Wednesday, July 8, 2009

Takde keje cari keje

Mimi tidaklah mengetag saya tapi saya nak buat jugak yg ni....

TENTANG ANAK-ANAK

1. Anda sudah mempunyai berapa orang anak & nyatakan girl or boy?
2 org, sepasang.

2. Bila perancangan anda untuk menambah anak?
Insya-Allah bila agak2 dah sesuwai. Hiks. Ni si kecik ni baru nak masuk 4 bulan.

3. Nyatakan nama anak anda & apa makna nama anak anda dalam islam?

Ahmad Zukhruf Azzuhri;
Ahmad = Yg terpuji
Zukhruf = Perhiasan
Azzuhri = Kecantikanku (kalau pempuan Azzahra)

Nur Zahratul Auliya;
Nur = Cahaya
Zahratul = Bunga @ yg berseri @ keindahan
Auliya (Aulia') = Para wali (juga bermaksud ketinggian, keutamaan)

4. Siapakah yang memberikan nama anak anda?
Saya dan suami, sama-sama.

5. Dari mana tercetus idea memberikan nama anak anda?
Zukhruf; suami saya yg suka ngan nama tu, sbb ada dlm al-Quran (nama surah). Simpan nama tu sblm kawin lagi (hihi). Azzuhri, tiba2 suka kat nama tu, diinspirasikan oleh nama seorg alim, merangkap tokguru Imam Malik, Shihab Azzuhri. Ttg nama Auliya blh baca di sini.

6. Sekiranya anda dikurniakan seorang lagi cahaya mata...apakah nama yang akan anda beri?
Yg pasti ada Z, sbb nama suami Z dan nama saya pun Z. Hiks...

7. Bagi yang sudah mempunyai anak lebih dari seorang... nyatakan berapa jarak beza umur anak anda?
4 tahun 3 bulan, kalau kira tahun sekolah 5 tahun (jauh kan?). Mula mengandung Auliya masa Zukhruf 3 thn setengah.

8. Untuk kelahiran anak anda yang akan datang.... anda nak girl @ boy? nyatakan sebabnya?
Tak kisah la sbb dah ada boy n girl ni... Tapi kalau blh nak sama ramai laki n pmpuan.

9. Ape ciri2 persamaan anda & anak anda?
Zukhruf ntah la. Tapi Auliya kening amik kening aku, bulu mata pun ala2 aku, panjang n agak lentiksss... haha. Hidung pun hidung aku (trademark Perol, yg ala2 kembang gitu, huhu).

10. Upload gambar anak anda untuk tontotan semua rakan blogger.


Zukhruf

Auliya (masa ni sebulan lebih, nampak besar kan.. takde gamba terbaru sbb tak dpt nak upload ke ini kompite)

11. Tag seberapa ramai yang boleh untuk jawab tag ni.
- Mija
- Mc Syu
- Ibu Arifa
- Idama
- Jie (yg baru jd mom blogger)
- dan sesape yg rajin nak buat ni.

No comments: