Sambung citer pasal Zukhruf...
Sian dia 2 bulan tak gi sekolah. Dah la dtg2 periksa. Ingatkan takyah periksa sbb cikgu besar cakap tak payah. So, tak gi sekolah la masa minggu org periksa tu (minggu lps). Then gi sekolah minggu ni cikgu dia suh buat jugak periksa.
Semlm aku gi sekolah dia bayar yuran n jumpa cikgu dia. Tanya zukruf macamana kat sekolah. Cikgu dia cakap dia baik je. Mcm tak percaya. Hahaha. Iyalah, dia jenis budak yg aktif, kata org kelate 'buah'; mcm tak pecaya la kalau dia baik je. Hehe.
Tp Zukhruf mmg la dgn kita je (dgn ibu bapak dia ni) yg selalu buat hal. Kalau kita takde baik pulak. Zukhruf mmg agak aktif tapi dia manja. Sbb ada sikap (or sifat) manja tu la dia jadi dgr cakap n lembut hati. And sbb ada sikap manja jugak la dia tak boleh kena marah (jenis yg kena cakap elok2).
Tp budak2 biasa la, kdg2 tu sengaja nak cari pasal. Sengaja nak uji kesabaran kita as ibu bapaknya ni. Apa pun, Zukhruf ttp anak yg baik walaupun kdg2 cukup menguji aku.
Sambung citer jumpa cikgu dia tu. Tanya jugak, dia ikut ke arahan (bila guru bg arahan ni). Cikgu dia ckp, dia dgr n ikut je. Tentang periksa hari tu cikgu dia cakap, bg satu contoh je dia dah boleh buat. Entah lerrr zukhruf...
Mmg sian kat dia. Lama aku tak ajar dia, sejak alahan ngandung dulu. Bacalah Anakku pun byk dah lupa n kena ulang balik stat dari buku 1. Iqra' pun duk buku 2 lagi. Masa ngandung hari tu selalu tak larat n tak sempat nak ajar dia. Lps tu bersalin n berpantang pulak, lg la tak sempat nak ajar.
And lps balik KL ni la aku berazam nak ajar dia setakat termampu. Kalau blh nak habiskan Bacalah Anakku (di samping ajar Iqra') n lps tu nak ajar ReadEasy pulak. ReadEasy tu kaedah cepat membaca bahasa Inggeris, cam Bacalah Anakku utk bahasa Melayu.
Masa jadi cikgu selama setahun dulu (2006) aku dah penah kursus utk ngajar ReadEasy. So insya Allah takde masalah. Nanti la aku citer lain kali pasal Bacalah Anakku n ReadEasy ni.
Ataupun utk maklumat lanjut sila ke laman web ReadNetwork
Nombor (angka) dia dah tahu entah smpai berapa belas. Dia dah bolah kira n kenal angka (relate dgn bilangan sesuatu tu).
One two three blh la sampai ten. Tu sume aku tak ajar pun. Dia dgr dlm tv, belajar dgn Dora la kot (Dora the Explorer). Hahaha. Ada jugak la faedah tgk tv. Nombor dulu pun dia belajar dr remote tv, sbb nak tekan remote sendiri.
Skg ni dah kenal la duit 1 ringgit, 5 ringgit n 10 ringgit. Haha.
Byk jgk nak citer pasal Zukhruf, psl pengalaman membesarkan dia. Tp lain kali la yer.
Thursday, May 21, 2009
Tentang Zukhruf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment