Thursday, June 18, 2009

Abah saya...

Sempena father's day ni saya nak citer ttg abah saya, spt yg saya janjikan sblm ni (takle janji pun..)

Abah saya namanya Mohd. Bekeri bin Ab. Manaf. Dalam Malaysia ni ada 2 org je nama Mohd. Bekeri, kalau tgk dlm buku panduan telefon masa dulu2, itu pun kalau yg sorang lg tu stil wujud n takde baby baru lahir yg dinamakan Mohd. Bekeri. Heheh.

Unik kan nama abah saya? Biasanya org panggil abah saya "Bakri", cuma ejaan je mcm tu. Ntah la mcmana blh eja mcm tu. Mungkin suka hati polis masa tu nak eja nama abah saya mcm tu.

Kerana nama abah saya tu, saya pernah digelar "kilang roti" masa sekolah dulu, begitu juga dgn adik2 saya. Huh, jahat betul!

Actually nama-di-rumah n nama-di-kampung abah saya ialah Suhaimi. Nama adik-beradik laki abah mmg mula dgn S, Shukri n Sazali.

Kalau di kampung saya ni, mmg org kenal dia ngan nama Suhaimi n org taktahu kalau tanya Mohd. Bekeri. Ntah le nape dr elok2 nama Suhaimi ditukar kepada Mohd. Bekeri. Mungkin sbb abah saya nangis masa kecik, itu tak dpt nak dipastikan dan saya pun tak sempat tanya arwah nenek saya.

Abah saya adalah generasi ke-9 Tok Dat (Senopati Dahak), kesatria kerajaan Mataram (Indon) yg byk berjasa kpd kerajaannya n kerajaan siam sblm dtg ke Tanah Melayu pada abad ke-17, sebagaimana yg penah saya ceritakan dlm blog saya di frenster dulu. Generasi Tok Dat ni baru saja cuba dijejak n dihimpunkan kembali pada raya haji thn lps.

Abah saya dilahirkan pd 11 Ogos 1955, maknanya thn ni abah saya dah 54 tahun tp dia mmg nampak muda dr umurnya. Dr saya sekolah dulu lg ramai yg cakap abah saya nampak muda. Hoho, bangga!!

Abah saya seorg penjawat awam, kakitangan kerajaan katakan. Dia berkhidmat di Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Kelantan. Skg kat Machang, sbg Timbalan Juruukur Jajahan... dan akan bertukar ke Kota Bharu dlm masa terdekat.

Abah saya kerja ukur tanah. Masa kecik2 dulu saya pun tak faham apeke kerja abah saya ni. Masa sek. rendah dulu, bila kawan tanya, "Abah awak kerja apa?" Saya jawab, "Abah saya kerja Pejabat Ukur." Itu je yg saya blh jawab. Ada gak kawan saya masa tu ingat abah saya kerja ukur baju. Hahaha..

Yg saya tahu, kerja abah saya berkaitan ngan peta2 kawasan, lot2 tanah n kerja yg penuh ngan kira2 n nombor2. Ntah apa yg dikiranya. Abah saya ada kalkulator khas utk keje kira-mengiranya itu (yg umi saya sgt marah kalau kami cuba nak usik kalkulator itu!!).

Dr kami kecik lg, ada satu meja khas utk abah buat kejenya di rumah. Sampai skg. Abah mmg seorg yg kuat bekerja. Dia selalu buat kerjanya sampai mlm2, sampai seme org dah tido...

Saya bangga dgn abah. Walaupun abah saya hanya makan gaji ngan kerajaan n tak jadi juruukur berlesen yg punya syarikat sendiri dan menjadi kaya-raya, namun saya tetap bangga dgn abah, kerana abah adalah abah saya....

Semasa saya tingkatan 3 (thn 1996) abah saya dan beberapa org lagi dr Malaysia telah dihantar ke Sabah utk mengukur semula sempadan Malaysia-Indonesia dlm proses Persempadanan Semula Malaysia-Indonesia (di sempadan Sabah-Kalimantan).

Selama di Sabah tu abah duk kat kem askar, di'jaga' oleh para askar n kerja di'ascot' para askar Malaysia n Indonesia (juruukur Indon pun ada gak dlm keje ukur semula sempadan tu). Abah gi-balik keje (ukur-mengukur tu) dgn menaiki helikopter setiap hari.

Masa abah nak gi sabah tu saya sangat sedih dan bimbang... Sbb umi saya pun risau.. Iye la, mana tak risau, keje kat hutan tebal, gi-balik naik heli. Lama jugak abah saya kat sana. Ada la 3 bulan kot. Dah la saya nak periksa PMR masa tu.

Selama abah saya kat sana, susah nak berhubung. Tak blh (atau sgt susah) nak telefon. Tp abah ada la hantar surat kat umi. Mujurlah abah selamat pulang kembali dgn meninggalkan jasanya kepada kerajaan Malaysia. Hoho!

Sungguh besar jasa abah itu. Iye la, tinggal anak bini selama itu. Dah la bersabung nyawa gak tu. Tapi kerana kerja, abah tetap pergi... (dan besar juga pengorbanan kami yg ditinggalkan ini!!).

Kerana jasanya itu abah saya telah menerima anugerah AHLI KELANTAN (AK) daripada Sultan Kelantan pd thn 1998... yg membawa gelaran... takde apa2 gelaran pun. Haha!! Tp ok la dpt gak anugerah (anugerah ni lg tinggi dr pingat). Kalau ikut 'tertib' surat-menyurat rasmi, ada AK kat belakang nama abah, Mohd. Bekeri bin Ab. Manaf (AK). (Nota: Tapi abah saya tak kesah ngan itu semua!)

Oh ya, abah saya juga pernah berkhidmat di JUPEM KL/Putrajaya. Abah saya telah ditukarkan ke sana. Selama 4 thn abah saya duk KL (dr thn 2003-2006). Selama 4 thn tu abah saya ulang alik KL-KB hampir setiap minggu.

Satu lagi ttg kerja abah saya, kerjanya (ukur-mengukur) ni juga diperlukan ketika nak tentukan puasa n raya. Selalu juga (hampir tiap2 thn) masa nak puasa n raya abah n krew2nya akan ke kawasan yg ditentukan (selalunya mana2 bukit) utk melihat anak bulan... Mereka akan membawa peralatan mereka utk menentukan titik kawasan utk melihat anak bulan tu. Begitulah gamaknya.

Peralatan ukur-mengukur ni bukan murah. Sampai berpuluh-puluh ribu kalau nak beli sendiri (kalau nak keje sendiri, as abah's wish slps pencen). Alat yg paling femes ada digunakan dlm filem Pemburu Emas Yamashita tuhhh.... Saya pun baru tahu masa tgk citer tu. Skg ni mmg sume computerized, manyak senang la.

Oh ya, kembali kpd citer tgk anak bulan tu. Abah saya pun tgk jugak la anak bulan dgn apeke nama alatnya tu n abah penah dpt melihat anak bulan... Kata abah, mcm huruf alif, warna putih n bersinar2... Tp mmg jarang sgt la nak nampak anak bulan ni. Sbb tu mmg selalu tak nampak!!

Abah saya tidak memiliki ijazah. Abah saya hanya ada Diploma Ukur Tanah dari UTM. Masa saya kecik2 dulu n masa tu kami 3 beradik abah saya pernah gi sambung blaja, nak buat ijazah di UTM johor. Masa tu kami semua tinggal di kampung umi saya.

Tp atas beberapa sbb abah tak dapat nak habiskan ijazahnya (sempat beberapa sem je, gitulah). Kesian abah! Tak apalah abah, biar anak-anakmu yg sambung perjuanganmu itu. Sekurang-kurangnya skg ni dah 4 org anak abah yg ada ijazah.

bersambung...

10 comments:

FarhanaBekeri said...

oooooohhh bestnyer!!! sebak plak..ohohho
ermm rindu nyer kat abah!!
par per pun itulah abah kte kan..
lepas bca yg kak long tulis nieh..
huhu byk rupanya yg atin tak tau..coz time tuh org kecik lagi..
hurmm..

syg abah!~~

Kaklong Nuzula said...

ada lg nak sambung, next entry. tak siap lagi...

hoho, itu la abah kite yg there is no patah tumbuh hilang berganti. huhu.

Kaklong Nuzula said...

Atin, mu ingat dok kalkulator abah tu? Hahaha, sokmo kena marah ngan umi, takut lari program dia. Aku pulok mmg bersifat ingin tahu...

p/s: Yo la, mu ngan aku beza 10 tahun. Meme masa tu mu kecik lg n taktahu gapo.

Makeover360 Beauty Academy said...

huhu..syg abah juge!! aku pon ade gak xtau..maybe xbrape ingt sbnrnye.. aku ngan kak long beza 4 tahun..best plak bace cite ni.. nnti leh wat cite ttg aku plak.nnti aku copy mskkan dlm blog aku~

Kaklong Nuzula said...

Yah, mu pun kecik lagi masa aku sudah mengerti byk perkara ttg kehidupan ini. Hoho.

Nati aku nak citer sorang2 tang adik-beradik kite, esp the kisah2 lucu.. Haha, tunggu. Mungkin ada yang mu toktahu...

MiJa said...

haha mija pun wat keje ukur mengukur ni..kihkih ni baru jah balik sukat tanah! wahaha

Kaklong Nuzula said...

Oho, ya ke mija. Ada kaitan gak ek ngan geophysics...

MiJa said...

nama alat tu theodolite ek?

Kaklong Nuzula said...

ntah... kaklong pun idak le tahu n arif tentang itu semua...

FarhanaBekeri said...

ahahahahah...yang kalkulator yang sgt unik tuh kew??
aku igt laa..
memang kna marah ngan umie ar klau main2 ngan kalkulator tuh..hoho