Thursday, May 27, 2010

Antara FTWM, SAHM dan WAHM (part 3)

Ni nak sambung cerita.. hehe..

Saya (dan adik2 saya) dibesarkan oleh seorg ibu yg tidak bekerja, suri rumah tangga sepenuh masa.

Sebenarnya umi saya kerja sblm kawin dgn abah saya dan berenti keje ketika mengandungkan saya (pd tahun 1981).. Beliau kemudian terus tak kerja... Selama 19 atau hampir 20 thn beliau tidak bekerja. Hinggalah pada thn 2000 beliau kembali bekerja, dgn berkhidmat sbg guru di sekolah rendah Islam swasta di Kota Bharu, hingga sekarang!!

Maknanya masa umur dah 40 thn+ dan ketika anak2 dah "lepas" baru la umi saya kembali bekerja.. (adik bongsu saya ketika itu 2 thn+). Kalau ikutkan rasa janggal plak, kembali bekerja masa umur dah 40-an, sedangkan org lain dah mula fikir utk pencen.

Sebab apa? Mungkin sbb utama utk memberikan khidmat dan sumbangan kepada sekolah itu (diminta oleh pihak yg berkenaan utk mengajar). Pada awalnya beliau diberi tanggungjawab berkaitan keceriaan sekolah. Umi saya juga seorg guru dan kaunselor yg baik. Dan kini dah berapa tahun beliau jadi PK HEM di sekolah itu.

Saya tak tahu sampai bila umi saya nak kerja (skg beliau dah 53 thn). Kata beliau, mungkin juga nak berenti kerja bila adik bongsu saya Amirul Asyraf abis sekolah (thn ni darjah 6, adik saya sekolah kat tempat umi sy tu).

Berlainan dgn MIL saya, beliau adalah FTWM dari muda hingga sekarang belum pencen. MIL saya seorg jururawat (staff nurse) selama hampir 30 tahun dah. Beliau berkhidmat di wad bersalin (sblm ni di Hospital Alor Setar, Hospital Baling dan kini di Hospital Tumpat, Kelantan).

Ini bermakna, suami saya dibesarkan oleh kedua2 ibu bapa yg bekerja.

MIL saya seorg yg sgt sederhana. Very the zuhud sungguh! Boleh dikatakan semua wang gajinya TIDAK TERUSIK pun selama hampir 30 tahun kerja!!!! Can u imagine??? Dlm pada itu, MIL (bersama FIL) sy juga ada buat biz sampingan, jual mcm2 masa duk negeri org (mereka duk di Kedah selama 29 thn kot)...

Motif saya cerita psl MIL saya ni nak tunjukkan bahawa ada wanita yg kerja bukan utk hidup bergaya semata-mata, tetapi utk berkhidmat kpd masyarakat dan sbg simpanan utk masa depan anak2...

Justeru, walau apa pun anda, siapa pun anda, tidak kiralah seorang FTWM, SAHM mahupun WAHM, yg penting:

1. NIAT anda mesti betul. Kalau kerja.... utk cari rezeki yg halal utk bantu suami.. bla.. bla... bla... Kalau suri rumah, utk jaga mkn minum suami dan anak2.... dll.

2. IKHLAS dalam apa pun yg kita lakukan. Sesungguhnya ALLAH bersama org2 yg ikhlas.

3. TAHU di mana kedudukan kita, sbg seorg isteri dan ibu, WALAU di mana pun kita pergi dan apa pun yg kita lakukan...........

4. Banyakkan TAWAKKAL dan BERSERAH kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan permudahkan jalan kita. Sesungguhnya kita tak mampu dan tak dapat kawal apa yg akan berlaku dlm hidup kita dan ALLAH adalah sebaik2 "PENENTU DAN PEMBANTU"..........

Kita hidup bukan utk diri kita semata-mata, tetapi kita juga hidup utk org2 sekeliling kita, yg kita sayang dan yg sayang kita... Justeru, pertimbangkan byk perkara dgn semasak-masaknya sblm buat satu2 keputusan dan ALLAH adalah sebaik2 PENUNJUK JALAN...

Wallahu a'lam.

6 comments:

Shahida Shalahim said...

Interesting entry.best jgk jd mcm Mak kaklong,bila anak2 dh besar br keje.tp kita kena be grateful la apa jd mesti Ada reasons kan kaklong?

Mommy Lyna said...

bila bercakap tentang kenapa wanita bekerja, saya cukup tak bersetuju dgn pendapat yang mengatakan wanita bekerja sebab nak duit sendiri, nak shopping, nak bergaya, etc... sebab di kalangan kawan2 saya, kami bekerja untuk bantu suami menyara keluarga, malah saya dah beberapa orang teman 'diminta' oleh suami masing2 supaya bekerja di luar.

selain dari membantu menambah pendapatan keluarga, galakan suami saya ialah supaya saya dapat meluaskan pergaulan, membuka fikiran, maklumlah saya ni orang kampung kan. kalau duk rumah dia takut bertambah2 kampung pulak jadinya (well, hina sangat kah orang kampung????).

jujurnya saya tak pernah gunakan duit gaji saya untuk beli barang2 yang bukan2. even i reward myself dengan membelikan buku untuk saya dan anak2... sebab saya rasa saya tak perlu nak bergaya dengan handbag atau kasut banyak2. as long as praktikal, ia memadai. lagipun skop kerja saya tak perlukan saya untuk bergaya. (saya mmg gila buku, tiap2 minggu mesti beli :P)

sebut bab bergaya, tak boleh salahkan wanita bekerja yang tiap2 bulan tukar handbag, beli kasut, baju berjemana... konon boros dan nak bergaya. mungkin skop kerja mereka memerlukan mereka berbuat begitu. contohnya kerja2 yang melibatkan pertemuan dengan klien, etc. cuba kalau orang macam saya berada di jawatan macam tu, sah2 lari semua klien :D

Kaklong Nuzula said...

She ~ Aah she, semua yg berlaku ada reason, ada hikmahnya..

Mommy Lyna ~ Thanx singgah sini n bg komen. Ni dari london ke ni? Sempat lagi blogging n bloghopping ek? hehe.. Take care yer.

Liyana Anaqi said...

Saya pulak dibesarkan oleh ibu yg bekerja. pada ketika itu, mak kawan2 semuanya duduk rumah. Saya jeles (maybe sebab itu saya nak duk rumah). Kawan2 lain, balik rumah ada mak, saya balik rumah, rumah kosong, makan kat rumah jiran (mak dah bayar supaya kami bleh makan tgh hari), masa makan kat rumah jiran, mak dia suapkan anak2. masa tu dah darjah 4 5, jeles tak? huhu, jeles amat. masa sekolah menengah, balik rumah pun kosong, kalau mak ada, bleh la makan, mak dah masak nasik (lauk beli la, tak kesah). kalau balik, mak masih tak balik dr sekolah, kena masak sendiri, goreng telur, makan. atau pun gi beli mee goreng kat kedai. bila kadang2 bertandang umah kawan2 lepas balik sekolah (in between kelas tambahan kat sekolah), mak dorang siap berhidang bagai, ada air oren bagai. jeles tak? harus ku jeles tergedik2, ok.. haha

so, tu la penyebab utama saya pilih duk rumah (rasanya), saya kalau boleh tanak aa anak2 saya sedih mcm saya dulu.. even though saya tak rasa anak2 saya akan sedih, sbb trend sekarang, mak2 kerja, so takde aa nak banding2 mcm saya dulu..maybe malu kot, sbb mak depa tak kerja (?) harap2 jangan la..

tp, bila dah besar saya tau la fikir kenapa mak kerja etc2. mak masih kerja sampai skrg, sepatutnya pencen tahun depan, tp dia lanjutkan lagi. she's very good at teaching, salute! mmg rugi kalau dia pencen..lg pulak skrg dia mengajar disekolah budak2 melayu yg miskin dan tak dapat perhatian yg sepatutnya.ada kes yg tiap2 hari makan nasi kosong, seminggu sekali baru jumpa telur. bila mak jemput ke rumah, buat bbq utk dorang, sampai nangis budak2 tu terharu

Lynn Nasir said...

liyana ngan saya sama history. dan tak aneh kalau saya kata, tujuan benti keje dan dok umah jaga anak juga SAMA! hehe! tu la..sama babe :D

mmg best kalau ada mak yg melambai pergi dan menyambut kita blk di pintu rumah. fitrahnya ibu adalah menjadi suri di rumah. Nabi kata mcm pi jihad :)

Kaklong Nuzula said...

Liyana n lynn, korang sehati sejiwa ekk.. hehe.. Mmg best ingat dulu2 kalau mak tak kerja. Balik sekolah ada makanan dah siap semua.

Umi saya masa tu, walaupun tak kerja dia buat mcm2 kat rumah. Dia rajin masak, suka mengubah bunga n pandai menjahit mcm2 (langsir, cadar, baju kurung n mcm2 la). Bukan duk saja2 kat rumah..

Umi saya tak amik upah pun tapi menjahit sekadar suka2 utk keperluan sendiri. Baju kurung kami adik-beradik mmg dia jahit semua. Baju sekolah kami pun tak pernah beli.

Lagi satu, walaupun duk rumah umi saya boleh drive. So, masa abah takde dia boleh drive kalau ada apa2 hal/ urusan.