Friday, July 10, 2009

Dugaan menyusukan Auliya...

8.7.09

Hari tu kan ada entry pasal sakit kat nipple masa nyusu Auliya... Ekoran drp tu saya telah merehatkan miss B yg sakit itu (kira kurangkan sket la bg belah yg sakit tu)... n lps tu sembuh la dan saya pun dapat nyusu both side dgn sama rata...

Masalah dtg kembali dlm 2,3 hari lps. Kali ni 2-2 pulak sakit.... Huhu... Semuanya bermula sejak Auliya makin menjadi2 nak bergantung @ melekat kat situ... Huhu. Sampai tido nyenyak baru lepas.... So skg ni sakit sgt, pedih!! Mcm melecet gitu. Rasa nak nangis tiap kali bagi dia hisap... Dah termenangis ponn...

Saya kan buat jugak stok EBM, ada la dlm 5 botol (tak banyak) n ajar jugak dia hisap botol (sekali-sekala). Sblm ni hisap jugak la, habis 2-3 oz. Masalahnya skg ni (2,3 hari ni) dia taknak langsung ngan botol........ Aduiiiii, macamana nak buat ni....

So, 2 masalah saya skg;

1- Sakit kat nenen
2- Si kecik tu tanak hisap botol

Saya cuba google (apa lagi, google la) n hasilnya;

1- Jumpa petua suh sapu susu kat tempat sakit n dibiarkan kering.
2- Drp Dr. Hamid Arshat pula,

"Adakalanya bahagian 'puting buah dada' ibu akan pecah dan terasa sakit bila bayi menghisap. Dalam keadaan itu ibu dinasihatkan supaya berhenti dari menyusu badan dan sebaliknya, memerahkan susu dan menyimpannya ke dalam botol untuk diberi kepada bayi. Sejenis krim boleh disapukan dan perlahan-lahan, bila kurang terasa sakit, bolehlah menyusu sendiri kembali."

Saya pun rasa mcm tu, kena stop dulu hingga agak2 sembuh. Kalau tak, mcmana nak baik? Tapi macamana nak buat sbb Auliya taknak jugak hisap botol. Sampai nangis2 teruk n sampai tertido kelaparan.... Huhu. Aku tak sampai hati tgk dia kelaparan n bagi jugak dia hisap (walaupun aku dlm kesakitan yg amat). Ahhhh.... aku buntu.

9.7.09

(Rentetan drp entry di atas...)

Ptg smlm, saya telah sms mcsyu, tanya mcmana Hariz. And mcsyu syorkan saya cari puting yg jenis lembut, mcm Dr. Baby ker. Saya juga telah bertanya kpd shieda (mummyshe). Katanya, Iris dulu pun mcm tu jugak. Selama 2 minggu mogok lapar, tunggu sampai balik keje baru hisap. Isk, isk dasyat!

Dan mlm tadi saya telah menghabiskan masa dgn mengunjungi laman forum di susuibu.com. Inilah kali pertama saya memanfaatkan laman itu. Huhu. Mmg seblm ni tak penah tgk apa ada dlm tu (masuk tu penah la)... Akhirnya byk info yg saya dapat. Apa yg boleh saya simpulkan;

1- Bukan saya je yg hadapi masalah ni (masalah melecet n masalah baby tanak hisap botol). Yg melecet blh dikatakan ramai jugak penah alami. Mmg ramai la. Ada yg sampai berdarah. Ada yg sampai nangis2, meraung2 masa nyusu. Huhu. Mmg sakitnya Allah saja yg tahu. Itulah dugaan nak nyusu anak ni.

2 - Proses latching mesti betul... Jgn bagi baby hisap puting je, kena sumbat jugak bhg areola tu.. (rasanya dah betul, ntah la). N ada jugak org yg mmg jenis kulit lembut sgt kat situ...

3 - Baby dlm usia 3,4 bulan mmg normal la hisap dlm 3 oz sekali hisap. Yer la, kita yg direct bf ni mana tahu byk mana dia hisap.

4 - Ada beberapa krim utk merawat puting yg luka @ merekah @ pecah. Tp air susu dipercayai boleh jd penawar jugak sbb ia mengandungi bahan pelembap semulajadi, sesuai utk bahagian itu. Allah Maha Kaya kan???

5 - Beberapa jenis puting yg disyorkan dlm forum tu- NUK (jie pun penah bgtau yg ni), dr. baby n pigeon extra soft. Rupa2nya ada sejenis botol yg ala-ala breast; Adiri - natural nurser baby bottle. Ni rupanya...


Aku cuba cari kat MLO takde. Then jumpa kat sini. Harganya boleh tahan!

Oh ya, rupanya ada video pasal bf kat youtube. Aku tak penah tgk pon selama ni. huhu. Tak terfikir nak cari. Ada internet ni patutnya kena manfaatkan sepenuhnya la, utk gain sebanyak2 ilmu n infomasi...

NOTA: Dgn segala kenaifan, aku berjaya juga EBF zukhruf sampai 2 thn... Huhu.

8 comments:

::Umi Sufira:: said...

Cream Bepanthen Plus (kalau tak salah eja la) boleh sapu kat nip yang luka tuh, and buleh terus bagi direct feed kat baby....cream tuh mempercepatkan sembuh luka2 yang kecil and bagi comfort pada kesakitan tu...good luck!;)

EdaManAli said...

ida pn pnh alami situasi mcm k.long. sakit, perlu stop BF temporarily at the same time bby reject botol susu. mcm2 puting susu beli, NUK, Pegeon yg lmbut tu dll yg didesign hmpir same dgn nipple ibu...sumenye kos tinggi laa kn. tp mmg kite akn snggup buat ape saje utk ank kn...mhl pn mhl laa...beli je k.long, ADIRI tu cam chumell je. xpnh ida tgk sblm ni...

EdaManAli said...

just nk tmbh koleksi Baby online store k.long
http://www.thelilcaliph.com
id slalu beli botol susu kt sni, murah skit kot drp littlewhiz.com (utk brand MAM laa...)
tp items dia xsbyk littlewhiz kot...

shahida shalahim said...

botol adiri tu sgt comel!harap klong dpt jumpa solutionnya!

kaklong nuzula said...

Mimi ~ Aah, ada yg syorkan cream tu. Terima kasih atas sokongan!!

Ida ~ Itu la cam berkenan gak ngan adiri tu. Tapi tu rasanya last choice la. Nak cuba cari puting dululah. Aah, mmg memerlukan ongkosnya. Oh ye Ida, dah ada link ke thelilcaliph tu. Ada kat bwh sekali blog ni, tapi tak penah beli apa pun. Akan ku tgk2 nanti. Nway, thanx a lot!!

kaklong nuzula said...

She ~ Thanx!! Harap2 gitulah....

jie @ azie said...

try guna nuk kak long.. berkenan jugok tgk botol susu tu tp gak mahal nye la..

kaklong nuzula said...

jie ~ itu la, hajatnya nak beli la nuk n dr. baby. nok try 2 tu dulu. tgk la bila buleh tubik nih...