Monday, July 13, 2009

Lyn n Saiful datang

Ptg Sabtu lps (dah Maghrib actually) Lyn dan Saiful dtg ke rumah kami. Sebagaimana yg saya penah citer dlm entry ni, Lyn masih lagi belajar di UKM (bukak sem ni masuk 3rd year).

Lyn n Saiful selalu jugak la dtg ke rumah kami kalau Saiful dtg KL utk menjenguk Lyn (Saiful mengajar di Johor).

So, terpisahlah mereka anak-beranak, Lyn di sini, Saiful di Johor (masih dlm proses pertukaran) n Aina, baby mereka di Kelantan bersama dgn neneknya, merangkap ibu mertua Lyn.

Masa Lyn dtg tu byk yg kami bualkan. Tatkala ditanya ttg Aina (yg ditinggalkan) terus merah mata Lyn. Saya faham perasaan Lyn, krn saya juga seorang ibu. Ibu mana yg mahu berpisah dgn anaknya, tapi keadaan yg memaksa.

Lyn hanya sempat bersama Aina n menyusukannya ketika dlm pantang. N elok je habis pantang terus masuk UKM. Masa hari Sabtu tu baru 47 hari. Dah la Lyn n Saiful selama ni pun PJJ, jumpa kdg2 or time cuti jer. (Itu pun elok2 Lyn bersalin dlm cuti sem, kalau tak alamatnya kena extend la).

Saya berpesan jugak kpd Lyn supaya jaga kesihatan, jaga pemakanan, bykkan rehat, jgn jalan laju2 (hihi) n jgn buat kerja berat2 coz Lyn elok2 jer baru abis pantang tu......

Saya jadi rapat dgn Lyn semenjak saya kawin dgn encik suami, n semakin rapat sejak Lyn kawin ni.

Apapun saya doakan Lyn tabah n kuat semangat utk menghabiskan pengajiannya...... Insya-Allah. Dan semoga Aina sentiasa sihat dlm peliharaan-NYA. Saya sendiri pun belum tgk lg Aina n tak beli lg hadiah. Agaknya raya ni baru blh jumpa.

No comments: