Sunday, May 31, 2009

Ada ke org buat mcm ni?

Pagi tadi (pagi yg dah hampir tgh hari), saya bersama2 dgn abah zukhruf, kakngah (SIL), zukhruf beserta auliya telah pergi berjalan2 sambil membeli dan membelah di sebuah pasaraya berdekatan ngan rumah kami.

Ini adalah kali kedua saya membawa auliya ke 'supermarket', sejak dia dilahirkan.

Nak dijadikan citer, kami tak ada stroller. Yg zukhruf punya dulu dah tercabut tayar. Mmg duk tgh usha nak beli stroller pun, sbb tak larat nak dukung auliya lama2. Yg masa 1st time bawak dia tu sampai lenguh sgt tangan. Dah la nak beli brg pun susah.

So sblm pegi tu aku duk pk2 la, macam mana ni? Macam mana nak buat ngan auliya ni? Dah tak larat nak dukung dia. Abah Zukhruf telah memvolunteerkan diri nak dukung, tapi aku tak harap sgt abah dia dukung si kecik ni lama2, sbb abah dia kurang pro (nak kata tak pandai tu tak sampai hati pulak). Setakat riba n dukung sekejap tu boleh la.

Then dapat la idea nak bawak benda carrier+rocker+carseat (yg bukan carseat!) yg aku beli utk auliya hari tu. (Seperti gambar di bawah ini)


Macam mana aku buat? Sampai je kat situ, aku pun amik troli dan letak carrier yg mengandungi si kecik auliya ke dlm troli tu (korang boleh gambarkan tak?). Dan kami pun tolak la troli itu. Hehehe. Ada ke orang buat macam ni??? Sebab aku tak penah jumpa lagi....

Kata abah zukhruf, masa dia duk tolak troli tu, ada gak orang cakap, "Eh, ada baby!!" (org yg lalu lalang n tertengok auliya dlm troli tu). Hahaha...

Yang penting, si kecik tu tido je sepanjang kami kat situ. Manyak senang hati. Dapatlah kami bershopping dengan jayanya....

Kesimpulannya, ok jer. Muat je nak letak barang2 yg dibeli ke dlm troli tu, sbb troli tu besar. Senang pun senang. Tolak troli jer. Kalau ada stroller, kena tolak stoller lagi, troli lagi.... Kan? Kan?

Sekian sahaja cerita saya. Terima kasih kerana sudi membaca. Wassalam.

Nota: Saya tengah meng'usha' stroller si combi dekat mudah.my, yg org nak jual. Dah berapa hari duk fikir, nak ke tak, nak ke tak.... Ermmmm, macamana yer? Nak beli yg NEW idak le teman mampu....

2 comments:

EdaManAli said...

Ok laa tu. ade yg ltk toto(tilam nipis) dlm troli, pstu ltk baby kt situ...huhuhuuuu...bleh imagine x?

Kaklong Nuzula said...

Oooo ya ke eda. Hehe. Tak penah jumpa lg. Hahaha. Nasib baik tak buat mcm tu....