Thursday, May 6, 2010

Saya, MommyLyna dan MSK

Mommy Lyna dan Fahry dlm Harian Metro semlm (5.5.10)

Artikel penuh boleh baca di sini

Siapa yg tidak kenal blog Mysuperkids.net? Blog yg blh membicarakan ttg mcm2 perkara, dari soal pelaburan emas, hartanah, parenting, penyusuan susu ibu, buat duit online dsb...

Rupa-rupanya penulis blog itu, yakni Mommy Lyna adalah org yg pernah saya kenali 8-9 tahun yg lalu, yakni pada tahun 2001-2002. Tapi saya langsung tak terlintas yg empunya blog MSK itu pernah saya kenali, pernah chat dgnnya dlm YM suatu ketika dulu.

Nickname beliau masih ada dlm YM saya sehingga skg. Sblm ni saya takut nak tegur, sbb langsung lupa siapakah beliau, mcmana kenal, kat mana saya kenal beliau dsb... Mmg lupa sungguh.

Suatu hari, saya tergerak utk menyapa beliau bila tgk beliau 'ada'.. Setelah intro dan borak2, rupa2nya beliau pun dah lupa kenal saya kat mana... Haha. Mmg lucu sungguh. Slps 8-9 thn baru nak tegur balik. Nak kata satu U, tidak, sbb beliau UTP sedangkan saya UKM...

Akhirnya barulah sama2 ingat bahawa kami 'berkenalan' di forum Shukur.com (yg fames) suatu ketika dulu... Kami sama2 org yg aktif di Shukur.com ketika itu!! (sebelum itu saya aktif di Sembang.com).

Dan rupa2nya Mommy Lyna mengenali adik saya Hafsah (Mardhiah) ketika di UTP. Beliau merupakan senior kepada adik saya... Dan rupa2nya lagi, rumah family beliau dekat saja dgn rumah family saya di Kelantan, dan mungkin jugak ada bau2 bacang... huhu. Sungguh tak sangka!

Bagi saya, Mommy Lyna seorg yg sungguh super duper mommy. Beliau seorg mommy kepada 2 org putera, Hafiy dan Fahry. Walaupun sudah mempunyai kerjaya tetap sbg jurutera Petronas, beliau masih lagi boleh menyibukkan diri dgn blog (utk menjana pendapatan online!!) dan beberapa perniagaan onlinenya (yg sy sendiri belum jelas apekebendanyer.. huhu)..

Dalam diam, saya admire dan puji ketabahan beliau sebagai seorg ibu yg mempunyai anak yg istimewa... Admire dgn semangat beliau utk EBF (exclusive BF) kedua-dua anaknya itu dan admire dgn kebolehan dan kepandaian beliau dalam bisnes, termasuk utk buat duit secara online, mahupun offline (investment segala)... huhu... You inspire me a lot, along Lyna!!!

Pssttt... Mommy Lyna yg sudah ada kerjaya tetap itu pun begitu sungguh2 nak jana pendapatan tambahan/ sampingan, apatah lagi SAHM seperti saya ni patutnya lebih2 lagi la.. huhu...

Doa saya semoga Mommy Lyna dimurahkan rezeki utk anak2... dan semoga terus sukses. All the best!!

Nota saya:
Setiap manusia akan diuji. ALLAH SWT tidak akan menguji kita melebihi kemampuan kita, dan manusia yg BIJAK adalah manusia yg menukar MASALAH menjadi PELUANG!!!

5 comments:

Mommy Lyna said...

hihihihi

i lap yu kak long!

Lynn Nasir said...

salam,

once upon a time..saya sgt suka baca ttg journey anak2 mommy lyna tu. tersentuh la hati ibu melihatkan ketabahan mereka sekeluarga menerima ketentuan Allah swt.

semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan ketika masih bernafas di muka bumi Allah swt ni..insyaallah.

Nadiah Sidek said...

mmg kagum dgn mommy lyna & semua yg ada anak istimewa ni

Kaklong Nuzula said...

Lyna ~ I lap u too!! Haha..

Lynn ~ insya-Allah.

Nadiah ~ aah kan..

nadnye said...

memang supermom la..