Monday, June 8, 2009

Mohd. Sayuti Omar (MSO)

Kalau korang perasan dekat "my blog list" saya tu kan ada Merah Tinta MSO. Dah lama saya nak buat entry ni.

Beliau ialah pakcik @ bapa saudara saya, iaitu adik kepada ibu saya. Beliau seorg penganalisis politik dan juga penulis buku politik semasa. Juga 'pemilik' akhbar SIASAH. Beliau pernah beberapa kali keluar berita TV3 utk ulas pasal isu politik.

Saja je nak cerita tentang beliau. Blog beliau tu mmg tentang politik semasa negara kita dan juga ttg isu-isu negara. Saya pun jarang2 je masuk sbb malas nak baca + malas nak ambil tahu sgt pasal politik ni. Melainkan bila ada isu2 tertentu yg hangat je baru saya baca tulisan beliau.

Pada saya, beliau seorg yg sgt berani dan telus. Beliau menulis dgn tujuan untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat dan utk menegakkan kebenaran ttg sesuatu tu.

Beliau yg saya kenali seorg yg neutral, tidak berpihak kepada mana-mana parti politik (sama ada PAS @ UMNO @ keadilan). Kalau UMNO betul, beliau puji. Kalau salah, beliau hentam habis-habisan. Begitu juga dgn PAS dan keadilan.

Pendapat beliau juga sangat kritis dan 'tajam'. Contohnya ulasan beliau ttg PPSMI dulu... (ala, perarakan menentang pengajaran dlm BI tu). Kata beliau, perarakan itu secara aman utk mendaulatkan BAHASA dan BANGSA, bukannya nak gi serang parlimen ke apa... tetapi dihalang dgn gas pemedih mata!! Betul juga apa yg dikatakan oleh beliau.

Beliau terlalu masak dlm dunia politik. Sudah terlalu lama beliau berada dlm dunia ini. Semua org politik beliau kenal n pernah jumpa. Begitu juga kebanyakan org politik pun kenal beliau.

Kalau tak silap saya beliau telah menulis lebih daripada 40 buah buku politik dan ada antaranya terus menjadi sebutan...

Kata beliau, politik ini mmg kotor... Sebersih mana pun politik mesti terpalit dgn kekotoran (mesti ada yg tidak betul).

Sejarah hidup beliau bukan mudah. Kesenangan yg beliau kecapi hari ini bukannya datang bergolek. Beliau dibesarkan dlm keluarga yg amat sederhana (org kampung).

Kerana terlalu minat menulis, beliau telah pinjam mesin taip org yg dah buruk utk menaip. Di situlah kerjaya beliau bermula (sebagaimana diceritakan oleh nenek saya).

Beliau telah memulakan kerjaya sbg wartawan dan pengarang @ penulis majalah dan suratkhabar. Beliau juga pernah ke indonesia utk mendalami ilmu kewartawanan.

Saya masih ingat, dulu beliau hanya tinggal di rumah flet di wangsa maju, hingga anak 3 beliau hidup tanpa kereta. Then, drp tak ada kereta beliau mampu beli kereta honda civic baru "cash" macam beli biskut (mungkin dah 10 thn yg lalu) dan memiliki rumah serta hartanah yg lain.

No comments: