Masih lagi bercerita ttg FTWM, SAHM dan WAHM.. huhu.. Kalau dah boring takyah baca yer. Ni saya tulis sbg satu analisis utk diri saya sendiri jer/ utk sape yg nak baca.. hehe.. :)
Jika anda memilih utk menjadi FTWM (selepas berkahwin), satu perkara MANDATORI adalah mesti mendapatkan keizinan suami utk keluar bekerja. Kalau suami tak izin u kerja bila dia cakap dia mampu n boleh tanggung u/ lebih suka u duduk rumah jaga anak, so u have no choice.
Ada juga wanita yg terpaksa kerja sebab:
- kena bayar hutang pelajaran (PTPTN), melainkan suami nak tolong bayar!
- terikat dgn kontrak (jika dapat biasiswa masa belajar dulu), so mmg kena kerja la, melainkan boleh bayar beratus ribu utk lepas dari ikatan tu (alhamdulillah saya tak terikat dgn PTPTN dan tak pula terikat dgn JPA).
- atau sebab2 lain seperti utk menampung kos sara hidup yg makin meningkat dll.
Ada juga yg kerja kerana minat yg mendalam dlm sst bidang itu dan ada yg ingin memberikan khidmat dan sumbangan kepada masyarakat dan negara kerana mempunyai pengetahuan/ kemahiran/ kepakaran yg tinggi dlm bidang2 tertentu.
Ya, tak dapat dinafikan kemampuan wanita pada hari ini tidak boleh dipandang remeh lagi. Malah, mereka lebih terkehadapan dlm beberapa bidang tertentu.
Pada pendapat saya, wanita tetap diperlukan dlm beberapa bidang seperti perubatan, pendidikan, kejururawatan dan mgkin beberapa bidang lain.
Bagi saya kerja adalah ibadah, tetapi mestilah memenuhi beberapa syarat utk melayakkan kerja itu dikira sebagai ibadah. Apapun hanya ALLAH SWT yg layak menilainya.
Kalau kita kerja, masa kita hampir 10 jam sehari dihabiskan di tempat kerja (gi balik kerja). Jadi amatlah rugi jika kerja yg kita lakukan itu tidak dikira langsung sebagai ibadah!!!
Jika anda seorg FTWM,
Jagalah diri anda dgn sebaik2nya. Jaga aurat n hukum syarak. Bab ni mmg susah nak cakap, lebih susah utk diimplementasikan sepenuhnya. Tp cubalah kembali kepada niat awal kita, kenapa kita kerja.
Wanita yg bekerja mmg terdedah kepada byk pintu dosa. Maaf cakap yer, bukan bermakna suri rumah langsung tak terdedah kpd dosa, ada juga... Yer la, kalau hari2 duk mengumpat dgn jiran tetangga (sbb takde keje lain nak buat), ataupun tgk cerita mendedahkan aurat di tv dll la, tp hakikatnya mereka yg kerja lagi byk kena jaga dari pintu2 dosa.. sbb mcm2 boleh berlaku, drp yg kita rasa sekecil2 perkara spt ter-dedah sedikit aurat/ bentuk badan kepada sebesar2 perkara yg membawa kpd dosa besar. Mmg ada kes isteri org berzina dgn suami org... Mungkin bermula drp bertepuk tampar jer..
Jika anda seorg suri rumah sepenuh masa,
Alangkah baiknya jika anda:
- dpt buat sesuatu yg bermanfaat (drp duk tidur bangun makan/ mengadap tv jer)
- sentiasa tambah ilmu pengetahuan dgn byk membaca (terutama ttg parenting, perkembangan kanak2 dll). Lagipun proses menuntut ilmu adalah proses yg tidak pernah berhenti.
- tahu perkembangan negara/ dunia, esp perkembangan dunia pendidikan.
- berpeluang belajar sst kemahiran seperti menjahit, memasak (mgkin dgn menghadiri kursus/ belajar dari kawan2).
- dapat menyimpan duit anda sendiri sbg "wang kecemasan". Yer, walaupun suami dah peruntukkan sejumlah wang utk simpanan ke akaun anda, tetapi lebih baik anda pun buat simpanan/ tabungan sendiri juga. Mungkin dgn menyimpan duit baki beli brg dapur (RM1-2 setiap kali). Sikit2 lama2 jadi bukit. Tak percaya?!
Alangkah ruginya jika anda:
- tidak dapat fully bf anak anda sehingga usianya 2 thn (bkn masalah bf itu jimat duit tetapi soal memberikan yg terbaik utk anak anda).
- tidak dapat mengajar anak2 anda (baca Quran, asas 3M).
- tidak dapat sediakan makanan berkhasiat yg dimasak sendiri utk anak anda.
Agak rugi jika anda:
- tidak pandai apa2 kemahiran pun seperti menjahit, memasak, mem'baking'.. Paling tidak boleh jahit sendiri baju utk anak perempuan anda, jahit langsir, baking cake/ buat kuih utk anak2 makan (budak2 mmg suka makan ok, takkan nak beli goreng pisang hari2)..
- terus-terusan pakai 'pampers' utk anak anda dan tidak mahu bertukar kepada cloth diapers... tambah2 lagi sampai 2-3 org anak yg memakai pampers serentak! (dan lagi promote CD.. hehe)
Justeru, cadangan saya:
LAKUKAN SESUATU, belajar sesuatu, buat sesuatu... kalau boleh yg dpt menjana sedikit pendapatan utk diri anda sendiri dan sbg tambahan utk keperluan anak2...
Mana tahu, tanpa disangka apa yg anda buat tu dpt memberikan pendapatan di luar jangkaan anda, malah mengatasi pendapatan suami anda plak... haha... Sbb rezeki org/ tuah org tiada siapa yg tahu...
Lagi satu, walaupun anda hanya seorg suri rumah, jgn lupa reward diri anda sendiri! Sekali-sekala belilah pakaian yg cantik (tak semestinya mahal), makan makanan kegemaran ataupun 'bagi' apa2 hadiah la utk diri anda sendiri.
Mungkin suami anda sesekali ada berikan hadiah utk anda, tetapi anda pun berhak reward diri anda sendiri... Kalau bukan kita sendiri yg nak hargai diri kita, siapa lagi? Kita yg lebih dulu kena hargai diri kita, sayangi diri kita barulah org akan hargai kita, sayang kita.. huhu... Itu adalah kenyataan. Dgn hargai diri, sayangi diri, barulah kita lebih yakin dgn hidup ni dan sayang akan semua yg kita ada... (berceloteh la plak.. huhu)
Oh ya, satu lagi sebagai suri rumah anda juga mesti TAHU HAK ANDA. Anda berhak 1/3 ke atas harta sepencarian (harta suami lps kawin dgn anda) walaupun anda tidak bekerja!! Fikir la sendiri... Bukan apa, sebagai peringatan utk masa depan (yg kita tidak pernah boleh jangka). Apa yg penting utk anak2.
p/s: Apa yg ditulis hanyalah pandangan/ pendapat peribadi saya, sekadar utk berkongsi dgn anda yg rajin nak baca.. huhu.
NOTA TAMBAHAN: Cukup jeles dgn Fith dekat Jepun yg pandai masak mcm2 (tak percaya tgk la blog dia) dan juga Lynn Nasir yg pandai baking cake/ cupcake n pandai menjahit (termasuk menjahit sendiri CD n cloth pad).. Mereka adalah antara educated SAHM/WAHM. Cayalah!!
5 comments:
salam,
satu info @ maklumat yg santai tp amat bmanfaat.semoga klong nuzula terus bkarya.ilmu yg d sampaikan insyaALLAH mndapt ganjarannya.
salam,
alahai..malu den (-_-)~ ~
terima kasih, mari kita sama2 naikkan kualiti diri walau di mana kategori kita berada :)
p/s: kaklong dah bukak kedai CD semula ke? kata aritu nk tutup kjap.
hasniza ~ W'salam. Thanx singgah sini. Sekadar ingin berkongsi sedikit info :)
Lynn ~ W'salam.. hehe.. Saje promote lynn.. Aah semoga kita jadi warga ibu yg lebih produktif.. haha.. Kedai masih ditutup buat sementara waktu :)
alamak..bagus info...erkkk terasa diri ini tidak bermakna la pulok hahahha........at the moment eli ni boleh dikategori SAHM sbb fulltime study..tp 1 habuk pun eli x reti buat (seperti yg klong senaraikan)..masak mknn berkhasiat kt anak? haram eli x reti...jahit bju?lg la haram..ajar 3M? hmmm sumtimes hehehe..adoii la..tiap2 tahun berazam nk belajar masok, x belajar jugok ;(
Eli.. haha.. Ada ko oyak diri tak bermakna.. Awak student, kena belajar jah kijo awk.. takpo tak pandai pun.. hehe..
Post a Comment