Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru!!


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca....

(dipetik drp sajak Allahyarham Sasterawan Negara Usman Awang yang bertajuk “Guru oh Guru” pada tahun 1979)...

Sesungguhnya jasa dan pengorbanan seorang guru hanya ALLAH SWT sahaja yg bisa membalasnya...

Terangilah hati anak bangsa dgn ilmu... agar mereka dapat membezakan antara gelap dan terang, antara hak dan batil, antara benar dan palsu, antara mimpi dan realiti.... Antara mahmudah dan mazmumah, antara dosa dan pahala dan.......... antara TUHAN dan HAMBA, yg tiada bersekutu namun tidak bercerai........................

Agar mereka dan kita semua dapat kembali kepada Sang Pencipta dengan rasa CINTA dalam jiwa..............

SELAMAT HARI GURU!!

Terutama kepada ummi saya, adik saya, makcik2 dan pakcik2 saya, kawan2 yg bergelar guru dan anda semua (kerana kita juga adalah guru kepada anak2 kita........)

Tidak lupa juga kepada semua guru yg pernah mengajar saya dari saya kecik hingga saya besar (huhu), secara langsung mahupun tidak, hanya ALLAH yg dapat membalasnya....

3 comments:

Nurshahfamily said...

selamat hari guru tuk semua yg berkaitan.... bukan guru disekolah je tau.... guru di rumah juga hehehe

Unknown said...

selamat hari guru buat semua guru2 di malaysia!!!

Kaklong Nuzula said...

Nurshahfamily ~ Thanx singgah sini.. Yer, selamat hari guru juga utk semua "guru di rumah".. huhu

ibu nafis ~ Ya, selamat hari guru!!