Saturday, May 15, 2010

Beberapa tips utk ajar anak membaca


1. Jadikan sesi pembelajaran yg menyeronokkan (play n learn), dgn masa dan keadaan yg sesuai.

2. Jgn gunakan kaedah yg sama jer (ajar dari buku semata2). Cuba tukar2 cara, gunakan whiteboard, flashcard/ kadbod, susun suku kata, mewarna huruf/ gambar yg berkaitan, guna plastisin, menyanyi dll. Kalau dapat buat slideshow pakai flash lagi bagus.. huhu. Anak sy zukhruf dulu, saya taip perkataan/ cerita pendek dekat komputer (guna MS WORD jer) n suruh dia baca...

3. Belajar tak semestinya dekat rumah jer. Kalau keluar gi mana2 (taman, restoran, supermarket) atau dlm kereta, kalau jumpa papan tanda/ tulisan apa2 suruh la anak kita baca. Kalau anak sy Zukhruf dulu, dia yg akan tunjuk kalau jumpa apa2 tulisan. Kalau dia tak boleh baca, dia akan tanya kita, dia tulis apa tu umi?

4. Ajar anak kita baca bahasa yg digunakan di rumah dahulu. Cthnya, kalau guna bahasa melayu, ajar dia baca bahasa melayu dulu. Kalau guna english, ajar dia baca english dulu (lps tu baru BM). Tak digalakkan ajar baca BM n BI sekali gus. Mcm saya, saya ajar anak sy baca BM dulu (yer la, dah cakap melayu kat rumah.. huhu)..

5. Sebaik2nya nak ajar mereka biarlah konsisten. Cthnya 10 minit 2 kali sehari, setiap hari.. Bukannya hari ni sekali, esok 3 kali lps tu minggu depan pulak... Takpun sebulan lps tu pulak baru ajar balik.. huhu. Budak2 ni ada yg cepat ingat tp cepat pula lupa...

6. Kena byk ulang (benda yg sama) hingga mereka betul2 ingat.. Bila dah ingat, mereka akn 'store' dlm otak sampai bila2. Dato' Dr. Fadzilah Kamsah pun pernah cakap, budak2 yg genius pun perlu diulang benda yg sama sampai 200 kali baru 'lekat' dlm diri mereka!!!!

7. Kena ada reward/ pujian. Kalau anak kita dah habis buku 1 / dah boleh ingat beberapa suku kata, beri mereka pujian / reward mereka dgn hadiah yg sepatutnya. Budak2 memang mahukan pujian, walaupun apa yg mereka buat tu ape sgt la bg kita.. haha..

8. Jgn bandingkan mereka dgn budak2 lain. Cth, jgn cakap, tgk tu kakak kamu, 4 thn dah blh baca lancar... Anak Pakcik Mail tu pun 5 thn dah blh baca kamus... huhu... Budak2 sgt tak suka dibandingkan dgn org lain... Mereka adalah mereka. Setiap anak mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing2...

9. Gunakan pendekatan yg terbaik. Kita lebih mengenali anak2 kita.

10. Mesti byk sabar dan jgn putus asa...

11. Bila mereka dah boleh baca (sikit2), belikan mereka buku2 cerita yg baik ataupun suruh mereka pilih buku cerita yg mereka mahu, sbg cara utk galakkan mereka membaca.

Semoga anak2 kita menjadi manusia yg ulat buku.. Insya-Allah...



p/s: Sekadar ingin berkongsi sedikit pengalaman dan hasil pembacaan saya.

6 comments:

Nurul Ulfa said...

kak long..thanks for the info...lagi 3 minggu khaizuran genap 3 tahun..so bolehlah ufa mula..nak tanya..berdasarkan pada pengalaman kak long..dalam satu hari tempoh masa yang sesuai untuk anak-anak belajar berapa lama ye..

Ena said...

salam..

teroma kasih atas sharing ni.. sy rase amat bergune sekali buat anak2 sy.. :)

Kaklong Nuzula said...

Ulfa ~ Ajar sekejap2 jer ulfa.. kalau dapat 10 minit pun ok la. Tak semestinya kena sampai 30 minit atau 1 jam utk 1 sesi.. Sbb budak2 mmg tak blh duk lama2. Bila nampak dia dah tak blh fokus/ concentrate tu stop la.. Sambung next session pulak.

Kalau ikut guide yg bacalah anakku pun dia cakap camtu.. Dlm 10-15 minit ok la, yg penting kerap, 2-3 kali sehari pun takpe..

Masa kaklong ajar zukhruf dulu, dia yg berminat nak suruh ajar dia. Dia amik sendiri buku suruh kita ajar tak kira siang mlm. Kdg2 kita la bz nak masak ke apa.. huhu..

Kaklong Nuzula said...

Ena ~ W'salam. Thanx singgah sini.. Sharing is caring.. hehe.. Cuba la ajar anak2 awak.. Insya-Allah berjaya!

MiJa said...

thanks kaklong utk info ni!skg ni kalo kt rumah duk ajar zharif mengeja "ba be bi bo bu"..hahaha tp dia plg suka "su su"

e.l.i.z.@ said...

menarik..tQ k.long!