Wednesday, May 26, 2010

Antara FTWM, SAHM dan WAHM (part 2)

(Utk mereka yg nak saya sambung tu.. haha.. silalah baca)

Jika FTWM adalah ibu bekerjaya yg bekerja sepenuh masa dan mempunyai pendapatan sendiri.. SAHM pula adalah suri rumah yg duduk di rumah dan tidak menjana sebarang pendapatan utk diri dan keluarga...

Justeru WAHM adalah ibu yg bekerja dari rumah ataupun istilah yg digunakan oleh Puan Masayu Ahmad "suri yg bekerja dari rumah".

SOHO pula adalah small office, home office. Jadi, SOHO mom juga adalah ibu yg bekerja dari rumah, dgn mempunyai ruang pejabat di rumah dan mempunyai 1-10 org staff/ pembantu.

WAHM (work-at-home-mother)

Seorg wanita/ ibu yg menjana pendapatan dari rumah dgn bekerja hanya dari rumah dgn buat apa2 yg boleh memberikan pendapatan.

Ini bermakna perlu handle 3 perkara sekali gus: anak2, rumah tangga dan kerja yg dibuat itu.

Menjadi WAHM mungkin adalah penyelesaian bila berhadapan dgn dilema antara KERJA dan ANAK. Mahu duduk di rumah utk menjaga anak2 dan melihat mereka membesar tetapi dalam masa yg sama mahu menjana pendapatan, tidak kiralah utk membantu suami ataupun utk mengukuhkan ekonomi keluarga (ataupun saje2 nak cari duit lebih utk diri sendiri).

Ramai WAHM yg berasal dari FTWM yg berhenti kerja dan ada juga dari SAHM yg baru discover sesuatu utk dibuat/ diniagakan, lantas secara tidak langsung telah menjana pendapatan dari rumah.

Dari satu segi org melihat WAHM mcm best tapi WAHM juga bukan mudah. Menjadi WAHM juga mempunyai banyak cabaran. Anda harus bekerja dgn anak.. hohoho... Bukan mudah okey?!

Cabaran lain, anda harus pandai membahagikan masa, menyusun jadual dan mengatur segala tugas rumah tangga dan kerja yg nak dibuat itu dgn sebaik-baiknya. Kalau tak, haru jadinya..

WAHM adalah seolah2 anda menyelam sambil minum air.. Mungkin itu perumpamaan yg sesuai..

Dari apa yg saya baca, mmg bukan mudah utk menjadi WAHM yg berjaya. Lebih baik jadi yg "sepenuh masa", sama ada ibu bekerja sepenuh masa ataupun suri rumah sepenuh masa, sbb otak kita boleh terus fokus sama ada kerja/ rumah tangga...

Tetapi nak jadi WAHM pun okey apa.... di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Di mana ada tekad, di situ ada ikhtiar :)

SAYA?

Tanpa sedar (lepas buat entry sblm ni baru sy sedar) saya telah merasai ketiga-tiganya, menjadi FTWM, SAHM dan WAHM. Betul, baru perasan! Haha..

Saya pernah menjadi FTWM sbg guru selama setahun. Paling lama saya jadi SAHM la dlm usia perkahwinan saya selama 6 thn ni.. Jadi WAHM baru2 ni je dlm 5-6 bulan lepas.

Bg saya la, jadi FTWM mmg penat.. Sungguh penat. Masa tu saya mengajar sekolah rendah agama swasta (yg byk beban kerja), dari pagi sampai ptg baru balik rumah. Mlm tu mmg penat n terus tidur la.

Jadi SAHM pula kdg2 rasa "kosong" (mmg la ada anak2) tp rasa kosong sbb tak buat sst yg bermanfaat atau dapat menjana pendapatan... hinggalah jumpa "sesuatu" utk dibuat yg blh dpt (sedikit) income, jadilah saya WAHM yg sungguh kelam-kabut pada awalnya. Selalu rasa tak cukup tangan nak buat semua perkara, dgn order yg kdg2 sampai tak menang tangan (haha).. Mungkin silap saya jugak dlm time management.

So, kalau nak jadi WAHM kena pandai susun jadual la. Cth: Bangun pagi2 siapkan sarapan n setelkan semua kerja rumah dulu. Then setelkan anak2.. Lps tu blh la buat kerja anda. Bila suami pulang, nak makan, anak nak tido/ nak susu mmg kena tinggalkan kerja tu.

Kalau saya la, masalah anak jer la. Kdg2 org call/ msg/ YM, anak duk merengek. Kdg2 tu mmg tak blh buat kerja sbb dia takmau duduk n duk "mengacau".. haha.. So, kena setelkan dia dulu. Lebih masalah jika anak tak berapa nak tidur siang n mlm pun tidur lewat.. huhu..

Sbg WAHM mmg kena utamakan yg lebih utama at the moment. Kena pandai sungguh cari n curi masa.. Mungkin kena tidur lewat malam utk selesaikan kerja...

Apakah pilihan saya sebenarnya?

1. Saya mahu jadi SAHM TETAPI, yer TETAPI ada duit masuk dlm akaun saban waktu. Duit mcm air lak tu masuk.. haha. Sungguh berangan!! Kalau la ada syer dlm mana2 syarikat, ada elaun tertentu/ royalti ats sebab2 tertentu.. (mcm kerabat raja lak yg ada elaun kerabat.. tak keje pun takpe). Ataupun dapat durian runtuh rezeki dari langit, duit tak abis makan sampai 7 keturunan.. sudah tentu saya hanya akan duduk "berfoya-foya" di rumah... Tapi rasanya sy tetap akan buat sesuatu sebagai sumbangan dan warisan.

2. Bekerja sendiri, mulakan bisnes dgn skala yg lebih besar (tak kiralah dari rumah ataupun di premis yg berdekatan dgn rumah). Mmg ini cita2 saya. Saya mahu anak2 tetap bersama/ dekat dgn saya.

3. Menjadi FTWM kembali, tetapi dgn kerja dan pendapatan yg BERBALOI utk tinggalkan anak. Ataupun rasa mcm nak jadi cikgu jer. Kerjaya itu mmg sesuai utk wanita yg sudah beranak-pinak.. haha.. Dlm masa yg sama nak buat kerja tambahan (bisnes online takkan ku tinggalkan, sbb mmg minat bisnes). Kalau ditakdirkan jadi FTWM pun sy tetap akan usaha utk EBF sampai anak sy 2 thn, insya-ALLAH.

4. Menjadi WAHM yg sungguh2 la dapat menjana pendapatan dari rumah. Sedang mencari apa dan bagaimana lagi utk MENJANA PENDAPATAN TAK TERJANGKAU yg mungkin di luar kotak fikiran saya (skg).

Di Barat, SAHM dan WAHM seolah2 satu fenomena skg (ntah sejak bila). Rasanya istilah SAHM/ WAHM pun bermula dari barat. Entah kenapa akhir2 ini ramai yg mahu duduk di rumah. Mungkin kerana terlalu byk cabaran utk mendidik dan membesarkan anak (sbb byk sgt pengaruh luar yg negatif, mereka pun dah mula sedar).

Atau mungkin kerana cabaran NATURAL PARENTING itu sendiri. Malah bukan ibu sahaja, tetapi bapa2 juga mahu duduk di rumah dgn menjadi SAHD dan WAHD, tetapi mereka ini adalah org kaya2 yg mempunyai wang dan dana yg sgt byk (sbb tu takyah keje lagi pun takpe).

Mereka ni mmg nak jadi natural parents sungguh. Hingga ada yg berpindah ke luar bandar/ cari tempat dan persekitaran yg baik yg jauh dr bandar utk membesarkan anak2. Mereka ni bukan org biasa2, ttp org bijak pandai yg mahu mengajar sendiri anak2 mereka (homeschool).

Mmg dah byk wujud group/ kumpulan penyokong SAHM dan WAHM mahupun WAHD di luar negara dan di Malaysia pun nampaknya makin ramai minat nak jadi WAHM.

Dah byk melalut ni, ada masa saya sambung lagi (mmg ada lagi nak cakap).

2 comments:

Liyana Anaqi said...

kat luar negara mmg dah ramai WAHM. dan dorang mendapat sokongan. sebenarnya negara maju seperti US dan terutamanya Jepun menggalakkan wanit berhenti kerja bila sudah beranak. sbb nya jaga anak itu lebih penting buat negara dorang dari human power yg disumbangkan oleh wanita.

sbb, bila dorang start galakkan wanita stop kerja bila beranak, kadar jenayah menurun, so kurang beban kewangan negara utk bendung jenayah dan utk baiki kemudahan awam bg vandalism. dan juga tahap keselamatan meningkat. kadar pengeluaran human power yg berkualiti meningkat (rantaian dr kurang kes remaja bermasalah yg akan lead kepada modal insan yg rendah).

yg bestnya, dorang terima kembali wanita berkerja apabila anak yg terakhir sudah berusia >16tahun. meaning dah boleh jaga diri sendri la.

Lynn Nasir said...

jika kita bantu diri kita, insyaallah Allah swt juga akan bantu kita. apa2 'lubang rezeki' tu ok, cumanya b'niaga tu 9/10..

sekiranya line internet kita secanggih mereka..alangkah bestnya. no more surfing ala2 kura2 tersepit kepala kat pintu petiais..haha!slow bebenor :(

apa kaitan? ntah.