Thursday, May 21, 2009

Bersiaran dari Jln Duta

Yeah... aku dah balik KL sejak Ahad lepas (10.5.09). Dah seminggu lebih kat sini tapi ni baru blh update sbb baru blh access internet. Meronta-ronta rasanya tak dpt masuk internet. Huhu. Pagi ni baru blh.

Actually br semlm suamiku gi byr baki 2 bulan yg tertunggak. Dia cakap lps 2 jam boleh tp dr semlm aku try, tunggu punya tunggu. Sabo aje la..

Yg jadi tertunggak tu masa aku dlm pantang hari tu la. Tak guna pun kena byr jugak (mmg la). Masa kat kelate hari tu guna streamyx yg kat umah. Silap aku jugak, tak suruh encik suami bayar masa aku takde kat sini hari tu.

So, bermulalah life ku sbg ibu kpd 2 org anak. Ni pun stil dlm proses penyesuaian; menyesuaikan diri. Iye la, dah beranak kecik ni lain la pulak time n life management nyer.

And to Auliya, selamat datang ke rumah kita. Cantik tak cantik pun inilah rumah kita yg dipinjamkan oleh kerajaan. Ngee... Dan kita akan duduk di rumah ni (entah sampai bila). Mungkin setahun, 2 tahun atau 5 tahun lagi... Entah la, yg pasti selagi abahmu ini kerja di sini and selagi kita takde umah sendiri....

Aku pun bermulalah misi nak cari kerja. Rasa betul2 nak kerja ni. Sudah lama benar aku jadi suri rumah sepenuh masa; sejak pindah ke KL ni (dah 2 thn lebih).

Sebenarnya dlm pantang hari tu lg duk cari2. Kepada kawan2 yg ada maklumat ttg kerja kosong @ apa2 open interview, harapnya dapatlah korang maklumkan kpd aku.

Zukhruf pun dah gi sekolah (tadika dia) stat jumaat lepas. Kat sekolah dia buat 'selamat hari guru'. Hehe. Excited zukruf nak gi sekolah sbb ada 'selamat hari guru' hari tu. Hahaha. Entah apa dia ingat selamat hari guru tu...

...............

(Panjang pulak duk citer pasal zukhruf. Aku dah cut, buh dlm next entry).

Esok, pg2 lg umi abah aku akan bertolak ke KL, nak hantar Fatin masuk UiTM shah alam. Daftar hari Sabtu ni. Kan hari tu aku ada citer yg Fatin ada interview utk buat law kat oversea. Interview tu berjaya, tapi disebabkan tempat yg sgt terhad dia suh buat dlm negara dgn ditanggung sepenuhnya oleh JPA (utk first degree).

Org JPA call hari tu, sblm aku balik ke KL lg. Syukur alhamdulillah. Bg aku yg penting dpt tajaan @ biasiswa, drp amik PTPTN tu jenuh nak bayar balik.

So setakat ni Ida (adik aku no.4) je la yg pinjam PTPTN. Aku n Eming; JPA, Mardiah; Petronas. Sian ko ida kena bayar balik. Takpe la ida. Kaklong harap mu cepat2 dapat keja. Nanti buleh belanja aku n belikan hadiah utk anak2 sedaramu ini. Hihi...

Apa lagi ye nak cakap?

Oh ya, hari Khamis lepas family belah suami aku datang - Umi, Abah, Kakngah n Fikri. Kakngah dtg dr Melaka. Dia dpt cuti 3 hari. Fikri pun tgh cuti sem skg ni. Lain kali la citer psl diorg ek.... So, meriah jugak la rumah ni. Mereka semua duk sini sampai hari Sabtu.

Ok la, till next entry.

No comments: