloth pad ni tak risau lagi psl tu semua. Basuh je la bersih2 n blh pakai balik!!
6 comments:
betul2!! (^o^)//
Jemput jengah dan 'like' page baru saya 😁
https://www.facebook.com/redmoonclothpadsandliners
Tqvm.
Just received a check for $500.
Many times people don't believe me when I tell them about how much you can get by taking paid surveys online...
So I show them a video of myself actually getting paid $500 for filling paid surveys to set the record straight.
assalamualaikum wbt...jemput like page saya ye...harga mampu milik utk adik kakak semua..
www.facebook.com/mariniclothpad
assalamualaikum wbt...jemput like page saya ye...harga mampu milik utk adik kakak semua..
www.facebook.com/mariniclothpad
Baru sedar tentang clothpad ni. Sekarang baru nak survey².
Post a Comment