Friday, June 5, 2009

Water filter

Sudah lama saya inginkan satu water filter di rumah saya ini. Tp taktahu nak beli yg mana. Bio-aura kaa? Waterlife kaa?? AOWA ka? Ntah la, yg penting takyah susah2 masak air untuk dijadikan air minum.

Lagipun, adalah lebih baik kita minum air yg bebas klorin (dan bhn kimia lain) serta air yg bertenaga (energy water) utk kesihatan. Utk masak pun better pakai air bertapis ni jugak.

Air yg bertapis ni biasanya melalui proses dikecikkan molekul air tu untuk mudah diserap oleh tubuh. Rasanya pun lagi sedap daripada air yg dimasak.

Dan yg penting, saya mahukan water filter yg ada pengesahan HALAL.

Kenapa mesti halal? Sudah semestinya. Ada ke yang tak halal? Ntah la, saya pun tak pasti. Tapi saya pernah bertanya kepada penjual water filter ni, apa yg dikhuatiri tak halalnya? Jawabnya, tang penapis tu la, takut mengandungi tulang binatang yg kita tak suka tuh...

Ni tgk ada iklan penapis air HIJRAH pulak. Harga pun lagi murah, RM1560. Kalau yg lain2 tu dlm 2k semuanya. Menurut iklannya, ia menggunakan tempurung kelapa, tanpa tulang haiwan. Ada pengesahan HALAL. Lagipun harga ansuran atau cash adalah sama, tetap 1560. Maknanya tak ada riba la. Mcm bagus jugak yang ni.

Kat rumah family saya guna AOWA. Dah lebih 2 tahun kot. Harga dia lebih 2K jugak. Sblm ni kami minum diamond energy water, yg kena beli tong air dia tu n bila habis tukar (bayar harga air je). Tong warna putih n biru tu. Tp yg ni 'parok' jugak setiap bulan. Sbb tu beli water filter tu.

Ada ke kawan2 yg dah pakai water filter kat rumah korang? Boleh la share...

2 comments:

mamawafiy said...

hi kak long..(blh ke panggil mcm ni)
tq visit blog saya..
saya link blog awak yea..
btw..berbalik kpd isu ini..kat umah saya dan family saya pakai bio aura...best woo...

kaklong nuzula said...

mama wafiy, aah panggil kaklong jer. mmg kekawan sebaya sume pun panggil kaklong. aah, silalah link. nanti saya add awak jugak.. OOo pakai bio aura ker...