DIA yg ku kenali adalah amat berkuasa, sungguh berkuasa, kerana DIA Maha Berkuasa atas segalanya.... segalanya, di langit dan di bumi... kerana DIA TUHAN SEMESTA ALAM. Percayalah, dia boleh melakukan apa saja (eg: memusnahkan musuh-NYA sekelip mata, menjadikan kita kaya-raya sekelip mata dll) kerana DIA Maha Berkuasa... Sedangkan kita manusia gila kuasa.
DIA yg ku kenali juga sungguh bijaksana, kerana DIA Maha Bijaksana. Setiap apa yg dijadikan dan ditentukanNYA adalah amat complete, lagi amat sempurna. DIA telah susun sesuatu itu dgn amat sempurna, penuh dgn hikmah tersembunyi.
DIA sangat-sangat-sangat sayangkan manusia, kerana DIA telah menciptakan kita sbg sebaik-baik kejadian. Sungguh!! DIA telah 'memberikan' kita sebahagian daripada DIRINYA, iaitu ROH. Sbg manusia kita ada roh dan nyawa (nyawa itu berbeza dgn roh), sedangkan semua benda hidup lain ada nyawa shj (termasuk jin). Sbg manusia, kita adalah pelakon utama di atas pentas kehidupan ini, terutamanya kita manusia yg hidup di akhir zaman ini.... Kita adalah penutup segala cerita...........
DIA suka menguji dan sengaja ingin menguji. Iye, DIA sengaja ingin menguji kita, menguji saya sebagai manusia, kerana DIA ingin tahu setakat mana keimanan kita. Kan DIA pernah berkata, "Jangan mengaku kamu org yg beriman, selagi kamu belum diuji!!" Sepatutnya kita berasa gundah kalau hidup kita tiada ujian dan cabaran, kerana apa mungkin DIA telah 'melupakan' kita?
DIA amat sayang pada org2 yg ikhlas. Ikhlas dlm erti kata, ikhlas dlm segala aspek kehidupan ini; redha dgn apa saja yg ditentukanNYA. Kalau kita redha akan DIA (apa yg ditentukanNYA), maka DIA akan redha akan kita. Insya-Allah.
Wahai DIA, jadikan aku di kalangan org2 yg sabar, org2 yg ikhlas dan org2 yg bersyukur.....
Sesungguhnya terlalu banyak nikmat dan rahmat-MU. Bagaimana dapat ku balas segala nikmat dan rahmat-MU ini?????????
Monday, May 25, 2009
Dia yg ku kenali....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment