Iya, saya baru faham dan mengerti apa yg dikatakan;
"ALLAH tidak pernah menzalimi hamba-NYA, kita (manusia) yg menzalimi diri kita sendiri..."
Memang ALLAH tidak pernah menzalimi kita, walaupun kita rasa ALLAH 'tidak menyebelahi' kita kerana DIA tidak tunaikan hajat dan cita-cita kita, DIA beri kita pelbagai ujian dan cubaan, DIA berikan kita rasa sedih, kecewa, merana, terseksa, sakit dll....
Apa yg DIA tentukan untuk kita bukanlah kerana IA menzalimi kita. Tidak sama sekali, kerana sesungguhnya DIA Maha Mengetahui atas segalanya, yg tersurat dan yg tersirat....
Apa yg disusun oleh-NYA itu ada kalanya 'tidak baik' di mata kita tetapi di sisi-NYA itu yg terbaik, kerana DIA lebih mengenali kita; lebih daripada kita mengenali diri kita sendiri.... Kerana DIA TUHAN yang menciptakan kita....
Apa yg kita rasa 'tidak baik' itu mungkin tidak baik utk masa ini, tetapi ia adalah yg terbaik utk masa depan kita (kalau bukan di dunia ini, di akhirat sana!)..... Percayalah dgn setiap qada' dan qadar-NYA ke atas diri kita. Bukankah kita harus beriman dengan qada' dan qadar???
Dan mengapa dikatakan, kita yg menzalimi diri kita sendiri? Ini kerana, sebagai contoh apabila kita ditimpa masalah @ musibah @ bencana; bila mana kita tidak kembali kepada-NYA, dengan itu kita telah menzalimi diri kita sendiri.
Dengan kata lain, jika kita hanya menangis, merintih, meratapi nasib dan menyesali takdir, atau berbuat bukan-bukan terhadap diri kita; dgn itu kita hanya menyeksa dan menzalimi diri kita sendiri.
Begitu juga jika kita melakukan dosa @ mengabaikan suruhan-NYA, kita hanya menzalimi diri kita sendiri, kerana fitrah diri kita adalah baik, suci dan ingin berpaksi kepada DIA (sbg TUHAN yg layak disembah).
Kesimpulannya, ALLAH SWT telah tentukan yg terbaik dlm hidup kita (contohnya dlm aspek jodoh, keluarga, kerjaya dll).... Percayalah!
So, kita just 'go on' sajalah.... Teruskanlah 'berjalan' dalam ketetapan yg telah ditentukan-NYA....
Ada masa kita boleh memilih, tetapi ada masa DIA lebih berhak menentukan segalanya untuk kita; kerana kita hanyalah hamba-NYA dan DIA Maha Berkuasa atas segalanya......
NOTA: Owh, saya bukan nak ceramah or nak tunjuk alim, just nak share sesuatu yg saya sendiri baru sedar; betapa DIA tidak pernah menzalimi hamba-hamba-NYA.....
Tuesday, June 2, 2009
ALLAH tidak pernah menzalimi kita...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment