Zukhruf mmg byk sangat tanya. Tak kira masa. Kdg2 tu tak larat jugak nak layan, esp time kite tgh penat or sibuk (mcm kat dapur ke, tgh bereskan auliya ke, or tgh aku syiok memblogging nih.. Haha)
Zukruf stat banyak tanya ni sejak umur dia 3 thn+ lagi. Dan semakin menjadi-jadi masa umur 4 thn ni la. Mcm2 sgt dia tanya, sampai kdg2 tu mmg tak terjawab, sbb takde jawapan dahhh...
Ni yg berlaku tadi;
Zukruf : Umi, monyet boleh masuk dalam air tak?
Aku : Tak boleh. Nanti mati la dia. Binatang apa duk dlm air? (saje nak tanya dia)
Zukruf : Ikan, udang, ikan paus.... mcm2 la umi.
Aku : Apa lagi?
Zukruf : Mcm2 la... Banyakkk.
Isk, isk pandai dia jawab. Saje je dia malas nak jawab (atau malas nak pk). Tak lama lps tu, dia tanya pulak..
Zukruf : Umi, kenapa monyet mati duk dlm air?
Aku : Dia tak boleh bernafas la..
Zukruf : Dia lemas ke umi?
Aku : Ye la. Org pun mati duk dlm air (Saje je aku cakap mcm tu)
Zukruf : Org boleh benang (berenang) la umi....
Hahahahaha.... Terkena aku. Tp aku jawab...
"Itu kalau blh berenang....."
Tak brp lama lepas tu, dia tanya lagi;
"Kalau monyet mati dlm air mcm mana?" (maksud dia jadi mcm mana ngan bangkai monyet tu lahhhhh). Aduiiii....
"Jadi macam tu la...." Aku dah malas nak jawab.
Kang nanti jawab hanyut, dia tanya hanyut ke mana pulak dan bla.. bla.. bla.... Jadi panjang cerita pulak.
Zukruf mmg dia akan tanya dan tanya sampai puas hati. Kdg2 naik tension jugak ooooo.... Tapi tu la, kena jawab jugak setiap persoalan dia. Kalau tak jawab kang terbantut pulak minat dia nak tahu ttg sesuatu tuh. (Penat oooo jadi ibu nih...)
Kdg2 tu sampai 2,3 hari dia tanya soalan yg sama, yg dia stil tak puas hati. Aku ingatkan dah selesai kat sini, tapi esok @ lusa tu dia tanya lagi.... Isk, isk. Rupa-rupanya dia stil tak puas hati.
Hari tu dia ada tanya...
Zukruf : Umi, kalau kita tak ada tulang mcm mana?
Aku : Jadi lembik la....
Zukruf : Pastu kena masuk dlm peti ke???? (peti ais)
Hahahaha... ke situ pulak dia. Sbb selama ni kalau ais krim lembik (cair) aku suh masuk dlm peti ais dulu nak bg keras balik...
Dia jugak penah tanya....
Zukruf : Umi, kenapa kita ada darah??
Aku : Ermmm....
Susah oooo nak jawab... Nak bg dia faham ikut umur dia lak tu. Then aku jawab;
"Kalau tak ada darah mati la.... "
Tu je yg mampu aku jawab. Takkan nak jawab darah bawak oksigen bla... bla... bla...
Zukruf juga suka bertanya yg sebaliknya.... "kalau tak?" (ttg sesuatu tu). Contoh;
Zukhruf : Umi, kenapa kita kena gi sekolah, kena baja (belajar)??
Aku : Nak bagi pandai la...
Zukhruf : Kalau tak???
Suka sangat tanya "kalau tak?" yg susah nak jawab @ takde jawapan.
Haa, dia juga penah tanya;
Zukruf : Umi, kenapa kita kena makan?
Aku : Kalau tak makan lapar la
Zukruf : Kalau lapar umi???
Aku : Mati la. (malas nak panjangkan cerita)
Sekali tu dia mintak nasi (masa tu baru nak masak. Kdg2 tu pukul 10 dah mintak nasi. Huhu.)
Zukruf : Umi, nak nasi.
Aku : Ye la, nak masak la ni. Makan (benda lain) dulu la.
Zukruf : Umi, nak nasi....
Aku : Iyeeee, umi tgh masak ni.
Zukruf : Umi, abang kata abang nak nasi. Nak nasi la... (Dia suka mintak2 mcm ni)
Aku : Ye la, umi tgh masak la ni. Nampak tak? (Geram jugak)
Zukruf : Cepat la umi. Abang lapar ni. Kan MATI kan abang.
Isk, isk budak ni. Geram sungguh aku. Tapi lucu jugak, aku yg bgtau kalau tak makan mati. hahahaha.
Ada lagi nak citer tang kisah2 lucu zukruf ni... Tapi lain kali la yer.
Apapun, kita sbg ibu (dan bapa) mmg kena bijak menyelesaikan setiap persoalan anak. Mmg di usia mcm ni otak dia tgh berkembang dan dia suka berfikir ttg sesuatu tu. Tu yg jadi byk tanya tu. So, sabar aje la... Layan je la. Jangan sampai terbantut sifat ingin tahu mereka dah la. Aku pun kdg2 tu kurang bijak + malas jugak nak layan byk2.... Huhu.
Ada satu kisah ttg seorang budak yg suka bertanya. Byk sangat tanya, kenapa itu, kenapa ini, sampai ibu dia tak tahan. Last2 ibu dia jawab,
"Dah mmg macam tu..."
Dan slps itu pun, for every "kenapa", si ibu akan jawab, dah mmg macam tu..... dah mmg mcm tu....... hahahaha...
Nota: Aku mmg cakap biasa dgn zukruf (cakap KL). Hahaha. Dulu cakap kelate jer tp sejak dia sekolah ni kesian kat dia nanti org tak faham apa dia cakap. Tapi dia faham jer kalau cakap kelate pun.
4 comments:
memang 'mencabar' betul soalan anak kak long nih.. kalau saya..tak tau lah mcm mana nak jwb tu nnt..
hmmm... budak2 sekarang mmg advance drp kita. terima kasih yer kerana melawat sini...
hahahahahahaha
kelakar pun ada
tp mmg kna bersabar byk2 kn
anak buah mija 2,3 org tu pun mcm tu la..
Itu la mija, sabo aje la. Tgk la mr.zharif nanti macamana... Hehe.
Post a Comment