Ini bukan auliya, ini anak org lain. Gambar ini sekadar hiasan.
Rasa cam makin seronok lak berCD (hihi) ~ seronok nak pakaikan pada Auliya, seronok basuh (basuh pun seronok!), seronok angkat bila dah kering, seronok masukkan insert, seronok susun cd2 tu... seronok sbb tak byk lagi dah pampers yg perlu dibuang.. Segalanya seronok! except bila si kecik ni poop (huhu) tapi bknlah masalah yg sgt besar sebenarnya.
Patutlah aku tgk ada org yg mmg ghairah betul berCD, mmg addicted to CD la... hihi, sanggup spend banyak utk CD mahal2 dan ada mcm2 koleksi dari pelbagai brand.... Kini barulah aku paham!!! (biarlah daku hanya mampu menggunakan jenama yg tak berapa mahal nieee, itu pun MIL aku tanya RM35 tu ada berapa??!!!)
Ni aku nak citer, kalau si kecik ni poop kan, cara nak buang tu aku masukkan tgn dlm poket tu n gosok dgn sebelah tgn lagi tp tgn jgn la bg kena tempat poo tu (pegang belah luar), paham tak? Senang je nak tanggal stain tu... aku tak suka sembur dgn air yg kuat, nanti abis terpercik menda2 tu... Lps tu celup2 je la dgn sabun sket n then bilas... Senang aje. Sbb cd tak byk so aku basuh setiap hari la, agak2 dah 4, 5 tu aku basuh la... ada jugak basuh ngan mesin, takpun spin jer.
Setakat ni Auliya ada 3 coolababy snap button, 3 velcro dan 2 babyland printed yg spongebob dan monyet tu. 8 ajerrr...
So far ok la. Yg coolababy mmg cool, suka dgn kaler dia terang2 gitu, mungkin lambat sket buruk. Mmg berbaloi la dgn harga dia.... Walaupun aku tak penah lagi guna yg US brand, tapi ada satu review yg aku baca tu dia cakap coolababy almost similar to fuzzi bunz (yg berharga RM88). Entah la, wallahu a'lam.
Antara yg button ngan velcro, aku ok jer dgn kedua2nya. Tapi rasanya utk baby yg masih kecik better yg velcro la. Senang nak fitkan pada pinggang baby, cepat pun cepat, zrap ajer. Cam auliya ni mmg cepat2 kena pakaikan dia sbb dia tak duk diam, asyik nak berpusing (meniarap) aje time nak pakaikan diaper...
Kalau budak yg dah besar sket, rasanya better yg button la sbb budak2 ni pandai bukak yg velcro... Dari apa yg aku baca review ibu2, ada suka yg velcro n ada suka yg button. Dua2 ok.. Masing2 la, ikut citarasa n kesesuaian. Ada yg cakap, button lagi kemas. Tapi aku rasa yg velcro pun kemas, esp bg baby yg ukur lilit pinggang dia kecik lagi ni (yg sampai kena bertindih itu tempat closure).
Lagi satu yg velcro mmg cam pakai DD la, mesra bapa n mesra pengasuh (yg hantar baby kat pengasuh tu). Kalau yg AIO velcro mmg sejibik cam DD la (cuma jgn buang dah la.. haha). Tapi rasanya coolababy AIO ada yg button ajer.
Cuma yg velcro masa nak basuh tu kena lekatkan pelekat dia tu (tutup) ke tempat yg disediakan (yg dipanggil laundry tab ke gitu la)... Kalau tak, abis la melekat ke insert n CD velcro yg lain. Dari segi tahan lama, aku rasa yg button lagi tahan lama kot, mungkin yg velcro ni cepat sket buruk kat tempat velcro tu, tapi yg button kalau tercabut button abis la...
Dah hampir 2 bulan berCD ni, rasanya masalah kebocoran pun dapat diatasi. Agak2 la kalau dia dah kencing tu tukar ajer.. Skang ni aku cuba lipat sikit insert tu kat bahagian depan, kasi tebal sket kat depan (nak pakai 2 insert tebal sgt). So insert tu tak sampai abis la ke blkg. Aku lebihkan kat depan sbb kat depan yg selalu kebocoran, lagipun sbb dia duk meniarap (nyulur) mmg dia punya shee ke depan la....
Mcm skg ni aku berCD di siang hari je la, mlm stil pakai DD. Kira dah jimat la tu DD. Dlm sehari pakai DD paling byk pun 2 gitu je la. Tu pun sbb CD tak sempat kering.. Mcm hari ni pakai 1 jer utk mlm ni (tukar dlm kul 11 mlm).
Ok la, selamat malam Malaysia!
No comments:
Post a Comment