Showing posts with label News / wish. Show all posts
Showing posts with label News / wish. Show all posts

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan


Utk keluarga dan kawan2 semua.. Semoga Ramadhan kali ini membawa 1001 rahmat utk kita dan lebih mendekatkan kita pada Yang Maha Kuasa.. insya-Allah..

Selamat berpuasa, terutama kepada ibu2 yg menyusukan anak. Semoga Allah bantu kita utk menjalani ibadah puasa ini........

Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru!!


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca....

(dipetik drp sajak Allahyarham Sasterawan Negara Usman Awang yang bertajuk “Guru oh Guru” pada tahun 1979)...

Sesungguhnya jasa dan pengorbanan seorang guru hanya ALLAH SWT sahaja yg bisa membalasnya...

Terangilah hati anak bangsa dgn ilmu... agar mereka dapat membezakan antara gelap dan terang, antara hak dan batil, antara benar dan palsu, antara mimpi dan realiti.... Antara mahmudah dan mazmumah, antara dosa dan pahala dan.......... antara TUHAN dan HAMBA, yg tiada bersekutu namun tidak bercerai........................

Agar mereka dan kita semua dapat kembali kepada Sang Pencipta dengan rasa CINTA dalam jiwa..............

SELAMAT HARI GURU!!

Terutama kepada ummi saya, adik saya, makcik2 dan pakcik2 saya, kawan2 yg bergelar guru dan anda semua (kerana kita juga adalah guru kepada anak2 kita........)

Tidak lupa juga kepada semua guru yg pernah mengajar saya dari saya kecik hingga saya besar (huhu), secara langsung mahupun tidak, hanya ALLAH yg dapat membalasnya....

Sunday, May 9, 2010

Happy Mother's Day!!



Kepada semua ibu di dunia!!

Jasa dan pengorbanan seorang ibu hanya ALLAH SWT saja yg berhak menilainya.....

Setiap titis kesabaran dan keikhlasan seorg ibu dalam menjaga, mendidik dan membesarkan anak2nya semuanya dihitung oleh ALLAH SWT, tanpa ada satu pun yg tertinggal!!!

Semoga kita di kalangan org2 yg ikhlas... :)

p/s: Tangan yg menghayun buaian adalah tangan yg menggoncang dunia...

Tuesday, May 4, 2010

Selamat hari lahir

Buat sang suami...


Hari ini 4 Mei 2010 bertambah setahun lagi usiamu...

Semoga tercapai segala hajat dan impian...

p/s: Kasihmu ku pegang, cinta Ilahi ku cari...

Thursday, March 18, 2010

Ulang tahun perkahwinan

18 Mac adalah hari ulang tahun perkahwinan saya dan encik suami. Ini kerana saya dan suami telah bernikah dan berkahwin pada tarikh ini...

Hari ini adalah 18 Mac.

Jadi, hari ini adalah hari ulang tahun perkahwinan kami... yang ke-6!!!

Dgn ini saya ingin mengucapkan;

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan..

Happy 6th Anniversary..

kepada diri sendiri dan suami terchenta :)

Jadinya, sudah 6 tahun saya melayari hidup berumah dan bertangga, serta menjadi isteri kepada seorang lelaki bergelar suami.. Muahahaha...

Apa yg saya harapkan agar rumah tangga kami yg dibina kerana ALLAH SWT ini akan membawa ke syurga.... Jannatul firdausi nuzula... Insya-Allah.

Bagi saya, kita bukan sahaja mahu melakar harapan dan membina impian bahagia di dunia ini tetapi lebih kepada mencari keredhaan ALLAH SWT. Hanya itu yg saya/ kita mahukan... :D

Sememangnya CINTA ITU ABADI DAN KEPADA KEABADIAN IA PERGI...

Sesungguhnya cinta sesama manusia yg dibina kerana ALLAH akan membawa kita kepada cinta yg hakiki, CINTA PADA TUHAN LEBIH DARI SEGALANYA... HINGGA MEMBAWA KEPADA AKU DAN DIA, TIDAK BERSEKUTU TTP TIADA BERCERAI!!!!!

Wallahu a'lam...

p/s: Sesungguhnya DIA TUHAN YANG MAHA MENYAKSIKAN, TUHAN YANG TIDAK PERNAH TIDUR.. Hanya pada-NYA saya berserah...

Friday, December 18, 2009

Selamat Tahun Baru Awal Muharam 1431H!!

Kepada semua umat Islam.............

Semoga tahun baru ini, dgn usia yg makin meningkat kita buka buku hidup kita yang baru..... dgn azam baru... utk lebih DEKAT dengan-NYA.........

Semoga kita akan lebih mengerti hakikat kehidupan, mengenal erti HAMBA dan KETAATAN yg tiada kompromi kepada SANG PENCIPTA....

Semoga hijrah kita hijrah hati,

Hijrah dari alam gelap ke alam Nur atas Nur,

Dari leka ke jaga,

Dari fantasi ke realiti,

Dari mazmumah ke mahmudah,

Semoga kita semua mendapat perlindungan dan pembukaan dalam ilmu dan makrifah.........


Monday, December 7, 2009

Selamat hari lahir Zukhruf!!

Hari ini anak lelakiku merangkap anak sulungku, Ahmad Zukhruf Azzuhri genap usianya 5 tahun..... Justeru;

Selamat Hari Lahir!!


wahai anakku...............

Semoga perjalanan hidupnya diiringi keceriaan, kesihatan dan juga kejayaan, dalam rahmat dan restu Yang Maha Esa........

Semoga jadi anak yg soleh dan berguna kepada 'ALIF, BA dan TA' serta membahagiakan semua orang.....

No cakes, no celebration, no party, no hadiah.... Hanya DOA yg mengiringi perjalanan hidupmu........................

p/s: Nak cari jugak kot kek utk dia... Kesian gak sbb dah lama dia tanya bila hari jadi dia (lama nak tunggu bln 12.. hihi)..... Hadiah pun tgk la nanti....

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha!!

daripada kami semua......

Selamat makan daging!!

Tuesday, September 15, 2009

Selamat jalan Eming...

Eming dah pun bertolak ke Riyadh penerbangan pukul 3.20 ptg semlm. Katanya 8 jam sampai sana. Skang ni tentu dia dah berada kat sana. Sebelum berlepas semlm Eming ada fon cakap ngan kami yg kat umah ni n fon umi yg masa tu berada kat sekolah. Huhu.

Umi cam sebak plak masa cakap ngan Eming. Mcm2 duk pesan kat Eming, jaga diri kat tempat orang, bla... bla... bla... Huhu. kesian kat Haikal. Mungkin paling cepat Eming balik pun 6 bulan lagi. Katanya boleh balik 2 kali setahun.... Apapun, aku harap Eming ok kat sana....

Sorang kawanku, Mc Yue juga baru saja berlepas ke Manchester 2 hari lepas. Mc Yue ke sana utk wat master selama setahun.... Sedih sbb lama jugak tak jumpa Mc Yue. Apapun, aku harap Mc Yue sukses selalu. All the best to Mc Yue!!

Mc Yue adalah kawan aku masa kat Faris Petra dulu. Orangnya mmg bijak banget la.... Dia wat master dgn tajaan TM. Jadi Mc Yue pun akan beraya kat UK la. Tapi housmate n kawan2nya dah buat pre-raya celebration utk Mc Yue sblm Mc Yue berlepas haritu. Dapat jugak Mc Yue menjamu selera juadah raya....

Thursday, September 3, 2009

Kwn2 Auliya yang baru lahir...

Daripada entry sebelum ni, ni aku nak update ttg kelahiran insan2 baru...

1. Baby Daya (ukm), iaitu anak keduanya, yg lahir pada 26.6.09. Lelaki. Nama Ammar. Dah 2 bulan+ pun...

2. Baby Idah (xfarisian), iaitu anak keduanya, yg lahir pada 14.8.09 dgn berat 3.6kg. Pempuan. Nama Nurul Aina' (cahaya bidadari).

3. Baby Che E (ukm) yg lahir pada 23.8.09 dgn berat 3.2 kg. Lelaki. Nama Nor Adham Shazwan.

Juga,

4. Baby Iela (xfarisian), iaitu anak keduanya, lelaki. Lahir pada 29.8.09 dgn berat 3.2kg. Nama Adam Aliuddin (tp iela cakap blm register).

So, ALHAMDULILLAH n TAHNIAH diucapkan....... Semoga semuanya membesar dgn sihat dan bijak2 belaka.....

p/s: Utk rekod n makluman kepada kwn2 yg belum tahu.

Monday, August 31, 2009

Merdeka!! Merdeka!!

Jiwa yang merdeka ialah jiwa yg mengenal TUHAN-nya, mengenal erti hamba dan mengerti makna kehidupan..........

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN yg ke-52!!

dengan semangat SATU MALAYSIA.....

p/s: Again, happy 1st birthday to merdeka girl ~ Iris Adeena (anak MummyShe). Semoga terus membesar dengan sihat n ceria!!!!!

Friday, August 21, 2009

Esok puasa!!!

Yer, esok kita akan berpuasa!!!! Ahlan wasahlan ya Ramadhan.......

So selamat menyambut bulan Ramadhan yg mulia kepada semua....... Semoga Ramadhan kali ini membawa sejuta rahmat kepada kita semua.............

Tidak lupa juga daku ingin mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan umi dan abah yg ke-29 pada hari ini, 21.8.09... Yer, sudah 29 thn usia perkahwinan mereka. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat n sentiasa dalam rahmat Yang Esa....

Juga Happy (belated) Anniversary kepada eming n tihah. Dah lupa tarikh diorg nikah tapi kenduri sambut menantu on 21.8.07 kat umah kami. Dah 2 thn la diorg kawennnn...... Semoga terus bahagia hingga ke akhir hayat.....

Thursday, August 13, 2009

Happy Belated Birthday Abah....

Ya ampun, 11 hb aritu aku langsung lupa birthday abah.

Esok tu, Atin sms aku cakap aku n mardiah je lg yg tak wish... punya la abah tunggu. huhu.

So dah wish la abah pg semlm (12 hb).

Yer, aku dah terlewat sehari wish birthday abah.... Kesian abah.

Entah nape aku boleh lupa tarikh tu, padahal sblm ni aku mmg takpenah lupa la semua hari lahir keluarga aku......

Mungkin sbb terlalu sibuk menguruskan anak2 n rumahtangga (terlalu sibuk?? hihi). Mmg aku ala-ala tak ingat pun tarikh skg ni. Kdg2 hari pun lupa. hiks.

So, nak wish lagi sekali la kat abah,

Selamat Hari Lahir Abah yg ke 54!!!

Semoga abah panjang umur, murah rezeki n dalam lindungan serta rahmat Allah sentiasa.......... Kami semua sayang abah.......

Nota: Actually malam tadi aku, Zukhruf n Auliya bermalam dekat Concorde. Kan aku ada cakap, adik aku mardiah ada course kat hotel tu selama 5 hari n mlm tadi last nite kat situ. Dia yg beria duk ajak kami tido kat sana... So aku pun gi je la ngan anak2 mlm tadi ~ tinggal encik suami (hiks) dan baru ptg tadi pulang ke rumah kami ni.


Wednesday, June 24, 2009

ALL THE BEST!!

Nak amik kesempatan ni nak ucapkan all the best kepada kawan2 yg tgh sambung belajar n akan gi sambung belajar...

1. Jaja, PTM yg akan ke Ostrolia utk wat master. Fully sponsored by JPA. Dpt gaji penuh lg tuh.... Jangan lupakan aku ek Jaja. Uhuk...

2. Mc yue, kawan aku masa kat Faris Petra yg akan ke Manchester utk wat master, fully sponsored by TM. Setahu aku mc yue dah wat master kat UM. Ntah la...

3. Shieda (mummy she) yg akan ke UK utk wat Ph.D nyer (tak jadi gi Sweden katanya) n akan separate ngan Bapak yg tgh wat plastic surgery kat USM kubang kerian.

4. Chik (mummy hanny), even belum tahu bila n di mana lagi....

Juga, all the best to:

- Ina yg skang tgh pulun utk habiskan Ph.D nyer. Ina skg kat Bristol, UK ngan hubbynya (Abang Adee) yg juga wat Ph.D dgn bawak anak mereka sekali, Khairah.

- Wan yg kat Germany (juga tgh wat Ph.D).

- Haiza yg kat Australia (juga wat Ph.D ngan husbandnya).

Tak lupa juga;

- Mija yg tgh wat master in Geophysics kat USM Penang. Sblm ni Mija keje kat Schlumberger selama 6 thn kot ek mija dan berenti ketika gaji yg amat lumayan...

- Azi, juga tgh wat master kat UTM Johor. Sblm ni Azi dah keje di beberapa syarikat besar as a programmer n then jadi tutor.

Ermmm, sape lg ek??

Lps sorang, sorang kawan aku gi sambung ngaji. Kalo bukan diorg pun, ikut husband, mcm Hazwani yg skg stil kat Germany. Nisa aritu gi Australia, baru balik.

Mickwa masih lg bermastautin di Ireland ngan hubby n anaknya, E. Katanya tanak keje dah bila balik Mesia nanti. Hoho!! Tiey pun kat Ireland jugak, jadi doctor kat sana.

Aku jugak yg masih camni... Huhu. Masa zaman sekolah dulu mmg cita2 nak ada Ph.D, bertitle Dr. Hahaha. Biar masa yg menentukan. Mmg tgh pertimbangkan utk sambung ngaji @ keje... Tgk la.... Aku tak nyesal ngan perjalanan hidup aku. Mcm kata Ulfa,

"The Fate That Allah Create Is Always Perfect And There Is Goodness In All"

Bagi aku mmg perjalanan hidup kita berbeza, tapi destinasi kita tetap sama............

Tuesday, June 23, 2009

Nur Aina Sofea






Sorang lagi kawan Auliya yg juga merupakan 2 pupu (2nd cousin) si kecik tu, merangkap anak sepupu saya dan encik suami.

Dilahirkan pada 26 Mei 2009 di HUSM Kubang Kerian dgn berat 3.37kg (Auliya 3.47kg).

Aina ialah anak sulung kepada Lyn dan Saiful.

Lyn merupakan sepupu kepada encik suami.

Lyn berkahwin pada 29 Mei 2008 ketika usia 20 thn. Utk makluman, Lyn masih lg menuntut di UKM... Kira kawin masa belajar la... Takpe Lyn, dah jodoh datang awal. Umur 21 dah jadi ibu kpd Aina yg so cute!!

Setakat ni saya mempunyai 4 org anak sepupu, 3 belah encik suami dan sorang belah saya; anak kpd sepupu saya belah umi, belah abah takde lg sepupu yg kawen...

Bulan 10 ni sorang lg anak sepupu akan lahir, iaitu anak ke-3 Kak Ja dan bulan 11 dijangka sorang lg akan lahir, anak sulung Ani dan Fakhrul.

Utk makluman, Ani ialah kawan Lyn semasa di SMSTMFP, adik kepada Saiful (merangkap adik ipar Lyn) yg berkahwin dengan sepupu Lyn, Fakhrul (juga sepupu encik suami). Maknanya, Lyn kawin ngan abang Ani, Ani kawin ngan sepupu Lyn. Hihihi. Pusing2 situ jugak!

Apa pun, selamat jadi ibu dan bapa kepada Lyn dan Saiful....

Nota: Gambar diambil dari frenster Lyn dgn kebenaran Lyn... hiks.

Saturday, March 28, 2009

Tahniah to nisa

Di sini saya ingin mengucapkan tahniah kepada kawan saya, nisa (khairunnisa baruddin, farisian9498) di atas kelahiran anak pertamanya (juga perempuan) semalam (hari jumaat), pukul 1.10 ptg.

Nisa skg berada di penang (mengajar di sana) dan akan pulang berpantang di kelantan.

Sebenarnya kawan saya ini br saja pulang dr Australia kerana mengikut suaminya menyambung pengajian di sana.

So nisa, tahniah again n selamat jadi ibu.

Thursday, March 26, 2009

Takziah to mcsyu

Dalam pukul 10.20 mlm td saya telah menerima sms drp kawan saya, mcsyu (syuhaida mansor a.k.a asyida) mengatakan ayahnya telah pulang ke rahmatullah.

Justeru, saya ingin mengucapkan takziah kpd mcsyu sekeluarga. Semoga mcsyu sekeluarga sabar dan tabah...

Mmg sukar utk hadapi saat kehilangan insan penting dlm hidup kita. Tp inilah yg dinamakan kehidupan.... (saya pun blh cakap je....)

Semoga ayah mcsyu ditempatkan di kalangan org2 beriman. Amin.

Al-Fatihah utk arwah ayah mcsyu.....

Monday, March 2, 2009

Al-Fatihah utk arwah Hafifzi

Pagi semalam (1 Mac), aku dapat SMS daripada kawan sekolahku dulu, Mcsyu n Zubay yg berbunyi:

"Al-Fatihah utk saing kito Hafifzi yg telah kembali ke Rahmatullah....."

Maka terkejut yg amat la aku..... Then aku pun msg la Zubay utk dapatkan maklumat selanjutnya. Menurut kawanku itu, pagi td (semalam) isteri dia kejutkan dia bangun tido tu tgk2 dia dah takde. Padahal malam tu dia ok je balik dari main futsal. Lepas tu bawak gi hospital Ampang. Dr. suspek mungkin jantung. Dgr2nya jenazah arwah dibawa pulang ke Terengganu utk disemadikan di sana.

Seingat aku, aku pernah sekelas dgn arwah masa Form 1. Masa sekolah dulu orang panggil arwah Piji Lalat @ Pok Lat sbb arwah ada banyak tahi lalat kat muka..... Bg aku, arwah seorg yg sentiasa ceria, lucu, suka nyakat orang tp hatinya baik.


Al-Fatihah utk arwah Hafifzi yg telah meninggalkan kita. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan digolongkan di kalangan orang-orang beriman. AMIN.

Dan takziah utk keluarga arwah. Semoga isteri arwah diberi ketabahan dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini di samping dua orang anak arwah.... Semoga sentiasa berada dalam lindungan Yang Esa.


Dalam kenangan....

Arwah Hafifzi dgn isteri n anak.

Anak arwah, Muhammad Hazeeq Irfan dan Nur Hafy Yumni