Monday, October 5, 2009

Ummi saya.....

Sblm ni saya penah citer panjang lebar ttg abah saya di sini dan juga di sini (masa father's day aritu)... Ni sempena birthday ummi saya semlm saya nak citer psl ummi saya plak. Tak fair la kan, abah dah citer... Saje nak abadikan kisah ibu bapaku dlm blog ini....

Ummi saya namanya Zaidah binti Omar. Omar itu ialah datuk saya (arwah). Ummi dilahirkan pada 4 Oktober 1956. Ibu kpd ummi (nenek saya) namanya Wan Fatimah bt Wan Salleh (Tok Wae Kg. laut).

Semasa umi masih bayi lg kedua ibu bapanya telah berpisah. Umi lantas diambil dan dibesarkan oleh ibu saudaranya (nenek saudara saya) yg bernama Mek Bidah bt. Seman (Othman -arwah) dan suaminya, Hj. Jaafar bin Ali (arwah Tok Ayah Pa).

Arwah Tok Ayah Pa merupakan seorg penggawa daerah Pasir Mas ketika itu. Jadi umi saya dibesarkan dlm kehidupan yg mewah (kira masa tu la) n serba sempurna walaupun arwah Tok Ayah Pa seorg yg sgt 'halus' - very jimat-cermat!!

Arwah sebenarnya adalah keturunan Raja Jembal yg memerintah Kelantan suatu ketika dulu. Keturunan di ats Tok Ayah Pa adalah kaya-raya dan memiliki beratus2 ekar tanah. Sbb itulah arwah ada menyimpan beberapa keris warisan dan set bilik tidurnya (cadar dll) berwarna kuning di-Raja - Ya, saya masih ingat!!! (Nota: Sbg makluman kepada adik2 sy dan juga keturunan sy).

Tok Ayah Pa semasa hayatnya telah menerima pelbagai pingat dan surat penghargaan drp kerajaan kerana jasa2nya. Arwah juga seorg yg menyintai ilmu ketuhanan (kesufian) dan menghabiskan usianya utk itu. Sblm meninggal dunia, arwah dah bgtau yg tiketnya dah siap utk 'berlepas' dan arwah telah meninggal dunia di ats riba abah saya pd thn 1994.

Umi saya dibesarkan di rumah Tok Ayah Pa itulah, di Kg. Bakat, Gual Periok (dekat Rantau Panjang, dlm jajahan Pasir Mas), Kelantan. Kampung itu terletak hanya 1 km ke Sg. Golok, Thailand. Rumah itu masih ada hingga kini (kosong) dan dlm perancangan utk dijadikan pejabat Yayasan Gual Periok.

Umi saya mempunyai seorg abang, Dato' Hj. Ahmad Laksamana (ayah Long) dan 7 org adik semuanya - 2 seibu dan 5 seayah (sorg meninggal).... Antara adik umi ialah Pakcik Ti (Mohd. Sayuti Omar).

Kalau abah saya keturunan ke-9 TOK DAT, umi saya pula adalah keturunan ke-3 Raden Wirjono, anak raja yg lari dr istana (kerana perebutan takhta) sblm sampai ke Kelantan. Di Kelantan, beliau menyorok identitinya utk hidup sbg org kebanyakan dan menggunakan nama Yaakob. (Nota: Mmg kaum kerabat kami masih wujud di Indon).

Dari Yaakob ini lahirlah Othman - Tok Ayah Othman (moyang saya), seorang ahli sufi yg pernah menuntut dgn Tok Kenali. Beliau mempunyai beberapa kelebihan semasa hayatnya. Antaranya, tanam sayur pagi, ptg dah blh ambik, 'pergi' beli kurma di Mekah semasa bln puasa dll.........

Al-Fatihah utk semua mereka yg telah tiada.........

Umi saya seorg yg amat bijak semasa zaman persekolahannya. Memegang jawatan sebagai pengawas dan aktif dlm sukan. Umi pernah mendapat tawaran ke sekolah menengah sains ttp kerana terlalu sayangkan umi, Tok Ayah Pa tidak membenarkan umi masuk sekolah asrama.

Umi menamatkan persekolahan menengahnya dgn Ting. 6 Atas di SMIP - Sekolah Menengah Ismail Petra, Kota Bharu. Umi mendapat keputusan yg agak baik dlm STP tetapi nasib tidak menyebelahinya, beliau tidak mendapat tawaran ke IPT.

Umi pernah bekerja di beberapa tempat, termasuklah menjadi guru di Institut An-Nur selama beberapa thn, sblm bertemu jodoh dgn abah saya.... Umi juga pernah bekerja di bank dan berhenti kerja ketika mengandungkan saya (lbh 28 thn yg lalu).

Slps itu umi terus menjadi suri rumah sepenuh masa selama hampir 20 tahun. Umi menghabiskan masanya dgn menjahit - sambil membesarkan kami adik-beradik. Ya, umi saya sgt minat menjahit. Sebenarnya umi telah pandai menjahit seawal usia 13 thn lagi dan pernah mengambil upah menjahit baju ketika itu.......

Ingat lagi, dulu umi saya gemar n rajin sungguh jahit langsir, cadar, selimut, alas peti, meja, alas tray, pemegang peti ais dan mcm2 lagi la... Semuanya umi blh jahit. Malah baju kami adik-beradik pun umi yg jahit... Sehinggalah umurnya bertambah (kekangan kudrat dan masa) dan keadaan kami yg lebih selesa barulah semuanya diupah..... huhu.

Dulu2 umi juga rajin sungguh memasak. Masa kami kecik2 dulu penah wat coklat sendiri, aiskrim yg sedap, bermcm2 kuih, kek dan sebagainya.... Skg ni bila anak2 dah besar, anak2 la amik tugasnya di dapur, melainkan bila perlu sahaja umi akn turun padang.

Setelah adik bongsu saya Amir berusia 3 thn, iaitu pd thn 2000 umi saya telah kembali bekerja. Beliau telah menjadi guru (pd awalnya specialize keceriaan) di Sekolah Rendah Ugama (SeRU) Al-Hilal, sebuah sekolah rendah Islam swasta di Kota Bharu.

Slps itu umi telah menjadi guru subjek BM (hingga kini). Selama menjadi guru, umi byk sungguh mengikuti kursus PnP, pengurusan sekolah dsb. Umi juga pernah menjadi guru pusat sumber selama beberapa thn.

Dan kini, sudah 4 thn umi memegang jawatan sbg Penolong Kanan HEM di sekolah itu. Semuanya kerana minat dan komited umi terhadap sekolah.

Fakta ttg umi saya;

- Tak makan ayam, ikan darat (sungai) n juga ikan besar. Mmg tak makan, bkn tak suka. Juga kambing pun tak makan.
- Seorg yg amat gemarkan kecantikan, keindahan, kekemasan dan juga kebersihan (dilatih dr kecil sbb dibesarkan oleh Tok Ayah Pa yg sgt2 kemas n bersih. Satu habuk pun takde umahnya dulu... huhu. bajunya siang mlm mesti bergosok, kasut berkilat).
-Umi sgt tak boleh tgk kalau rumah 'kkube' (bersepah / berselerak)... huhu. Dia boleh pening kepala jadinya... Saya la yg penat masa dulu2 utk memastikan rumah sentiasa bersih n tersusun, ketika adik2 tgh duk kkube (huhu).....

- Umi saya juga amat sukakan pokok bunga serta pokok hiasan utk halaman rumah kami. Walaupun duduk di rumah sewa dulu, umi tetap menanam bunga.

- Sgt tegas dan berprinsip. Umi la yg amik bahagian MEROTAN kami adik-beradik yg nakal (masa kecik2 dulu la), setelah mendpt waran dr abah... huhu. Tapi kami tahu di mana salah dan silap kami....
-Menyusukan kami kesemua adik-beradik dgn susu badan dgn penyusuan penuh (ebf).......... Husyyyy!!!
- Ingat setiap maklumat n perkembangan kami. Cth, kaklong lahir hari apa, pukul berapa, brp hb bulan Islam, brp bulan blh merangkak, jalan...... dsb. Semuanya umi ingat!!!
- Seorg yg sgt kreatif, kemas dan sistematis dlm setiap pekerjaannya. Very proper la!!
- Umi pakar dlm mengkaunseling budak2 di sekolahnya yg nakal, malas, takmahu dtg sekolah dan mcm2 lagi......... Budak2 sayang sgt kat Cikgu Zaidah - byk sgt la dpt hadiah semasa Hari Guru.
- Dlm membeli perabot n peralatan rumah, umi suka beli sekali yg elok terus (yg agak mahaiii la). Di rumah kami ada brg2 yg seusia dgn kami n lebih tua dr kami pun ada. Hihi... Umi rela simpan duit dulu beberapa thn sblm beli sesuatu tu, cthnya kabinet dapur....... N umi seorg yg sgt sayangkan brg2nya sbb umi tahu sgt susah nak dapat sesuatu tu.....................

Apa yg saya harapkan, semoga ALLAH merahmati hidup umi.......... dan semoga di usia umi 35 opppssss 53 thn ini, umi menikmati hidupnya............. di samping abah n anak2........... Insya-Allah.

11 comments:

Segenit Puteri Bunian said...

dahsyat hebat asal usul awak..

kaklong nuzula said...

Hahahaha... awak pun teh, mesti dasyat gak asal usul, nama nik tu. Cuma mungkin awk je tak tahu keturunan atas2.......

Cik areya said...

salam along...
sekadar memberi pembetulan...

- wan fatimah wan salleh...
- abah keturunan tok da' ke 10...
- umi keturunan raden wirjoyo ke 4..
- ayah pa tok penggawa daerah bkn peggawa jajahan... tu baru D.O...
- kg gual periuk lebih kurg 5 km lg..
- adik beradik umi...
2 seibu seayah
2 seibu
5 seayah seorang meninggal mase kecil
- bkn mrsm(x dop lagi mase tu) sek aliran sains dan institut teknologi mara(itm 1974)
- sek Al hilal bkn under koperasi muslimin... under koperasi pendidikan AL Hilal...

fuh along... aku x sempat lagi nak tulis cite umi... tenet asek wat hal jek...

pape pun... congrats... hehehehhe

vagg. said...

kak enn ingat lg kat ummi kaklong..
teringat lg muka dia.
maso g umoh kaklong dlu la.. heheh
dia specky kan..
kirim salam kat dia ek.

teringin nk jumpa lagi ummi kaklong.
lagi sorang, nk jmpa ngan mak niera. dulu kak enn penah tido umh dia.. baik mak dia huhuhuh

kaklong nuzula said...

ida ~ lupa lak, wan fatimah bt. wan ali... hehe, meme aku duk pikir pun takdi binti gapo. lupa laks.

abah kira keturunan ke-9 tok dat, tak kira tok dat, mula kira ngan anak dia keturunan pertama. begitu juga ngan umi, tak kira la raden tu, mula kira ngan anak dia (tok ayh othman). cam tu la.

yg lain nati aku betulkan, kena betulkan kot nati ada org lain baca yg salah plak....

kaklong nuzula said...

ida ~ mu ingat dok ada signbod nok masuk ke Gual periok tu, Thailand 1Km???? Aku ingat sighnbod tu la.

Owh, aku pun dah lupa sek. al-hilal bwh koperasi pend. al-hilal, sbb ingat haluan bwh koperasi muslimin msia. heheh

kaklong nuzula said...

Kak Enn ~ tima kasih sudi baca entry ni.. hehe, nanti oghe sampaikan salam kak enn pd umi oghe. Aah, oghe pun ingat kak enn penah dtg umah oghe masa form 1. masa tu oghe duk kat umah sewa lagi.. OooO kak enn penah tido umah niera ker.. aah mak dia mmg baik sgt....

mso.im said...

Assamualaikum wbh wbt...
Satu catatan yang istimewa dari seorang anak untuk seorang ibu. Tentu ibu akan tersenyum membacanya dan bangga kerana anak mempunyai kemampuan mencatat satu profail ringkas tetapi padat. Selamat hari jadi juga kepada Umi anda dari saya!

Cuma di sini Pak Cik Ti rasa ada beberapa fakta yang kurang kesahihan berhubung keturunan di sebelah bapa Umi. Atau pun fakta itu tidak sampai ke pengetahuan Pak Cik Ti? Kajian mendalam dan secara konfrensihf dan bersifat akdemik harus dilakukan dan bukan hanya bersadar kepada satu fakta dan sumber sahaja. Sesuatu penulisan bersifat sejarah harus tepat dan benar kerana ia akan menjadi sumber rujukan. Walahualam. Salam.

kaklong nuzula said...

Waalaikummusalam pakcik. terima kasih krn sudi singgah n komen di sini. Yer, kaklong setuju tu. Mgkin kajian mendalam perlu dilakukan. Semua ini hanyalah bersandarkan sumber lisan semata-mata. Insya-Allah, ada rezki kite lakukan kajian secara lbh ilmiah.

Mummy Hanny said...

Selamat ulangtahun ke 35, eh 53 to umi k.long. Ngan umi k.long je chik panggil UMI selain drpd umi chik sendiri..hehe

kaklong nuzula said...

Owh, terima kasih chik... Nati kaklong bgtau umi kaklong. Dia stil ingat rasanya chik, sbb penah gi umah chik kat tanah merah dulu....