Wednesday, July 15, 2009

Lagi ttg Natrah yg menarik perhatian saya....

Banyak sungguh hasil google ttg Natrah. Byk yg sudah saya baca. Ada yg sama n ada yg sedikit berbeza, tapi kebanyakannya sama shj (just copy n paste).

Ini antara yg menarik perhatian saya.......

Menurut cerita, orang melayu dari kelantan kayuh basikal turun ke singapura, orang melayu di pulau pinang jalan kaki ke singapura, orang melayu dari perak dan selangor tumpang kerata api barang untuk ke singapura pada tanggal 12 Disember 1950, beribu2 orang melayu sudah sampai ke singapura pada waktu tersebut. orang melayu hendak masuk bagi membantah keputusan ke dalam mahkamah.

Orang melayu diketuai Karim Ghani telah ditahan oleh Inspektor Taha yang berkhidmat dengan kerajaan British. Karim Ghani menyatakan kepada Inspektor Taha "ko orang Islam, aku orang Islam, aku datang hari ini bagi menyelamatkan akidah seorang anak yang menyebut kalimah "LAILAHAILLAH", adakah kamu yang menyebut kalimah "LAILAHAILLAH" juga mahu menghalang aku? kamu halanglah aku akan tetap pergi.... dengar saja tu Inspektor Taha terus cabut uniform dia, buang senjata dia.. Inspektor Taha menyatakan "demi Allah, aku akan bersama kamu pada hari ini"..

Laungan Allahukabar bergema disetiap sudut... Inspektor Taha terus serbu untuk masuk ke dalam mahkamah bersama orang-orang melayu. Lalu datang askar British tembak orang-orang melayu. Mengalir darah orang melayu di tangga mahkamah tinggi singapura.

(Karim Ghani dipenjarakan slps itu).

Ini pula drp Saifulislam.com.........

"Tetapi ada satu pengajaran besar yang jangan kita terlepas pandang mengenai tragedi Natrah.

1950 menyaksikan 18 orang terbunuh dan 173 orang cedera. Singapura dikenakan perintah berkurung selama dua hari. Temasek terbakar, sebagaimana rentungnya jiwa umat Islam Nusantara yang bangkit menentang usaha melari dan memurtadkan Natrah.

Itulah harga Islam di mata umat Islam tahun 1950.

Tanpa internet, tanpa sms, semangat itu merebak dengan cepat dan menular merentas kota dan desa, harga iman Natrah bukan sebarangan.

Biar pun umat Islam masih dijajah British, jiwa mereka merdeka untuk bangkit bersuara.

Di tahun 2009, tatkala Natrah kembali kepada Allah yang difasakhkan aqidah beliau dari-Nya itu, berita murtad bukan lagi berita yang menggemparkan. Usahkan mahu memandang dengan sebelah mata, kewajaran murtad pula mahu dipertahankan atas nama kebebasan beragama yang entah di mana asal usulnya.

Ketika umat Islam terbebas daripada penjajah British dan menjadi pemerintah di bumi sendiri, jiwa mereka yang pernah merdeka itu hakikatnya kembali terjajah terpenjara hingga tiada lagi suara yang membela.

Tiada lagi Profesor Dr. Burhanuddin al-Helmi yang membakar semangat itu.
Tiada lagi Karim Ghani yang mengepalai kebangkitan di akar rumpun.
Tiada lagi Profesor Ahmad Ibrahim yang menjadi peguam mempertahankan keadilan dan kebenaran.
Tiada lagi M.A. Majid yang membiayai perbicaraan mahkamah itu."


-----> Ya, saya setuju!

Ni juga menarik n mesti baca (dr perspektif seorg peguam)

http://zabidiskrip.blogspot.com/2009/07/1_10.html

-------> Ya, juga saya setuju!

Antara kata-kata yg menarik perhatian saya....

"Matinya natrah...... bukan bermakna matinya sejarah!!!!!!"

1 comment:

diana_azman said...

sye pljr UM, mengmbil sjrh islm utk sem ini, ternyta tragedi natrah menjd salh 1 topik tutorial. kagum,sedih,geram,insaf,juga bimbang bercmpur gaul mnjdi 1 rasa.sedih dn germ mngengkn pntdbrn yg dri dlu hgga kini msh memndg hukm islm tdk bererti,insf dan naif mngeng amal yg sdikit, dan bimbg yg teramt sgt andai tragedi ini berulg lg dgn versi yg globalisasi kini...moga ALLAH menunjkan jln yg terbaik buat sye dan seluruh islm di dunia ini