Setahu saya merangkak itu adalah step yg sgt penting bg seorg bayi. Merangkak yg betul adalah tangan kanan mara, kaki kiri mara.. begitulah sebaliknya. Apa yg saya baca, pergerakan kaki, tangannya itu akan merangsang otaknya.
Jadi, biarlah anak kita merangkak sambil explore dunianya. Sbb ada juga ibu bapa yg takmo anak dia merangkak lama2 (nak suh anak cepat jalan)... Tak mengapa, sampai masanya dia akan bangun berdiri sendiri dan mula melangkah. Umi saya pun cakap, merangkak itu penting n jgn skip step ini (letak baby dlm walker lama2 hingga dia malas nak merangkak).
Oh ya, ada satu kisah benar ttg merangkak ini. Saya ada seorg sepupu (skg dah besar n dah masuk U). Masa kecik2 dulu beliau agak slow, mmg sgt slowlah dibandingkan dgn budak2 seusianya. Masa beliau sekolah rendah ibu bapanya telah menghantarnya ke kelas pemulihan (berbayar). N guess what, di situ beliau disuruh merangkak utk beberapa lama, mungkin setiap kali attend kelas tu.... Huhu... Itulah umi saya cakap, kena merangkak balik tu... Mgkin ada kajian ttg pentingnya merangkak ni utk bayi...
Ni saya baru dapat ttg kepentingan merangkak (dlm indon), jawapan kepada soalan apa pentingnya merangkak bg seorg bayi. Dijawab oleh doktor pakar. Katanya,
Merangkak sangat penting dalam tahap perkembangan anak. Merangkak tak hanya berfungsi sebagai proses kehidupan, namun punya banyak manfaat dalam tumbuh kembang anak. Merangkak adalah proses belajar mengkoordinasi otak kiri dan kanan, contoh dia maju dengan tangan kiri sambil kaki kanan yang bergerak dan ketika maju dengan tangan kanan maka kaki kiri yang bergerak. Merangkak juga memperkuat tulang belakang sebagai tempat untuk syaraf dari otak menuju ke anggota badan dan sebaliknya, sehingga koordinasi motoriknya bagus, juga kecerdasannya meningkat.
Beberapa penelitian membuktikan bahwa anak yang mengalami kesulitan belajar di masa SD ternyata ketika bayi tidak melewati proses merangkak. Demikian pula anak yang tak merangkak ternyata lebih mudah lelah dan emosinya jadi kurang stabil dibandingkan anak yang merangkak. Tentu saja merangkak bukan satu-satunya alasan, tapi perlu dipertimbangkan bukan!
# Merangkak memerlukan koordinasi mata, otak, tangan, badan dan kaki.
# Ada yg mengatakan ajar juga anak tu merangkak walaupun dia dah boleh jalan (if dia skip merangkak)..
p/s: dah malas nak cari yg lain dlm bm (apelagi bi), cukuplah yg tu utk menyokong bahawa merangkak itu penting..........
Friday, November 20, 2009
Pentingnya bayi merangkak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Ma ckp oghe kecik2 dulu tak merangkak, trus jalan..huhu bley plak skip..
aisyah sgt laju merangkak, sudah b'jaya jelajah seluruh umah...
agknye aisyah dh pass bab koordinasi tu kot...
oliya dh laju nati ummi xde nk igak...
muaz dah nak masuk 8 bulan, merangkak dah passed. skang tgh nak b'jalan (still pegang sofa, meja for support). gigi nak masuk 2 batang. hmm...skang ni la sebenarnya nk kena risau..
Mija ~ hehe.. ya ke mija... ok jer plak ek... hihi.
Ida ~ Ooo aisyah dah laju ke merangkak. Ok la tu.. dah pass la koordinasi dia.. hihi. Itu la auliya lo ni pun tokdey nok igat, laju nyulur.
Lynn ~ Ooo cepat la muaz dah laju merangkak.. itu la, mmg risau bila diorg dah mula nak bangun ni, semua dia nak tarik.
Post a Comment