Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

Tuesday, March 15, 2011

Contest Saat Indah Menyusukan

Sempena genap 2 tahun usia anak saya pada 9 Mac yg lalu dan 2 tahun saya menyusukannya dgn susu ibu sepenuhnya, justeru dgn penuh rasa rendah diri saya ingin menganjurkan satu contest simple.

Objektif 'contest' ini adalah utk berkongsi rasa dgn ibu2 yg menyusukan anak.. dan juga utk mempromosikan SUSU IBU sebagai SUSU TERBAIK.

Syarat-syarat:

1.Terbuka kpd semua ibu yg sedang atau masih menyusukan anak.

2. Sila "like" dekat page "QT Alami Shop"

http://www.facebook.com/pages/QT-Alami-Shop/137876446266148

2. Peserta dikehendaki sambung ayat di bawah ini. Postkan dekat wall QT Alami Shop

"Saat indah menyusukan permata hati saya adalah apabila............... " (tidak lebih dari 20 perkataan).

3. Pemenang akan dinilai berdasarkan nukilan terbaik yg dpt menarik perhatian juri.

4. Setiap peserta boleh menghantar SATU penyertaan sahaja.

Itu saja.

Contest bermula dari 12 MAC 2011 hingga 20 MAC 2011.

Hadiahnya:

Tiga (3) nukilan terbaik akan menerima 1 set cloth diaper setiap seorang (tajaan QT Alami Shop).

PENYERTAAN ANDA SEMUA ADALAH DIALU-ALUKAN...

Biarpun hadiahnya tidak mewah, namun penyertaan anda itu LEBIH MAHAL dan amatlah dihargai...

TERIMA KASIH.


Sunday, March 6, 2011

Himpunan pelbagai petua menambahkan susu ibu

Ni saya copy dari group KIM di FB

Pemakanan

Lobak Putih - Rasanye agak pelik. Ada yang buat sup dan jus. Mana yang boleh terima tekaklah. masak sup, + telur + soohoon pun boleh, lagi sedap

Sawi - Masak goreng tumis atau rebus.

Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang - dimakan sebagai ulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/ ud...ang kering.

Cekur Manis - masak rebus/ lemak manis.atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.

Kacang Hijau - bubur kacang hijau.campur beras merah & also bagus utk pekatkan susu

Kacang Tanah - kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing

Daun Kucai - daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus.makanlah bersama-sama nasi

Petola, bayam, daun turi - masak lemak manis

Ikan - segala jenis ikan - pernah makan ikan masak asam, wah bengkak giler breast pas mkn tu.

Kacang buncis

Kentang

Daging

Sayur Petola

Sup Ketam

Ulaman

Roti (segala jenis roti especially roti planta)

Cheese

Sup papaya

Buah Kurma

Kobis - masak air

Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan - bukan yang dalam tin/ di proses, yg pure tau

Sayur Bendi - Buat ulam cicah sambal atau masak

Biskut bijirin - ape2 saje biskut yg ade cereal, cth dr brand IKO, Jacob etc.

Minuman

Minum susu - Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.

Air masak - Jangan lupa minum air masak banyak-banyak. Kajian menunjukkan minum air masak sebelum breastfeed baby, InsyaAllah banyak air susunya.

Longan Kering - Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja. Direbus dulu dengan gula batu/ gula kabung/ gula merah, kemudian diminum airnya.

Halba - rendam dan minum airnya (campur dlm fresh milk, minum waktu pagi). Bole juga telan sesudu kecil ngan air suam kalu tak lalu nak minum airnye. Bole juga ditambah dlm apa2 masakan cth kari.

Oat - minum dengan air suam + susu tin/Anmum, buat lempeng/cekodok.

Amalkan minum milo/nestum/horlicks

Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina

Soya Organic- minum secawan sehari.

Kurma - makan begitu sahaja atau buat jus/ ice blended

Madu - sebagai pemanis dalam minuman atau dessert.

NESVITA (campur oat)

Rebusan bunga kobis

air kelapa

Jus pegaga

spirulina

daun betik -rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari

Lobak putih -parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkan lobak putih+lobak kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susu minum.

air sengkuang cina - Boleh beli yg dalm tin brand season F&N or buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus ngan gula sedikit.


Supplement

Milkmaid Tea - ramai ibu2 yg beri respon +ve bile minum tea nih.

GNC fenugreek - Halba dlm bentuk kapsul keluaran GNC, bole didapati di farmasi GNC.

Pil ASI

JOY ANGEL NURSING TEA -

+ve effect dan kesan dpt dilihat dlm masa singkat, tapi rasenye kureng sedap, bau mcm rempah kari huhuhu

Autumnz ORGANIC Nursing Tea

Sacred Tea for Nursing Moms

ML - More Milk Special Blend Alcohol-free tincture (2oz)

ML - More Milk Plus Vegetarian Capsules

ML - Goat's Rue Vegetarian Capsules

Melilea Greenfield Organic

Melilea Organic Soya Drink

Mildura Organic soybean powder

Bio-Protein

Certified Organic Spirulina

Minyak Habatussauda DCl

Makan ubat homeopati - alafafa, china off, calc flour

omega 3

obimim

kalsium

vitamin c

Jamu nona roguy...phytonatal

Urutan

1) sikat puting setiap hari, baca selawat pastu sikat dari atas keputing....kanan dan juga kiri

2) cuci dengan berus gigi puting2 tuuu takut tersumbat liang2 puting susu

3) kalau sblm mengepam tuuuu, ambik kedua belah tangan urut dari atas terus lurutkan kebawah...(bc selawat dulu)...insyaallah itu salah satu urutan utk BF


Pil hormone prolactin (* recommended)

1) Domperidone*

2) Maxolon

3) Metoclopramide (boleh jadi depression)

4) Motilium

5) Raglan (boleh jadi depression)

p/s-pil2 ini bole didapati difarmasi, tapi dptkan nasihat doktor/pharmacist sebelum ambil ubat2 ini

Cara-cara Lain

1) baca surah al baqarah ayat 60. sambil baca letakkan tangan pada breast tu. (satu lagi surah surah al-Hujurat kalau tak salah)

2) Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari.

3) Bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi

4) Pucuk betik - Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari

5) Kobis bulat - Ambil 2 kelopak daunnya dan tekap ke breast. Atau lenyek2 pastu tampal kat breast. Bole kurangkan bengkak susu masa dlm pantang.


Psikologi

1) Selalulah berfikiran positif untuk menyusukan anak. Kalau rasa susu semakin kurang tetapi anak baru saja berumur beberapa minggu, jangan cepat panik. Susukan seperti biasa. Banyakkan solat dan doa mudah-mudahan susu kembali normal.

2) Ketika di tempat kerja dan ketika mengepam susu, bayangkan wajah anak. Dipercayai ia dapat merangsang pengeluaran susu jika kita teringat kepada anak.

3) Semakin kerap menyusukan anak, semakin banyak susu. Kosongkan payudara anda bermakna menghantar isyarat bahawa susu perlu dihasilkan lagi.

4) Demand n Supply- kerapkan susuan, kalau ada masa, baby tidur, perahkan susu, tak kisahlah walau dapat 0.5oz pun, kerana by theory, more demand, more supply


Masa pengepaman

1) cuba pam sekerap mungkin, lagi byk kita pam...lagi byk pengeluaran susu cthnya 3jam sekali

2) mlm bagi baby isap kerap ....sebab bila mlm kalau kita bg baby isap boleh membaykkan pengeluaran susu juga

3) bila pam, pam sampai susu tak keluar.....nanti breast kita akan produce susu baru....istilah yg kita selalu guna mcm kita 'buang sampah...sampah dah penuh, kita buang dlm tong sampah...pastu kita ganti dgn plastik sampah baru' gitu jugak mcm air susu kita...bila kita dah habis pam, die akan mengeluarkan susu baru

4) sblm pam minum air suam dulu....lepas pam pon minum jugak.

5) jgn minum air sejuk/ais nanti susu cepat keringjgn minum teh/nescafe taou.....mkn supplement jgn tinggal Ubat


Beberapa cara mengepam yang berkesan:

a) Jenis pam yang digunakan memainkan peranan yang besar dalam penghasilan susu. Pam yang terbaik adalah double pumping iaitu ada dua corong untuk pam kedua-dua payudara dalam masa yang sama.

b) Di antara pam elektrik dan manual, aku lebih suka elektrik kerana ia lebih efektif dan setengahnya berstimulasi seperti bayi menghisap.

c) Pam ketika menyusukan anak dapat membantu penghasilan susu yang lebih banyak. Ketika baby menyusu, pasti payudara sebelah lagi menitik-nitik.Jangan bazirkannya, pam la sambil menyusukan anak.


Tip memperbanyakkan susu:

Kerapkan pengepaman setiap 2-3 jam sekali masa didalam pantang, insyallah susu akan melimpah ruah. Dan kerapkan pengepaman waktu malam, kerana waktu malamlah yang merangsangkan hormon tetek untuk membanyakkan air susu. Selain itu, beri rangsangan pada nipple dengan menggentel2 nipple.


WAJIB DI TINGGALKAN ----> Minuman Ber "Ais/ Air Bergas"


Tawakal kepada Allah dan berharap susu keluar dan cukup untuk baby.

Dari : Noor Alizawati Mat Jali

Tuesday, February 22, 2011

Dynas antara selebriti yg fully bf!



Bukan itu saja, malah kini buka butik penyusuan pula..

http://www.hmetro.com.my/articles/Bukabutikpenyusuansusuibu/Article/

(Harian Metro 16 Februari)

Selebriti lain yg menyusukan anak: Wardina, Amber Chia (supermodel), Irin Putri Azmi dan ada beberapa org lagi. Rasanya Aishah Sinclair pun bf.


Tuesday, October 26, 2010

My Brestfeeding Heaven Contest

Satu lagi breastfeeding contest..

Jom sertai contest yg dianjurkan oleh Kak Enn @ Kak Vagg di link berikut,

http://nini3posen.com/?p=9304

Ada byk kategori. Hadiah2 pun sgt menarik tau..

Jom ramai2 kita meriahkan contest Kak Enn!!

p/: Kak Enn adalah my long lost friend sejak 14 tahun yg lalu n jumpa balik (jejak kasih) di alam cyber ni.. huhu..

Sunday, October 10, 2010

Breastfeeding chair

Breastfeeding chair pun ada skg, utk membantu ibu menyusukan bayi dgn lebih selesa/ tak sakit belakang.. Mmg lenguh tau duk menyusu lama2, esp kalau sambil duduk.. Mmg kena bersandar (posisi bersandar rapat dkat apa2).. Tangan pun lenguh pangku budak ni..

Kalau bf sambil baring lama2 one side pun lenguh.. Skg style saya suka tido telentang (sbb auliya tolak badan saya suh tido telentang). Dia mmg suka bf sambil kite baring (berbanding duduk).. So dia yg tukar2 sendiri selera dia nak hisap belah mana.. kehkeh.. Relaxing la jugak.. Kdg2 kite yg terlelap dulu.. haha..






pinky pun cantik!


Glider Breastfeeding Rocking Chair With Ottoman

yg hanging cam ni pun ada, juga sesuai utk pregnant woman.. mau tak bangun2 dah.. haha..


Glider Rockers & Ottomans by Oeko, yg ni la dimenangi oleh Fathinz di SILC 2010 baru2 ni.. RM1699 tu harga dia... Rezeki betul n berbaloi2 pegi SILC...

Tuesday, October 5, 2010

Niat dan hajat

Kini, antara niat, hajat dan cita-cita (terpendam) saya adalah mahu memperjuangkan breastfeeding di Malaysia... Ya, saya mahu bersama-sama dgn aktivis susu ibu utk menyebarkan kebaikan susu ibu kepada masyarakat dan membantu ibu2 yg mahu menyusukan bayi..

Satu niat yg murni bukan? Insya-Allah.. Jika Allah melorongkan saya kepada itu, suatu masa dan ketika nanti...

Saya percaya, tiada yg lebih baik dari susu ibu.. Susu ibu adalah umpama golden drop from heaven!!

Susu ibu baik utk ibu, baik utk bayi, baik utk ekonomi keluarga, baik utk alam sekitar dan baik utk semua!!!

Terfikir juga saya, susu ibu adalah sunnah dan fitrah dalam Islam.. Satu 'arahan' dari ALLAH SWT yg termaktub dalam Al-Quran... Sepatutnya kesedaran utk menyusukan anak ini begitu mendalam dlm masyarakat kita atau masyarakat Islam keseluruhannya... Tapi kenapa, org putih yg lebih dulu sedar dan beriya-iya mahu kembali kepada fitrah menyusukan anak???!!!

Sepatutnya kita org Islam yg leading (mendahului) bidang "breasfeeding" ini dari segi ilmu, kepakaran, sains dan teknologi... Bukan begitu?

Sesungguhnya fitrah menyusukan bayi itu terkandung pelbagai hikmah... ALLAH SWT lebih tahu kerana DIA yg menciptakan manusia... Ciptaan Tuhan manakan sama dgn ciptaan manusia!!

Di dalam susu ibu dan hikmah menyusukan anak juga terkandung pelbagai rahsia, pelbagai keajaiban sebagai TANDA KEBESARAN ALLAH SWT!!

Happy breastfeeding!!

p/s: Sy pun byk sgt lagi taktahu psl bf ni.. Cuma bg sy, susu formula hanyalah sebagai pilihan terakhir, bila sgt2 tiada pilihan lagi...

p/s: Kepada yg pegi SILC 2010, selamat menghadirkan diri!!

Sunday, October 3, 2010

Susuibu.com International Lactation Conference 2010


5 hingga 7 Oktober di Pullman Putrajaya

p/s: Nak sangat pegi tapi bayaran utk late registration USD330 tu.. Less pun 10% utk member susuibu.com.. Huhu.. Kalau ada org nak sponsor boleh la saya pegi.. Dengarnya diorg bagi bawak masuk baby bawah 1 tahun.. Ni auliya nak tinggal kat mana plak nanti?

Thursday, September 23, 2010

New breastfeeding icon

Jalan2 (blogwalking) terjumpa bf logo ni.. Comel sgt "dolly" ni.. Imej muslimah gitu!

Credit to momma mia (http://alinalan.blogspot.com) yg telah menempah logo ini drp wansteddy (http://wansteddy.blogspot.com atau http://wansteddystudio.blogspot.com) khusus utk peserta giveaway beliau dan semua ibu yg bf!!

Sape2 pun boleh amik badge ni.. Silalah ambil!

Utk anda yg tengah pregnant n berhasrat utk bf, ataupun mereka yg akan kawin/ baru kawin pun boleh amik, sebagai motivasi dan inspirasi utk bf baby nanti... insya-Allah..

Ini pula breastfeeding poster..


Friday, August 6, 2010

Happy breastfeeding!!


pic credit to Facebook Littlestori Photography


Di kesempatan ini, sekali lagi saya ingin rakamkan ucapan terima kasih yg tidak terhingga kepada ummi saya kerana memberikan kami 7 beradik susu ibu sepenuhnya sehingga kami 2 tahun........ Hanya Allah yg dapat membalasnya...............

Kala ini barulah ku mengerti NILAI SETITIS SUSU IBU.....

Kepada semua ibu, marilah kita menyusui anak2 kita....

Wednesday, August 4, 2010

Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia

World Breastfeeding Week

dari 1 hingga 7 Ogos 2010..

Kad ini daripada mar (duniasusuibu.com) utk anda semua, bf moms!!

credit to duniasusuibu.com


Breastfeeding is sunnah, breastfeeding is fitrah.. Breastmilk is the best!!

Sama-sama kita mempromosikan susu ibu. Tiada yg lebih baik darinya...

Wednesday, June 2, 2010

Mereka adalah ibu yg menyusukan anak mereka...

dgn sepenuhnya!!

(fully bf/ exclusive bf/ ebf)...

Wardina, amat menyokong penyusuan susu ibu. Beliau menyusukan anaknya dari yg pertama lagi, hingga anaknya yg ke-3...


Irin Putri, masih ebf her 9-month-old Raees Aryan.

(pic credit to http://veryberrymerry.blogspot.com/)

Kalau mereka yg super duper busy (plus celebrity yg byk benda nak kena jaga) boleh fully bf, kenapa tidak kita???!!!

Friday, July 10, 2009

Dugaan menyusukan Auliya...

8.7.09

Hari tu kan ada entry pasal sakit kat nipple masa nyusu Auliya... Ekoran drp tu saya telah merehatkan miss B yg sakit itu (kira kurangkan sket la bg belah yg sakit tu)... n lps tu sembuh la dan saya pun dapat nyusu both side dgn sama rata...

Masalah dtg kembali dlm 2,3 hari lps. Kali ni 2-2 pulak sakit.... Huhu... Semuanya bermula sejak Auliya makin menjadi2 nak bergantung @ melekat kat situ... Huhu. Sampai tido nyenyak baru lepas.... So skg ni sakit sgt, pedih!! Mcm melecet gitu. Rasa nak nangis tiap kali bagi dia hisap... Dah termenangis ponn...

Saya kan buat jugak stok EBM, ada la dlm 5 botol (tak banyak) n ajar jugak dia hisap botol (sekali-sekala). Sblm ni hisap jugak la, habis 2-3 oz. Masalahnya skg ni (2,3 hari ni) dia taknak langsung ngan botol........ Aduiiiii, macamana nak buat ni....

So, 2 masalah saya skg;

1- Sakit kat nenen
2- Si kecik tu tanak hisap botol

Saya cuba google (apa lagi, google la) n hasilnya;

1- Jumpa petua suh sapu susu kat tempat sakit n dibiarkan kering.
2- Drp Dr. Hamid Arshat pula,

"Adakalanya bahagian 'puting buah dada' ibu akan pecah dan terasa sakit bila bayi menghisap. Dalam keadaan itu ibu dinasihatkan supaya berhenti dari menyusu badan dan sebaliknya, memerahkan susu dan menyimpannya ke dalam botol untuk diberi kepada bayi. Sejenis krim boleh disapukan dan perlahan-lahan, bila kurang terasa sakit, bolehlah menyusu sendiri kembali."

Saya pun rasa mcm tu, kena stop dulu hingga agak2 sembuh. Kalau tak, mcmana nak baik? Tapi macamana nak buat sbb Auliya taknak jugak hisap botol. Sampai nangis2 teruk n sampai tertido kelaparan.... Huhu. Aku tak sampai hati tgk dia kelaparan n bagi jugak dia hisap (walaupun aku dlm kesakitan yg amat). Ahhhh.... aku buntu.

9.7.09

(Rentetan drp entry di atas...)

Ptg smlm, saya telah sms mcsyu, tanya mcmana Hariz. And mcsyu syorkan saya cari puting yg jenis lembut, mcm Dr. Baby ker. Saya juga telah bertanya kpd shieda (mummyshe). Katanya, Iris dulu pun mcm tu jugak. Selama 2 minggu mogok lapar, tunggu sampai balik keje baru hisap. Isk, isk dasyat!

Dan mlm tadi saya telah menghabiskan masa dgn mengunjungi laman forum di susuibu.com. Inilah kali pertama saya memanfaatkan laman itu. Huhu. Mmg seblm ni tak penah tgk apa ada dlm tu (masuk tu penah la)... Akhirnya byk info yg saya dapat. Apa yg boleh saya simpulkan;

1- Bukan saya je yg hadapi masalah ni (masalah melecet n masalah baby tanak hisap botol). Yg melecet blh dikatakan ramai jugak penah alami. Mmg ramai la. Ada yg sampai berdarah. Ada yg sampai nangis2, meraung2 masa nyusu. Huhu. Mmg sakitnya Allah saja yg tahu. Itulah dugaan nak nyusu anak ni.

2 - Proses latching mesti betul... Jgn bagi baby hisap puting je, kena sumbat jugak bhg areola tu.. (rasanya dah betul, ntah la). N ada jugak org yg mmg jenis kulit lembut sgt kat situ...

3 - Baby dlm usia 3,4 bulan mmg normal la hisap dlm 3 oz sekali hisap. Yer la, kita yg direct bf ni mana tahu byk mana dia hisap.

4 - Ada beberapa krim utk merawat puting yg luka @ merekah @ pecah. Tp air susu dipercayai boleh jd penawar jugak sbb ia mengandungi bahan pelembap semulajadi, sesuai utk bahagian itu. Allah Maha Kaya kan???

5 - Beberapa jenis puting yg disyorkan dlm forum tu- NUK (jie pun penah bgtau yg ni), dr. baby n pigeon extra soft. Rupa2nya ada sejenis botol yg ala-ala breast; Adiri - natural nurser baby bottle. Ni rupanya...


Aku cuba cari kat MLO takde. Then jumpa kat sini. Harganya boleh tahan!

Oh ya, rupanya ada video pasal bf kat youtube. Aku tak penah tgk pon selama ni. huhu. Tak terfikir nak cari. Ada internet ni patutnya kena manfaatkan sepenuhnya la, utk gain sebanyak2 ilmu n infomasi...

NOTA: Dgn segala kenaifan, aku berjaya juga EBF zukhruf sampai 2 thn... Huhu.

Tuesday, June 16, 2009

Saya demam!!

Lanjutan drpd entry saya sblm ini (Uwargh... sakitnya...) tak disangka2 saya telah mendpt demam dr pagi tadi till skg ni pun masih lg (cuma dah kurang sket, sbb tu blh online ni... hehe).

Apa kaitannya "uwargh.. sakitnya..." ngan demam saya ni?

Semlm, seharian saya tidak memberikan auliya nenen belah yg sakit itu (bg yg belah tak sakit). Akibatnya B saya yg sebelah itu membengkak, org kata bengkak susu. Saya dah perah beberapa kali n sejukbekukan susu itu. Tp nampaknya cepat sungguh ia kembali bengkak.

Hinggalah mlm tadi, sblm tido pun saya dah perah (ngan tangan).. Sedar2 kul 5 pg td ku rasa sgt sakit di B itu.. Sampai keras... Uhuk.. Saya pun bangun n perah lg... Tp B tetap sakit...

Dah rasa dah mcm tak sedap badan, hasilnya saya telah mendpt demam... Isk, sampai demam lg!! So mmg benarlah org cakap bengkak susu blh mengakibatkan demam....

So, harini nak taknak saya tepaksa bg si kecik tu nenen belah yg bengkak itu (dah kurang sket sakit kat ni**le).... Dan sakit (akibat bengkak) itu pun dah kurang. Demam juga sudah berkurang...

Nota: Dah lama saya tak demam. Kalau sblm ni rasa nak demam pun tak jadi demam sbb memikirkan the house chores n nak jaga anak... Uhuk...

Saturday, June 13, 2009

Uwargh.... sakitnya....

Sakitnya kat nenen... kat ni**le ni... sampai merah... adui, sakit sangat setiap kali bg si kecik ni hisap.... sib baik sebelah je....

Si kecik ni suka hisap lama2, sampai tido... kdg2 dia kepit ngan mulut dia n tarik..... aduiiiii.... ni takde gigi lg ni....

Korang tak penah ke rasa sakit??? esp yg mmg direct bf ni??? huhu...

Masa bf zukruf dulu penah kena gigit beberapa kali... sampai menjerit... sakit ooooo..... sampai termenangis....

Org tua2 cakap, kalau anak gigit tu pukul sket mulut dia. biar dia tahu kite marah n tak boleh buat mcm tu lg... jgn lempang budak tu dah la... hahaha...

Tuesday, May 26, 2009

BFing Auliya

Yeah, I have been breastfeeding Auliya for 2 months, 2 weeks n 3 days (sejak dia lahir!). Alhamdulillah, so far takde masalah besar, just bf dia on demand.

Yer la, sbb aku direct bf so takde lg la nak fikir psl stok, jadual mengepam, nak store breastmilk (bm) tu, nak beli segala perkakas dll.

Sepatutnya aku dah stat kena fikir benda2 tu kalau betul2 nak kerja lps ni. Byk lagi tak tahu. Mmg la ada baca pengalaman kawan2 yg ebf walaupun bekerja. Tp byk lagi nak kena study and nak kena tanya org2 yg berpengalaman nih.

Hari tu ada la my bm kurang sket (lambat penuh balik lps baby hisap). Kira ngam-ngam jer ngan Auliya. Dlm 2,3 hari jugak. Lepas tu alhamdulillah dah ok balik.

Auliya ni kuat jugak nyusu. Tp rasanya kalau boy lagi kuat n kerap, mcm Zukhruf dulu, ada gak time haru; susu takde sampai nangis teruk. Then cuba bg susu formula mmg dia taknak - tolak kuat2 dgn lidah. Kalau hisap pun sikit sgt n dia akan keluarkan balik.... Haru sungguh masa tu.

Moralnya, time susu banyak tu kena pump / perah n simpan. Lepas tu kena ajar jugak baby hisap dgn botol. In case mcm ni la. So aku dah amik pengajaran. Auliya ni ajar jugak dia hisap botol. Mula2 mmg dia taknak, tapi dah lapar tu hisap jugak.

Setakat ni aku takde pun amik supplemen @ makanan tambahan khas utk susu. Just minum byk air suam, makan kurma n madu (setiap pagi) tp ni madu pun dah habis. Oh ya, juga minum susu 2 kali sehari.

Mudah-mudahan aku dapat menyusukan Auliya sehingga 2 tahun. Detik2 menyusukan anak ni sebenarnya begitu manis, esp bila direct bf. Rasa hubungan ibu-anak yg sedang mekar n semakin mekar... Hehe..

Aku penah dgr, kalau anak kita minum susu kita, insya Allah dia tidak akan derhaka kepada kita. Dia akan jadi anak yg baik. Insya Allah, mudah-mudahan. Mungkin itulah hikmah di sebalik galakan menyusukan anak yg telah ditentukan ALLAH SWT.

So, jadikan sesi penyusuan itu sbg momen2 indah kita bersamanya, masa utk bercakap2 dgnnya, masa untuk membina keserasian bersama...

Juga blh jadikan sesi pengajaran tak formal yg pertama untuknya. Bagitahu dia; kita ni ibunya, Allah yg menjadikannya, Allah yg bg susu, adik mesti taat perintah Allah dll....

Sunday, March 29, 2009

Saya dan bf

saya seorg yg amat percaya pd bf; breastfeeding lahhh not boyfren...

saya amat percaya pd segala kebaikan susu ibu.

yg amat menakjubkan saya, bagaimana badan kita blh menghasilkan susu, bkn lembu jerrr!!! Maha suci Allah!!

juga amat menakjubkan saya, bagaimana khasiat susu ibu itu blh berubah mengikut tahap pembesaran dan perkembangan bayi. Sungguh hebat bukan??

Alhamdulillah, saya dapat menyusukan zukhruf secara EBF (exclusive breastfeeding) selama 2 tahun 1 bulan. 1 bulan itu adalah tempoh yg diambil utk berhenti sepenuhnya kerana susah jugak nak stop terus @ bercerai susu niee (mcm2 cara dibuat utk bg dia taknak!)

Saya memilih utk ebf atas pilihan saya sendiri, diinspirasikan oleh umi saya yg berjaya ebf kesemua 7 org anaknya (saya dan adik-adik saya) selama 2 tahun.

Insya Allah, utk Auliya saya juga berazam utk ebf selama mungkin, walaupun ditakdirkan saya bekerja (andai kata). Mmg saya berhajat utk kerja pon slps ini.

Pada saya, adalah menjadi tanggungjawab seorang ibu utk menyusukan anaknya. Semua ibu haruslah seboleh mungkin cuba utk menyusukan anaknya - seeksklusif mungkin dan selama mungkin (sehingga 2 thn) MELAINKAN ada kekangan yg sgt2 tak blh dielakkan.

Saya tidak sangka rupa-rupanya ramai sekali di kalangan kawan2 saya dan para bloggers yg percaya pada susu ibu dan berjaya ebf, walaupun bekerja. Tahniah diucapkan!!!

Saya percaya, dgn niat awal utk menyusukan bayi kita, kita akan berjaya menyusukannya. Insya Allah.