Thursday, March 26, 2009

Di sebalik nama

Macamana dan bagaimana saya boleh namakan baby girl saya ini Nur Zahratul Auliya? Begini ceritanya....

Nama tu 'tercipta' semasa saya mengandungkannya, dlm 5,6 bulan kot masa tu.

Sebenarnya dah ada nama lain (utk anak perempuan) dlm simpanan kami, nama yg disimpan sejak saya mengandungkan zukhruf lg.

Tp tak semena-mena masa mengandungkan auliya nie, 'ter-dapat' pulak nama nih. So, tak guna la nama yg disimpan tu. Namun begitu, nama tuh tetap saya akan simpan, kot2 dapat anak perempuan lg lepas ni.

Saya dah lama minat dgn nama "Zahra" mcm Az-Zahra, gelaran Sayyidatina Fatimah puteri Rasulullah - Fatimah Az-Zahra. Tp sebab nak bg 'Z' kat depan terjadi la "Zahratul".

Zahra maknanya bunga @ yang berseri @ keindahan.

Lg satu, saya suka tgk Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim Davidson. Saya kagum dgn kecantikannya (bg saya beliau sgt2 cantik... Maha Suci Allah!). Juga kagum dgn personalitinya, peribadinya, kebijaksanaannya dan ketulusan hatinya....

Manakala "Aulia" diilhamkan oleh suami saya, ingin mengambil keberkatan dr perkataan aulia' yg bermaksud para wali @ wali-wali (jama'). Juga bermaksud ketinggian, keutamaan (if i'm not mistaken)

So, kalau dpt anak pempuan, kami nak namakan dia "Zahratul Aulia". Tp saya tak mahu la dia duk belakang sekali bila dia sekolah nanti (nama mula dgn Z). So, letak la "Nur" kat depan, jadi la "Nur Zahratul Aulia".

Then, kira bilangan huruf genap la pulak (16 huruf). Org kata, elok bil. huruf ganjil. Ntah le mana saya dgr. Tp org tua2 la cakap. (Attention: Tiada dalam nas)

So 'tepaksa' la eja "Auliya". Jadi la Nur Zahratul Auliya..... akhirnya.

Ingat takmo bg nama anak panjang2 (mcm Zukhruf kira pnjg jgk). Tp terjadi panjang jugak, nak wat camane... heheh.

Semoga anakku akan mnjadi (cahaya) bunga para wali............

P/S: Kalau anak laki, saya berkenan sgt nama Ali Zainal Abidin (nama cicit Rasulullah SAW, anak Sy. Hussin).... Sungguh kagum dgn karakternya...

2 comments:

EdaManAli said...

nama Aisyah Humaira sempena name Sadatina Aisyah, isteri Rasulullah.
Aisyah = yg bhg hidupnya (insyaAllah)
Humaira = yg b'pipi k'merah2an (gelaran yg Rasulullah bg kt Saidatina Aisyah). sptutnya ltk tnda ' kt ujung Humaira tu. ingtkn xleh ltk dlm birth cert. lps tu br tau bleh sbnrnye. apepn bcaannye HUmaira'

Muhammad = yg t'puji
Faris = yg alim
Iman = iman
name abg dia...

Kaklong Nuzula said...

aisyah humaira, cantik nama tu. mmg blh letak tanda ' dalam surat beranak.

muhammad faris iman pun sedap....

yg penting kita telah tunaikan 1 tanggungjawab kite pd anak2, iaitu namakan mereka dgn nama2 yg baik.