Friday, November 20, 2009

Anakku aktif @ hiperaktif??? (Part 1)

Zukhruf mmg aktif, sgt2 aktif. Dia mmg tak blh duduk diam. Ada jer apa dia nak buat. Time tgk kartun tu duduk la diam kejap (tapi hari2 kartun yg sama kat tv9 pun boring jugak.. haha). Time dia tido (tido awal mlm) hoho mmg sungguh bahagia rasanya.

Mmg kalau nak citer byk sgt la ujian membesarkan seorang zukhruf. Nak citer byk kan mcm merungut plak (padahal ni baru 2 org anak). Mcm2 la dia penah buat yg sgt menguji kesabaran aku. Allah saja yang tahu... Mmg penah menangis jugak la dgn zukhruf ni.....

Sape yg ada anak yg aktif tahu la mcmana rasa... Mcmana persepsi orang. Nak bawak gi mana2 pun pikir byk kali. Apa lagi nak bawak masuk majlis... huhu. Mmg tak pegi la rumah org yg cantik2.. setakat balik kampung gitu je la... Dulu kalau balik umah Mek (arwah nenek suami aku) huh mmg penat sgt la... Sbb depan rumah tu tali air... bayangkan dgn zukhruf yg langsung tak duk diam n taknak duk dlm umah...

Masa sethn dulu cara sethn (tapi blh tahan lagi masa ni). Stat umur 2, 3 thn huhu... mmg penat la. Mcm2... Bila dia dah boleh cakap n ada kehendak sendiri ni lagi la.... mcm2 kita kena 'deal' dgn kehendak dia... Antara yg dia pernah lakukan (masa 2, 3, 4 thn dulu);

- memecahkan botol oren sunquick yg besar kat umah tokmi, dia amik sendiri nak suh org buat air tu.. huhu. pecah!
- memecahkan sebiji pinggan (di rumah aku ni). Nasib baik satu jer yg pecah setakat ni......
- 'basuh' game abah dia yg berharga 2,3 ratus jugak la... huhu, rosak!
- merosakkan drawer kat umah kuarters ni (dia panjat n jatuh drawer tu, rosak railing dia).
- bermain air sampai abis basah lantai
- masuk ke dalam tong berisi air (katanya nak jadi ikan)
- penah 'cuah' minyak zaitun sekerat botol n then dia tabur bedak... bayangkan macamana nak bersihkan tu!!! (masa ni 3 thn rasanya) dll

Dia mmg jenis yg tak duk diam... Suka berlari, melompat tak kira di mana saja. Mmg takduk diam la kalau bawa dia kat tempat yg kena menunggu (klinik, bank dll). Lagi satu suka memanjat apa2 yg boleh dipanjat... dia jugak jenis yg tak takut ngan orang (masalah jugak). Dgn org yg tak kenal dtg pun dia blh duduk atas riba org tu. Dia juga jenis yg mudah masuk kawan (cepat dpt kawan).

Lagi, mulut dia pun langsung tak duk diam... byk cakap n bising sungguh. Ada setengah budak tak duduk diam tapi mulut diam n ada setengah duduk diam tapi mulut plak tak duk diam. Ni dia 2-2 sekali, mulut byk n tak duk diam.. huhu. Sabar ajelah!

Aku penah gak terfikir nak bawak budak ni jumpa paed. huhu.. Adakah perlu jumpa paed?? Abahnya cakap BIASA ~ budak2, mmg aktif. Hassan Hussin cucu Rasulullah SAW pun aktif, naik atas Rasulullah lagi masa Rasulullah tgh sujud.

Ada jugak yg suh gi berubat (mtk air tawar).... Adalah sedikit terguris jugak perasaan ini bila ada org cakap isk, isk, 'buah' sungguh budak ni, bakpo jadi gini??? Tgk2 anak dia lagi buah drp zukhruf... huhu tu jgn cakap kat orang!!!!

Jadi, adakah zukhruf ini seorg budak yg aktif, terlalu aktif atau hiperaktif?

Apa yg saya tahu selama ini hiperaktif itu adalah penyakit. Sejenis penyakit budak yg sgt aktif hingga tak dapat tumpu pada sesuatu. Kanak2 yg dikenalpasti sbg hiperaktif ini perlu dapatkan rawatan khusus n menjalani kelas pemulihan.

Dan apa yg saya temui (google) pun mcm tu la, mmg hiperaktif ni adalah penyakit yg disebut attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) ataupun gangguan kecelaruan tumpuan dan kelasakan. Mmg mereka ni tak boleh nak tumpu pada sesuatu (cthnya pelajaran dll) n nak buat byk perkara dlm satu masa...

Apa yg saya jumpa dlm satu forum pun mcm tu jugak, hiperaktif adalah penyakit. Kena bezakan antara terlalu aktif dgn hiperaktif. TAK SAMA!!! Jgn kata anak yg aktif itu hiper!!

Mcm zukhruf, ada beberapa ciri hiperaktif itu yg ada pada dia, antaranya byk cakap, peramah (dia cepat sungguh berkawan, even dgn anak org India yg jumpa dekat klinik.. huhu). Tapi... dia takde la sampai tak boleh tumpu pada sesuatu itu.... Sbb boleh jugak tu ajar dia membaca (anakku) n Iqra' means dia blh jugak duduk utk diajar, di samping duduk melukis atau mewarna hingga selesai. Dia juga boleh buat jigsaw puzzle hingga abis (mmg suka sgt buat jigsaw sejak umur 3 thn)... Dan dia juga mmg sgt peka ttg sesuatu, apa yg didengar n apa yg dilihat...

Kalau tanya cikgu dia kat sekolah pun cikgu dia cakap dia jenis mudah terima, bagi satu contoh jer dia blh buat... (biasanya budak yg hiper ada masalah dlm pembelajaran).

Aku boleh terima kalau zukhruf pun tergolong hiperaktif. Bkn aku tak blh terima hakikat (ada ibu bapa yg tak blh terima anak dia memerlukan rawatan khusus n anggap keaktifan anaknya itu akn berkurang dgn bertambah usia).. Tapi apa yg aku baca kanak2 hiper ni mmg jenis tak makan saman, cakap la benda yg sama berulang kali dia tetap buat dek aje, tetap ulang kesalahan yg sama....

Zukhruf ni hati dia lembut jugak (bkn sampai degil n keras hati!!), tu sbb aku tak risau sgt tu (tapi aku tahu kalau dapat jumpa paed lagi baik sebenarnya, blh dapatkan nasihat utk slowkan sikit dia... takpun nasihat lain ttg cara nak handle budak aktif cam ni)

Huh.. penat menaip. Nanti la sambung part 2.

2 comments:

Blog Diva said...

baca kisah zukhruf ni macam baca pasal anak saya.gitu la.cuma dia tak cakap aje.hok lain, memei sebijik zukhruf.memei saya nok bawak gi umoh org hok sobek2 pun segan. kalu gi klinik or tpt kena nunggu pun satu masalah jugok. shopping bawak dia lagi la!saya pun terfikir jugak dia nih hyper/autistic ke???sebab ciri2 tu ada.huhu...

Kaklong Nuzula said...

teh ~ haha, sebijik macei zukhruf ko?? bkn hyper kot. lgpun adam baru 2thn lbh, tak sampai 3thn lagi dok. tgk jer dulu mcmana perkembangan dia. tp tgk muka dia mmg jenis adventurous, byk yg dia nak explore n ingin tahu...