Sunday, December 9, 2012

Moyang Tok Dat




MOYANG TOK DAT

Tok Dat atau nama sebenarnya Dahak (Senopati Dahak) seorang kesatria Mataram di zaman Amangkurat. Sikap pemerintah Mataram, Amangkurat yang banyak beralah dengan Belanda menyebabkan beliau amat kecewa dan menyertai gerakan menentang Belanda. Sikap permusuhannya menyebabkan ia diburu oleh belanda. Untuk menyelamatkan dirinya, senopati Dahak meninggalkan tanah leluhur (Jawa Barat) berkelana sehingga ke Patani yang pada masa itu tersohor sebagai pelabuhan Islam yang makmur.

Setibanya di Pattani beliau disambut oleh Raja Mas Kelantan, Raja Pattani pada masa itu. Khidmatnya diminta kerana Pattani sedang berm
usuh dengan kerajaan Siam Ayuthia. Beliau mengahwini anak pembesar tersebut dan dikurnia beberapa putera dan puteri. Pada tahun 1960-an Ayuthia menyerang Pattani secara besar-besaran dengan mendapat bantuan kerajaan Islam Senggora. Dahak bersama perwira Pattani berjuang habis-habisan tetapi kemaraan tentera Siam yang disertai dengan perpecahan dalaman menyebabkan Pattani tewas. Raja Mas kelantan ditawan. Akibatnya ramai pejuang dan ulama’ Pattani menjadi tempat perlindungan di negeri Kelantan dan tidak terkecuali Dahak dan keluarganya.

Dahak bersama keluarga dan beberapa orang pembantu menyeberangi Sungai Tak Bai, terus ke Tumpat dan berhenti di Kota Kubang Labu (pusat pemerintahan Kelantan pada masa itu). Kota kubang Labu juga tidak stabil akibat perebuta
n takhta antara Long Deraman, anak Raja Legeh dengan Long Yunus, anak Long Sulaiman. Dahak berasa tidak betah dengan keadaan tersebut lalu terus mengembara ke daerah selatan (hulu)

Ketika pengembaraannya, Dahak mencari tempat tinggal yang kekal. Beliau menemui sebuah kawasan kampung yang di hadapannya (matahari naik) sungai, di belakangnya matahari jatuh) kawasan tanah rendah yang berair. Dahak memilih t
empat tersebut sebagai tempat kediaman oleh kerana tanahnya rata, subur dan senang mencari rezeki. Pondok dibangunkan di kawasan hulu Masjid Tahfiz yang ada sekarang. Kawasan hutan berair di sebelah matahari jatuh dijadikan sawah. Oleh sebab banyak pokok Perol tumbuh di kawasan sawah, kampung yang baru dipugar itu dinama KAMPUNG PEROL. Sungai yang merentang di sebelah matahari naik digelar SUNGAI JAWA mengambil sempena nama tanah leluhurnya. Keadaan air sawah yang agak bertakung menyebabkan Dahak berikhtiar menggali parit untuk mengalirkan air ke sungai. Parit sepanjang lebih 1.5km itu dapat dilihat sehingga ke hari ini. Parit ini kemudiannya diperbaiki pada zaman pemerintahan British sekitar tahun 1930-an.

Berdasarkan riwayat lisan, Dahak yang dikenali 
oleh cucunya Moyang Tok Dat, memiliki kesaktian yang luar biasa. Beliau dikatakan kebal dan mempunyai pelbagai keistimewaan lain yang turut diwarisi oleh anak-anaknya. Pada suatu masa, diceritakan keluarga diraja Kota Kubang Labu datang bertandang ke rumahnya yang pada masa itu Tok Dat berada di sawah. Anak perempuannya membaling alu lesung untuk menjatuhkan buah kelapa muda bagi menjadikan minuman kepada tetamu. Melihat kehebatan puteri Tok Dat ini, tetamu tersebut terus mengundurkan diri tanpa sempat menikmati air kelapa muda yang dihidangkan.

Tok Dat juga diriwayatkan mempunyai hubungan rapat dengan Long Ghaffar. Kemungkinan besar Tok Dat atau anaknya, sulong telah menyertai tentera Dato’ Kadok I (Panglima Adas) berperang bersama Long Ghaffar untuk membebaskan Kelantan dari Kerajaan Terengganu. Tidak hairanlah Tok Dat mempunyai hubungan yang rapat dengan Long Ghaffar yang bersemayam di Limbat. Sulong dikatakan berkhidmat kepada Dato’ Kadok dan menetap di Kadok. Juga diceritakan Senik (cucu Tok Dat) dilantik sebagai Shahbandar Raja Limbat dan jawatan ini diwariskan kepada cucunya. Manakala cicitnya, Awang Kecik (moyang penulis), merupakan Shahbandar yang terakhir. Cukai sebanyak 0.12-0.15 sen dipungut bagi setiap buah perahu/ tongkang yang menggunakan Sungai Jawa di Pengkalan Peringat.

Berdasarkan pemerintahan dan riwayat lisan serta peristiwa sejarah di Pattani dan Kota Kubang Labu, Kampung Perol dibuka oleh Dahak di akhir tahun 1780-an yakni kira-kira lebih 200 tahun yang lalu. Tok Dat meninggal dunia sekitar awal 1800 dan disemadikan di tanah perkuburan utama Kampung Perol. Batu nisan makamnya masih boleh dilihat sehingga ke hari ini. Boleh dikatakan seluruh warga kampung Perol adalah anak cucu Tok Dat/ Dahak/ Senopati Dahak.

Sekian. Wallahu A’lam.


Ditulis Oleh, SHARIFUDDIN BIN AB-RAHMAN BIN AWANG HAMAT/PAKCU NAMAT BIN AWANG KECIK BIN ABDULLAH BIN ABDULLAH BIN SENIK BIN SULONG BIN DAHAK. (Generasi ke-9)