Hehe.. macam penah dengar jer tajuk tu. Bukan ke tajuk sajak bekas PM kite, Pak Lah? Bukan Pak Lah je nak cari damai abadi, saya pun dan kita semua pun. Tp ingat senang ke nak dapat damai abadi? Pada saya, "damai abadi" yg dimaksudkan adalah ketenangan yg abadi.... Abadi tu maknanya sampai bila-bila la.
Maknanya kita mendapat ketenangan dlm hidup di dunia ini, tenang ketika mahu tinggalkan dunia ini (utk bertemu ALLAH) dan "tenang" juga setelah meninggalkan dunia ini. Itulah yg dikatakan damai yg abadi.
Pd saya, bukan mudah utk mendapat ketenangan, yakni utk menjalani hidup ini dgn penuh ketenangan... Kerana, ada2 saja masalah dan dugaan yg datang menyapa kita. Kalau bukan kita cari pun, ujian dan cubaan itu akan ada jua, kerana mmg hidup ini tidak sunyi drp ujian dan cubaan.
Wang yg banyak mungkin dpt beli kegembiraan, tetapi bukan ketenangan. Saya yakin wang yg berjuta pun tidak dapat membeli ketenangan, krn ketenangan itu soal hati; ia tidak dapat dibuat2...
Saya juga sedang mencari resepi utk hidup dgn tenang; dalam mencari damai yg abadi.
Sblm kita cakap psl cara-cara utk hidup tenang, kita cuba cari dulu lawan kpd "tenang". Lawan kpd tenang adalah tidak tenang @ huru-hara. Jadi kita cuba cari apakah faktor yg menyebabkan jiwa yg tidak tenang itu dan huru-hara dlm hidup...
1. Tidak hidup dlm landasan agama Islam yg sebenar (atau kurang)
2. "Tiada" ALLAH @ tidak cuba mendekatkan diri kepada Allah.
3. Tak dapat terima kenyataan dan takdir hidup @ menyalahkan takdir.
4. Kurang rasa sabar dan syukur.
5. Hati yg tidak bersih (ada sifat dengki, iri hati dll)
6. Rasa putus asa; putus asa dlm hidup @ putus asa dgn rahmat Allah (nau'zubillah)
7. Terlalu banyak kemahuan dan kehendak dlm hidup (bkn mengikut keperluan dan kemampuan)
8. Tak dapat uruskan mental, emosi dgn baik.
9. Berfikiran negatif ttg org lain dan hidup ini.
Hmmm.... apa lagi yer?
Pokok pangkalnya bersabit dgn IMAN juga. Selagi kita tidak merasai kemanisan iman, kemanisan beragama, kemanisan berTUHANkan ALLAH... dan selagi kita tidak kenal ALLAH SWT sbg pencipta kita dan kenal hakikat kehidupan ini..... selagi itulah kita sukar utk meraih ketenangan dlm hidup....
(saya pun cakap utk diri sendiri jugak ni)
Bersambung... (Insya-Allah)
Saturday, June 6, 2009
Ku cari damai abadi....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment