Alhamdulillah, syukur sgt.
Saya pun dah lupa psl giveaway Mommyandbebe yg berakhir hujung bln April lps.. Betul2 lupa yg result akan diumumkan pada 1 Mei.
Pagi tadi, pagi2 lagi my 'yummylicious' blogger friend, Marsha bgtau dlm YM... Kaklong, tahniah.. Saya mmg blur. Tahniah ape lak marsha ni... Kaklong menang CD mommyandbebe, katanya lagi.. Hah?? Ya ke? Terkejut monyet gak la saya. huhu. Nway thanx to Marsha sbb bgtau saya dan selalu share experience n experiment pasal CD ni.. hehe..
Ini dia giveaway Mommyandbebe yg saya masuk dulu. Saya buat entry utk join tu pada bulan Mac lagi.. Dah lama tu. Tarikh tamat dia pada 30 April, sebab dilanjutkan.
Semua 4 pemenang utk giveaway tu. Ada yg dapat minky CD Mommyandbebe, ada dpt diaper cover dan kawan saya Marsha sendiri dapat hemp insert... Best gak tu, lagi best!! Sehingga kini saya belum berpeluang mencuba insert lain selain insert microfiber.. Insya-Allah, nanti la (sbb mahal.. huhu)...
Ni rupa CD Mommyandbebe yg bakal saya dapat (jenis velcro, berharga RM48.00). Warnanya mmg cantik, jarang jumpa CD warna ni. Dapat yg velcro lak tu.. Syiokkknya... (Bukan bermakna saya tak suka yg button, tp yg velcro lagi senang nak fit dgn pinggang anak saya).
Saya berkenan warna deep pink atau peach tu... Aqua n butter yellow pun cantik.. Ikut la mana2 pun, dah org nak bagi free tu...
Oh ya, semua pemenang dikehendaki buat entry di blog psl kemenangan ni dan nanti kena buat entry lagi utk testimonial/ review CD berkenaan. Insya-Allah, saya akan cuba try test CD Mommyandbebe ni dan bg review nanti :)
Akhir sekali, terima kasih sekali lagi kepada Puan Rahimah selaku penganjur dan pemilik Mommyandbebe.com. Semoga murah rezeki. Sama2 kita mempromosikan pemakaian lampin kain moden kepada ibu-ibu...
So sape nak beli CD ataupun nak try CD Mommyandbebe tersebut, boleh la dapatkan dari Puan Rahimah di Mommyandbebe.com.
Di blog Mommyandbebe juga terdapat pelbagai info ttg CD, newbies pun blh baca...
4 comments:
Tahniah Kak Long...sronok Auliya dapat CD baru lagi..Ummi Auliya lg seronok...btul x???...hehehe.
salam,
bestnyer...slurrppp..!! ^^
Marsha ~ Marsha pun tahniah jugak. Itu la, umi dia yg lagi seronok.. :)
Lynn ~ Hehe.. Rezeki anak..
Join EverydayFamily TODAY and you will receive stage based pregnancy and baby email newsletters, offers and coupons as well as free baby samples, baby coupons, baby magazines & more.
All New Members Can Win Free Diapers for a Whole Year!
Post a Comment