Friday, July 10, 2009

Saya dan Natrah...

Saya tidak mempunyai apa2 hubungan dengan Natrah, apa lagi mengenalinya. Tapi namanya cukup sinonim semenjak saya kecil lagi. Rasanya seawal usia saya sekolah rendah saya telah 'mengenalinya'.

Saya mengenali Natrah sbg gadis Belanda yg menjadi mangsa perebutan antara keluarga Melayu dgn keluarga kandungnya. Undang2 Belanda yg diguna pakai pada masa itu telah memihak kepada keluarga Belandanya dan rentetan itu beliau telah kembali ke Belanda, dan kembali kpd agama keluarganya (telah dimurtadkan - apa pun Allah saja yg tahu).

Saya masih ingat lagi akan sebuah majalah ttg kisah hidup Natrah (tahun 80an kot) yg disimpan oleh Umi saya.

Kali terakhir saya dgr berita ttg Natrah mungkin 10 thn yg lalu. Dikatakan masa tu beliau bekerja sbg tukang cuci di sebuah hotel. Beliau dah lupa semua ajaran Islam kecuali satu jer, berkenaan wudhuk @ air sembahyang. Ketika ditanya, adakah beliau menyimpan hasrat utk kembali kepada Islam? Katanya, beliau dah tua (utk mengamalkan ajaran Islam).

Mmg kisah hidupnya penuh tragis........ Dan kini beliau telah pun meninggalkan dunia ini. Saya pun baru tahu bila dgr dlm Wanita Hari Ini tadi........

Semoga ada sedikit kasih-sayang Allah untuk Natrah.................. kerana Dia TUHAN yang Maha Kaya, Maha Adil, Maha Agung, lagi Maha Mengasihani..................

NOTA: Nak tahu lebih lanjut ttg Natrah boleh la baca yg ditulis oleh MSO di sini.

No comments: