Saturday, November 21, 2009

Anakku aktif @ hiperaktif?? (Part 2)

Setengah orang cakap budak yg aktif ni cerdik... Ntah la, mungkin jugak ya... Sbb banyak sgt benda yg dia nak explore.... Mcm zukhruf ni, byk benda yg dia nak cuba n nak tahu. Cthnya kalau mandi, dia suka bawa mainan dia n main2 masa mandi. Sekali tu dia buh 2 jenis mainan dia ke dlm tong air, satu tenggelam, satu tak... dia tanya la kenapa jadi cam tu...

N ada jugak yg cakap kalau diam aje tu masalah jugak.. huhu. Macam!! N ada yg cakap, budak yg 'bejurus' sgt ni senang la masa depa kecik, besar nanti entah2 lagi menyusahka kita (sbb masa kecik tak susahkan kita)... Wallahu a'lam. Kalau aku boleh pilih, mmg aku nak anak yg bejurus masa kecik, hingga la ke besar, bijak lagi soleh!!!!

Mcm Auliya masa lepas lahir hari tu kan baik sgt... Dia blh duk senyap aje sampai sejam, 2 jam gitu... Sampai tokbah dia risau plak nape budak ni baik sangat? Hahaha. Tokmi pun cakap, takdok anak umi baik gini... Tok (nenek dia) plak cakap, ke takdok suara??? Hahaha. Pulak dah!! (ada la dia nangis, bkn takde nangis langsung.. hihi)

Oh ya, apa yg saya baca ni ada beberapa cara utk mengurangkan keaktifan budak2 yg aktif ni;

- Jgn bg dia byk sgt makan manis (coklat, gula2, kek, air kotak dll). Umi aku pun cakap cam tu, mgkin sbb gula itu akn ditukar kepada tenaga yg berlebihan yg akn menjadikannya aktif tu...
- Ada yg cadangkan mkn minyak ikan, lala atau kepah sbb ada nutrien utk slowkan bdk2 ni.
- Bg dia buat aktiviti yg perlukan fokus n tumpuan, mcm jigsaw puzzle
- Jgn bg tgk cerita cam ultraman n semua yg ganas2 tu
(huhu zukhruf mmg minat la..)
- Biar dia terlibat dgn aktiviti spt berenang atau bersukan, supaya disalurkan keaktifannya kpd aktiviti spt itu.. (aku pun nak zukhruf blaja berenang, menunggang kuda n memanah, kan sunnah tu)

Oh ya, lagi satu.. elakkan beli baju berwarna oren dan merah terang. Ada yg bgtau saya, sbb blh menjadikan budak tu lagi aktif. Mgkin ada kajian pasal ni. Apa yg saya jumpa dlm satu forum katanya warna oren.

Ada jgk yg cakap budak2 skg ni jadi aktif sgt (plus degil) sbb byk mkn makanan rapu n makanan segera... ntah la... Kami mmg jrg2 je mkn makanan segera ni. Ada jugak sekali sekala, bkn tak mkn langsung. Zukruf la tgk iklan kat tv.

Makanan rapu tu mmg seboleh mungkin elakkan la. Yg penting cuba kurangkan mkn kat luar utk kita yg ada ank ni, sbb tiada makanan yg lebih berkat utk si ank melainkan makanan yg dimasak sendiri oleh ibunya (ditambah pula jika disertai amalan sunnah ketika memasak...)

Bagi saya la kan, budak2 ni menjadi aktif sbb mereka takde kerja, takde aktiviti khusus, bkn mcm kita org dewasa ni, nak buat tu, nak buat ni, nak fikir tu, nak fikir ni.... Sbb tu mereka jadi mcm tu...

Oleh itu, mcm zukhruf kan saya cuba bg dia kerja, cam suh dia tolong buat apa2 yg dia blh buat; tolong ambik baju adik, tolong letak kat dapur... dan ada jugak suruh dia lipat sendiri baju dia (hihi). Budak2 ni mmg seronok bila kita bg dia kerja, mcm bagi kepercayaan kat mereka!

Ni beberapa artikel ttg anak hiperaktif;

Kecelaruan Hiperaktif Kurang Upaya Tumpuan (ADHD) (Portal myHEALTH)

GANGGUAN HIPERAKTIVITI ATAU KURANG TUMPUAN

Kanak-kanak hiperaktif (Dr Hamid Arshat)

Menangani anak hiperaktif (Seri Kasih). Utk artikel penuh di sini (artikel Utusan Malaysia)

Ni tentang tip mendidik anak-anak hiperaktif (bg anak yg aktif atau biasa pun elok jugak baca sebenarnya)

Kesimpulannya, bagi saya budak2 ni blh dikategorikan kepada beberapa kategori seperti sgt baik (sgt duduk diam), biasa, aktif, terlalu aktif n hiperaktif. Dan saya rasa zukhruf adalah tergolong dlm terlalu aktif (over active).... Wallahu a'lam.

p/s: Ada jugak yg cakap anak yg paling 'bertuah' masa kecik tu la yg paling bertuah (paling boleh tumpang) masa besar... harap2 begitulah!!

4 comments:

Makeover360 Beauty Academy said...

zukhruf tu bijak.. sbb tu die nk try byk mende... nk tau byk mende.. die boleh fokus kalo buat jiqsaw puzzle, so die bkn kategori yg hyper... sbb dak2 hyper xleh fokus.. InsyaAllah anak2 soleh dan solehah.

Blog Diva said...

haha...budok buah budok cerdik ek? anok saya nih org kata dia tlajok buah sbb mulo dlm perut xdok air ketuban; dio xleh gerak dlm perut. doh la keno pakso tubik awal sebulan. pakar pun bui warning doh lepas bersalin mulo. dio kato, budok premature kalu dei segar, akei tlebih buah pado budok normal...wallahualam.

rosma said...

budak2 zmn skrg..mmg aktif semacam...cam ank kakak rosma,aiman name dia..mmg xmkn dek saman ..pakai redah je sume..mmg kene ngan ayat "aiman xkesah"..budak2 kak..layan jer..janji dia sihat n x sakit..hapy ada budak2 cam tu...

Kaklong Nuzula said...

yah ~ harap2 gitulah...

teh ~ hehe, ni mesti kes adam nok balas dendam ni tokleh gerak dlm perut dulu.. haha. takpo la teh, asal dia sihat tu mujur doh.

rosma ~ aah, asal diorg sihat n tak sakit. kang kalau sakit kan risau plak ek..