Bulan keenam: (sekadar info)
Sekarang dia boleh duduk dengan mudah. Dia mula menunjukkan pergerakan yang akan membawa kepada merangkak. Dia juga mula menyebut beberapa bunyi.
Bulan ketujuh:
Kebanyakan bayi sekarang sudah aktif merangkak, mereka juga boleh memegang sesuatu benda atau mengubah benda itu dari satu tangan ke satu tangan lagi. Makan secara sendiri boleh dimulakan. Gigi mula tumbuh pda waktu ini dengan munculnya salah satu batang gigi kacip rahang bawah. Bayi mula menyebut perkataan seperti "mama" atau "dada".
---------------------------------------
dari ratu hati;
6-8 bulan : menyebut ba dan ma
7-8 bulan : suka bermain ba cak
merangkak dan duduk sendiri ----> 8 bulan
------------------------------------------
Ni perkembangan bayi 5-7 bulan
-Koordinasi antara mata dan tangan semakin sempurna
-Jika memegang barang mainan akan memindahkan dari satu tangan ke tangan lain
-Cuba membelek-belek barang permainannya
-Boleh memegang dan mengambil benda dengan satu tangan
-Mulai mudah menjatuhkan atau melemparkan benda yang berada dekat dengannya
-Senang mengangkat kedua kakinya ke atas
-Menendang-nendang ke udara
-Berguling dari posisi terlentang
-Mula mengeluarkan suara seakan-akan mahu bercakap
-Suaranya jelas kedengaran berupa pengulangan dari suatu bunyi seperti "ooo", "aaa" dsb
-Mula duduk tanpa bantuan anda
-Mampu bangun dari tidur untuk duduk sendiri
-Mainan yang sesuai: Mainan daripada blok kayu atau plastik, mainan yang boleh bergerak-gerak, mainan di dalam bekas
------------------------------------------
Ni dari sebuah blog. Utk artikel penuh klik sini (bagus baca)
BAYI 6 BULAN HINGGA 1 TAHUN
Keadaan fizikal bayi adalah stabil pada masa kini. Kepalanya lebih tegap malah boleh digerakkan ke pelbagai arah. Bayi akan cuba meniru pergerakan bibir anda, tanda ia bersedia untuk bercakap walaupun dalam bahasa bayinya sendiri.
Pada waktu ini, aktiviti yg boleh dilakukan bersama bayi adalah :
- Dapatkan mainan yg ada elemen yg memeranjatkan, seperti kotak yg apabila dibuka akan mengeluarkan badut atau sebagainya. Namun berhati2 kerana dikhuatiri bayi akan terperanjat sehingga mencederakkannya.
- Perkenalkan muzik kepadanya. Dapatkan alat2 permainan seperti drum, tamborin, loceng dan sebagainya.
- Ajak bayi anda bermain Peek- A-Boo atau bermain sorok2. Sorokkan objek seperti di belakang anda atau mana2 tempat ygtidak berbahaya dan lihatlah reaksinya, anda pasti gembira.
---------------------------------------------
Dari babycenter.com
Baby @ 7 months old
Mastered Skills (most kids can do)
• Sits without support
• Drags objects toward herself
Emerging Skills (half of kids can do)
• Lunges forward or starts crawling
• Jabbers or combines syllables
• Starts to experience stranger anxiety
Advanced Skills (a few kids can do)
• Waves goodbye
• Stands while holding onto something
• Bangs objects together
• Begins to understand object permanence
---------------------------------------------
Usia 6-9 Bulan (dlm indon)
-Merangkak, duduk tegak, mendorong badan ke atas sampai berdiri, menjumput dengan ibu jari dan telunjuk, makan sendiri (berantakan), menjatuhkan mainan
-Terus merespon bila namanya disebut
-Bergoyang seirama musik, bermain cilukba, memainkan makanan, permainan yang menggunakan kata-kata dan irama, menggelindingkan bola, tertarik pada objek kecil
(cilukba tu peek-a-boo ke???)
Utk lebih lanjut ttg bayi 7 bulan blh baca di sini (dlm bahasa indon mudah)
Ni pula ttg perkembangan bayi, juga cara merangsang bayi (klik sini) - artikel ni panjang tapi sgt bagus!
---------------------------------------------
Untuk NOTA sendiri - dari sini
Dari 6 bulan ke setahun
Perkembangan Fizikal – Bayi pada umur ini masih tidur sejenak pada pagi dan petang. Mereka mula makan dan tidur pada masa-masa yang tetap setiap hari. Mereka makan 3 kali sehari dan minum susu dari botol atau ibu pada masa yang berbagai.
Mereka juga boleh bermula menggunakan cawan dan sudu untuk makan sendiri. Bayi boleh duduk sendiri. Mereka menyulur dan merangkak dalam waktu ini. Pada bulan ke-8 mereka bolah mencapai dan memegang barangan. Mereka boleh mengutip objek dengan ibu jari dan jari telunjuk, kemudian melepaskan objek tersebut. Mereka mula membaling barangan. Mereka mula berdiri dengan berhati-hati, berdiri dengan memegang perabut atau dinding dan boleh berjalan jika tangan dipegang. Bila mencecah 12 bulan, kebanyakan bayi mempunyai berat 3 kali ganda berat berbanding kelahiran. Ketinggian mereka juga bertambah seinci sebulan. Pada kebiasaan, ketinggian bayi ketika setahun adalah 66-76 cm tinggi.
Perkembangan Sosio-emosi – Bayi anda akan memberi reaksi bila namanya dipanggil. Ia mula takutkan orang asing dan takutkan ditinggal oleh ibu dan bapanya. Bayi merasa marah dan kecewa bila kehendaknya tidak dipenuhi dengan segera. Ia bercakap dengan diri sendiri di dalam cermin. Bayi mula belajar apa yang diizinkan dan yang tidak. Hubungan mata mula menggantikan hubungan dengan sentuhan yang mereka perlukan sebelum ini.
Perkembangan Kepintaran – Bayi melambai “bye-bye” dan bermain seperti menepuk kek. Mereka memberi reaksi kepada arahan mudah. Mereka mula berupaya mencari objek yang tidak kelihatan, tidak seperti sebelumnya. Mereka mula bersuara mudah seperti “ba…ba” dan “ma…ma”. Bayi mula membayangkan aktiviti-aktiviti yang biasa dengan cuba melakonkan watak-watak tertentu dengan caranya sendiri. Mereka membuat bunyi-bunyian yang hanya orang yang amat rapat dengan mereka tahu maksudnya. Mereka mengulangi perbuatan yang menghasilkan reaksi. Contohnya jika diberi mainan yang berbunyi bila digoncang, mereka akan tahu apa yang hendak dibuat setiap kali diberi mainan tersebut. Mencecah 12 bulan bayi selalunya mula menutur perkataan pertama yang boleh difahami.
Jika anda ada bayi yang kurang dari setahun, mulalah perhatikan mereka dengan teliti. Anda mungkin terkejut dengan kesungguhan mereka menguasai perkara-perkara asas di dalam hidup.
NOTA PENTING:
Setiap bayi adalah berbeza perkembangannya (walaupun di kalangan adik-beradik), kita sbg ibu bapa tidak perlu begitu cemas kalau anak kita sedikit lambat. Yang penting anak kita sihat dan tidak terlalu ketinggalan..........
No comments:
Post a Comment