Monday, May 24, 2010

Antara FTWM, SAHM dan WAHM

Masing2 ada kelebihan, ada pro n cons nya...

FTWM (full-time-working-mom)


Kelebihannya ada kerja, ada duit sendiri la (blh pegang duit sendiri, blh beli apa yg nak). Juga blh simpan duit yg banyak. Mungkin boleh simpan 50-75% daripada gaji setiap bulan. Yer la, mgkin hanya keluarkan sedikit shj duit utk perbelanjaan anak2 n rumah tangga, selebihnya semua ditanggung oleh suami (walaupun isteri kerja, suami tetap kena berikan nafkah)...

Kalau pun tak dapat simpan duit yg byk setiap bulan, paling tidak dapat bantu suami, dpt ringankan beban suami dan juga dapat kukuhkan lagi ekonomi keluarga. Itu yg penting!!

Kelebihan yg lain, ada "dunia" lain selain rumah tangga, ada ramai kawan, ramai kenalan, tahu perkembangan negara/ dunia.

Juga lebih berdikari.. boleh buat byk benda sendiri (boleh pergi ke mana-mana sendiri ~ kedai, bank, hospital dll). So, tak terlalu bergantung pada suami.

Selain itu, mempunyai banyak peluang utk pergi ke mana-mana, mungkin ke luar negara utk menghadiri kursus dan seminar.

Dan kalau jadi apa2 dgn rumah tangga (KALAU ok) ataupun KALAU suami lebih dulu dijemput TUHAN takle begitu sasau (berbanding seorg suri rumah yg tiba2 hilang tempat bergantung).

Yang tak bestnya cuma kurang masa dgn anak je la, yer la sehari2 keja. Keluar pagi balik lewat ptg/ malam dgn otak dan badan yg penat. Belum lagi kalau kena gi outstation/ kursus ke apa.

Tak dpt tgk anak membesar depan mata 24 hours. Tgk2 anak dah boleh meniarap, merangkak, berjalan di rumah pengasuh...

Lagi satu "keburukan" mungkin juga jadi boros, yer la sbb ada duit sendiri, boleh beli apa yg nak. Tengok aje apa yg berkenan, boleh beli dan bayar. Mungkin kurang mengenal erti jimat cermat (nak dibandingkan dgn seorg suri rumah sepenuh masa).

Mungkin juga, MUNGKIN jadi kurang menghormati suami.. Yer la, bila si isteri berpangkat besar dan bergaji besar. Suami pun fikir byk kali nak tegur sang isteri kalau ada apa2 yg tak kena.. huhu... Sape mau jawab?

Oh ya, satu lagi risiko jadi FTWM adalah mungkin suami jadi kurang peka dan kurang bertanggungjawab. Kes sebegini byk juga berlaku. Yer la, bila isteri dah ada duit sendiri, suami jadi tak berapa nak hulur duit plak, tak berapa nak bertanggungjawab bila mana si isteri boleh urus semua perkara (cth: hantar amik anak sekolah, bayar itu ini dsb)...

Yg penting jadi FTWM kena pandai jaga diri, kena jaga aurat dan batas2 hubungan dgn lelaki...

Ada sesiapa nak tambah/ bg pendapat? Silakan...

SAHM (stay-at-home-mother)

Adalah ibu yg duduk di rumah, ataupun suri rumah sepenuh masa...

Kelebihannya dpt uruskan anak2 dan rumah tangga dgn sehabis baik. Dpt menyusukan anak secara direct sehingga anak 2 thn. Blh main masak2 dan cuba resepi baru.. Bila ngantuk boleh tidur.. haha..

Yg paling utama dapat jaga anak2 dgn tangan sendiri la. Dapat bg anak makan makanan yg dimasak sendiri dan dapat ajar anak2 di rumah (buat homeschool). Dapat pantau perkembangan n prestasi anak secara menyeluruh, dpt tgk dia buat kerja sekolah dsb.

Yg tak bestnya takde duit sendiri la... Hanya mengharapkan duit pemberian suami.. huhu.. Kena pandai2 guna dan jimat cermat. Kalau nak beli sesuatu idaman kalbu (KEHENDAK yg bukan keperluan), maybe kena simpan duit sampai cukup dulu.. haha. Boleh ajer nak mintak dgn suami tapi ada juga jenis yg tak suka meminta/ tak mahu menyusahkan suami.. huhu..

Kelemahan/ kekurangan yg lain mgkin terlalu bergantung pada suami.

Semua kelebihan yg ada pada FTWM tadi mgkin jadi kekurangan/ cabaran pada SAHM.

Mungkin juga ada suri rumah yg rasa rendah diri (sbb tak kerja).. Padahal suri rumah juga adalah satu karier yg bukan semua org boleh buat, menurut Dr. HM Tuah. Mereka juga menyumbang kepada negara (dgn menyokong suami hingga berjaya dlm pekerjaannya, mendidik anak2 jadi manusia berguna dsb). Ingat: Di sebalik kejayaan lelaki, ada seorg wanita (haha.. tiba2 plak)..

Suri rumah terhormat??? Mereka adalah wanita2 yg berpelajaran tinggi tetapi tidak bekerja/ melepaskan jawatan setelah beberapa thn bekerja dan memilih utk duduk di rumah semata2 utk menguruskan anak2 dan rumah tangga. Mereka adalah educated housewife..

Satu cabaran menjadi suri rumah, yer la bila bergantung 100% pada suami, kalau jadi apa2 pada masa depan kena bangun berdikari mencari rezeki utk membesarkan anak2.. Tp ramai juga ibu tunggal yg berjaya, yg asalnya dr suri rumah yg tidak tahu apa2.

Selain itu, jadi suri rumah ni kena bergelumang dgn kerja rumah yg tak pernah habis, cth: basuh pinggan, basuh kain, angkat kain, lipat kain, sapu lantai, mop lantai dsb. Mmg kerja yg tak pernah habis. Mungkin juga sampai begitu mengabdikan diri pada rumah tangga, hingga tak dpt nak bercantik2, bersosial, tgk dunia luar dsb... huhu..

Bila anak2 membesar bawah ketiak kita ni, mereka jadi tak nak langsung dgn org lain dan langsung tak boleh berenggang, nak berkepit dgn kita ajer 24 jam... terutama jika fully direct bf. Ini jadi "masalah" bila ada hal urgent dan terpaksa tinggalkan anak sekejap. Ini berlainan dgn anak yg mmg duk dgn pengasuh, mereka mungkin lebih berdikari.

Cabaran lain MUNGKIN juga terpaksa hadapi beberapa sikap suami. Yer la, ada suami yg begitu berkira, kedekut dan suka mengungkit. Malah, ada yg memandang rendah, menipu dan memijak2 isteri yg tidak bekerja (terutama isteri yg sgt lurus, taktahu apa2 dan hanya mahu korbankan hidup utk anak2 dan suami.. Ohh sungguh kesian). Semoga Allah bersama mereka yg ikhlas!

JADI, APAKAH PILIHAN ANDA?

Nota saya: Adakala kita boleh memilih, tetapi kebanyakan dari kita tidak mempunyai banyak pilihan....

(bersambung... insya Allah)

19 comments:

rynas said...

kalau ikutkan hati nak WAHM tapi apa boleh buat...suami belum mampu sepenuhnya.

ena said...

i like this entry! very much! sambung la cepat.. sambung laa...


**rynas..
i igt i blog hopping paling awal! rupa2nya u lagi awal! pukul 4 pagi?? ha??

NEYHAN said...

Ohooo.. best entry. Sy 3 thn lepas sgt2 tension menyandang jawatan SAHM (maybe sbb pkir nk keje, asyik nganggur je). Sekarang boleh lah dikatakan WAHM (ala-ala la). Beza tk byk dr segi beban keje SAHM yg tk pernah kenal erti habis, erti MC, erti bosan! Rasanya jd SAHM, mmg tkboleh sakit la.. demam pon tk boleh. Kalau layak dpt MC pon, takkan dpt MC. Haha. Yg SAHM boleh buat (bila sakit), tangguh je keje yg bleh tangguh. Sbb amat payah nk hrp org lain ganti buat keje kita (mind set org, kita kn tk keje- mcm kita ni duk relek je)mode:kecewa lah. SAHM ni jika jejak je kaki kt umah maknanya KERJA, KERJA & KERJA. Sbb? Rumah adlh tempat keje. Tempat rehat (tido) pon keje. Rumah yg full time brpenghuni, tkkan sama beban housekeepingnya dgn half time brpenghuni. Tambah anak2 mmg full time di rumah. Kene maaflh jika semua sudut rumah jd playground trmasuk katil anda! Nk tido pn pikir lg cadar ni ade tapak kaki la. So phm2 la jika 24hrs7days tk kuar umah.. Masa rehat hanya bila pejam mata tido mlm. Tu pon terganggu dek anak yg menetek. Pendapatan? Phm2 la. Mcm tk trjamin je ms depan. KWSP takde. Nk wat loan beli kete pn tkleh. Habis, nape tk keje? Byk dlm kepala: Sbb bila keje, adakh keje rumah anda kurang? hehe..Bak kata tuan rumah, tk semua org ade pilihan. I vote for FTWM. Lebih terjamin. Ohh, panjang nye komen ni.. Maaf..maaf. SAHM blum citer lg. Hmm next time la (jika free). Salam Bergaya utk semua ibu!

Ita said...

Kak Long, Ita suker la N3 kaklong nih..mmg teringin gak nk jd WAHM kak long, tp economy kuarga x mengizinkan..bestkan ari2 dpt main ngan anak..but ita rs jd WAHM pun same penat ngan FTWM..hehe.cpt smbg yerk..x sbr nk bc..:P

fisa othman said...

fisa suka la kak long dengan yang ini...ermmm fisa bekerja sendiri so tidak terikat dengan peraturan tidak terikat dengan masa...hehehe suka sangat2..TAPI sedikit mencabar bila kena make sure cash flow company sentiasa ok...uhukss saya ada staff yang perlu d beri gaji...so tanggungjawab agak berat skit TAPI tidak sama sekali fisa mngeluh kerana ianya adalah rezki...:D

Liyana Anaqi said...

Salam kenal,

Saya FTWM yang pilih utk jadi SAHM (dan maybe dah terjadi WAHM sikit2 hehe)..Saya tinggalkan ganjaran gaji 4k sebulan utk jadi surirumah yg tiada EPF, cuti dan rehat. Education? Ada, degree dr medical Fac. Tak sayang? Sayang anak lagi kot. hehe..

Bab melaram, ada duit sendiri, dan boleh beli barang sendiri kalau ada duit sendiri; is easy bila dapat kontrol dan train nafsu. The main prob wanita kita ialah suka ikut tuntutan nafsu walaupun kita sedia tahu yg benda tu salah (eg: melaram luar rumah, pakai baju ketat gi kerja etc), tp sbb kawan2 kat tmpt kerja buat, kita terikut2.

Ada byk kelebihan jadi SAHM, terelak dari dosa (yg banyak sangat), buka aurat, (eg dada dan kaki), mengumpat, curi tulang masa kerja, melaram sampai org lain tertoleh tgk kita. Benda2 ni mesti takleh elak kalau bekerja. Fitrah wanita suka buat dosa, sbb tu kena 'kurung' wanita dalam rumah supaya tak buat dosa.

bab ekonomi tu, ada satu entry kat blog pasal tu jenguk la ye tajuk "isteri bekerja bukan tiket buat hutang". Revise balik kat mana kita boros, yg tak perlu tuh. Sebenarnya cukup ja suami kerja sorang.

bab percaya tak percaya suami tu, takleh komen, suami masing2..Kita pilih nak kawin ngan sang arjuna itu. kalau kita pilih yg baik, baik la..(dr saya yg 100% percaya pada suami)

Liyana Anaqi
-www.anaqiniche.com-

puan punyer said...

kak long,

semuanya ada kebaikan dan keburukan. terpulang pada masing yang memilih. but my personal opinion.

SAHM or WAHM sebab saya mahu berada bersama anak2 sentiasa. makan minum n keperluan sumai n anak2 terjaga. sebab saya dah rasa macam mana ruginya bila tak dapat nk homeschool anak2 dgn sungguh2. nak2 bila anak sgt suka nk tahu banyak benda dan minta ibu untuk mengajarnya. ya di sini anak saya minta saya ajarkan... tp bila balik yang sangat penat saya tak mampu :(. sedih sangat rasanya. tentang BF exclusive even saya kerja saya tetap seronok melakukannya. mungkin ada hikmah yg terjadi pada saya selama ini dan anak yg selalu minta saya jgn pergi kerja. hmmmm. Semoga ada hikmahnya keputusan saya ini

Lynn Nasir said...

salam,

kesemua kategori saya dah rasa. betul la tu, masing2 ada pro-kontra. bila tgh FTWM, rasa nk jd SAHM. bila dh jd SAHM nk jd WAHM.

tp b'dasarkan pengalaman: SAHM mengajar erti tawadduk, b'fikiran frugal, tau erti 'cukup', byk bende kemahuan akan lenyap, m'jadi permaisuri di rumah sendiri :) susah nk capai tu kalau tak redha. asyik fikir pasal kerja rumahtangga je, mmglah tak habis2 dikerjakan. try la buat jadual kerja rumahtangga. time management ni bukan FTWM je yg ada :)


kupas lg nuzula :D ~ kutunggu sambunganmu..

Zue said...

kaklong,

tambah sikit bab FTWM, tak sempat buat kerja rumah! hohoh sebab tu rumah selalu berselerak dan anak anak tak ada baju nak pakai! (sebab tak sempat basuh ) :D

Kaklong Nuzula said...

Terima kasih kepada smua yg memberikan komen. Pandangan dan pendapat anda amat saya hargai.. hehe.. Terima kasih sekali lagi!

Liyana Anaqi said...

oh suka komen Lynn Nasir,

betul sangat. bila jadi SAHM, mmg akan mendidik perasaan cukup, dan syukur dengan apa yang ada (tp bergantung gak kot, seperti kata Allah:bg mereka yg berfikir)

byk benda yg dah tak perlu, contohnya, baju cantik2 banyak sangat, sbb tak de org nak komplen "hei senah, ko pakai baju minggu lepas ya" (ahahaha), takyah aksesori byk sgt.. baju kurung yg saya gi kerja, duk la terperuk, bila ada kenduri kendara baru keluar..jimat byk dah..

ui byk lagi, bab berkat2 tu yg kita tak nampak tu lagi byk. Eg: anak & suami makan makanan yg kita sure bersih dan halal (kalau makan kat kedai, mungkin basuh tak cuci etc), setiap benda kita buat (eg: kemas2, memasak dan layan anak) disertakan dgn basmallah selawat etc, tu semua berkat dan akan membawa kepada kesejahteraan rumahtangga.

FTWM pun boleh buat gak. superwoman la, saya tak mampu nak buat haha kalau jadi FTWM..haha

Kaklong Nuzula said...

rynas ~ Takpe, keje dulu. Take ur time. Sampai masa nanti boleh la jadi WAHM.. hehe.

ena ~ Thanx singgah sini..

NEYHAN ~ Kira ok la awk, kreatif, blh design web, header, banner n so on.. Betul tu, rumah yg full time brpenghuni, takkan sama beban housekeepingnya dgn half time brpenghuni. Kalau jadi SAHM dgn anak2 ni, kemas licin kat dapur kat luar plak bersepah, kemas kat luar dlm bilik plak mcm kapal pecah.. haha..

Kaklong Nuzula said...

Ita ~ Aah ita jadi WAHM pun penat. Kerja fully mcm SAHM n tambah lagi kerja yg nak dibuat tu. Double kerja dlm satu masa.. haha..

fisa othman ~ Oo fisa kerja sendiri ker. Best tu bab tak terikat dgn peraturan n masa. All the best!!

Kaklong Nuzula said...

Liyana ~ Salam perkenalan. Kita dah berkenalan kan dlm FB? Hehe.. Terima kasih sudi bg pendapat.

Kira awk ni bekas doktor la.. What a big desicion awk dah buat dari FTWM utk jadi SAHM/WAHM.. Tp, awk lebih tahu mana yg terbaik utk diri awk sendiri, anak2 n family kan? Dan saya percaya, semua org mahukan yg terbaik.

Mmg kalau ikutkan tempat seorg wanita/ ibu adalah di rumah utk mendidik anak2, ttp mgkin dlm keadaan tertentu amat mendesaknya utk sama2 keluar mencari rezeki (dgn niat semata2 utk bantu suami). Yer la, bukan semua dari kita mempunyai suami yg berpngkat tinggi dan bergaji besar dan hari ini semua memerlukan wang, walaupun kita nak hidup se-sederhana mungkin, keperluan wang utk anak2 dan masa depan mereka tidak dapat dinafikan...

Dan sy lihat ramai juga yg betul2 mahu membantu suami dan menjaga hukum syarak. Tak dpt dinafikan sumbangan wanita amat perlu utk pembangunan negara, terutama bidang2 tertentu yg amat memerlukan wanita... :)

Kaklong Nuzula said...

puan punyer ~ All the best. Kaklong doakan puan punyer buat keputusan yg terbaik. Rezeki ada di mana2.. Mgkin anak2 puan punyer mmg memerlukan ibu mereka.

Lynn ~ Lynn pun educated housewife/ WAHM.. hehe.. kaklong setuju yg lynn cakap tu, SAHM mengajar erti tawadduk, b'fikiran frugal, tau erti 'cukup', byk bende kemahuan akan lenyap, m'jadi permaisuri di rumah sendiri.. hehe..

mama danial n eva ~ puan dokter, you mmg kena kerja, berkhidmat pada masyarakat, juga byk pahalanya :)

Kaklong Nuzula said...

Liyana (again). Saya juga setuju dgn pendapat awak ni. Sgt setuju!

"betul sangat. bila jadi SAHM, mmg akan mendidik perasaan cukup, dan syukur dengan apa yang ada (tp bergantung gak kot, seperti kata Allah:bg mereka yg berfikir)

byk benda yg dah tak perlu, contohnya, baju cantik2 banyak sangat, sbb tak de org nak komplen "hei senah, ko pakai baju minggu lepas ya" (ahahaha), takyah aksesori byk sgt.. baju kurung yg saya gi kerja, duk la terperuk, bila ada kenduri kendara baru keluar..jimat byk dah..

ui byk lagi, bab berkat2 tu yg kita tak nampak tu lagi byk. Eg: anak & suami makan makanan yg kita sure bersih dan halal (kalau makan kat kedai, mungkin basuh tak cuci etc), setiap benda kita buat (eg: kemas2, memasak dan layan anak) disertakan dgn basmallah selawat etc, tu semua berkat dan akan membawa kepada kesejahteraan rumahtangga."

MiJa said...

drp FTWM,mula2 mmg niat di hati nk jadi SAHM,jaga ank sndiri..tp hubby x setuju.as back up in case ape2 blaku kt dia.end up jadik la mcm skrg.nmpk gaya akan jadik FTWM balik pasni.sbb kdg2 rasa guilty plak x dpt bg duit kt parents every months mcm dulu.nk tgk parents senang lps diorg yg made me for who i am today.

oghe pun ada gak cita2 nk mendidik ank bgsa one day..kalo keadaan mengizikn la..^^

Kaklong Nuzula said...

Mija ~ Betul tu mija, kita mempunyai alasan masing2 ats apa pun keputusan yg kita buat.. K.long ucapkan all the best utk mija. Kita yg lebih tahu apa yg terbaik utk kia.

To all: Fyi, Mija is my friend yg dah berenti keje dgn gaji 7k ketika itu (skg tgh abiskan masternya).. mesti org kata gila apa, gaji dah byk nak berenti keje but mija dah buat yg terbaik ketika itu, setelah menimbangkan byk perkara.

Anonymous said...

Sekadar berkongsi :-):

Ingin menjadi surirumah?

1.Tahu matlamat kenapa kita jadi surirumah. Kita akan jadi semakin tegar mendengar cakap-cakap orang.
JANGAN dengar cakap orang lain. Ini HIDUP KITA, kitalah yang berhak mengaturnya.

2.Kejayaan manusia tidak boleh diukur dari segi banyak mana wang yang dia ada. Ini semua kejayaan palsu. Allah tak pandang semua tu.

3.Kejayaan sebenar ialah apabila kita taat perintah Allah dan amalkan sunnah Nabi Muhammad SAW.

4.Jika manusia pandang hina pada kita kerana kita tidak ada sumber pendapatan, tak mengapa. Itu PANDANGAN MANUSIA sahaja. Apa yang lebih penting ialah PANDANGAN ALLAH.

5.Sebagai surirumah, kita ada banyak masa untuk memperbanyakkan usaha memperbaharui iman.

6.Apabila kita buat sesuatu dengan
niat akhirat, Allah akan bantu kita dan dunia akan datang pada kita dalam keadaan HINA (hadis).

7.Di dunia mungkin tak nampak hasilnya, tapi di akhirat nanti Allah dah siapkan SYURGA yang luasnya 10 kali lebih besar dari dunia.

8.JANGAN sesekali cuba terangkan pada orang matlamat kita. Orang tak akan faham. Apa yang kita boleh buat, cuma DIAM, SENYUM, TAK CAKAP LEBIH-LEBIH.

9.Kita hanya tunjukkan hasil (anak yang soleh, hafiz quran, bijak dll), tak perlu cakap apa-apa.