Wednesday, July 1, 2009

Auliya @ 3 months

Little Auliya dah 3 bulan 3 minggu tapi ni baru nak rekod dia punya progress (take time jugak nak buat ni.. heheh). Kira rekod kat sini je lah yerk!

Drp hasil google n bacaan kat blog kawan2, apa yg dapat aku simpulkan ttg baby pd usia 3 bulan......

- Boleh angkat kepala tegak dan lebih lama. Ye, auliya pun dah boleh. Actually sejak dr umo sebulan lg dia blh angkat kepala, mcm time kita mandikan dia or ketika letak dia meniarap sekejap. Sungguh2 dia angkat kepala dia. Sbb dia jenis keras kot. Tapi masa tu tak bg la dia angkat kepala lama2.. hiks. Kang dia kecik lg. Abg Zukhruf dulu rasanya masa 2 bulan pun stil lembik lg tengkuk... hihi.

- Tekan tubi mini (jika diletakkan meniarap, dia boleh angkat kepala n bahunya). Ya.

- Mula mengukir senyuman. Auliya mula senyum masa umo dia 2 bulan lg.

- Kurang menangis dan tido lebih nyenyak pd waktu malam. Bab kurang menangis tu aku rasa sejak umo 3 bulan ni lg byk dia nangis n suara pun lagi kuat. Sblm ni ok jer, susah nak dgr suara dia. Bab tido lebih nyenyak waktu mlm tu betul la. Sejak umo 3 bln ni baru dia tido lama malam, maknanya kurang sikit la berjaga dr sblm ni. Mcm skg ni dlm 5 jam dia tido baru sedar - nangis - nak susu. Abg Zukhruf dulu masa 4 bulan baru betul2 tido malam.

- Mengamati tangannya. Ya, aku perasan dia suka main2 ngan tangan dia. Bila duk sorang2 dia akn angkat dua2 tangan n main2 cam tu la. Rupa-rupanya masa 2 bulan baru baby menyedari tangannya. Lorr... baru tahu yg dia ada tangan. hihi.

- Boleh pegang benda dgn tangannya. Ni baru je dlm dua minggu ni. Auliya dah blh pegang apa2 yg kita bagi or apa2 yg boleh dicapai olehnya. Mula2 tu aku perasan dia blh genggam jari kita dgn kuat n dia suka tarik baju dia sampai ke atas. Skg ni time mandi dia suka pegang n tarik baju aku. N time nyusu pulak, selalu dia genggam jari telunjuk aku. So sweet!

- Semakin peka pada bunyi (cuba cari bunyi tu). Hah, betul tu. Kalau bunyi apa2 dia akan cari. Mcm kita bunyikan 'rattle' dia akan cari. Bunyi suara aku or suara dlm tv jugak dia akan cari. Si kecik ni pass la ujian pendengaran. Hihi.

- Penglihatannya juga lebih fokus dan dapat melihat ke sana ke mari. Ya, betul tu. Bila kita gerak2kan tangan kita kat depan dia or kita jalan depan dia, matanya akan ikut.

- Cam wajah dan bau kita. Ya, mungkin dia dah kenal org2 sekelilingnya. Mcm Auliya, bila dia nangis n then aku dtg dia terus senyap. Dah kenal kot aku sbg ibunya or sbg 'milk suppliernya'... Ntah la apa dia ingat aku ni.... hahaha. N aku rasa dia juga dah cam suara aku.

- Menangis apabila ditinggalkan. Hah, tu memang. Dia dah pandai rasa 'takut' duk sorang n nak ada org di sekelilingnya. Mungkin sbb ni dia byk nangis skg drp sblm ni (sbb takmo kena tinggal sorang2).

- Boleh duduk dlm beberapa waktu jika ditunjang (ditampung). Ya.

- Menjerit n buat bunyi mengagah @ kukur. Ntah, aku pun tak pasti mcmana tu. Tapi ada la dia buat bunyi2 tu n makin rancak nak bercakap (respon bila org cakap ngan dia).

Lagi tentang Auliya pd usia 3 bulan ni;

- Suka buat buih ngan mulut, tapi tak pandai lg sembur (biasanya 4 bulan br pandai sembur). Dia juga suka hisap mulut dia sampai keluar air liur.

- Kaki dia makin kuat, blh tendang n suka melonjak. Kalau pegang dia masa mandi tu mmg kena pegang kuat2 la. Kalau letak dia kat atas tilam, dia akan lonjak (tolak2 ngan kaki dia) sampai ke atas. N ada jugak dia tendang keyboard ni sampai nak jatuh (hahaha, nampak sgt ada riba dia time duk blogging nih.. haha)

- Boleh berpusing sampai 90 darjah. Sebenarnya dah lama, dr 2 bulan lg kot, tp skg makin ketara. Kalau letak kepala dia atas bantal, sekejap je bantal ke mana, dia ke mana.

- Oh ya, dia juga suka buh tangan dlm mulut n hisap, bukan jari tp tangan segenggam... hihi. sampai meleleh air liur. Rasanya dlm 2 minggu ni.

Apa lagi yer? Kot ada lagi yg aku tak perasan. Time Zukhruf dulu takde nyer aku cek satu2 progress dia macam ni. Just ingat yg penting2 jer...

2 comments:

izzahazfar said...

emm...kak anak kita sama la..maybe to memang proses utk budak tecik kot..hehehe

tapi yg tak boleh tahan bila dia masuk tgn dalam mulut..siap ada bunyi n kalau kita dukung dia..tgn kita sekali masuk dlm mulut dia..

tak sabar tunggu kebolehan anak yg lain pulak kan..!

kaklong nuzula said...

oho ya ke... hihik. seronok kan tgk. mmg as a ibu kite tanak terlepas satu pun progress anak kita... n'way, salam perkenalan. thanx singgah sini.