Wednesday, May 12, 2010

Ajar anak membaca di awal usia

Dah lama nak buat entry ni tapi ni baru ada masa dan kesempatan (susah nak ngadap komputer dgn auliya skg, asyik berebut dgn dia jer.. Aku tekan keyboard, dia tekan mouse. Lps tu naik ats meja tepuk2 skrin komputer.. huhu).

Just nak share sedikit info/ pengalaman macamana ajar anak membaca di awal usia.

Anak saya Zukhruf pun bukan la cepat sgt boleh baca (skg ni ramai jer umur 3 thn+ dah boleh baca). Tapi sebenarnya budak mcm Zukhruf mmg berpotensi utk membaca lebih awal lagi, cuma saya yg tak begitu bersungguh.

Sebenarnya kita boleh ajar anak 'membaca' seawal usianya lagi. Nak kata sejak dari lahir tu awal sgt kot. Mungkin ketika anak berusia 8-10 bulan ataupun 1 thn dah boleh mula ajar dia.. Bukan ajar mengeja, tapi ajar dia supaya suka dgn buku. Bagi dia 'main' dgn buku2 seperti cloth book yg dibuat drp kain tu.. Bacakan cerita ringkas utknya (sambil tunjuk gambar)...

Ataupun tunjuk gambar haiwan dlm buku dan buat bunyi haiwan tersebut dgn ekspresi muka (hahaha) dll... Mungkin dah boleh mula belikan buku bergambar yg kertas keras n kalis air tu ataupun mula gunakan flashcard bergambar.. Ni bukan ajar ABC lagi ni yer...

Seperti yg kita tahu, otak bayi dan kanak-kanak sgt pesat perkembangannya, rasanya paling pesat ketika umur 1-3 thn... Rugi sgt kalau kita tak berikan input yg baik ketika ini...

Drp pengalaman saya, kanak2 sangat berminat dgn haiwan/ binatang. Jadi, lebih baik kita beli buku2 yg ada gambar haiwan ni utk menarik minat mereka terhadap buku. Lps haiwan, kenderaan. Mmg mereka minat n suka tgk lori, bas, kereta 'sodok' dll... Bila kita tunjukkan gambar dlm buku dan kemudian jumpa bas/ lori tu mereka akan cepat2 'relate'...

Saya mula mengajar anak saya Zukhruf membaca (secara lebih formal) ketika usianya 3 tahun 3 bulan... Saya gunakan buku Bacalah Anakku ketika itu (seperti gambar). Ketika usianya 3 thn 7 bulan dia dah sampai buku 6, dah boleh baca 2 suku kata terbuka seperti saya, suka, cuba, nama, mata, kaki, buku, bayi dll...

Masa ajar Zukhruf baca tu saya guna jugak kad2 utk cantum suku kata tu.. Dia mmg suka!! Lepas tu buat byk2 perkataan suruh dia baca. Ataupun kita sebut perkataan n dia susun kad tu dll la.. Ada byk aktiviti utk ajar anak membaca sambil bermain ni (play n learn). Pandai2 la.. Boleh jugak refer panduan yg dicadangkan oleh penulis buku Bacalah Anakku... yg penting budak2 tu cam huruf dan bunyi yg betul...

Lepas anak saya sampai buku 6, lama saya stop sbb alahan yg teruk (mengandung Auliya).. huhu.. Bila dah 4-5 bulan kot baru ok, then kena ulang balik ajar dia dari buku 1 sbb byk dia dah lupa... Lps tu bersalin n pantang pulak.. Lepas tu sibuk ngan baby.. Kesian zukhruf.. Tapi sy berjaya jugak la ajar dia sampai buku 7 (tinggal 1 je lagi buku). Kiranya dia boleh baca dlm usia 5 thn...

Saya pernah mengikuti kursus Bacalah Anakku/ Read Easy pada thn 2006. Ketika itu sy mengajar di Kelantan. So dapat ikut kursus tu free aje la... Penulis buku itu (Puan Nik Eliani) merupakan kawan kepada ummi saya. Manakala anak beliau pula kawan kepada adik saya Fatin semasa di SMK Zainab 1, Kota Bharu.

Bacalah Anakku adalah siri cepat membaca yg terbukti keberkesanannya. Boleh digunakan utk anak seawal usia 3 tahun. Buku ini menggunakan sistem fonik/ fonetik, iaitu anak diajar bunyi huruf, bukannya huruf tersebut (A, B, C). Maknanya anak diajar utk cam huruf dan bunyi huruf tersebut dan terus boleh baca berdasarkan kaedah gabung bunyi. Kaedah fonik ini adalah satu kaedah natural untuk ajar anak membaca....

Skg ni pulak ada Siri Mahir Membaca Suriaku. Zukhruf guna buku ni pulak dekat sekolah dia, yakni sekolah ummi saya ngajar tu (SeRu Al-Hilal). Siri Suriaku ni ada 7 buah buku jer. Apa yg saya dengar lagi senang dari Bacalah Anakku.


Salah seorg penulis buku ini adalah Puan Misra, org yg sudah lama saya kenali. Juga kawan kepada ummi saya. Beliau byk membimbing guru2 SeRu Al-Hilal menggunakan kaedah Suriaku. Beliau adalah pemilik Tadika Elitsuria (dulu dikenali sbg Child Excel) yg dah 20 tahun berpengalaman dlm pendidikan awal kanak2.

Utk bahasa Inggeris, boleh gunakan siri READ EASY utk ajar anak kita membaca dlm bahasa Inggeris. Anak saya Zukhruf cepat jugak baca guna buku ni. Dia pun seronok...

Utk ajar anak baca Quran pula, mula2 dulu saya gunakan Siri Iqra'. Saya mula ajar Zukhruf sejak umur dia 3 tahun (selang selikan dgn Bacalah Anakkku). Skg ni dia gunakan Siri Al-Furqan ni dekat sekolah.


Siri Al-Furqan ni ada 4 buah buku jer. Lebih kurang jer mcm Iqra', menggunakan kaedah pengecaman bukan mengeja. Alhamdulillah zukhruf dah boleh la jugak baca... Aku pun tak sure dia dah sampai buku berapa al-Furqan ni. Semoga ada peningkatan setiap hari.... Ummi aku cakap Zukhruf tu fast-learner n jenis budak yg peka sgt.. huhu... Budak2 mmg cepat belajar...

Bagi saya la, bukan mudah nak 'handle' anak yg bijak, yg mempunyai semangat inkuiri yg tinggi, yg setiap masa ada je soalannya..... Kita sbg ibu bapa kena siap sedia, sbb kita mendidik anak2 yg akan "hidup" di dunia yg 20-30 thn akan datang, sudah tentu cara didikan utk mereka tak sama dgn didikan mak bapak kita utk kita...

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SIRI CEPAT MEMBACA BACALAH ANAKKU DLL

NOTA SAYA: Mungkin bagi ibu bapa yg kerja dan BERDUIT takde masalah nak hantar anak ke tadika/ kelas cepat membaca yg mahal2... Tapi bagi saya, walaupun kita dah hantar mereka ke kelas berkenaan, luangkanlah juga masa utk mengajar mereka. Tak byk, sikit pun jadi la, asalkan masa yg berkualiti... Kita akan terkejut dgn pencapaian dan kebolehan anak kita... Dan itu adalah hadiah yg sgt bernilai utk seorg ibu!!!

NOTA KECIL: Ingin sekali punya sebuah bilik yg khusus utk ajar anak mcm dekat rumah Farah Sarakids.. Insya-Allah one day... :)

16 comments:

Nadiah Sidek said...

terima kasih atas perkongsian :)

vagg© said...

bacalah anakku mmg bagus. mmg ajar anak2 murid dlu guna ni.
kursus yg nik eliani nih pun kak enn pegi.

tp mmg ye.. ape skalipun.. parent kena contribute jgk dlm mengajar anak jgn harapkan cikgu je. mmg berbeza kesan bg budak yg cikgu je ajar dengan yg cikgu + parent ajar.

OneSimpleMother said...

thanks kaklung for the good info. insyaAllah nak jadikan rujukan utk anak nanti. nak tau mana kaklung beli sumer buku2 tu ye?

suhaida said...

hmmm...bagus tap mcm mana nak handle anak yg cepat hilang tumpuan...sbb dia asyik nak main je..

Nurul Ulfa said...

kak long..nak tanya ni..sebelum ajar guna buku anakku tu kak long dah ajar dia kenal huruf ke...Lepas anak dah kenal huruf baru sesuai kita gunakan buku anakku tu ye???

Kaklong Nuzula said...

Nadiah Sidek ~ Sama2.. Sedikit info sharing apa yg sy tahu jer..

vagg ~ Oo.. kak enn pun guna bacalah anakku ker? Betul tu, jgn harapkan cikgu je ajar.. hehe..

kak mas ~ Bacalah anakku ada jual kat sesetengah kedai buku. Boleh jugak beli online dr readnetwork n ada beberapa blog/ site yg jual.. Kalau gi kursus dia, ada jugak jual masa tu, murah pun murah dr harga pasaran. Mcm buku Suriaku tu beli dari sekolah anak saya tu jer..

Kaklong Nuzula said...

suhaida ~ Kalau ikut tips/ nasihat buku bacalah anakku tu mmg tak blh paksa anak kita duduk lama2 utk diajar. Kalau dapat 10 minit utk 1 sesi pun jadi la. Yg penting kerap, seboleh2nya 2 kali sehari setiap hari (bukan lama)..

Alaa... ajar dia sambil main2 jer.. Jgn paksa dia terus faham pd masa tu jugak.. Kalau dia tak faham hari ni takpe, esok ajar lagi.. Lusa ajar pulak.. Keep on usaha utk ajar dia.. Sikit2, lama2 pandai la.. :)

Kaklong Nuzula said...

Ulfa ~ kalau ikut bacalah anakku takyah ajar dia kenal huruf n bukan setakat takyah, JANGAN AJAR nama huruf dulu (takut diorg konfius).

Sbb kalau ikut kaedah fonetik ni, kita ajar dia bunyi huruf, bukan nama huruf A,B,C, D sampai Z. Lagipun kalau nak tunggu dia ingat nama huruf 26 huruf tu jenuh la.. Huruf besar n huruf kecik lagi.. huhu...

Kalau ikut sistem bacalah anakku, bila dah buku 6 baru kenalkan dia dgn nama huruf, n huruf besar, huruf kecik...

Nanti la, ada masa kaklong sambung lg psl ni..

fisa othman said...

salam kak long...:D

fisa skang pun dh mula membeli buku2 untuk irfan...alhamdulillah skang dia sendiri yg tarik pillow book dia...w/pun tak reti lagi nak sebut apa2 dia dh tunjuk2 kat gamba2 tu...

skang ni fisa tgh proses mengajar dia mengenal huruf AlQuran...share la lagi kat sini leh fisa belajar dr kak Long...:D

Nur Sakinah Ahmad said...

slm kenal..tertarik dgn en3 ni.anak sy,zulfa, dua thn.sy dh beli buku cory cat&abu ada ayam di adikbijak.com.(guna kaedah fonetik juga).mmg dia sgt suka!ada kad imbas, cd lagu dan buku mewarna. em, grolier pny program pon best jugak..cuma mhl la sket(tp bolh byr instalment selain dpt pelepasan cukai rm1k)..just nk share :)

Zuraiha Idris said...

pndai k.long ajar zukhruf. iman pn susah nk ingat huruf2 bila eda ajr dia. esk dia dh msuk 3 thn, dh nk kene start blaja dh ni...

k.long, percaya x ank buah eda 5 thn skrg dh bleh bace english book dgh lancar. dia xg smart reader ke apa, cuma blaja kt nursery je. tp dia mmg jenis yg mudah blaja & love to read. arap2 ank2 kita semua pn mcm tu kn. eda ni xreti nye nk mgajar. kalo duk dkt ngn k.long, eda anta iman blaja ngn k.long...

http://idazuraiha.blogspot.com
blog br nih, yg lame dh di buang si google...

Ita said...

Salam Kaklong, thanks for sharing..ita pun x prnh tau psl mende2 nih..useful info..

Kaklong Nuzula said...

fisa ~ Bagus la tu.. a good start.. budak2 mmg minat ngan buku kalau kita ajar mereka dr kecik..

kinna ~ Thanx singgah sini.. Yg abu ada ayam n cory cat tu dari sistem/ kaedah bacalah anakku la.. Nak bagi budak2 lebih berminat utk belajar baca.. Ya, glolier pun bagus, cuma harga la mahal.. Kalau betul2 guna berbaloi la kot..

Kaklong Nuzula said...

Ida ~ Kalau iman dah masuk 3 thn boleh la mula ajar.. Bagusnya anak buah ida 5 thn dah blh baca english.. huhu.. Harap2 anak kita pun mcm tu..

Ita ~ Just nak share apa yg tahu jer.. Sharing is caring :)

nadnye said...

kak long- nama panggilan kak long ker... rasa macam muda jea, boleh tak buat entry khas camne nak mengajar menggunakan AL Furqan.. teknik mengajar dsb

Unknown said...

salam semua..walaupun entry ni dah dua tahun berlalu tapi sekadar nak berkongsi sesuatu di link di bawah..macammana seorang ibu ajar baby dia pandai membaca sebelum umur setahun..
http://tinyurl.com/babyhebat