Saya dan babywearing
Sebetulnya saya sedang mencari satu babywearing, atau lebih tepat lagi baby sling utk 'menggendong' anak saya, si kecik Auliya yg berusia 3 bulan. Saya duk tgk2 yg jual online n tgh survey dari segi jenis, harga dan material yg digunakan.
Sebenarnya, sejak jadi blogger inilah baru saya tahu apa itu 'babywearing', apa itu 'sling'... Hiks. Sungguh ketinggalan diriku ini. Sblm ni memang tak penah tgk org pakai babywearing, melainkan org indon je yg selalu kendong baby. Hihi.
Masa zaman anak pertama saya, Zukhruf dulu ada la guna baby carrier, yg kendong baby kat depan tu. Tapi rasanya tak best la berbanding sling. Baby pun lagi selesa duk dlm sling. Dari review ibu2 yg guna sling pun, ramai yg kata "OK" dan banyak membantu.
And now saya ingin sekali memiliki satu sling utk si kecik Auliya. Saya rasa penggunaan sling adalah amat praktikal. Tambahan pula utk ibu2 yg bf seperti saya. Takle kekok sangat nak menyusu baby ketika berada di tempat lain (esp. tempat awam).
Setahu saya, baby sling masa kini (sebagaimana yg dijual online) ada 2 jenis, iaitu;
- pouch sling
- ring sling
Kalau nak tgk gambar org pakai sling ni, boleh la search image kat google. Macam2. Seronok tgk!
Apa yg saya discover, ada jugak org yg buat sling sendiri, DIY nyer sling.. Sungguh kreatif! Best jugak, boleh pilih corak, warna dan material mengikut citarasa sendiri. Tapi sayangnya saya tak pandai menjahit!!
Dan ketika saya dah hampir2 nak beli yg online, kebetulan pula dapat tahu ttg GIVEAWAY di BIG EYES SHOP ni. Jadi, apa lagi... saya pun terus buat entry ni. Mana tahu, kalau ada rezeki Auliya blh dapat sling free!!
Saya suka yg warna pink ni.... So sweet utk my baby girl!
Untuk maklumat lanjut tentang GIVEAWAY ni, sila klik di sini.
Tarikh tutupnya ialah 30 Jun 2009, iaitu hari ni.
No comments:
Post a Comment