Sunday, November 15, 2009

Makanan baby

Ingat nak cari ni la...

Untuk bayi 3 hingga 12 bulan.

"Makanan tambahan khusus untuk bayi & kanak-kanak yang diperbuat daripada beras melukut serta Garam Tisu Biokimia."

Keistimewaan;

- Menolong penghadaman dan menambah selera
- Mengelakkan kembung perut, sembelit serta ragam tangis
- Menyenyakkan tidur
- Membantu membina darah, tulang dan gigi
- Menguatkan otot dan sendi
- Menghindari penyakit kulit
- Membantu perkembangan akal cerdas

Boleh tgk di sini (edaran salindah)

Masa zukhruf dulu aku penah bagi dia makan growell ni. Tu hampir 5 thn yg lalu. Aku pun dah lupa hinggalah terjumpa balik menda ni dlm satu forum. So, ingat nak cari la, utk tukar selera Auliya. Blh bagi ni sbg sarapan pagi. Then tghari n petang bagi bubur nasi (skg ni mkn 2 kali lg). Takpun petang makan ni.

Masa Zukhruf dulu bg jugak nestum utk makan pagi dia. N ada juga beli biskut bulat rusk tu sbg makanan sampingan. Mcm Farley's tu since aku kecik lagi makan tu. Haha, jgn tak caya kat rumah kami ada lagi bekas biskut Farley yg disimpan dr thn 80an... Hihi.

Tak dinafikan makanan yg terbaik utk baby adalah makanan yg dimasak sendiri. Tapi aku rasa kena ada jugak makanan yg ready-made (mcm nestum) ni, in-case tak sempat masak or gi mana-mana. Takkan sbb benda tu bukan yg terbaik, anak kita sampai tak makan?? Huhu...

Harap2 jumpa la si Growell ni.....

4 comments:

Fith said...

1st time fith tgk produk makanan baby yg ni.
fith dulu mknn rafiqh semua msk sendiri even snacks dia pun tak beli.sampai laa usia dia 10bulan,sbb terdesak nak blk msia time tu baru laa fith beli,tp blur sungguh nak pilih sbb tak pernah tgk sblm ni.mmg betul pun,mknn segera baby ni kena spare utk kes kecemasan,mcm keluar jln2 atau time tak sempat msk.kat msia best,byk baby foods,masa blk lastyear berkotak2 fith angkut,hehe.

vagg. said...

set salindah utk pregnant pun kak enn mkn.

kaklong nuzula said...

Fith ~ oh ya ke fith.. hihi. Itu la kena ada jugak buat spare kan..

Kak enn ~ Owh kak enn mkn salindah ker? yg complete set dlm 370 gitu rasanya (sampai lps besalin). ore tak penah try. tapi org cakap mmg molek mkn masa preggie ni. ada gak yg cakap nati mudah sgt pulok besalin... hahaha. salindah ni produk berasaskan homopathy, takdok kimia. so, mmg molek la.

vagg. said...

aaaa complete set.
ada org ckp yg set lepas bersalin xrasa segar sgt tubuh.
tp kak enn beli gak sbb kekadang keadaan tubuh kita xsama. ada org xleh terima coz xde kesan memuaskan sgt.. tp ada org serasi.
so kak enn beli je.. try je dlu.
haaa sbb homeopati tuh la xragu2 sket nk guna.

so far ok je.. ubat dia pun bukan yg kena telan pahit2 tuh.. manis2 buah je.. everyday letakbawah lidah 2 biji kecik tu 2 kali sehari.

tp biasa la.. tiap produk ada pros and cons dia kan.. so it;s depending on us to judge :)