daripada kami semua......
Selamat makan daging!!
Thursday, November 26, 2009
Wednesday, November 25, 2009
CD lagi..
Alang-alang citer psl CD, ni aku nak sambung citer.
Kalau tak nak teruk basuh CD yg terkena poop, korang blh jugak guna flushable liner utk alas kat atas cd tu (kat ats lapisan fleece belah dalam cd). Maknanya nanti buang aje la liner yg terkena poop tu... So takyah la bersusah nak basuh CD. Tapi aku pun tak pakai lagi menda tu. Tgk la nanti kalau jumpa, sbb setakat ni ok jer tak pakai liner pun.
Lagi satu, antara coolababy ngan babyland printed tu, mmg yg bbland dia punya cutting lagi kecil, sesuai la utk budak yg jenis kecik. Perbezaannya lagi, yg bbland punya style hidden pocket insert, ada tutup kat tempat masuk insert tu. So tak nampak la insert n tak terkeluar kat belakang baby (takyah kena betulkan insert tu nanti). Tapi cam coolababy aku ok jer. Nampak kemas jugak walaupun tak tersorok tempat masuk insert tu. Nak masuk n nak keluarkan insert tu pun senang. Masing2, terpulang la suka yg mana...
Dia punya material fleece belah dalam tu ok la, lebih kurang sama jer... Insert pun lebih kurang sama, cuma yg bbland bentuk dia lagi curve. Ada jugak dijual insert yg kecik n insert yg boleh dilipat n dibuttonkan utk CD size S, cam crazy momy rasanya. Tapi kalau pakai saiz S ok jer ngan insert bbland n coolababy ni...
Aku ada mengimpikan CD yg ada leak-guards (mcm DD) utk kurangkan masalah kebocoran... N terjumpa plak rumparooz yang ni.......... Cumil jugak.... Harganya RM 98!! Ada dijual di mycheekyboo.com.
Ada gak terbaca review org putih yg katanya bumgenius aje yg dia pakai tak penah bocor!! Bagus sgt ker? Kdg2 tak bocor bg anak dia, bg anak kita belum pasti lagi.... Yg terbaik bagi anak orang, bagi anak kita tak semestinya.............
Tuesday, November 24, 2009
Aku, Auliya dan CD
Ini bukan auliya, ini anak org lain. Gambar ini sekadar hiasan.
Rasa cam makin seronok lak berCD (hihi) ~ seronok nak pakaikan pada Auliya, seronok basuh (basuh pun seronok!), seronok angkat bila dah kering, seronok masukkan insert, seronok susun cd2 tu... seronok sbb tak byk lagi dah pampers yg perlu dibuang.. Segalanya seronok! except bila si kecik ni poop (huhu) tapi bknlah masalah yg sgt besar sebenarnya.
Patutlah aku tgk ada org yg mmg ghairah betul berCD, mmg addicted to CD la... hihi, sanggup spend banyak utk CD mahal2 dan ada mcm2 koleksi dari pelbagai brand.... Kini barulah aku paham!!! (biarlah daku hanya mampu menggunakan jenama yg tak berapa mahal nieee, itu pun MIL aku tanya RM35 tu ada berapa??!!!)
Ni aku nak citer, kalau si kecik ni poop kan, cara nak buang tu aku masukkan tgn dlm poket tu n gosok dgn sebelah tgn lagi tp tgn jgn la bg kena tempat poo tu (pegang belah luar), paham tak? Senang je nak tanggal stain tu... aku tak suka sembur dgn air yg kuat, nanti abis terpercik menda2 tu... Lps tu celup2 je la dgn sabun sket n then bilas... Senang aje. Sbb cd tak byk so aku basuh setiap hari la, agak2 dah 4, 5 tu aku basuh la... ada jugak basuh ngan mesin, takpun spin jer.
Setakat ni Auliya ada 3 coolababy snap button, 3 velcro dan 2 babyland printed yg spongebob dan monyet tu. 8 ajerrr...
So far ok la. Yg coolababy mmg cool, suka dgn kaler dia terang2 gitu, mungkin lambat sket buruk. Mmg berbaloi la dgn harga dia.... Walaupun aku tak penah lagi guna yg US brand, tapi ada satu review yg aku baca tu dia cakap coolababy almost similar to fuzzi bunz (yg berharga RM88). Entah la, wallahu a'lam.
Antara yg button ngan velcro, aku ok jer dgn kedua2nya. Tapi rasanya utk baby yg masih kecik better yg velcro la. Senang nak fitkan pada pinggang baby, cepat pun cepat, zrap ajer. Cam auliya ni mmg cepat2 kena pakaikan dia sbb dia tak duk diam, asyik nak berpusing (meniarap) aje time nak pakaikan diaper...
Kalau budak yg dah besar sket, rasanya better yg button la sbb budak2 ni pandai bukak yg velcro... Dari apa yg aku baca review ibu2, ada suka yg velcro n ada suka yg button. Dua2 ok.. Masing2 la, ikut citarasa n kesesuaian. Ada yg cakap, button lagi kemas. Tapi aku rasa yg velcro pun kemas, esp bg baby yg ukur lilit pinggang dia kecik lagi ni (yg sampai kena bertindih itu tempat closure).
Lagi satu yg velcro mmg cam pakai DD la, mesra bapa n mesra pengasuh (yg hantar baby kat pengasuh tu). Kalau yg AIO velcro mmg sejibik cam DD la (cuma jgn buang dah la.. haha). Tapi rasanya coolababy AIO ada yg button ajer.
Cuma yg velcro masa nak basuh tu kena lekatkan pelekat dia tu (tutup) ke tempat yg disediakan (yg dipanggil laundry tab ke gitu la)... Kalau tak, abis la melekat ke insert n CD velcro yg lain. Dari segi tahan lama, aku rasa yg button lagi tahan lama kot, mungkin yg velcro ni cepat sket buruk kat tempat velcro tu, tapi yg button kalau tercabut button abis la...
Dah hampir 2 bulan berCD ni, rasanya masalah kebocoran pun dapat diatasi. Agak2 la kalau dia dah kencing tu tukar ajer.. Skang ni aku cuba lipat sikit insert tu kat bahagian depan, kasi tebal sket kat depan (nak pakai 2 insert tebal sgt). So insert tu tak sampai abis la ke blkg. Aku lebihkan kat depan sbb kat depan yg selalu kebocoran, lagipun sbb dia duk meniarap (nyulur) mmg dia punya shee ke depan la....
Mcm skg ni aku berCD di siang hari je la, mlm stil pakai DD. Kira dah jimat la tu DD. Dlm sehari pakai DD paling byk pun 2 gitu je la. Tu pun sbb CD tak sempat kering.. Mcm hari ni pakai 1 jer utk mlm ni (tukar dlm kul 11 mlm).
Ok la, selamat malam Malaysia!
Monday, November 23, 2009
Hari ini hari Isnin
Hiks.. dah nak abis ari isnin pun 2 jam lagi.. hihi.
Ni jer yg aku nak cakap;
1. Tghari tadi encik pos laju telah menghantar hadiah Contest Mudah yg dianjurkan oleh Intan yg aku menang aritu. Cenderahati dari genting. So lovely! Tak dapek nak upload gambar erk! So sila bayangkan aje lah! Thanx so much yer Intan, nanti buat contest lagi!!
2. Dah keluar pun senarai contestant My Funniest Baby Contest, anjuran UmiDanish aritu. Auliya kategori baby girl peserta no. 35. Huh, ramai sungguh peserta, rasa mcm takde harapan jerk! Seronok tgk muka budak2 tu, ada yg sampai aku tergelak sorang... hihi.
3. Mardiah adikku dah balik ke Semenanjung (KL) semlm, ntah la dia ada program apa kat Hotel Istana (esok nak balik kelate utk raya haji). Ingatkan mlm ni nak gi 'nyepa' kat Mardiah la (sbb dia ajak, hehe).. Pikir2 pulak malas la... (Aritu dah penah gi 'nyepa' masa dia ada course kat concorde, tido 1 mlm jer+ breakfast free..) Zukhruf mmg duk tanya, bila pulak nak gi tempat mummy? Abg suka la tempat mummy, selesa.. huhu.....
# 'nyepa' is a kelate word, maknanya mcm menyibuk gitu la.
Alang2 citer psl Zukhruf, 2, 3, 4 hari ni duk cakap, umi, abg nak baby lagi la... Nak baby boy, laki-laki mcm abang... Aku pun cakap la, nanti la dulu, nanti adik auliya besar dulu. Nanti sape nak jaga ramai2, penat la umi. Dia pun cakap, takpe abang jaga. Malam tadi pulak, tiba2 dia cakap, umi kawin la pulak... abang nak baby lagi!!!! huhu..... tersentak aku.. (mana dia tahu kawin = dapat baby???)
Sunday, November 22, 2009
My Birthday Giveaway (MBG)
Entry ini adalah sticky mode sehingga 22 Nov. 2009
(Entri baru sila scroll yer!)
Dgn sukacitanya saya ingin memeriahkan MBG yg dianjurkan oleh Sarah sempena birthdaynya tidak lama lagi.
Penyertaan ini adalah utk hadiah 1 dan 2. Sebenarnya saya juga telah berjinak-jinak dgn cloth diapers tapi utk hadiah ke 3 dan 4 tak dapat la pulak nak upload gambar my little Auliya berCD. Huhu. Takpelah, dpt join giveaway Sarah ni pun jadi la....
Utk pengetahuan Sarah (dan korang sume), saya mula mengenali cloth diapers sejak beberapa bulan yg lalu. Rasanya sebelum melahirkan Auliya lagi tapi masa tu mmg blur abis la.
Lps melahirkan Auliya baru saya lebih serius ingin tahu apakah itu cloth diaper ataupun modern nappy ~ lampin kain moden ni (dari A-Z!!) dan sejak itu saya memang dah jatuh chenta ngan cloth diaper... kerana apa?? Kerana byk sekali kebaikannya utk kita sebagai ibu bapa, utk baby kita, juga sbg satu sumbangan (yg besar juga sebenarnya) utk alam sekitar.
Go green n go for natural parenting!!!
Rasanya semua syarat dah cukup (ayat yg sama setiap kali contest n giveaway.. haha). So, kalau ada rezeki ada la....
Oh ya, utk pengetahuan korang, Sarah dan suaminya ialah finalis Cari Menantu Musim Pertama dulu (yg sanding dekat PICC tu). Diorg menang tempat ke-3!! Glamer Sarah masa tu... And Sarah dah pun jadi ibu kepada Khalysh Najlaa yg lahir pada 29 April 2008.
So, Selamat Ulang Tahun Kelahiran Sarah yg ke (??). Semoga panjang umur, murah rezeki n dalam lindungan-Nya selalu...... Insya-Allah.
Korang semua pun meh la join.....
Raya haji is coming!!
Beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha. Insya-Allah, kami juga akan pulang ke Kelantan. Adik2 saya yg lain juga balik, termasuk SIL, Tihah n Haikal juga akan pulang ke Kelantan. Tak sabar rasanya nak jumpa mereka semua. (I miss KB so much!!)
Eming pula akan mengerjakan haji di Mekah (raya puasa baru ni dah buat umrah, ni nak buat haji pulak). Umi cakap dia akan berlepas dari Riyadh esok 23 hb. Bertuah Eming dapat buat haji muda2 lagi....
Justeru, Kaklong doakan Eming selamat, dipermudahkan segala urusan dan mendapat haji yang mabrur. Insya-Allah..
Kepada Eming... (harap2 Eming sempat baca ni)
Doakan kita sekeluarga dalam peliharaan Allah sentiasa, selamat dunia dan akhirat... Juga diberi kefahaman agama dan dimurahkan rezeki.
Doakan semoga Allah berikan kita rezeki yang luas, rezeki yang tak disangka-sangka dan rezeki yang diredhai-Nya.......
Semoga Allah permudahkan urusan kita dunia dan akhirat, berikan kita ketenangan hati, kelapangan fikiran utk beribadat dan kebahagiaan dalam hidup ini.........
(panjang la pulak)
Rasa ingat sangat kat Eming... huhu.
Satu petua
Oh saya lupa nak bgtau satu pesanan org tua2 (petua), supaya anak kita akn mendengar cakap (tidak melawan) kita sebagai ibu bapa iaitu
Jangan makan bekas anak!!!
Maknanya jgn habiskan makanan anak kita yg tak abis, contohnya nasi yg sudah dimakan oleh anak kita di dlm pinggannya. Rasanya makanan lain pun begitu juga, asalkan yg dah jadi bekas anak kita...
Mmg kdg kala rasa membazir sgt bila anak kita makan tak abis especially bila makanan tu mahal.. huhu.
Jadi kalau nak selamat (takut anak kita mkn tak abis) kita suap la dulu kat mulut kita (amik syarat)... Maknanya tak akn jadi bekas dia (sbb kita dulu yg makan).
Juga, kalau kita nak makan sambil suap anak kita tu suap la kat mulut kita dulu (yg first).... Then baru suap kat anak. Jgn suap kat anak dulu n then kita makan bekas anak yg tak abis....
Pesanan ini dibawa oleh umi saya dan juga FIL saya.. Tak salah kita ikut pesanan org tua2 kan??!
Lagi satu, seboleh mungkin cuba la susukan anak kita dgn susu badan, AT LEAST biar mereka dapat merasa susu ibu mereka walaupun hanya sedikit dan seketika (kalau tak dpt jugak sampai 2 thn). Biar dgn susu kita itu akn menjadi darah dagingnya n mudahan dia akn menjadi anak yg baik dan soleh... insya-Allah.
Saturday, November 21, 2009
Anak aktif vs hiperaktif
Lega rasanya bila jumpa artikel ni (dlm indon, byk yg psl bayi n kanak2 ni dlm indon berbanding bm, tapi takpe asal blh faham).
Dari sini
Melihat anak-anak yang selalu bergerak dan tak mau diam seolah memiliki energi yang tak ada habisnya, merupakan pemandangan yang biasa. Namun, tahukah Anda sebenarnya ada beberapa hal yang membedakan antara anak aktif dan hiperaktif?
Pada anak aktif, otaknya normal tanpa gangguan. Hanya saja energi yang terkumpul berlimpah dan si kecil berkeinginan untuk selalu bergerak sehingga ia mempunyai mobilitas yang cukup tinggi dibandingkan anak lain.
Sementara itu, hiperaktif adalah gangguan tingkah laku yang tidak normal, disebabkan disfungsi neurologis dengan gejala utama tidak mampu memusatkan perhatian. Hiperaktif merupakan turunan dari Attention Deficit Hiperactivity Disorder (ADHD).
Gangguan itu disebabkan kerusakan kecil pada sistem saraf pusat dan otak sehingga rentang konsentrasi penderita menjadi sangat pendek dan sulit dikendalikan. Ada juga penyebab lainnya seperti temperamen bawaan, pengaruh lingkungan, malfungsi otak serta epilepsi. Bisa juga kondisi gangguan di kepala, seperti gegar otak, trauma kepala karena persalinan sulit atau pernah terbentur, infeksi, keracunan, gizi buruk, dan alergi makanan.
Untuk membedakannya, Anda perlu mengalami perilaku si kecil. Untuk anak aktif, maka biasanya dia memiliki ciri-ciri;
Fokus. Anak aktif memiliki kemampuan kuat untuk memfokuskan perhatian. Ketika bermain puzzle misalnya, anak aktif cenderung melakukan problem solving dengan baik. Berbeda dari anak hiperaktif yang umumnya cepat bosan sehingga tidak bisa menyelesaikan atau hanya mempermainkannya saja.
Lebih penuru. Sikap menentang pada anak aktif tidak sekuat pada anak hiperaktif. Dia masih bisa diberi tahu dan dapat mematuhinya dengan lebih baik. Misalnya, ketika dilarang untuk tidak merusak mainan dengan memberikan alasannya, anak aktif mau berusaha mematuhi. Mainan, seperti mobil -mobilan atau boneka akan dimainkan sesuai dengan fungsinya masing-masing.
Konstruktif. Ketika diberikan mainan, si aktif akan berusaha melakukan hal sesuai permintaan. Setidaknya, ia akan berusaha untuk menyusun secara konstruktif permainan tersebut. Demikian pula terhadap mainan lain, anak aktif mau memelihara dengan baik benda-benda yang dimilikinya.
Merasa lelah. Anak aktif umumnya memiliki batas mobilitas. Ketika merasa lelah, dia akan menghentikan kegiatannya dan beristirahat. Walau begitu, pada beberapa kasus ditemukan anak aktif yang waktu istirahatnya sangat sedikit sehingga kesannya tidak pernah lelah seperti anak hiperaktif.
Lebih sabar. Anak aktif punya kesabaran yang lebih tinggi dibandingkan anak hiperaktif. Misalnya, ketika menyelesaikan puzzle, anak aktif berusaha dengan keras dan sabar untuk menyelesaikan tugasnya hingga tuntas. Hal ini berkaitan dengan daya kreativitas yang biasanya tidak dimiliki anak hiperaktif.
Intelektualitas tinggi. Umumnya, anak aktif punya kecenderungan menjadi anak cerdas. Ia memiliki tenaga, rasa ingin tahu, dan kesempatan yang lebih besar untuk mengetahui hal-hal baru. Sebaiknya kesempatan ini dimanfaatkan orang tua untuk menstimulasi anak dengan sebaik-baiknya.
Kemudian, ciri-ciri anak hiperaktif dapat dilihat antara lain:
Tidak fokus. Anak dengan gangguan hiperaktivitas tidak bisa berkonsentrasi lebih dari lima menit. Dengan kata lain, ia tidak bisa diam dalam waktu lama dan mudah teralihkan perhatiannya kepada hal lain. Misalnya, ketika anak sedang bermain mobil-mobilan kemudian datang anak lain membawa bola, anak akan langsung mengubah fokus perhatiannya ke bola tersebut. Anak pun akan berperilaku impulsif, seperti selalu ingin meraih dan memegang apa pun yang ada di depannya. Tak hanya itu, anak dengan gangguan hiperaktivitas tidak memiliki fokus jelas. Dia berbicara semaunya berdasarkan apa yang ingin diutarakan tanpa ada maksud jelas sehingga kalimatnya seringkali sulit dipahami. Demikian pula pola interaksinya dengan orang lain, anak cenderung tidak mampu melakukan sosialisasi dengan baik.
Menentang. Anak dengan gangguan hiperaktivitas umumnya memiliki sikap penentang/pembangkang atau tidak mau dinasehati. Misalnya, penderita akan marah jika dilarang berlari kesana kemari, coret-coret atau naik-turun tak berhenti. Penolakannya juga bisa ditunjukkan dengan sikap acuh.
Destruktif. Perilaku si hiperaktif bersifat destruktif atau merusak. Ketika menyusun lego misalnya, anak aktif akan menyelesaikannya dengan baik sampai lego tersusun rapi. Sebaliknya anak hiperaktif bukan menyelesaikannya malah menghancurkan mainan lego yang sudah tersusun rapi. Terhadap barang- barang yang ada di rumah, seperti vas atau pajangan lain, kecenderungan anak untuk menghancurkannya juga sangat besar.
Tak kenal lelah. Anak dengan gangguan hiperaktivitas sering tidak menunjukkan sikap lelah. Sepanjang hari dia akan selalu bergerak ke sana kemari, lompat, lari, berguling, dan sebagainya.
Tanpa tujuan. Semua aktivitas dilakukan tanpa tujuan jelas. Kalau anak aktif, ketika naik ke atas kursi punya tujuan, misalnya ingin mengambil mainan atau bermain peran sebagai Superman. Anak hiperaktif melakukannya tanpa tujuan. Dia hanya naik dan turun kursi saja.
Tidak sabar dan usil. Yang bersangkutan juga tidak memiliki sifat sabar. Ketika bermain dia tidak mau menunggu giliran. Tak hanya itu, anak hiperaktif pun seringkali mengusili temannya tanpa alasan yang jelas. Misalnya, tiba-tiba memukul, mendorong, menimpuk, dan sebagainya meskipun tidak ada pemicu yang harus membuat anak melakukan hal seperti itu.
Intelektualitas rendah. Seringkali intelektualitas anak dengan gangguan hiperaktivitas berada di bawah rata-rata anak normal. Mungkin karena secara psikologis mentalnya sudah terganggu sehingga ia tidak bisa menunjukkan kemampuan kreatifnya.
Tingkah laku anak hyper @ ADHD
(Sekadar utk info dan checklist anak2 kita....)
Kerap menggerakkan tangan atau kaki atau menggeliat di tempat duduk.
Selalu meninggalkan tempat duduk.
Selalu memanjat dan berlari ke sana sini.
Kerap menghadapi masalah bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap.
Banyak bercakap
Bergerak cergas atau bertindak seolah-olah mereka digerakkan motor.
Tingkah laku anak hiperaktif ini sukar untuk diduga. Cerewet tanpa sebab dan mudah marah untuk perkara kecil.
Apabila bermain sesuatu ia cepat bosan dan mencari permainan baru yang lebih mencabar fizikalnya.
Segala kehendaknya perlu dipenuhi segera dan tidak boleh bertoleransi.
Tempoh tumpuan singkat
Sering gagal memberi tumpuan terhadap butir terperinci atau membuat kesilapan kerja sekolah atau aktiviti lain.
Tidak mematuhi arahan kerja sekolah atau aktiviti lain.
Mengalami masalah mengatur tugas atau aktiviti lain.
Kerap mengelak, tidak suka atau malas melakukan perkara yang perlu dilakukan dengan tumpuan.
Selalu kehilangan atau tercicir barang.
Tumpuan mudah bertukar daripada satu aktiviti kepada aktiviti lain.
Pelupa kerana ia tidak sepatutnya berlaku dalam usia berkenaan.
Tingkah laku impulsif
Selalu beri jawapan sebelum soalan lengkap diajukan.
Kurang sabar menghadapi masalah menunggu giliran.
Sering mengganggu atau mencelah aktiviti rakan lain.
Kerap salah pertimbangan.
Anakku aktif @ hiperaktif?? (Part 2)
Setengah orang cakap budak yg aktif ni cerdik... Ntah la, mungkin jugak ya... Sbb banyak sgt benda yg dia nak explore.... Mcm zukhruf ni, byk benda yg dia nak cuba n nak tahu. Cthnya kalau mandi, dia suka bawa mainan dia n main2 masa mandi. Sekali tu dia buh 2 jenis mainan dia ke dlm tong air, satu tenggelam, satu tak... dia tanya la kenapa jadi cam tu...
N ada jugak yg cakap kalau diam aje tu masalah jugak.. huhu. Macam!! N ada yg cakap, budak yg 'bejurus' sgt ni senang la masa depa kecik, besar nanti entah2 lagi menyusahka kita (sbb masa kecik tak susahkan kita)... Wallahu a'lam. Kalau aku boleh pilih, mmg aku nak anak yg bejurus masa kecik, hingga la ke besar, bijak lagi soleh!!!!
Mcm Auliya masa lepas lahir hari tu kan baik sgt... Dia blh duk senyap aje sampai sejam, 2 jam gitu... Sampai tokbah dia risau plak nape budak ni baik sangat? Hahaha. Tokmi pun cakap, takdok anak umi baik gini... Tok (nenek dia) plak cakap, ke takdok suara??? Hahaha. Pulak dah!! (ada la dia nangis, bkn takde nangis langsung.. hihi)
Oh ya, apa yg saya baca ni ada beberapa cara utk mengurangkan keaktifan budak2 yg aktif ni;
- Jgn bg dia byk sgt makan manis (coklat, gula2, kek, air kotak dll). Umi aku pun cakap cam tu, mgkin sbb gula itu akn ditukar kepada tenaga yg berlebihan yg akn menjadikannya aktif tu...
- Ada yg cadangkan mkn minyak ikan, lala atau kepah sbb ada nutrien utk slowkan bdk2 ni.
- Bg dia buat aktiviti yg perlukan fokus n tumpuan, mcm jigsaw puzzle
- Jgn bg tgk cerita cam ultraman n semua yg ganas2 tu (huhu zukhruf mmg minat la..)
- Biar dia terlibat dgn aktiviti spt berenang atau bersukan, supaya disalurkan keaktifannya kpd aktiviti spt itu.. (aku pun nak zukhruf blaja berenang, menunggang kuda n memanah, kan sunnah tu)
Oh ya, lagi satu.. elakkan beli baju berwarna oren dan merah terang. Ada yg bgtau saya, sbb blh menjadikan budak tu lagi aktif. Mgkin ada kajian pasal ni. Apa yg saya jumpa dlm satu forum katanya warna oren.
Ada jgk yg cakap budak2 skg ni jadi aktif sgt (plus degil) sbb byk mkn makanan rapu n makanan segera... ntah la... Kami mmg jrg2 je mkn makanan segera ni. Ada jugak sekali sekala, bkn tak mkn langsung. Zukruf la tgk iklan kat tv.
Makanan rapu tu mmg seboleh mungkin elakkan la. Yg penting cuba kurangkan mkn kat luar utk kita yg ada ank ni, sbb tiada makanan yg lebih berkat utk si ank melainkan makanan yg dimasak sendiri oleh ibunya (ditambah pula jika disertai amalan sunnah ketika memasak...)
Bagi saya la kan, budak2 ni menjadi aktif sbb mereka takde kerja, takde aktiviti khusus, bkn mcm kita org dewasa ni, nak buat tu, nak buat ni, nak fikir tu, nak fikir ni.... Sbb tu mereka jadi mcm tu...
Oleh itu, mcm zukhruf kan saya cuba bg dia kerja, cam suh dia tolong buat apa2 yg dia blh buat; tolong ambik baju adik, tolong letak kat dapur... dan ada jugak suruh dia lipat sendiri baju dia (hihi). Budak2 ni mmg seronok bila kita bg dia kerja, mcm bagi kepercayaan kat mereka!
Ni beberapa artikel ttg anak hiperaktif;
Kecelaruan Hiperaktif Kurang Upaya Tumpuan (ADHD) (Portal myHEALTH)
GANGGUAN HIPERAKTIVITI ATAU KURANG TUMPUAN
Kanak-kanak hiperaktif (Dr Hamid Arshat)
Menangani anak hiperaktif (Seri Kasih). Utk artikel penuh di sini (artikel Utusan Malaysia)
Ni tentang tip mendidik anak-anak hiperaktif (bg anak yg aktif atau biasa pun elok jugak baca sebenarnya)
Kesimpulannya, bagi saya budak2 ni blh dikategorikan kepada beberapa kategori seperti sgt baik (sgt duduk diam), biasa, aktif, terlalu aktif n hiperaktif. Dan saya rasa zukhruf adalah tergolong dlm terlalu aktif (over active).... Wallahu a'lam.
p/s: Ada jugak yg cakap anak yg paling 'bertuah' masa kecik tu la yg paling bertuah (paling boleh tumpang) masa besar... harap2 begitulah!!
Friday, November 20, 2009
Anakku aktif @ hiperaktif??? (Part 1)
Zukhruf mmg aktif, sgt2 aktif. Dia mmg tak blh duduk diam. Ada jer apa dia nak buat. Time tgk kartun tu duduk la diam kejap (tapi hari2 kartun yg sama kat tv9 pun boring jugak.. haha). Time dia tido (tido awal mlm) hoho mmg sungguh bahagia rasanya.
Mmg kalau nak citer byk sgt la ujian membesarkan seorang zukhruf. Nak citer byk kan mcm merungut plak (padahal ni baru 2 org anak). Mcm2 la dia penah buat yg sgt menguji kesabaran aku. Allah saja yang tahu... Mmg penah menangis jugak la dgn zukhruf ni.....
Sape yg ada anak yg aktif tahu la mcmana rasa... Mcmana persepsi orang. Nak bawak gi mana2 pun pikir byk kali. Apa lagi nak bawak masuk majlis... huhu. Mmg tak pegi la rumah org yg cantik2.. setakat balik kampung gitu je la... Dulu kalau balik umah Mek (arwah nenek suami aku) huh mmg penat sgt la... Sbb depan rumah tu tali air... bayangkan dgn zukhruf yg langsung tak duk diam n taknak duk dlm umah...
Masa sethn dulu cara sethn (tapi blh tahan lagi masa ni). Stat umur 2, 3 thn huhu... mmg penat la. Mcm2... Bila dia dah boleh cakap n ada kehendak sendiri ni lagi la.... mcm2 kita kena 'deal' dgn kehendak dia... Antara yg dia pernah lakukan (masa 2, 3, 4 thn dulu);
- memecahkan botol oren sunquick yg besar kat umah tokmi, dia amik sendiri nak suh org buat air tu.. huhu. pecah!
- memecahkan sebiji pinggan (di rumah aku ni). Nasib baik satu jer yg pecah setakat ni......
- 'basuh' game abah dia yg berharga 2,3 ratus jugak la... huhu, rosak!
- merosakkan drawer kat umah kuarters ni (dia panjat n jatuh drawer tu, rosak railing dia).
- bermain air sampai abis basah lantai
- masuk ke dalam tong berisi air (katanya nak jadi ikan)
- penah 'cuah' minyak zaitun sekerat botol n then dia tabur bedak... bayangkan macamana nak bersihkan tu!!! (masa ni 3 thn rasanya) dll
Dia mmg jenis yg tak duk diam... Suka berlari, melompat tak kira di mana saja. Mmg takduk diam la kalau bawa dia kat tempat yg kena menunggu (klinik, bank dll). Lagi satu suka memanjat apa2 yg boleh dipanjat... dia jugak jenis yg tak takut ngan orang (masalah jugak). Dgn org yg tak kenal dtg pun dia blh duduk atas riba org tu. Dia juga jenis yg mudah masuk kawan (cepat dpt kawan).
Lagi, mulut dia pun langsung tak duk diam... byk cakap n bising sungguh. Ada setengah budak tak duduk diam tapi mulut diam n ada setengah duduk diam tapi mulut plak tak duk diam. Ni dia 2-2 sekali, mulut byk n tak duk diam.. huhu. Sabar ajelah!
Aku penah gak terfikir nak bawak budak ni jumpa paed. huhu.. Adakah perlu jumpa paed?? Abahnya cakap BIASA ~ budak2, mmg aktif. Hassan Hussin cucu Rasulullah SAW pun aktif, naik atas Rasulullah lagi masa Rasulullah tgh sujud.
Ada jugak yg suh gi berubat (mtk air tawar).... Adalah sedikit terguris jugak perasaan ini bila ada org cakap isk, isk, 'buah' sungguh budak ni, bakpo jadi gini??? Tgk2 anak dia lagi buah drp zukhruf... huhu tu jgn cakap kat orang!!!!
Jadi, adakah zukhruf ini seorg budak yg aktif, terlalu aktif atau hiperaktif?
Apa yg saya tahu selama ini hiperaktif itu adalah penyakit. Sejenis penyakit budak yg sgt aktif hingga tak dapat tumpu pada sesuatu. Kanak2 yg dikenalpasti sbg hiperaktif ini perlu dapatkan rawatan khusus n menjalani kelas pemulihan.
Dan apa yg saya temui (google) pun mcm tu la, mmg hiperaktif ni adalah penyakit yg disebut attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) ataupun gangguan kecelaruan tumpuan dan kelasakan. Mmg mereka ni tak boleh nak tumpu pada sesuatu (cthnya pelajaran dll) n nak buat byk perkara dlm satu masa...
Apa yg saya jumpa dlm satu forum pun mcm tu jugak, hiperaktif adalah penyakit. Kena bezakan antara terlalu aktif dgn hiperaktif. TAK SAMA!!! Jgn kata anak yg aktif itu hiper!!
Mcm zukhruf, ada beberapa ciri hiperaktif itu yg ada pada dia, antaranya byk cakap, peramah (dia cepat sungguh berkawan, even dgn anak org India yg jumpa dekat klinik.. huhu). Tapi... dia takde la sampai tak boleh tumpu pada sesuatu itu.... Sbb boleh jugak tu ajar dia membaca (anakku) n Iqra' means dia blh jugak duduk utk diajar, di samping duduk melukis atau mewarna hingga selesai. Dia juga boleh buat jigsaw puzzle hingga abis (mmg suka sgt buat jigsaw sejak umur 3 thn)... Dan dia juga mmg sgt peka ttg sesuatu, apa yg didengar n apa yg dilihat...
Kalau tanya cikgu dia kat sekolah pun cikgu dia cakap dia jenis mudah terima, bagi satu contoh jer dia blh buat... (biasanya budak yg hiper ada masalah dlm pembelajaran).
Aku boleh terima kalau zukhruf pun tergolong hiperaktif. Bkn aku tak blh terima hakikat (ada ibu bapa yg tak blh terima anak dia memerlukan rawatan khusus n anggap keaktifan anaknya itu akn berkurang dgn bertambah usia).. Tapi apa yg aku baca kanak2 hiper ni mmg jenis tak makan saman, cakap la benda yg sama berulang kali dia tetap buat dek aje, tetap ulang kesalahan yg sama....
Zukhruf ni hati dia lembut jugak (bkn sampai degil n keras hati!!), tu sbb aku tak risau sgt tu (tapi aku tahu kalau dapat jumpa paed lagi baik sebenarnya, blh dapatkan nasihat utk slowkan sikit dia... takpun nasihat lain ttg cara nak handle budak aktif cam ni)
Huh.. penat menaip. Nanti la sambung part 2.
Pentingnya bayi merangkak
Setahu saya merangkak itu adalah step yg sgt penting bg seorg bayi. Merangkak yg betul adalah tangan kanan mara, kaki kiri mara.. begitulah sebaliknya. Apa yg saya baca, pergerakan kaki, tangannya itu akan merangsang otaknya.
Jadi, biarlah anak kita merangkak sambil explore dunianya. Sbb ada juga ibu bapa yg takmo anak dia merangkak lama2 (nak suh anak cepat jalan)... Tak mengapa, sampai masanya dia akan bangun berdiri sendiri dan mula melangkah. Umi saya pun cakap, merangkak itu penting n jgn skip step ini (letak baby dlm walker lama2 hingga dia malas nak merangkak).
Oh ya, ada satu kisah benar ttg merangkak ini. Saya ada seorg sepupu (skg dah besar n dah masuk U). Masa kecik2 dulu beliau agak slow, mmg sgt slowlah dibandingkan dgn budak2 seusianya. Masa beliau sekolah rendah ibu bapanya telah menghantarnya ke kelas pemulihan (berbayar). N guess what, di situ beliau disuruh merangkak utk beberapa lama, mungkin setiap kali attend kelas tu.... Huhu... Itulah umi saya cakap, kena merangkak balik tu... Mgkin ada kajian ttg pentingnya merangkak ni utk bayi...
Ni saya baru dapat ttg kepentingan merangkak (dlm indon), jawapan kepada soalan apa pentingnya merangkak bg seorg bayi. Dijawab oleh doktor pakar. Katanya,
Merangkak sangat penting dalam tahap perkembangan anak. Merangkak tak hanya berfungsi sebagai proses kehidupan, namun punya banyak manfaat dalam tumbuh kembang anak. Merangkak adalah proses belajar mengkoordinasi otak kiri dan kanan, contoh dia maju dengan tangan kiri sambil kaki kanan yang bergerak dan ketika maju dengan tangan kanan maka kaki kiri yang bergerak. Merangkak juga memperkuat tulang belakang sebagai tempat untuk syaraf dari otak menuju ke anggota badan dan sebaliknya, sehingga koordinasi motoriknya bagus, juga kecerdasannya meningkat.
Beberapa penelitian membuktikan bahwa anak yang mengalami kesulitan belajar di masa SD ternyata ketika bayi tidak melewati proses merangkak. Demikian pula anak yang tak merangkak ternyata lebih mudah lelah dan emosinya jadi kurang stabil dibandingkan anak yang merangkak. Tentu saja merangkak bukan satu-satunya alasan, tapi perlu dipertimbangkan bukan!
# Merangkak memerlukan koordinasi mata, otak, tangan, badan dan kaki.
# Ada yg mengatakan ajar juga anak tu merangkak walaupun dia dah boleh jalan (if dia skip merangkak)..
p/s: dah malas nak cari yg lain dlm bm (apelagi bi), cukuplah yg tu utk menyokong bahawa merangkak itu penting..........
Auliya @ 8 bulan
My little Auliya dah 8 bulan lebih... Tapi ni baru nak update perkembangan dia. Tak sempat lagi nak cari perkembangan baby 8 bulan + agak M sebenarnya...
So, Auliya at her 8th month;
- Baru nak belajar merangkak. Dah nyut nyut (posisi merangkak) tapi tak pandai lagi nak gerakkan kaki n tangan dia. Ada la cuba gerakkan tangan tapi lps tu nyulur semula. Takpela lambat merangkak, yg penting dia tak skip step ni..
- Kuat sungguh ngutip.. huhu. Kalau dia masukkan apa2 dlm mulut mmg tak bagi la org nak korek apa dlm mulut dia.. huhu. Rambut sehelai dia boleh kutip ngan 2 jarinya. Umi aku cakap, 'hidup' la jari dia... haha...
- Siang hari sekali je tido yg agak lama. Mmg tak berapa nak tido la skg.
- Suka main ngan zukhruf.. Haha. Mcm dia duk nyulur tu, zukhruf buat mcm tu jugak (mniarap) n buat2 hambat dia terus dia cepat2 nyulur sambil gelak... hihi
- Masih kuat nyusu n alhamdulillah my breastfeeding journey takde masalah besar dah (kan dulu aku penah kesakitan tuu..). Mlm mmg nak tido ngan susu aje... Menyusu pun dah mcm2 pesen; sambil meniarap, sambil angkat tubuh (mcm merangkak tu)... ada jugak kuak 90 darjah, bersudut tegak ngan aku.. huhu. Can u imagine?? N dah pandai nak main2, hisap kejap berenti main n lps tu dtg pulak...
- Dah pandai nak bangun (pegang kat apa2 n cuba bangun). Dia blh tarik apa2 yg ada kat atas meja jepun tu.. huhu. Dia pegang kat tepi meja n bangun. Dah byk kali dia duk berlutut... huhu. Risau takut jatuh! N 2 hari lps dia tarik bungkusan nasi lemak. huhu. Tak sangka dia blh tarik. Abis bertaburan nasi n guess what, dia tgh nak suap nasi tu... (Nasib baik tak kena sambal. Kejadian berlaku semasa aku kat dlm bilik air...)
- Dah boleh naik atas tilam (kan kami tido ats tilam je, takde katil).. Naik tu tak risau, risau takut dia nak turun... Ada gambar aku amik dia tgh panjat tilam tu. Haha, sgt lucu!!
- Dia makan la jugak tapi takla byk sgt...
- Dah nampak dah 2 batang gigi bawah dia yg baru naik tu.
- Dah boleh dah duduk tapi mcm tak stabil lagi. Mcm duduk mengiring gitu, kena tongkat ngan tgn dia.
# Aku mmg tak masukkan lagi Auliya ke dlm walker, sehingga dia blh merangkak n duduk sendiri dgn stabil. Walker pun ada yg zukhruf punya dulu je. Nak guna jugak rasanya nanti, senang nak suap dia makan.
# Sebenarnya 2 hari lepas kami ke klinik utk cek Auliya sbb ada something yg agak merisaukan aku... Huhu. Tapi alhamdulillah dokter cakap tak perlu risau. Harap2 begitulah. Insya Allah takde pape n hari ni seems to be ok dah...
Wednesday, November 18, 2009
Seorang abang...
Nak buat entry lain sebenarnya (lanjutan dari entry sblm ni n psl Auliya 8 bulan.. hihi) tapi ni pulak yg jadinya... sbb duk tgk zukhruf ni mmg concern ngan adiknya.
Ni baru lps mandikan adik oliya (petang)... Dia sibuk la nak sikat rambut adik dia... Umi, mari abg sikat rambut adik... huhu. Risau gak aku kalo dia buat kuat2... Mmg kena tgk jugak la depa ni (takleh biar dia buat sendiri!).
Sblm tu suap adik dia makan, dia pun sibuk jugak nak suap. Umi, abang nak suap adik jugak, mari abg buat pulak... huhu. Bg la dia suap sekali. Selalu mcm tu skang ni.
Hari tu aku ada bagi air masak dlm botol kan kat auliya (jarang2 je, skg time makan je la bg)... Tgk2 zukhruf duk buh air masak kat dalam botol tu. Aku pun, heyyy abg nak buat apa tu? Abg nak bagi adik oliya, dia nak minum air.... huhu.
Zukhruf mmg takde la sengaja nak mengacau or 'buat' adik dia. Tapi kdg2 tu dia kasar... Dia ingat adik dia cam org dah besar. Ada jugak time dia tgh main2 ngan adik dia tu terkena si chekmek tu, cam dia terbaling kuat sst menda tu, kena adik dia... huhu. Tapi selalu dia tak sengaja la... Itu la, cakap kat dia, adik tak pandai lagi sambut (cam bola kecik), gelek ats lantai je la nak bg kat adik... huhu.
Dia jugak suka mereport kalau apa2, mcm...
"Umii... adik oliya dlm bahaya..." (huhu.. takde apa pun sbenarnya)
"Umiii... adik nak gi dapur tu..."
"Umi, adik oliya berak ke ni bau busuk"
"Umi, adik oliya kentut..."
"Umi, adik oliya nak susu la tu.." (bila auliya nangis)
"Umi, adik oliya nak tido" (bila tgk kawan tu menguap)
"Umi... adik makan apa ni??" (bila tgk auliya ada masukkan sst dlm mulut, chekmek ni mmg kuat ngutip skg. Rasa cam dah takde apa ats lantai tp ada je benda yg dia jumpa cam sebiji nasi or serpihan biskut yg terjatuh.. huhu)
Dia jugak selalu nak peluk n cium adik dia kuat2... Aku tahu dia mmg sayangkan adik dia... tapi risau jugak.. huhu. Selalu pesan kat dia, jgn peluk adik kuat2, adik tak suka (auliya mmg tak suka org peluk dia kuat2, nak korek telinga dia pun marah, nak buang hingus dia pun tak bagi -ada la time selsema aritu).
Tanya jugak zukhruf, abang sayang ke tak adik? Dia jawab, sayang la, sebab adik kita.... (selalu bgtau dia kesian adik kita, dia kecik lagi... kena sayang dia, kena jaga dia... huhu)
p/s: Oh ya aku dah beli Growell tadi. Rupa2nya ada kat kedai yg jual brg2 ubatan kat rumah kami ni... RM7.90 jer. Tin mcm tu lagi tak ubah2... hihi.
Nak cari n nak study...
Agak sibuk (hihi)... nak cari, nak baca n nak study psl;
- cloth diapering (masih lagi)
- natural parenting
- perkembangan bayi n kanak2
- home school
- kanak2 aktif n hiperaktif (ciri2, cara menangani)
nak cari;
laman web pembelajaran n aktiviti online utk kanak-kanak pre-school (kalau korang tahu tulun bgtau...)
Monday, November 16, 2009
Eh eh dapat jugak...
Hihi.. tak sangka cubaanku tadi membuahkan hasil... Alhamdulillah.
Nway, thanx ya Nisa, tuan punya Baby Snowdrop!!
So, sape yg nak try cloth pad ni boleh la beli kat kedai Nisa yer.......... Skg harga pengenalan ~ sgt berpatutan!!
Untuk maklumat lanjut klik di sini.
Pssttt... walaupun saya belum didatangi lagi, itu bukan masalah... Saya akan guna jugak nanti... Hihi... Tak sabar nak tengok camane rupanya menda ni..... kalau boleh nak warna pink (isk, org dah bagi free pun dah cukup baik okes)
Baby Snowdrop Giveaway
Setelah melihat kebaikan cloth pad (entry sebelum ini) justeru saya ingin menyertai giveaway ini.
Tuan rumah (tuan kedai!) Baby Snowdrop dgn bermurah hati mahu memberi sampel PERCUMA kepada 50 org pertama yg qualified (rasanya dah lebih yg sertai tu tapi saya tetap nak join jugak sbg sokongan kepada cloth pad n Baby Snowdrop... Mana tahu boleh dapat jugak!!)
Sebenarnya dah berapa hari tertengok psl giveaway ni tapi ingatkan lambat lagi (rupa2nya hari ni last) n ingatkan nak buat cam cabutan bertuah gitu... hihi...
Rasanya semua syarat dah dipenuhi... So, ada rezeki dapat, tak dapat pun takpe.........
Kebaikan cloth pad
Ni saya amik (copy paste) daripada Mum7kids (tulisan beliau sendiri rasanya)....
Mengapa perlu guna pad dan pantyliner kain?
Gunakan pad atau pantyliner dari kain? "Ho..ho..tidak sama sekali kerana saya adalah wanita moden yang sibuk dan bekerja". Jika jawapan ini tidak asing bagi anda, saya fikir anda perlu berhenti dan berfikir sejenak... mengapa pada zaman moden ini, cloth sanitary pad/ pantyliner ini muncul dan seperti cloth diaper, ia mempunyai pasaran yang sangat luas dan sambutan yang sangat baik di negara-negara maju (saya ulang-di negara-negara maju) seperti di USA, UK, Canada, Australia dan Jepun yang para wanitanya juga moden dan sibuk bekerja seperti di negara kita juga. Pasti ada keistimewaan dan kebaikannya, bukan?
1. Sudah tentu kebaikan pad dan pantyliner ini tidak jauh bezanya dari cloth diaper dari segi penjagaan kesihatan, pengawalan pencemaran alam sekitar, keselesaan, kecantikan dan penjimatan kos yang amat ketara. Jadi, saya tidak perlu untuk menerangkan semula segala kebaikan tersebut kerana anda lebih bijak untuk menilainya. (Sila rujuk label WHY AND HOW? -"mengapa perlu bertukar ke lampin kain moden")
2. Perbezaannya adalah oleh kerana pad bertujuan untuk menyerap darah bulanan wanita, anda mungkin merasa tidak selesa untuk membawa darah "kotor" anda atau membasuhnya tetapi ini bukanlah alasan yang baik untuk anda tidak mahu memakai cloth pad kerana seperti disposable pad, anda juga perlu untuk membasuhnya sebelum dibuang, bukan? Darah bulanan anda bukanlah sesuatu yang kotor dan menjijikkan kerana ia adalah proses pembersihan fizikal semulajadi dan bukannya satu penyakit yang menjijikkan dan memalukan yang perlu anda buang begitu sahaja. Percayalah, bau kurang enak itu bukannya bau darah anda, ia adalah bau hasil dari tindakbalas kimia yang terdapat dalam disposable pad tersebut! Dengan menggunakan cloth pad, anda hanya perlukan satu bag (seelok-eloknya wet bag) untuk menyimpan dengan baik pad yang telah anda gunakan sebelum ia dibasuh dengan bersih.
3. Disebabkan pad/ pantyliner ini dibuat dari fabrik yang sangat lembut (flannel atau microfleece), anda akan berasa sangat selesa sehinggakan anda merasa seperti tidak memakai apa-apa selain dari seluar dalam anda sendiri! Tidak seperti disposable pad yang dibuat dari plastik, kertas serta bahan kimia bertoksik, kain flannel dan microfleece adalah sejuk dan lembut serta membenarkan pengudaraan yang baik serta mengelakkan kegatalan dan infeksi pada vagina. Flannel adalah fabrik yang berupaya menyerap dengan baik dan microfleece pula adalah fabrik yang "stain-resistant" jadi darah yang melekat sangat mudah ditanggalkan. Anda tidak perlu risau tentang kebocoran kerana cloth pad juga dilengkapi dengan waterproof fabric (PUL dan fleece) jadi, ia berupaya untuk mengelakkan sebarang kebocoran. Anda juga tidak perlu risau tentang kebersihan atau dari aspek 'hygenic' nya kerana ia sama seperti seluar dalam anda yang boleh anda pakai dan basuh berkali-kali setelah dipakai.
4. Pemakaian cloth pad secara berterusan sewaktu haid juga dapat mengurangkan atau menghentikan terus kesakitan akibat senggugut secara beransur-ansur kerana darah anda akan keluar lancar tanpa gangguan dari bahan kimia dan bahan toksid yang terdapat pada disposable pad yang boleh meresap ke dalam tubuh anda. Terdapat banyak testimonial dari wanita yang tidak lagi mengalami senggugut yang teruk sejak bertukar ke cloth pad. Tahukah anda bahawa 83% dari wanita hari ini terdedah kepada jangkitan faraj dan 62% adalah disebabkan penggunaan disposable pad yang berkualiti rendah!
5. Dengan adanya cloth pad juga anda akan sentiasa mempunyai bekalan pad yang cukup tanpa perlu berkejar ke kedai sewaktu kecemasan seperti yang biasa anda alami jika memakai disposable pad.
6. Vagina wanita adalah sangat sensitif dan istimewa, jadi berikanlah yang terbaik dari segi penjagaannya. Saya sendiri telah menggunakan cloth pad dan cloth pantyliner ini dan sejak menggunakannya, saya tidak lagi menggunakan disposable pad walau pun ketika keluar dari rumah. Pada mulanya, saya membeli cloth pad dari USA yang dibuat oleh WAHM (working at home mom) kerana keinginan yang kuat untuk mencuba tetapi oleh kerana ianya diimport, harganya agak mahal. Kini, saya tidak perlu risau lagi kerana saya sudah menemui penyelesaiannya: cloth pad yang rekaannya lebih cantik dan selesa, menggunakan fabrik yang sebahagiannya diimpot tetapi dijahit oleh ibu-ibu di Malaysia dan harganya jauh lebih murah!!
(ditulis oleh mum7kids pada 5 September 2008).
----------------------------
Sesiapa yg berminat boleh dapatkan SAFFA cloth pad/ pantyliner daripada Mum7kids ataupun boleh beli daripada reseller/ retailer sah Saffa cloth pad. Cantik2!! Mcm2 ada....
Rasa cam bagus la menda ni.... Satu inovasi yg sgt bagus!!
Rasanya takde masalah kena basuh (masalah geli or what), sbb yg disposable ni pun kita basuh dulu sblm buang... (kan mmg kena basuh, tak elok kalau tak basuh!!). Dulu cam risau je masa nak buang yg dispo tu (risau mana peginya.. huhu). Kalau kat asrama kan buang kat dlm kotak sanitary disposal tu.... (ntah mana peginya!!).
Lagi satu, menda tu kalau tak cuci elok2 kan bahaya... Cam org tua2 pesan (blh bg effect kat diri kita) sbb tu kan darah yg keluar dari tubuh kita. Sbb tu ada org suka tanam drp buang bersama sampah2 lain, tp kalau kat kampung boleh la!!!
So, dgn adanya cloth pad ni tak risau lagi psl tu semua. Basuh je la bersih2 n blh pakai balik!!
Cloth pad
CD utk babies... So CP utk mommies..... Hihi.
Akhirnya kembali kpd 'alami' jugak ~ pakai kain cam org tua2 zaman nenek moyang kita dulu.. hiks...
Mmg penah baca yg pad moden (cam kotex, laurier dll -sekadar contoh) mengandungi bhn kimia berbahaya (bhn penyerap yg terlampau menyerap). Isu ini pernah diutarakan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) suatu ketika dulu.....
Nampaknya 'mereka' dah take action berhubung bahayanya bahan kimia itu (lupa apa nama) dgn mencipta cloth pad.
p/s: Daku belum keuzuran lagi utk mencari menda ini. Kalau zukhruf dulu masa dia 1 thn 7 bulan baru 'datang'........
Sunday, November 15, 2009
Makanan baby
Ingat nak cari ni la...
Untuk bayi 3 hingga 12 bulan.
"Makanan tambahan khusus untuk bayi & kanak-kanak yang diperbuat daripada beras melukut serta Garam Tisu Biokimia."
Keistimewaan;
- Menolong penghadaman dan menambah selera
- Mengelakkan kembung perut, sembelit serta ragam tangis
- Menyenyakkan tidur
- Membantu membina darah, tulang dan gigi
- Menguatkan otot dan sendi
- Menghindari penyakit kulit
- Membantu perkembangan akal cerdas
Boleh tgk di sini (edaran salindah)
Masa zukhruf dulu aku penah bagi dia makan growell ni. Tu hampir 5 thn yg lalu. Aku pun dah lupa hinggalah terjumpa balik menda ni dlm satu forum. So, ingat nak cari la, utk tukar selera Auliya. Blh bagi ni sbg sarapan pagi. Then tghari n petang bagi bubur nasi (skg ni mkn 2 kali lg). Takpun petang makan ni.
Masa Zukhruf dulu bg jugak nestum utk makan pagi dia. N ada juga beli biskut bulat rusk tu sbg makanan sampingan. Mcm Farley's tu since aku kecik lagi makan tu. Haha, jgn tak caya kat rumah kami ada lagi bekas biskut Farley yg disimpan dr thn 80an... Hihi.
Tak dinafikan makanan yg terbaik utk baby adalah makanan yg dimasak sendiri. Tapi aku rasa kena ada jugak makanan yg ready-made (mcm nestum) ni, in-case tak sempat masak or gi mana-mana. Takkan sbb benda tu bukan yg terbaik, anak kita sampai tak makan?? Huhu...
Harap2 jumpa la si Growell ni.....
Lagi tentang cd..
Entry ni dah lama sebenarnya (lama terperap n terperam kat draft), takde masa nak edit n masukkan link.
Utk sesiapa yg nak tahu lebih lanjut ttg cloth diaper @ lampin kain moden, ni ada beberapa links..
- inhabitots (finding the right cd for you)
- Dr. Nurizah (cd vs dd)
- babyz n mom (blog empunya e-shop babyz n mom)
Ni pula blog ibu2 yg berCD, yg share pengalaman mereka... Saya pun blm sempat baca semua. (Sesetengahnya mmg dah ada dlm bloglist saya). Oh ya, yg tak link ke label cloth diaper tu sila cari kat label cloth diapers dlm blog mereka ya!
- A pregnant pause (jenis2 cd n review beberapa brand cd)
- Nieza (Juzer's family) --> review cd n cara basuh cd
- UmiDanish (babyumishop)
- Fith (kat Jepun)
- Mama danial n eva (ada guna Ai2)
- Lynn nasir (jahit sendiri)
- yum yum (dailyclickclicks)
- Nurul Dhia (e-shop sayang baby ibu)
- Pn. Suraya (Sue lunatots)
- My xclusively xpressing
- Kikie (Secret of Passion)
- ena (sweet journey) --> mcm2 cd
- mummyassie (byk sgt cd n ada guna prefold)
- ira (my lil circle of memories) --> byk sgt n mcm2 cd
- mama payish n ni cara mama payish basuh cd
(list mungkin akn ditambah dr semasa ke semasa)
Cara basuh cd dari lampinkainmoden. Cara nak pakai cd pun ada dlm tu (utk mereka yg baru nak berjinak2).
Beberapa forum tentang CDing, blh tgk di sini;
- ratuhati
- susuibu
- MSK
- littlekittle (kena register dulu)
- forum cari
- diapersasia
Oh ya, ni ada lg beberapa brand CD Malaysia
-DyanaCD
-Wuddah (ada yg bamboo). Blh tgk di sini. Penah keluar suratkhabar kosmo.
Saya penah beberapa kali YM dgn Dyana (DyanaCD). Beliau ialah mommy kepada 5 orang anak, baru lps bersalin anak ke-5. Baru berusia 27 thn!!!! Sape nak beli DyanaCD sila la berkunjung ke sini ataupun blh juga beli dgn mama payish.
Oh ya, rupanya crazy momy pun malaysia punyer brand jugak... Ada yg hemp n bamboo insert. Boleh tgk di sini (crazymomy.com).
Saturday, November 14, 2009
Cloth diaper oh CD...
Perjalanan utk melampin-kainkan Auliya diteruskan. Aritu kan saya ada citer dia cam terkena ruam gitu tapi ni dah ok. Jadi saya pun teruskan la misi utk menCDkannya n ok la plak pakai skang ni... Mungkin mmg nak jadi masa tu.
Skg ni pakai agak jarang la jugak BOCOR. Alhamdulillah. Kalau poop mmg tak penah kuar (dari dulu lagi poop tak penah kuar, dia punya pee aje yg selalu sampai kena seluar)...
Saya dah buat setting M skg. Rasanya lebih ok la (berbanding S) n setting utk pinggang dia stil yg paling kecik. And rasanya saya pun dah tak kekok lagi nak handle cd-cd ni sume. Insya-Allah.
Dan kini CD Auliya juga sudah bertambah... Hihi. Saje nak try yg Babyland printed gambar spongebob n monyet tu... Linda (Mama Payish online shop) yg mencadangkan saya mencuba Babyland (sbb aritu kan selalu bocor). Katanya cutting Babyland lebih kecil. N katanya lagi Babyland dah improved skang (berbanding sblm ni).
Yer, apa yg sy tgk pun dlm dia adalah fleece mcm Coolababy aje.. Dulu taktahu la kain jenis mcmana (dlm dia). Katanya kalau yg dulu mmg byk org komplen (ntah lan komplen sbb apa). Kata Mama Payish lagi, yg printed lagi elok dari yg plain. Ntahlah, saya pun taktahu kenapa sbb takpenah beli yg plain. Sbb tu la saya berani beli yg Babyland printed ni...
Lagi... saya juga udah mendapatkan Coolababy yg velcro.
Nampaknya ok. Cantik n kemas! Saje nak try yg velcro sbb Fith suka yg velcro sbb senang nak fitkan pada baby. Velcro ni yg zrap mcm kasut tu la. Kelemahannya baby blh bukak sendiri (bg budak yg dah pandai bukak).... Kalau nak basuh tu kena zrapkan dulu (ke tmpt yg disediakan belah dlm) supaya tak melekat antara satu sama lain.
So, kena pre-wash dulu la ni.... Adui... Paling cepat 3, 4 hari lagi la baru blh pakai. (Rasa mcm kerja gila pun ada pre-wash ni... hahaha. Apa taknya, elok jer kering menda tu dibasahkan balik. hihi.. Tapi nak buat mcmana, dah mcm tu peraturannya).
Ok la, saya ingin mengucapkan good luck kpd diri sendiri. Gambate!
Thursday, November 12, 2009
BabyKidsLove Contest
BABY IN BABYKIDSLOVE APPAREL
yg dianjurkan oleh
Just kena letak gambar baby memakai tights / legging (tak kisah beli kat mana). So, ni gambar my little Auliya wearing tights (gambar raya aritu).
Muka tak berapa ikhlas utk bergambar, mungkin sbb kepenatan.. hihi.
Penatnya raya!!
Nama baby: Nur Zahratul Auliya bt Mohd. Zukhairi
Tarikh lahir: 9 Mac 2009
Nama ibu: Nur Zulaikha bt Mohd. Bekeri
Tights tu saya beli online dekat sebuah blogshop, beli 2 masa tu. Satu lagi warna cream. Mmg 'sedei molek' (ngam2) ngan chekmek ni....
Ok la, syarat lain rasanya dah ikut semua. Sape nak join meh la kita sama2 memeriahkan contest ni. Sila klik dekat banner tu ya utk maklumat lanjut ttg syarat2 n hadiahnyer....
My Funniest Baby Contest
MY FUNNIEST BABY CONTEST
KATEGORI A (Baby girl)
dan gambar yg dipertaruhkan
Sebagai ibu, saya rasa gambar ini sungguh melucukan... hihi. Gambar ni ditangkap ketika my little girl Auliya tgh cuba menyumbat jari-jemari ke dalam mulutnya. Masa ni dia suka sangat hisap jari. And tambah melucukan bila matanya 'membulat' seakan-akan terkejut masa ku snap gambarnya itu... hihi...
Contest ini di'sponsor' oleh;
1. Babyumishop
2. IT@RLiiT's BeutiQue & Beuty Centre
3. Moms&babyshop
Gembira pagi...
Wah, tak semena-mena aku menang Contest Mudah yg dianjurkan oleh Intan minggu lps. Hihi.... Ada 7 org semuanya yg berjaya meneka dgn tepat tempat mana yg Intan akan pegi sempena 6th anniversarynyer... Rupa2nya betul tekaanku, tak sia2 terjah ke blog Intan hari tu (and lebih bangga sbb aku org pertama yg meneka dgn tepat... haha).
Sebenarnya dah lama aku 'terjumpa' blog Intan ni, rasanya dlm bulan Mei aritu ketika anaknya Arissa Afrina jadi cover majalah Pa&Ma. Bertuah sungguh Arissa (dan juge mamanya). Suka tgk blog Intan sbb byk gambar Arissa, dgn dialog lagi tu... hihi.
Btw, thanx so much to Intan yg telah menganjurkan contest itu n ringan tangan nak bg hadiah... Tak sabar nak tunggu ole-ole dari tempat percutian korang itew... Hihi.. And semoga intan bahagia hingga ke akhir hayat di samping anak2 yg soleh n solehah. Amin.
Wednesday, November 11, 2009
Setelah 6 hari...
Yer, setelah 6 hari ni baru blh online.. huhu. Kenapa? Sbb lambat bayar ini bil intenet larrrr... huhu... (malas nak cite panjang tp heran gak sbb tarikh akhir sampai ujung bulan ni).
Auliyaku pun dah masuk 8 bulan (cepat sungguh rasanya!). Time, please don't fly, please just walk! bak kata shieda.
Rupa2nya rumah aku (rumah family aku) dekat Kelate pun banjir. Kata umi, tak penah lagi air naik setinggi ni. Sape nak tgk gambar blh tgk dekat blog ida adekku di sini, malas nak tepek balik kat sini (aku pun ni baru tgk). Kata Atin, rumah kami jadi mcm pulau daaa...
Oh ya, kat dlm blog Ida tu pun ada gak entry psl haikal anak saudaraku (anak Eming) yg duk cium gambar ayah dia... huhu, sebak jer rasa....
Wokeh la, nanti aku update lagi.
p/s: Cis, ida n atin dei lagi posing dlm air tu. Tok kira masa posing.. haha. Tp best jugak tu blh main air. Jrg2 blh main air bah cam tu. Amir pun dei lg tu berenang (or berendam?).. haha.
Thursday, November 5, 2009
Eming di Riyadh
Sudah hampir 2 bulan Eming adikku berada (bekerja) di Riyadh. Kat dlm facebook dah tgk gambar rumah n biliknya (mcm bilik org bujang balik la... haha). Ok la jugak rumah dia.. Ni lerrr projek diorg kat sana, Alfaisal University. Projek kontraktor Melayu-Malaysia ni tau?!
Semlm SMS Tihah, saje nak tanya kabar Tihah n Haikal. Kata Tihah, semuanya ok (cuma Haikal yg makin notti.. hihi). Alhamdulillah, mujurlah kalau mcm tu... Jadi super duper mummy la Tihah, duk 2 beranak tu jer.. Katanya Eming kat sana busy + stress jugak, keje 13 jam sehari! Huhu.. Sian eming..
Umi cakap, Eming selalu jugak fon umi n abahku kat kelate. Adik2ku yg lain ada la jugak berYM n FB ngan Eming kat sana.
Apapun aku harap Eming jaga diri n elok2 kerja kat sana ya!
The lampin kain journey
My lampin kain journey dihentikan buat sementara waktu sbb si kecik ni cam kena ruam gitu kat dia punyer 'flower' (ni dah kurang dah sket)...
Actually masa mula2 pakai aritu lagi, tapi aku tak berani nak tuduh si CD tu. Tapi bila dah byk kali pakai aku pun tak tahu nak cakap, CDkah yg bersalah atau apekah yg salah? (Mmg setiap kali pakai jd merah, even pakai tak lama)...
Apa yg aku baca mmg ada baby yg alah (alergic) dgn fleece ni... N ada gak yg cakap dlm satu forum tu, mgkin sbb ada kesan sabun (bilas tak bersih). Rasanya tak, sbb aku mmg bilas sungguh2 bg suci bersih... Huhu. Mcmana yer?
Oh ya, aku mmg dah tak guna sabun ABD tu utk basuh CD. Mula2 mmg ingatkan sbb sabun tu (terima kasih kpd Yum Yum yg bgtau dlm entry saya aritu, sorry tak sempat nak reply komen kat situ... thanx ya! Juga terima kasih buat semua yg respon dlm entry tu, malas nak reply kat situ.. hihi).
#Sabun ABD tu aku cek mmg dia ada enzim pun, sbb tu tak sesuai utk basuh CD. So, gunakan sabun HAD atau sabun2 lain yg tak berenzim, tak berpeluntur, tak berpewangi.... Kan?
Monday, November 2, 2009
Rasa nak join contest la..
Setakat ni tak penah lagi join contest (apa2 contest) sejak jadi mom blogger ni. hihi.. Tp ni terjumpa satu contest kat blog ibu arifa yg menarik perhatian aku, My Funniest Baby Contest...
Teringat ada gambar Auliya yg bg aku agak melucukan ini (nak kata sungguh melucukan itu takde la sgt).. Tapi ada 3 gambar ni, taktahu nak pertaruhkan yg mana (nak 1 je)...
Yg ni masa dia 3 bulan, melucukan sbb dia baru sedar yg dia ada tgn.. haha (masa baby umur 2 bln baru sedar yg dia ada tgn) n masa ni dia suka main2 ngan tangan dia. Satu tangan tarik baju dia ke ats n satu lagi duk main2 cam tu.. hihi.
Yg ni masa dia baru pandai meniarap. Dia buat cam 'flying' gitu...
Misi yg belum selesai...
Bkn misi apa pun, misi memasak @ mem'baking' yg belum terlaksana...
Antara yg saya dah lama nak buat (nak sgt try buat sendiri):
- Kek carrot (org cakap tak susah mana pun!)
- Cheese cake (dah lama nak try tp asek tak berkempatan aje). Tgk dlm blog Mimi terus rasa nak buat.
- Kek sponge @ kek gula hangus (dulu umi selalu buat)
- Kek pisang ala-kakja (sepupu en.suami) yg kalau ikut kakja, masuk blender aje. sblm ni tak penah tahu blh buat kek pakai blender.. haha
- Juga kek2 mudah yg sbg perempuan (lebih2 lg sbg mak org) saya pandai membuatnya...
- Pau (mgkin nak blaja dgn Cikdah mak sedara saya)
- Karipap yg sedap (tak penah jadi buat kelim.. haha. agaknya kena beli acuan dia.. penah nak buat karipap sardin tp akhirnya jadi sardin roll... haha. btw, my MIL pandai buat karipap pusing).
Terbaru, rasa nak buat (belajar buat) ni...
- Apple pie (atau murtabak kastard apple mcm fith!)
- Roti canai, murtabak (bestnya blh buat sendiri....)
- Donat
- Roti (bestnya kalau blh buat mcm2 jenis roti)
Semua itu diinspirasikan oleh Fith yg kat Jepun pun blh masak mcm2 n suka wat frozen food....
Nanti nak buat (blaja buat!) mcm2 frozen food ni (termasuk karipap, donat dll). Kan best kalau ada mcm2 frozen food @ kuih segera ni, nak mkn goreng aje - sila bayangkan satu freezer yg penuh ngan makanan.. hihi.. besar sungguh nafsu makan!
Rasa jugak nak buat ni nanti (suatu masa bila sampai seru);
- Lasagna
- Makaroni bakar
- Nasi minyak, nasi tomato (setakat ni penah wat nasi ayam je.. n nasi lemak tu boleh la!)
- Laksam (dah belaja dgn MIL tp tak penah lg buat sendiri, laksa penang dah blh dah wat sendiri, setakat nak menghilangkan kempunan tu blh la!!)
Ermm.... apa lagi yer (senarai mgkin akn ditambah dr semasa ke semasa)
Juga nak blaja buat deco utk cupcake secara serious, satu masa nanti... hihi (bila tgk Jihe buat sendiri cupcake utk birthday Ummar, lagi rasa membuak2 nak blaja). Lagi... rasa nak blaja buat pastri la, buat tat (sedapnya tat telur), erm nak blaja buat cream puff...
Misi yg sudah tercapai adalah membuat pizza n cupcake (comot) sblm raya aritu... hihi... Tu je la yg paling hebat saya penah buat setakat ni... hahaha... Oh ya, antara misi lain yg dah tercapai adalah membuat kek coklat kukus yg rasanya sgt puas hati dpt buat sendiri...
Cam puding, blh la buat beberapa jenis puding tu.. hihi. cam puding karamel gula hangus, puding roti, puding triffle, puding fruit cocktail (rasanya puding apa pun blh je buat, asal ada resepi).
Mcm spagetti tu penah la buat sendiri. Alaa... Kalau nak makan sgt yg ready-made pun ada...
Ah... semuanya mengenai MAKAN ajeee..............
Hanis Zalikha
1 November (semlm) saya habiskan dgn menjelajah ke blog hanis zalikha.. Tapi takdelah sempat baca semuanya tu... Haha. Apa yg blh saya cakap, tak rugi baca!
Sebenarnya sudah lama saya tidak menjengah ke blognya. Hinggalah saya ditanya oleh Nik Teh siapa itu hanis zalikha... Mula2 dgr namanya saya dah 'admire' dgn nama itu (sedap kan namanya?).. ape lagi melihatkan si empunya nama!!
Bg saya (BAGI SAYA OK), hanis zalikha baik orgnya, seorg yg pandai bawa diri, berdikari, bijak (ada yg puji dia beauty with brain), seorg kakak yg baik. Juga cantik. Mmg cantik orgnya.. Mata akal saya memuji kecantikannya n mata hati saya memuji ciptaan Yang Maha Esa!!
Saya ni mmg jenis bersangka baik dgn seme org (hahaha) n seronok dpt kenal ramai org... Setiap org yg kita kenal tu sudah tentu ada sesuatu yg kita blh belajar darinya (even org tu kita rasa mereka takde apa2... jgn ingat mcm tu!)....
# Saya pernah mendengar kata2 bahawa manusia juga adalah kitab2 yg sarat dgn ilmu!! Ya, benar! sebab setiap manusia melalui hidup n pengalaman masing2..
Bg saya la, saya cuba elakkan judge org dr segi luarannya.... sbb kita hanya blh nampak apa yg kita nampak saja (lainlah kita kashaf!), hakikatnya Allah saja yang tahu.... Allah blh suka seseorg yg kita tak suka!!
Dan ada benda yg saya dah belajar drpd hanis zalikha!! Tersentak dan tersentuh hati saya bila baca senarai kesyukurannya itu... huhu.... Sesungguhnya kita mmg selalu lupa utk bersyukur... hinggalah sesuatu nikmat itu hilang dari kita!!!
p/s: Teh, betul la ada gambar jebon dlm blog hanis zalikha. Dulu ada terbaca org cakap ada gambar jebon dlm tu... Yer la kot jebon si anak mat noor yg dah lama menyepi tu....
Sunday, November 1, 2009
Selamat bulan November!!
Hari ni dah 1 November... Bila masuk bulan November saya mula rasa gelisah.... haha, bukan gelisah apa, gelisah sebab dah nak abis tahun... Yer, ni dah 2009.. Maknanya tak lama lagi dah nak masuk 2010 n maknaaaaanya umur saya pun akn bertambah 1 lagi... huhu...
Di usia yg makin bertambah ni ada kalanya rasa 'stress' n 'depress' jugak... Ah, itu semua hanyalah rasa2 yg mahu menjadikan saya lemah!!!
Bukan apa, ketika di usia ini saya masih belum mempunyai hala tuju yg jelas; dr segi kerja, kerjaya dan kerja utk berjaya.... That's all about apa yg saya nak buat n apa yg saya perlu buat; utk suatu masa depan yg masih panjang (insya-Allah... hidup ini masih panjang utk kita pendekkan....)
Apapun sekurang2nya saya harus bersyukur kerana saya telah mendirikan rumah tangga, mempunyai sebuah keluarga kecil, mempunyai seorg suami (mmg la seorg!) serta dah punya 2 org anak....... Alhamdulillah, aku bersyukur atas segala nikmat-Mu ya Allah!
Bg saya, perjalanan hidup kita mmg berbeza tapi destinasi kita tetap sama..... mcm yg saya penah cakap sblm ni........