Saya baru saja menonton video ttg proses kejadian manusia, 9 bulan di alam rahim dr blog ini.
Rasa terharu sangat, sampai menitis air mata.... Maha Suci Allah. Hanya DIA Tuhan yg layak disembah!!
Melihatkan si kecik tu yg sedang tido lagi la terharu tgk muka dia yg tak tahu apa, bersih dr segala dosa dan noda..... makin menyedarkan saya betapa ia telah berjuang utk lahir ke dunia ini.... Semua itu bukan mudah....
Dan mengingatkan ada rakan-rakannya yg dibuang begitu sahaja, tak kira di mana-mana - ke dlm tong sampah, dlm semak, longkang, ditinggalkan begitu sahaja..... Sekali lagi saya menitiskan air mata. Betapa kejamnya manusia.
Betapa mereka telah berjuang drp asal mereka sekecil-kecil benih sang bapa berenang mencari benih sang ibu, menjadi janin yg kuat dan akhirnya menjadi manusia yg sempurna sifat.... Kemudian, selepas mereka bertarung habis-habisan untuk melihat dunia ini, mereka dibuang / dibunuh / dibiarkan mati begitu saja... Sungguh kejam!!!
Video ini juga mengingatkan saya bahawa kita manusia sebenarnya tidak lemah. Kita kuat. Kita memang kuat; kerana kita adalah manusia. Sejarah pembentukan kita bukan mudah. Kita yg asalnya drp benih sang bapa telah berenang begitu jauh, merentasi ombak dan badai utk bertemu dgn benih sang ibu. Dgn itu, terjadilah kita....
Oleh itu, hargailah diri kita. Hargailah kejadian diri kita yg bukan mudah. Sayangilah diri kita, kerana TUHAN buat kita bukan mudah. Dan juga sayangilah anak-anak kita kerana TUHAN buat mereka juga bukan mudah!!!!
Nota: Semasa melahirkan Zukhruf di hospital dulu, saya menangis (hati saya menangis!) melihat bayi-bayi yg dilahirkan sbg anak-anak org Cina dan India. Mungkin sudah tertulis yg mereka tidak dilahirkan sebagai anak-anak org Islam..... Memikirkan apakah mereka akan temui TUHAN yg telah menciptakan mereka, membuatkan saya benar-benar bersyukur... sekurang2nya saya telah dilahirkan sebagai seorang muslim (walaupun kita yg Islam ini belum tentu mati dlm Islam!!)
Friday, May 29, 2009
Sungguh aku terharu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment