Wednesday, July 15, 2009

Di sebalik isu Natrah

Semlm dlm WHI topik Natrah n isu itu turut dikupas dari sudut undang2. Datin Fatini yg telah 20 thn menulis ttg kisah hidup Natrah juga turut hadir.

Ya, krn seorg gadis, 18 nyawa terkorban, 200 yg cedera n beberapa org juga dihadapkan ke tali gantung..... Dan kerana seorg gadis juga berlaku rusuhan sehingga diisytiharkan darurat selama 2 hari 2 mlm....

Pada saya isu Natrah memberikan impak yg besar kpd sejarah peradaban n kehidupan kita selaku org Melayu n Islam....

Apa yg dapat saya simpulkan ttg isu Natrah (ketika kes itu berlaku, pd thn 1950)...

1- Org bukan Islam sengaja menaikkan kemarahan (provoke) org Melayu - Islam dgn penyebaran gambar Natrah melutut di hadapan patung Virgin Mary. Padahal menurut Natrah itu bukan dgn kemahuannya. Sememangnya dunia ketika itu mengetahui yg Natrah memilih utk meneruskan hidup sbg seorg Muslim (spt yg dikatakannya kpd mahkamah).

2- Ia bukan lagi mengenai isu perebutan hak penjagaan Natrah ttp lebih kepada perebutan agama (antara Islam dan Kristian). Dikatakan ketika Natrah sampai di Belanda, beribu2 org telah menunggunya. Dan ketika Natrah dikristiankan (diberi holly water) semua gereja di seluruh dunia membunyikan loceng sbg tanda meraikan "kejayaan" itu.

3- Org Melayu sanggup mati kerana agama. Org Melayu sanggup mati utk mempertahankan Islam. Org Melayu pantang agama Islam dihina dan dipijak-pijak. Ini dpt dilihat apabila org Melayu sanggup berjuang habis-habisan utk mempertahankan akidah seorg gadis.

4- Hubungan yg lebih drp hubungan darah bisa wujud. Lihat saja bagaimana sayangnya Che Aminah pada Natrah, padahal anak Belanda itu tidak mempunyai apa-apa hubungan darah dengannya. Natrah sudah dianggap spt anaknya sendiri, malah mungkin lebih lg... Ye, agama Islam yg telah menyatukan mereka!!

5- Org Melayu mmg berhati baik dan mulia. Natrah diterima bkn shj dlm keluarga Che Aminah ttp juga di kampung itu malah satu Malaya 'menerimanya' sbg anak Che Aminah. Padahal Natrah adalah anak penjajah - ye, Belanda adalah penjajah di Indonesia (kita kena ingat negara kita ketika itu pun masih di bawah penjajahan British, dan British n Belanda adalah adik-beradik!).

6- Org Melayu pada masa itu adalah berfikiran matang n menghormati undang2 (walaupun undang2 British/ Belanda). Mereka dapat terima apabila hak penjagaan Natrah diperolehi bapanya. Yg mereka marah adalah apabila mahkamah 'mengarahkan' Natrah kembali kpd agama asal ibu bapanya (dimurtadkan).

7- Che Aminah membesarkan Natrah dgn sepenuh kasih sayang n diberikan pendidikan yg terbaik. Natrah turut disekolahkan (masa tu kan tentu ramai yg tak masuk sekolah). Natrah dikatakan telah khatam al-Quran n menjaga solat 5 waktu.

8- Jiwa Natrah mmg sebati dgn budaya Melayu n agama Islam. Jiwa raganya mmg milik Malaya. Sehingga ke akhir hayatnya beliau tidak dapat melupakan Mansor Adabi, Che Aminah dan keluarga angkatnya serta bumi Malaya ini sendiri, khususnya tmpt beliau dibesarkan.

9- Natrah mmg mencintai Mansor Adabi (krn ada pertikaian betulkah Natrah mencintai Mansor Adabi atau itu hanya sekadar perkahwinan yg diatur).

10. Orang bukan Islam (khususnya org Inggeris n Belanda) mmg anti-Islam. Mungkin benar wujud pakatan Inggeris n Belanda ketika itu berhubung isu Natrah. Dan mungkin juga mahkamah mmg berat sebelah dlm perbicaraan. Jika tidak masakan kes yg sebegitu berat diputuskan (diberikan keputusan) oleh hakim hanya dlm masa 5 minit??

11- Ini semua adalah takdir yg telah tertulis. Mmg berlaku beberapa kesilapan di pihak Che Aminah yg membawa kepada kemenangan pihak Hertogh, tetapi ini semua mmg kehendak Ilahi, tiada siapa yg mampu menghalang lagi.................... Setiap yg berlaku itu ada hikmah di sebaliknya, kerana DIA TUHAN yang Lebih Mengetahui.....

Sehingga kini saya tidak berani menghukum agama Natrah ketika beliau hidup mahupun ketika meninggal dunia... Siapa tahu kalau beliau sempat mengucap dua kalimah syahadah (atau beriktikad utk..... di akhir nafasnya). Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Tambahan pula, beliau tidak mahu mayatnya disemadikan (mungkin taknak jadi isu) dan sbg permintaannya yg terakhir beliau mahu menderma mayatnya kpd Hospital Rotterdam bg tujuan penyelidikan. Kan ke pelik tu?

2 comments:

EdaManAli said...

bace paper smlm, Berita Harian. ank buah angkat Natrah kate, mase last visit dia sblm Natrah meninggal, Natrah mntak CD lagu ikan di laut, asam di darat, masih bleh baca Al-Fatihah, fasih b'tutur dlm bhsa Melayu Indonesia...dr dulu dgr cite Natrah ni, stiap kali pn b'harap dia akn kmbali kpd Islam sebnr2 Islam...

kaklong nuzula said...

ada jugak baca yg tu. itulah, apa pun hanya Allah yg tahu.....