Friday, May 8, 2009

Aku yang ketinggalan...

Huhu, sungguh aku mmg ketinggalan ketapi.

Aku mula menjinakkan diri dlm dunia blog ini pun agak lewat, awal tahun ni baru mula. Itu pun sbb mcsyu duk suruh aku tulis blog. Ntah kalau bkn kerana mcsyu mau aku takde blog lg sampai ke hari ni. Hehe.

Sblm ni duk baca blog kawan-kawan je. Tu pun jarang2 sbb takde internet kat rumah KL. Time balik Kelate je la blh online.

Awal thn yg lalu aku tekad nak masukkan internet yg wireless broadband ni. Dgn itu dptlah aku bergiat dgn lebih aktif dlm arena ini... hihi.

Sebenarnya dr thn lepas lagi nak masuk internet. Dah apply streamyx. Tp tunggu punya tunggu, dia kata susah sbb area rumah aku (kuaters ni) takde kabel telefon. Mmg sume rumah takde pakai fixed line (talian tetap TM), termasuklah rumah imam besar n mufti sendiri (yeah, aku berjiran dgn mufti wilayah... haha. tp rumah beliau besor la, bkn mcm rumah imam kecik cam kami nih).

Sejak menceburkan diri dlm dunia blog-bloggers-blogging inilah baru aku tahu ttg wujudnya apa yg dinamakan cloth diapers atau nama pendeknya CD, iaitu lampin kain era moden sbg alternatif kepada lampin pakai buang yg digunakan skg ni.

Skg ni aku masih lagi mencari n mengumpul infomasi ttg jenis, jenama, harga dll. Tgk la nanti, nak try jugak utk auliya ni. CD agak praktikal dr segi penggunaanya. Mmg harganya agak mahal tp utk jangka masa panjang ia jauh menjimatkan.

Paling penting, penggunaan CD menyumbang kpd alam sekitar dgn mengurangkan sampah yg dibuang oleh kita semua setiap hari; kerana menurut fakta, disposable diapers adalah yg paling byk menjadi sampah!! Lagipun tidak dapat dipastikan penggunaan bahan penyerap dlm diapers selamat utk bayi. Kan ada isu ni yg dibawa oleh CAP dulu...

Buat kawan-kawan yg nak tahu lbh lanjut pasal CD boleh la menjenguk blog ni;

Blog nieza (blogger yg dikenali di alam maya nih.. heheh)

ataupun

Blog rozamimi (kawan saya yg dikenali masa matriks dulu sblm beliau masuk program JAD utk ke Jepun. Tak sangka terjumpa blognya dr blog nieza)

Mereka adalah pengguna CD utk anak mereka dan juga ibu yg menyokong penyusuan susu ibu.

Satu lagi yg aku ketinggalan, tang penyusuan susu ibu nih. Sejak jd blogger inilah baru aku tahu ttg wujudnya pelbagai peralatan utk menyokong EBF. Macam-macam ada, cooler, sterilizer dll yg ada antaranya aku taktau apakebendanya n apa gunanya. Byk nak kena study nih..

And sejak duk blogging inilah br aku tahu ttg istilah EBF (exclusive breastfeeding), EBM (express breast milk). Dulu tahu la penyusuan eksklusif tu maknanya fully breastfeed, tak campur dgn susu formula, tapi tak tahu la org panggil EBF. Hehehe. Sungguh aku ketinggalan.

Masa zukhruf dulu, mmg aku lack of knowledge sungguh pasal sume2 nih. Dah la dulu duk kat Baling (Kedah), takde internet, kurang membaca, tak tgk tv (lgpun kat Baling tak dapat TV3 kalau tak pasang ASTRO.. hahaha).. Jarang kontek kawan2. Iye la kot sms je. Lagipun aku antara yg terawal kawin n ada anak. Dah la anak sulung, takde kakak untuk refer. Hehe, byk pulak alasannya.

Kini baru la aku tahu wujudnya pelbagai jenis n jenama utk breastpump serta segala peralatannya. Harganya juga amat mengujakan, sampai melebihi 1 k. Isk.

Dan sejak jd blogger inilah br aku tahu ramai sekali ibu yg EBF walaupun bekerja. Ada yg sgt2 tegar dlm bab BF ni. Sungguh mengujakan. Syabas!!

Apapun, better late than never. Kan? Kan? Dan aku akan terus mencari info utk mengupdate diri ini. Hehe.

p/S: Oh ya, tang blog ni pun byk lg nak belajar n nak buat tp tak terbuat lg. Nak letak label pun tak siap2 lg. Nway, sikit2 lama2 ok la tu kan...


3 comments:

MiJa said...

selamat hari ibu utk kaklong!
xpe,biar lambat asalkan selamat..hihi

~Umi.Sufira~ said...

Kaklong..ada baby 2 months yer..Tahniah 4 your new born baby!hihi....still on BFing lagi tak? Takpe kaklong masih belum terlewat sebenarnya....kalau bukan baby yang ini maybe untuk babay yang akan datang...Saya dah fully BF for 17moths. Kalau ada pape tips kak long nak, jangan segan2 yer..InsyaAllah saya sedia membantu:)

Kaklong Nuzula said...

To mija:
Aah, biar lambat asalkan selamat.

To umi sufira:
Terima kasih. Aah still ebf. Ingat mmg tak mau campur. Abangnya zukhruf dulu pun ebf sampai 2 thn. Byk dpt info dr blog mimi. Thanx a lot.