Yeah, I have been breastfeeding Auliya for 2 months, 2 weeks n 3 days (sejak dia lahir!). Alhamdulillah, so far takde masalah besar, just bf dia on demand.
Yer la, sbb aku direct bf so takde lg la nak fikir psl stok, jadual mengepam, nak store breastmilk (bm) tu, nak beli segala perkakas dll.
Sepatutnya aku dah stat kena fikir benda2 tu kalau betul2 nak kerja lps ni. Byk lagi tak tahu. Mmg la ada baca pengalaman kawan2 yg ebf walaupun bekerja. Tp byk lagi nak kena study and nak kena tanya org2 yg berpengalaman nih.
Hari tu ada la my bm kurang sket (lambat penuh balik lps baby hisap). Kira ngam-ngam jer ngan Auliya. Dlm 2,3 hari jugak. Lepas tu alhamdulillah dah ok balik.
Auliya ni kuat jugak nyusu. Tp rasanya kalau boy lagi kuat n kerap, mcm Zukhruf dulu, ada gak time haru; susu takde sampai nangis teruk. Then cuba bg susu formula mmg dia taknak - tolak kuat2 dgn lidah. Kalau hisap pun sikit sgt n dia akan keluarkan balik.... Haru sungguh masa tu.
Moralnya, time susu banyak tu kena pump / perah n simpan. Lepas tu kena ajar jugak baby hisap dgn botol. In case mcm ni la. So aku dah amik pengajaran. Auliya ni ajar jugak dia hisap botol. Mula2 mmg dia taknak, tapi dah lapar tu hisap jugak.
Setakat ni aku takde pun amik supplemen @ makanan tambahan khas utk susu. Just minum byk air suam, makan kurma n madu (setiap pagi) tp ni madu pun dah habis. Oh ya, juga minum susu 2 kali sehari.
Mudah-mudahan aku dapat menyusukan Auliya sehingga 2 tahun. Detik2 menyusukan anak ni sebenarnya begitu manis, esp bila direct bf. Rasa hubungan ibu-anak yg sedang mekar n semakin mekar... Hehe..
Aku penah dgr, kalau anak kita minum susu kita, insya Allah dia tidak akan derhaka kepada kita. Dia akan jadi anak yg baik. Insya Allah, mudah-mudahan. Mungkin itulah hikmah di sebalik galakan menyusukan anak yg telah ditentukan ALLAH SWT.
So, jadikan sesi penyusuan itu sbg momen2 indah kita bersamanya, masa utk bercakap2 dgnnya, masa untuk membina keserasian bersama...
Juga blh jadikan sesi pengajaran tak formal yg pertama untuknya. Bagitahu dia; kita ni ibunya, Allah yg menjadikannya, Allah yg bg susu, adik mesti taat perintah Allah dll....
Tuesday, May 26, 2009
BFing Auliya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment