hehehe....
Takde kaitan dgn entry sebelum ni pun...
Baiklah, apa yg saya mahukan dalam hidup ini? (tak kira la utk jangka masa pendek/ panjang, yg penting sebelum saya mati sy akan cuba capai)..........
yg pertama, nombor satu:
Mencapai kehidupan yg selesa ataupun boleh dikatakan "financial freedom"... dgn kepercayaan bahawa DUNIA berada di bawah tapak kaki org beriman... dan org yg beriman dan bertaqwa pasti kaya!!!
kedua:
Saya mahu membesarkan anak2 dlm keadaan dan suasana yg sebaik mungkin.. Saya mahu berikan mereka segalanya yg terbaik... pendidikan mereka adalah keutamaan saya, tidak boleh tidak!!
no. 3
Membalas segala jasa dan pengorbanan kedua2 ibu bapa saya, walaupun sebenarnya tak terbalas tp saya akan usahakan supaya mereka PUAS DGN HIDUP NI.. Paling tidak, doa seorg anak yg tidak pernah jemu utk kedua2 ibu bapanya... mungkin itu hadiah paling besar utk mereka.. tapi dekat dunia ni lagi saya nak mereka kecapi kehidupan tanpa sempadan (muahaha)... insya-Allah.. tidak lupa juga adik2 saya...
no. 4
Mahu siapkan beberapa buku tulisan saya... Ya, saya berazam utk tulis semua yg saya dapat/ apa yg saya tahu... Rasa mcm satu amanah dan tanggungjawab pula utk berkongsi ilmu dan persepsi serta menyampaikan buah fikiran.. (suami adalah sumber ilmu dan rujukan utama saya). Adalah sgt rugi sekiranya tak dpt bukukan segala ilmu.. Paling tidak utk anak cucu sendiri. Ini juga sebagai menyahut seruan Ayah Long supaya menulis buku utk keturunan, spt yg dinyatakan beliau dlm "KHAZANAH MALAYA".
no. 5
Mempunyai perniagaan saya sendiri dan juga perniagaan utk keluarga kami. insya-Allah..
no. 6
Mahu tubuhkan satu badan amal atau yayasan saya/ keluarga kami sendiri... (nak buat yayasan paling tidak kena ada 1 juta.. huhu)... apapun insya-Allah. Semoga dgn niat utk membantu org ramai, saudara seislam, Allah akan makbulkan...
no. 7
Mahukan ketenangan yg hakiki lagi abadi (semestinya)...
Ada lagi.... tapi simpan dlm hati dulu la... Yg penting tu je la impian dan harapan saya buat masa ni........
p/s: Sila jgn gelakkan saya..... Sesiapa pun berhak punya impian dan harapan sebesar gunung dan setinggi langit... huhu..

