Monday, May 31, 2010

Diaper bag

Yang ini kah?

Atau yg ini??

(Baby Einstein)

(Baby Einstein)

(Carter's)

(Carter's)

(Graco)

(Graco)
(Carter's)

Bagaimana dgn yg ini???

(Coach diaper bag)

Atau ini???

(LV)

Ini pun LV

dan ini pula Gucci.. Harga?? Sendiri mau ingat...


Ada jugak diaper bag jenis sandang/ backpack skg..

Pun canteks...

Dlm banyak2 cukup berkenan yg ini...

(Carini Bambini) --> Sangat elegant huh!

Dekat bulat tu boleh letak gambar baby. Kalau taknak letak pun takpe..

Ada sesiapa nak bagi hadiah kat saya???!!

NOTA SAYA: Diaper bag biasa jenama Pureen/ Fiffy/ Baby Kiko pun rasanya dah cukup ok.. Tp itulah skg mcm2 ada utk memenuhi kehendak mereka yg bercitarasa tinggi (dan berpoket tebal)... Tote bag/ jenis bag yg besar pun boleh jer jadi diaper bag.. Byk cantik2 yg dijual online ni. Ada yg dijahit oleh WAHM. Kalau keluar kejap pakai tote bag jer, sumbat semua dlm tu.. haha..

p/s: Penat bercerita ttg FTWM/ SAHM/ WAHM.. ni nak rehat otak. Haha.. Melihat brg2 yg cantik dgn window-shopping-online-untuk-cuci-mata-sahaja juga adalah satu bentuk terapi minda.. Muahahaha...

Sunday, May 30, 2010

Educated Housewife

(gambar sekadar hiasan)

Teringat pula satu kisah masa zaman sekolah dulu. Masa tu saya Form 5. Dlm kelas BI kena buat karangan tajuk "MY IDEAL PARTNER". So, semua org kena mengarang la, sambil berangan nak ciri2 pasangan hidup yg mcmana.

Ada sorang my classmate tu antara ciri2 ideal partnernya, perempuan itu adalah educated/ berpelajaran tetapi nanti tidak bekerja kerana dia prefer bakal "partner"nya itu duduk rumah jaga anak, boleh ajar anak2... haha...

Apa lagi? Karangan that boy (kira boy lagi la masa tu) mendapat "kemarahan" cikgu BI masa tu.. haha... Berkerut2 muka cikgu tu baca karangan budak tu. Mmg cam tak puas hati n ala2 terkejut + tak sangka sungguh (sbb yg buat karangan tu bukan calang2 budak)..

So tak habis2 cikgu tu membebel. Sebabnya hanya kerana budak tu nak isteri yg berpelajaran tinggi tetapi nanti tak kerja. Bunyi mcm tak patut aje! Budak2 pempuan pun ramai yg tak puas hati dgn lelaki itu... Jadi isu jugak la sesama kitorg masa tu... Sampai aku pun ala-ala tak puas hati ngan dia tu.. haha..

Budak lelaki itu adalah pelajar pintar di sekolah kami. Jadi best student hampir setiap kali exam. Very brilliant la otak dia... Masa Form 4, aku mmg selalu la bersaing ngn dia (pernah mengatasinya dlm bberapa subjek/ xm).. Naik Form 5 aku dah tak mampu nak challenge dia...

Hinggalah result SPM 1998 keluar, beliau muncul pelajar terbaik sekolah kami dan pelajar terbaik negeri Kelantan ketika itu dgn keputusan 10 A (9A1, 1A2). 9A1 ketika itu amat hebat tau. Best student Malaysia ketika itu 10A1 (2 org). Rasanya 2-2 dari MOZAC, Melaka.

Selepas itu beliau telah mendapat tajaan TNB utk ke UK dan rasanya kini kerja dgn TNB la.

Beliau dah pun kawin beberapa tahun lepas. Ada tgk gambar kawinnya dlm Friendster (masa tu). Skg taktahu la beliau apa kabar, dah ada brp org anak... Tak jumpa plak beliau dalam FB.

Masa beliau kawin tu... saya antara org yg sibuk nak tahu siapa isterinya.. haha... Drp maklumat yg diperolehi isteri beliau seorg guru (masa tu la, skg taktau kot dah berenti keje)....

---------------------------------------------

Apa yg saya dapati, ramai juga educated housewife skg ni. Yg ada master pun ada jadi SAHM/ WAHM... Mungkin... Mungkin kena lakukan sesuatu. Ya, sesuatu mesti dilakukan...

p/s: Walaupun saya hanyalah suri rumah biasa, tp otak saya bukanlah duk saja-saja... Mungkin sbb tak nak jadi dungu.. Haha.. Mcm2 yg saya fikirkan, sampai masalah negara pun saya nak tolong fikir.. huhu.. Dan mcm2 yg saya nak buat dan saya rasa kena buat...

Friday, May 28, 2010

Untuk FTWM dan SAHM

Masih lagi bercerita ttg FTWM, SAHM dan WAHM.. huhu.. Kalau dah boring takyah baca yer. Ni saya tulis sbg satu analisis utk diri saya sendiri jer/ utk sape yg nak baca.. hehe.. :)

Jika anda memilih utk menjadi FTWM (selepas berkahwin), satu perkara MANDATORI adalah mesti mendapatkan keizinan suami utk keluar bekerja. Kalau suami tak izin u kerja bila dia cakap dia mampu n boleh tanggung u/ lebih suka u duduk rumah jaga anak, so u have no choice.

Ada juga wanita yg terpaksa kerja sebab:

- kena bayar hutang pelajaran (PTPTN), melainkan suami nak tolong bayar!

- terikat dgn kontrak (jika dapat biasiswa masa belajar dulu), so mmg kena kerja la, melainkan boleh bayar beratus ribu utk lepas dari ikatan tu (alhamdulillah saya tak terikat dgn PTPTN dan tak pula terikat dgn JPA).

- atau sebab2 lain seperti utk menampung kos sara hidup yg makin meningkat dll.

Ada juga yg kerja kerana minat yg mendalam dlm sst bidang itu dan ada yg ingin memberikan khidmat dan sumbangan kepada masyarakat dan negara kerana mempunyai pengetahuan/ kemahiran/ kepakaran yg tinggi dlm bidang2 tertentu.

Ya, tak dapat dinafikan kemampuan wanita pada hari ini tidak boleh dipandang remeh lagi. Malah, mereka lebih terkehadapan dlm beberapa bidang tertentu.

Pada pendapat saya, wanita tetap diperlukan dlm beberapa bidang seperti perubatan, pendidikan, kejururawatan dan mgkin beberapa bidang lain.

Bagi saya kerja adalah ibadah, tetapi mestilah memenuhi beberapa syarat utk melayakkan kerja itu dikira sebagai ibadah. Apapun hanya ALLAH SWT yg layak menilainya.

Kalau kita kerja, masa kita hampir 10 jam sehari dihabiskan di tempat kerja (gi balik kerja). Jadi amatlah rugi jika kerja yg kita lakukan itu tidak dikira langsung sebagai ibadah!!!

Jika anda seorg FTWM,

Jagalah diri anda dgn sebaik2nya. Jaga aurat n hukum syarak. Bab ni mmg susah nak cakap, lebih susah utk diimplementasikan sepenuhnya. Tp cubalah kembali kepada niat awal kita, kenapa kita kerja.

Wanita yg bekerja mmg terdedah kepada byk pintu dosa. Maaf cakap yer, bukan bermakna suri rumah langsung tak terdedah kpd dosa, ada juga... Yer la, kalau hari2 duk mengumpat dgn jiran tetangga (sbb takde keje lain nak buat), ataupun tgk cerita mendedahkan aurat di tv dll la, tp hakikatnya mereka yg kerja lagi byk kena jaga dari pintu2 dosa.. sbb mcm2 boleh berlaku, drp yg kita rasa sekecil2 perkara spt ter-dedah sedikit aurat/ bentuk badan kepada sebesar2 perkara yg membawa kpd dosa besar. Mmg ada kes isteri org berzina dgn suami org... Mungkin bermula drp bertepuk tampar jer..

Jika anda seorg suri rumah sepenuh masa,

Alangkah baiknya jika anda:

- dpt buat sesuatu yg bermanfaat (drp duk tidur bangun makan/ mengadap tv jer)

- sentiasa tambah ilmu pengetahuan dgn byk membaca (terutama ttg parenting, perkembangan kanak2 dll). Lagipun proses menuntut ilmu adalah proses yg tidak pernah berhenti.

- tahu perkembangan negara/ dunia, esp perkembangan dunia pendidikan.

- berpeluang belajar sst kemahiran seperti menjahit, memasak (mgkin dgn menghadiri kursus/ belajar dari kawan2).

- dapat menyimpan duit anda sendiri sbg "wang kecemasan". Yer, walaupun suami dah peruntukkan sejumlah wang utk simpanan ke akaun anda, tetapi lebih baik anda pun buat simpanan/ tabungan sendiri juga. Mungkin dgn menyimpan duit baki beli brg dapur (RM1-2 setiap kali). Sikit2 lama2 jadi bukit. Tak percaya?!

Alangkah ruginya jika anda:

- tidak dapat fully bf anak anda sehingga usianya 2 thn (bkn masalah bf itu jimat duit tetapi soal memberikan yg terbaik utk anak anda).

- tidak dapat mengajar anak2 anda (baca Quran, asas 3M).

- tidak dapat sediakan makanan berkhasiat yg dimasak sendiri utk anak anda.

Agak rugi jika anda:

- tidak pandai apa2 kemahiran pun seperti menjahit, memasak, mem'baking'.. Paling tidak boleh jahit sendiri baju utk anak perempuan anda, jahit langsir, baking cake/ buat kuih utk anak2 makan (budak2 mmg suka makan ok, takkan nak beli goreng pisang hari2)..

- terus-terusan pakai 'pampers' utk anak anda dan tidak mahu bertukar kepada cloth diapers... tambah2 lagi sampai 2-3 org anak yg memakai pampers serentak! (dan lagi promote CD.. hehe)

Justeru, cadangan saya:

LAKUKAN SESUATU, belajar sesuatu, buat sesuatu... kalau boleh yg dpt menjana sedikit pendapatan utk diri anda sendiri dan sbg tambahan utk keperluan anak2...

Mana tahu, tanpa disangka apa yg anda buat tu dpt memberikan pendapatan di luar jangkaan anda, malah mengatasi pendapatan suami anda plak... haha... Sbb rezeki org/ tuah org tiada siapa yg tahu...

Lagi satu, walaupun anda hanya seorg suri rumah, jgn lupa reward diri anda sendiri! Sekali-sekala belilah pakaian yg cantik (tak semestinya mahal), makan makanan kegemaran ataupun 'bagi' apa2 hadiah la utk diri anda sendiri.

Mungkin suami anda sesekali ada berikan hadiah utk anda, tetapi anda pun berhak reward diri anda sendiri... Kalau bukan kita sendiri yg nak hargai diri kita, siapa lagi? Kita yg lebih dulu kena hargai diri kita, sayangi diri kita barulah org akan hargai kita, sayang kita.. huhu... Itu adalah kenyataan. Dgn hargai diri, sayangi diri, barulah kita lebih yakin dgn hidup ni dan sayang akan semua yg kita ada... (berceloteh la plak.. huhu)

Oh ya, satu lagi sebagai suri rumah anda juga mesti TAHU HAK ANDA. Anda berhak 1/3 ke atas harta sepencarian (harta suami lps kawin dgn anda) walaupun anda tidak bekerja!! Fikir la sendiri... Bukan apa, sebagai peringatan utk masa depan (yg kita tidak pernah boleh jangka). Apa yg penting utk anak2.

p/s: Apa yg ditulis hanyalah pandangan/ pendapat peribadi saya, sekadar utk berkongsi dgn anda yg rajin nak baca.. huhu.

NOTA TAMBAHAN: Cukup jeles dgn Fith dekat Jepun yg pandai masak mcm2 (tak percaya tgk la blog dia) dan juga Lynn Nasir yg pandai baking cake/ cupcake n pandai menjahit (termasuk menjahit sendiri CD n cloth pad).. Mereka adalah antara educated SAHM/WAHM. Cayalah!!

Thursday, May 27, 2010

Antara FTWM, SAHM dan WAHM (part 3)

Ni nak sambung cerita.. hehe..

Saya (dan adik2 saya) dibesarkan oleh seorg ibu yg tidak bekerja, suri rumah tangga sepenuh masa.

Sebenarnya umi saya kerja sblm kawin dgn abah saya dan berenti keje ketika mengandungkan saya (pd tahun 1981).. Beliau kemudian terus tak kerja... Selama 19 atau hampir 20 thn beliau tidak bekerja. Hinggalah pada thn 2000 beliau kembali bekerja, dgn berkhidmat sbg guru di sekolah rendah Islam swasta di Kota Bharu, hingga sekarang!!

Maknanya masa umur dah 40 thn+ dan ketika anak2 dah "lepas" baru la umi saya kembali bekerja.. (adik bongsu saya ketika itu 2 thn+). Kalau ikutkan rasa janggal plak, kembali bekerja masa umur dah 40-an, sedangkan org lain dah mula fikir utk pencen.

Sebab apa? Mungkin sbb utama utk memberikan khidmat dan sumbangan kepada sekolah itu (diminta oleh pihak yg berkenaan utk mengajar). Pada awalnya beliau diberi tanggungjawab berkaitan keceriaan sekolah. Umi saya juga seorg guru dan kaunselor yg baik. Dan kini dah berapa tahun beliau jadi PK HEM di sekolah itu.

Saya tak tahu sampai bila umi saya nak kerja (skg beliau dah 53 thn). Kata beliau, mungkin juga nak berenti kerja bila adik bongsu saya Amirul Asyraf abis sekolah (thn ni darjah 6, adik saya sekolah kat tempat umi sy tu).

Berlainan dgn MIL saya, beliau adalah FTWM dari muda hingga sekarang belum pencen. MIL saya seorg jururawat (staff nurse) selama hampir 30 tahun dah. Beliau berkhidmat di wad bersalin (sblm ni di Hospital Alor Setar, Hospital Baling dan kini di Hospital Tumpat, Kelantan).

Ini bermakna, suami saya dibesarkan oleh kedua2 ibu bapa yg bekerja.

MIL saya seorg yg sgt sederhana. Very the zuhud sungguh! Boleh dikatakan semua wang gajinya TIDAK TERUSIK pun selama hampir 30 tahun kerja!!!! Can u imagine??? Dlm pada itu, MIL (bersama FIL) sy juga ada buat biz sampingan, jual mcm2 masa duk negeri org (mereka duk di Kedah selama 29 thn kot)...

Motif saya cerita psl MIL saya ni nak tunjukkan bahawa ada wanita yg kerja bukan utk hidup bergaya semata-mata, tetapi utk berkhidmat kpd masyarakat dan sbg simpanan utk masa depan anak2...

Justeru, walau apa pun anda, siapa pun anda, tidak kiralah seorang FTWM, SAHM mahupun WAHM, yg penting:

1. NIAT anda mesti betul. Kalau kerja.... utk cari rezeki yg halal utk bantu suami.. bla.. bla... bla... Kalau suri rumah, utk jaga mkn minum suami dan anak2.... dll.

2. IKHLAS dalam apa pun yg kita lakukan. Sesungguhnya ALLAH bersama org2 yg ikhlas.

3. TAHU di mana kedudukan kita, sbg seorg isteri dan ibu, WALAU di mana pun kita pergi dan apa pun yg kita lakukan...........

4. Banyakkan TAWAKKAL dan BERSERAH kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan permudahkan jalan kita. Sesungguhnya kita tak mampu dan tak dapat kawal apa yg akan berlaku dlm hidup kita dan ALLAH adalah sebaik2 "PENENTU DAN PEMBANTU"..........

Kita hidup bukan utk diri kita semata-mata, tetapi kita juga hidup utk org2 sekeliling kita, yg kita sayang dan yg sayang kita... Justeru, pertimbangkan byk perkara dgn semasak-masaknya sblm buat satu2 keputusan dan ALLAH adalah sebaik2 PENUNJUK JALAN...

Wallahu a'lam.

WAHM

Seronok tgk gambar2 ni. Mereka adalah ibu yg bekerja dari rumah... Gambar2 ini mungkin blh jadi motivasi dan inspirasi kepada anda yg ingin jadi WAHM yg berjaya :)








Oh ya, anda boleh baca lebih lanjut tentang WAHM di blog Puan Masayu Ahmad, PANDUAN BEKERJA DI RUMAH (WAHM, SAHM, SOHO).

Byk panduan dan tips boleh didapati di situ (cari label yg berkenaan). Utk FTWM pun boleh baca. Anda juga boleh dapatkan buku terbaru beliau, JANA RM DARI RUMAH.

Wednesday, May 26, 2010

Antara FTWM, SAHM dan WAHM (part 2)

(Utk mereka yg nak saya sambung tu.. haha.. silalah baca)

Jika FTWM adalah ibu bekerjaya yg bekerja sepenuh masa dan mempunyai pendapatan sendiri.. SAHM pula adalah suri rumah yg duduk di rumah dan tidak menjana sebarang pendapatan utk diri dan keluarga...

Justeru WAHM adalah ibu yg bekerja dari rumah ataupun istilah yg digunakan oleh Puan Masayu Ahmad "suri yg bekerja dari rumah".

SOHO pula adalah small office, home office. Jadi, SOHO mom juga adalah ibu yg bekerja dari rumah, dgn mempunyai ruang pejabat di rumah dan mempunyai 1-10 org staff/ pembantu.

WAHM (work-at-home-mother)

Seorg wanita/ ibu yg menjana pendapatan dari rumah dgn bekerja hanya dari rumah dgn buat apa2 yg boleh memberikan pendapatan.

Ini bermakna perlu handle 3 perkara sekali gus: anak2, rumah tangga dan kerja yg dibuat itu.

Menjadi WAHM mungkin adalah penyelesaian bila berhadapan dgn dilema antara KERJA dan ANAK. Mahu duduk di rumah utk menjaga anak2 dan melihat mereka membesar tetapi dalam masa yg sama mahu menjana pendapatan, tidak kiralah utk membantu suami ataupun utk mengukuhkan ekonomi keluarga (ataupun saje2 nak cari duit lebih utk diri sendiri).

Ramai WAHM yg berasal dari FTWM yg berhenti kerja dan ada juga dari SAHM yg baru discover sesuatu utk dibuat/ diniagakan, lantas secara tidak langsung telah menjana pendapatan dari rumah.

Dari satu segi org melihat WAHM mcm best tapi WAHM juga bukan mudah. Menjadi WAHM juga mempunyai banyak cabaran. Anda harus bekerja dgn anak.. hohoho... Bukan mudah okey?!

Cabaran lain, anda harus pandai membahagikan masa, menyusun jadual dan mengatur segala tugas rumah tangga dan kerja yg nak dibuat itu dgn sebaik-baiknya. Kalau tak, haru jadinya..

WAHM adalah seolah2 anda menyelam sambil minum air.. Mungkin itu perumpamaan yg sesuai..

Dari apa yg saya baca, mmg bukan mudah utk menjadi WAHM yg berjaya. Lebih baik jadi yg "sepenuh masa", sama ada ibu bekerja sepenuh masa ataupun suri rumah sepenuh masa, sbb otak kita boleh terus fokus sama ada kerja/ rumah tangga...

Tetapi nak jadi WAHM pun okey apa.... di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Di mana ada tekad, di situ ada ikhtiar :)

SAYA?

Tanpa sedar (lepas buat entry sblm ni baru sy sedar) saya telah merasai ketiga-tiganya, menjadi FTWM, SAHM dan WAHM. Betul, baru perasan! Haha..

Saya pernah menjadi FTWM sbg guru selama setahun. Paling lama saya jadi SAHM la dlm usia perkahwinan saya selama 6 thn ni.. Jadi WAHM baru2 ni je dlm 5-6 bulan lepas.

Bg saya la, jadi FTWM mmg penat.. Sungguh penat. Masa tu saya mengajar sekolah rendah agama swasta (yg byk beban kerja), dari pagi sampai ptg baru balik rumah. Mlm tu mmg penat n terus tidur la.

Jadi SAHM pula kdg2 rasa "kosong" (mmg la ada anak2) tp rasa kosong sbb tak buat sst yg bermanfaat atau dapat menjana pendapatan... hinggalah jumpa "sesuatu" utk dibuat yg blh dpt (sedikit) income, jadilah saya WAHM yg sungguh kelam-kabut pada awalnya. Selalu rasa tak cukup tangan nak buat semua perkara, dgn order yg kdg2 sampai tak menang tangan (haha).. Mungkin silap saya jugak dlm time management.

So, kalau nak jadi WAHM kena pandai susun jadual la. Cth: Bangun pagi2 siapkan sarapan n setelkan semua kerja rumah dulu. Then setelkan anak2.. Lps tu blh la buat kerja anda. Bila suami pulang, nak makan, anak nak tido/ nak susu mmg kena tinggalkan kerja tu.

Kalau saya la, masalah anak jer la. Kdg2 org call/ msg/ YM, anak duk merengek. Kdg2 tu mmg tak blh buat kerja sbb dia takmau duduk n duk "mengacau".. haha.. So, kena setelkan dia dulu. Lebih masalah jika anak tak berapa nak tidur siang n mlm pun tidur lewat.. huhu..

Sbg WAHM mmg kena utamakan yg lebih utama at the moment. Kena pandai sungguh cari n curi masa.. Mungkin kena tidur lewat malam utk selesaikan kerja...

Apakah pilihan saya sebenarnya?

1. Saya mahu jadi SAHM TETAPI, yer TETAPI ada duit masuk dlm akaun saban waktu. Duit mcm air lak tu masuk.. haha. Sungguh berangan!! Kalau la ada syer dlm mana2 syarikat, ada elaun tertentu/ royalti ats sebab2 tertentu.. (mcm kerabat raja lak yg ada elaun kerabat.. tak keje pun takpe). Ataupun dapat durian runtuh rezeki dari langit, duit tak abis makan sampai 7 keturunan.. sudah tentu saya hanya akan duduk "berfoya-foya" di rumah... Tapi rasanya sy tetap akan buat sesuatu sebagai sumbangan dan warisan.

2. Bekerja sendiri, mulakan bisnes dgn skala yg lebih besar (tak kiralah dari rumah ataupun di premis yg berdekatan dgn rumah). Mmg ini cita2 saya. Saya mahu anak2 tetap bersama/ dekat dgn saya.

3. Menjadi FTWM kembali, tetapi dgn kerja dan pendapatan yg BERBALOI utk tinggalkan anak. Ataupun rasa mcm nak jadi cikgu jer. Kerjaya itu mmg sesuai utk wanita yg sudah beranak-pinak.. haha.. Dlm masa yg sama nak buat kerja tambahan (bisnes online takkan ku tinggalkan, sbb mmg minat bisnes). Kalau ditakdirkan jadi FTWM pun sy tetap akan usaha utk EBF sampai anak sy 2 thn, insya-ALLAH.

4. Menjadi WAHM yg sungguh2 la dapat menjana pendapatan dari rumah. Sedang mencari apa dan bagaimana lagi utk MENJANA PENDAPATAN TAK TERJANGKAU yg mungkin di luar kotak fikiran saya (skg).

Di Barat, SAHM dan WAHM seolah2 satu fenomena skg (ntah sejak bila). Rasanya istilah SAHM/ WAHM pun bermula dari barat. Entah kenapa akhir2 ini ramai yg mahu duduk di rumah. Mungkin kerana terlalu byk cabaran utk mendidik dan membesarkan anak (sbb byk sgt pengaruh luar yg negatif, mereka pun dah mula sedar).

Atau mungkin kerana cabaran NATURAL PARENTING itu sendiri. Malah bukan ibu sahaja, tetapi bapa2 juga mahu duduk di rumah dgn menjadi SAHD dan WAHD, tetapi mereka ini adalah org kaya2 yg mempunyai wang dan dana yg sgt byk (sbb tu takyah keje lagi pun takpe).

Mereka ni mmg nak jadi natural parents sungguh. Hingga ada yg berpindah ke luar bandar/ cari tempat dan persekitaran yg baik yg jauh dr bandar utk membesarkan anak2. Mereka ni bukan org biasa2, ttp org bijak pandai yg mahu mengajar sendiri anak2 mereka (homeschool).

Mmg dah byk wujud group/ kumpulan penyokong SAHM dan WAHM mahupun WAHD di luar negara dan di Malaysia pun nampaknya makin ramai minat nak jadi WAHM.

Dah byk melalut ni, ada masa saya sambung lagi (mmg ada lagi nak cakap).

Monday, May 24, 2010

Antara FTWM, SAHM dan WAHM

Masing2 ada kelebihan, ada pro n cons nya...

FTWM (full-time-working-mom)


Kelebihannya ada kerja, ada duit sendiri la (blh pegang duit sendiri, blh beli apa yg nak). Juga blh simpan duit yg banyak. Mungkin boleh simpan 50-75% daripada gaji setiap bulan. Yer la, mgkin hanya keluarkan sedikit shj duit utk perbelanjaan anak2 n rumah tangga, selebihnya semua ditanggung oleh suami (walaupun isteri kerja, suami tetap kena berikan nafkah)...

Kalau pun tak dapat simpan duit yg byk setiap bulan, paling tidak dapat bantu suami, dpt ringankan beban suami dan juga dapat kukuhkan lagi ekonomi keluarga. Itu yg penting!!

Kelebihan yg lain, ada "dunia" lain selain rumah tangga, ada ramai kawan, ramai kenalan, tahu perkembangan negara/ dunia.

Juga lebih berdikari.. boleh buat byk benda sendiri (boleh pergi ke mana-mana sendiri ~ kedai, bank, hospital dll). So, tak terlalu bergantung pada suami.

Selain itu, mempunyai banyak peluang utk pergi ke mana-mana, mungkin ke luar negara utk menghadiri kursus dan seminar.

Dan kalau jadi apa2 dgn rumah tangga (KALAU ok) ataupun KALAU suami lebih dulu dijemput TUHAN takle begitu sasau (berbanding seorg suri rumah yg tiba2 hilang tempat bergantung).

Yang tak bestnya cuma kurang masa dgn anak je la, yer la sehari2 keja. Keluar pagi balik lewat ptg/ malam dgn otak dan badan yg penat. Belum lagi kalau kena gi outstation/ kursus ke apa.

Tak dpt tgk anak membesar depan mata 24 hours. Tgk2 anak dah boleh meniarap, merangkak, berjalan di rumah pengasuh...

Lagi satu "keburukan" mungkin juga jadi boros, yer la sbb ada duit sendiri, boleh beli apa yg nak. Tengok aje apa yg berkenan, boleh beli dan bayar. Mungkin kurang mengenal erti jimat cermat (nak dibandingkan dgn seorg suri rumah sepenuh masa).

Mungkin juga, MUNGKIN jadi kurang menghormati suami.. Yer la, bila si isteri berpangkat besar dan bergaji besar. Suami pun fikir byk kali nak tegur sang isteri kalau ada apa2 yg tak kena.. huhu... Sape mau jawab?

Oh ya, satu lagi risiko jadi FTWM adalah mungkin suami jadi kurang peka dan kurang bertanggungjawab. Kes sebegini byk juga berlaku. Yer la, bila isteri dah ada duit sendiri, suami jadi tak berapa nak hulur duit plak, tak berapa nak bertanggungjawab bila mana si isteri boleh urus semua perkara (cth: hantar amik anak sekolah, bayar itu ini dsb)...

Yg penting jadi FTWM kena pandai jaga diri, kena jaga aurat dan batas2 hubungan dgn lelaki...

Ada sesiapa nak tambah/ bg pendapat? Silakan...

SAHM (stay-at-home-mother)

Adalah ibu yg duduk di rumah, ataupun suri rumah sepenuh masa...

Kelebihannya dpt uruskan anak2 dan rumah tangga dgn sehabis baik. Dpt menyusukan anak secara direct sehingga anak 2 thn. Blh main masak2 dan cuba resepi baru.. Bila ngantuk boleh tidur.. haha..

Yg paling utama dapat jaga anak2 dgn tangan sendiri la. Dapat bg anak makan makanan yg dimasak sendiri dan dapat ajar anak2 di rumah (buat homeschool). Dapat pantau perkembangan n prestasi anak secara menyeluruh, dpt tgk dia buat kerja sekolah dsb.

Yg tak bestnya takde duit sendiri la... Hanya mengharapkan duit pemberian suami.. huhu.. Kena pandai2 guna dan jimat cermat. Kalau nak beli sesuatu idaman kalbu (KEHENDAK yg bukan keperluan), maybe kena simpan duit sampai cukup dulu.. haha. Boleh ajer nak mintak dgn suami tapi ada juga jenis yg tak suka meminta/ tak mahu menyusahkan suami.. huhu..

Kelemahan/ kekurangan yg lain mgkin terlalu bergantung pada suami.

Semua kelebihan yg ada pada FTWM tadi mgkin jadi kekurangan/ cabaran pada SAHM.

Mungkin juga ada suri rumah yg rasa rendah diri (sbb tak kerja).. Padahal suri rumah juga adalah satu karier yg bukan semua org boleh buat, menurut Dr. HM Tuah. Mereka juga menyumbang kepada negara (dgn menyokong suami hingga berjaya dlm pekerjaannya, mendidik anak2 jadi manusia berguna dsb). Ingat: Di sebalik kejayaan lelaki, ada seorg wanita (haha.. tiba2 plak)..

Suri rumah terhormat??? Mereka adalah wanita2 yg berpelajaran tinggi tetapi tidak bekerja/ melepaskan jawatan setelah beberapa thn bekerja dan memilih utk duduk di rumah semata2 utk menguruskan anak2 dan rumah tangga. Mereka adalah educated housewife..

Satu cabaran menjadi suri rumah, yer la bila bergantung 100% pada suami, kalau jadi apa2 pada masa depan kena bangun berdikari mencari rezeki utk membesarkan anak2.. Tp ramai juga ibu tunggal yg berjaya, yg asalnya dr suri rumah yg tidak tahu apa2.

Selain itu, jadi suri rumah ni kena bergelumang dgn kerja rumah yg tak pernah habis, cth: basuh pinggan, basuh kain, angkat kain, lipat kain, sapu lantai, mop lantai dsb. Mmg kerja yg tak pernah habis. Mungkin juga sampai begitu mengabdikan diri pada rumah tangga, hingga tak dpt nak bercantik2, bersosial, tgk dunia luar dsb... huhu..

Bila anak2 membesar bawah ketiak kita ni, mereka jadi tak nak langsung dgn org lain dan langsung tak boleh berenggang, nak berkepit dgn kita ajer 24 jam... terutama jika fully direct bf. Ini jadi "masalah" bila ada hal urgent dan terpaksa tinggalkan anak sekejap. Ini berlainan dgn anak yg mmg duk dgn pengasuh, mereka mungkin lebih berdikari.

Cabaran lain MUNGKIN juga terpaksa hadapi beberapa sikap suami. Yer la, ada suami yg begitu berkira, kedekut dan suka mengungkit. Malah, ada yg memandang rendah, menipu dan memijak2 isteri yg tidak bekerja (terutama isteri yg sgt lurus, taktahu apa2 dan hanya mahu korbankan hidup utk anak2 dan suami.. Ohh sungguh kesian). Semoga Allah bersama mereka yg ikhlas!

JADI, APAKAH PILIHAN ANDA?

Nota saya: Adakala kita boleh memilih, tetapi kebanyakan dari kita tidak mempunyai banyak pilihan....

(bersambung... insya Allah)

Friday, May 21, 2010

Gendong bayi di Harian Metro

Hari rabu (kemarin lagi) tp nak letak jugak....

Farrah Rahim (gambar di atas)

Utk baca artikel penuh (dari myMetro) sila klik di sini.

Artikel lain (dari Berita Harian online) klik di sini.

Tak dapat dinafikan penggunaan gendong bayi/ babywearing semakin mendapat tempat di hati ibu2 (dan bapa2) di Malaysia kini. Mungkin kerana penggunaannya yg lebih praktikal, bergaya dan banyak kelebihannya...

Pelbagai jenis gendong bayi moden boleh didapati hari ini, terutama yg dijual secara online.

Malah, wujud pula komuniti Malaysian Baby Wearers kini...

Mari kita sama2 gendong bayi kita...

Award dari Marsha

Ni pun nak langsaikan hutang ni. Award ini diterima daripada Marsha...

Thank you so much ya marsha!!


[1]. Copy dan pastekan pada blog korang.
[2]. Buat 1 Entry Tentang Award ini.
[3]. Ucap Terima Kasih dan letak link pemberi award pada entry tersebut.
[4]. Senaraikan 5 blogger sebagai penerima Award.
[5]. Beritahu penerima Award supaya dia tahu yang dia adalah penerima Award

Seterusnya saya ingin panjangkan award ini kepada rakan2 blogger yg baru dikenali,

1. Nadiah Sidek
2. Elly Hamzah
3. rynas
4. Kauthar
5. ibunafis

Harap sudi terima :)

Wednesday, May 19, 2010

Macamana nak buat 3 column?

Huhu.. Dah lama nak buat 3 column... and nak tukar background blog sy ni... Dah lama sangat pakai background ni (dari awal2 dulu lg)... Sy ok jer dgn background ni.. Suka sbb simple n cam tenang jer, tak serabut n tak sakit mata nak baca.. haha... Tp takut korg la boring!!

Mcmana nak buat 3 column ya? Nak amik template yg 3 column takut abis jd kucar kacir/ hilang gadjet dekat side bar tu... Nak edit html code lagi la takoot (walaupun blh buat back-up dulu).. huhu..

So ada sesiapa boleh tolong? Ada cara senang tak? Lagipun bukannya ada masa nak godek2 ataupun nak try n error benda ni.. huhu..

p/s: Walaupun blog sy ni biasa2 jer, tak gempak mcm blog org lain tapi sayang tau?!! hikhik.. Byk benda diluah, dicatat, di'abadikan' dlm ni.. Kalau blog ni tiba2 hilang mcm blog Ida yg hilang sekejap aritu mau huru hara... huhu..

Award dari husna

Nak selesaikan hutang.. Dah lama dpt ni.. huhu

mamasayangiman.blogspot

AIMNA ONLINE STORE

Thank you yer husna.. Semoga murah rezeki!! Friends forever, biarkan belum pernah bersua muka...

Bayi ditanam pula...

Entah apa nak jadi dgn dunia skg.. Khususnya di negara kita dan bangsa kita sendiri.. huhu.. yg terbaru dlm suratkhabar hari ni (smlm hari selasa), mayat bayi pulak ditanam dekat Sungai Melaka. Bayi yg lahir dr ibu bapa yg berusia 15 dan 19 tahun!!! Ya Allah.. Sungguh kejam dan tidak berhati perut!!

Sblm ni dah byk sgt kes buang bayi. Ada yg dibuang dekat sampah, dlm semak, dibuang ke dlm lubang jamban, ke dlm longkang, dihanyutkan ke sungai, DIBAKAR, dibiarkan mati begitu sahaja dsb... Rasa mcm mereka yg melakukan itu semua tidak layak dipanggil MANUSIA!!

Kesimpulannya satu sahaja, adakah penzinaan begitu berleluasa???

Sampai bila kita nak terus dgr berita sebegini dan mengeluh, dgr berita dan mengeluh, dengar lagi dan mengeluh... Apa yg boleh kita lakukan utk hentikan SEGERA perbuatan zalim dan kejam ini???

Yg pasti, semua manusia akan dipertanggungjawabkan atas perbuatan masing2... Tunggulah hukuman dari Yang Maha Kuasa!!

p/s: Hairan yer... Nape mcm takde org perasan mereka ni ngandung? Mak bapak depa pun boleh tak tahu anak ngandung... Cikgu2 dekat sekolah.. Jiran2.. Takkan takde org nampak perut buncit lain mcm...

p/s: Tak pernah rasa begitu emo sblm ni...

Tuesday, May 18, 2010

Akhirnya mendaftar jugak dgn MBP



Haha... Setelah setahun lebih jadi mom blogger ni baru mendaftar dgn Mom Bloggers Planet.. Korang dah ke? Kalau belum, meh join...

Where Moms Unite

p/s: Seronok tgk diorg wat gathering..

Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru!!


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca....

(dipetik drp sajak Allahyarham Sasterawan Negara Usman Awang yang bertajuk “Guru oh Guru” pada tahun 1979)...

Sesungguhnya jasa dan pengorbanan seorang guru hanya ALLAH SWT sahaja yg bisa membalasnya...

Terangilah hati anak bangsa dgn ilmu... agar mereka dapat membezakan antara gelap dan terang, antara hak dan batil, antara benar dan palsu, antara mimpi dan realiti.... Antara mahmudah dan mazmumah, antara dosa dan pahala dan.......... antara TUHAN dan HAMBA, yg tiada bersekutu namun tidak bercerai........................

Agar mereka dan kita semua dapat kembali kepada Sang Pencipta dengan rasa CINTA dalam jiwa..............

SELAMAT HARI GURU!!

Terutama kepada ummi saya, adik saya, makcik2 dan pakcik2 saya, kawan2 yg bergelar guru dan anda semua (kerana kita juga adalah guru kepada anak2 kita........)

Tidak lupa juga kepada semua guru yg pernah mengajar saya dari saya kecik hingga saya besar (huhu), secara langsung mahupun tidak, hanya ALLAH yg dapat membalasnya....

Saturday, May 15, 2010

Beberapa tips utk ajar anak membaca


1. Jadikan sesi pembelajaran yg menyeronokkan (play n learn), dgn masa dan keadaan yg sesuai.

2. Jgn gunakan kaedah yg sama jer (ajar dari buku semata2). Cuba tukar2 cara, gunakan whiteboard, flashcard/ kadbod, susun suku kata, mewarna huruf/ gambar yg berkaitan, guna plastisin, menyanyi dll. Kalau dapat buat slideshow pakai flash lagi bagus.. huhu. Anak sy zukhruf dulu, saya taip perkataan/ cerita pendek dekat komputer (guna MS WORD jer) n suruh dia baca...

3. Belajar tak semestinya dekat rumah jer. Kalau keluar gi mana2 (taman, restoran, supermarket) atau dlm kereta, kalau jumpa papan tanda/ tulisan apa2 suruh la anak kita baca. Kalau anak sy Zukhruf dulu, dia yg akan tunjuk kalau jumpa apa2 tulisan. Kalau dia tak boleh baca, dia akan tanya kita, dia tulis apa tu umi?

4. Ajar anak kita baca bahasa yg digunakan di rumah dahulu. Cthnya, kalau guna bahasa melayu, ajar dia baca bahasa melayu dulu. Kalau guna english, ajar dia baca english dulu (lps tu baru BM). Tak digalakkan ajar baca BM n BI sekali gus. Mcm saya, saya ajar anak sy baca BM dulu (yer la, dah cakap melayu kat rumah.. huhu)..

5. Sebaik2nya nak ajar mereka biarlah konsisten. Cthnya 10 minit 2 kali sehari, setiap hari.. Bukannya hari ni sekali, esok 3 kali lps tu minggu depan pulak... Takpun sebulan lps tu pulak baru ajar balik.. huhu. Budak2 ni ada yg cepat ingat tp cepat pula lupa...

6. Kena byk ulang (benda yg sama) hingga mereka betul2 ingat.. Bila dah ingat, mereka akn 'store' dlm otak sampai bila2. Dato' Dr. Fadzilah Kamsah pun pernah cakap, budak2 yg genius pun perlu diulang benda yg sama sampai 200 kali baru 'lekat' dlm diri mereka!!!!

7. Kena ada reward/ pujian. Kalau anak kita dah habis buku 1 / dah boleh ingat beberapa suku kata, beri mereka pujian / reward mereka dgn hadiah yg sepatutnya. Budak2 memang mahukan pujian, walaupun apa yg mereka buat tu ape sgt la bg kita.. haha..

8. Jgn bandingkan mereka dgn budak2 lain. Cth, jgn cakap, tgk tu kakak kamu, 4 thn dah blh baca lancar... Anak Pakcik Mail tu pun 5 thn dah blh baca kamus... huhu... Budak2 sgt tak suka dibandingkan dgn org lain... Mereka adalah mereka. Setiap anak mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing2...

9. Gunakan pendekatan yg terbaik. Kita lebih mengenali anak2 kita.

10. Mesti byk sabar dan jgn putus asa...

11. Bila mereka dah boleh baca (sikit2), belikan mereka buku2 cerita yg baik ataupun suruh mereka pilih buku cerita yg mereka mahu, sbg cara utk galakkan mereka membaca.

Semoga anak2 kita menjadi manusia yg ulat buku.. Insya-Allah...



p/s: Sekadar ingin berkongsi sedikit pengalaman dan hasil pembacaan saya.

Ajar anak membaca (part 3)

Wah, nak sambung lagi tu.. sampai part 3 dah ni...

Perlu ke ajar anak membaca seawal usia?

My opinion, pendapat saya la... Mmg kena ajar anak kita membaca... At least umur 6 tahun dah boleh membaca dgn lancar.... Sbb apa? Sbb skg ni cikgu2 sekolah rendah expect semua yg masuk darjah 1 dah pandai baca... dan apa yg sy tau, masa nak masuk darjah 1 (sekolah kebangsaan) biasanya ada ujian utk tgk tahap budak tu, utk susun kelas... Maknanya budak yg berprestasi tinggi (dah blh membaca, mengira) akan duk 1 kelas... dan yg kurang/ belum menunjukkan prestasi yg baik akan duk kelas lain... Sudah tentu kita tidak mahu anak2 kita ketinggalan dari budak2 lain yg seusia mereka...

Lagi pula, dah mcm satu keperluan zaman ni, anak2 kita kena lebih advance drp kita dulu... Yer la, budak2 skg umur 3 thn dah pandai main komputer.. Kita dulu komputer pun tak kenal masa umur 3 thn... huhu..

Cuma bg saya la.. Jgn sampai terlalu menekan si anak tu dah la.. Jgn push / paksa dia... Yg penting, guna pendekatan dan cara yg betul... Jgn sampai marah/ rotan/ pukul/ denda kalau dia tak dpt baca / tak dapat abiskan satu2 sesi tu... Mereka masih budak.. huhu... Sbb ada jugak ibu bapa yg terlalu obses nak anak pandai ni...

Apapun niat kita kena betul.. Bukan nak menunjuk kat org yg anak kita kecik lagi dah pandai baca buku... huhu... Kita ajar anak kita membaca sbg persediaan / bekalan utk dia melalui kehidupannya, supaya dia tak buta huruf!!

Daripada apa yg sy jumpa, ada beberapa kaedah/ sistem utk ajar anak membaca (selain Bacalah Anakku dan Suriaku)...

- AMEEN (CEPAT BACA)

- BACALAH SAYANG

dan yg terbaru (masih baru) adalah kaedah e-Xra.

Apa itu e-Xra? e-Xra ialah singkatan kepada 'eclectic-Express reading approach'. Ia merupakan satu teknik membaca cepat melalui pengecaman bunyi suku kata tanpa perlu mengenal huruf dan mengeja. Kanak-kanak membaca sejurus mengenal dua suku kata yang pertama. Kaedah ini memudahkan ibubapa dan guru mengajar anak-anak membaca dengan lebih berkesan, sistematik dan cepat! (diambil dr laman webnya).

Juga blh tgk briefing e-Xra di sini.

Saya sendiri belum ada kesempatan nak teliti satu2 sistem/ kaedah pengajaran tu.. Insya-Allah, saya akan cari maklumat lagi... Apa yg pasti, semua kaedah ada kelebihan masing2... Mungkin kaedah A sesuai dgn anak kita, tak sesuai dgn anak org lain; manakala kaedah B sesuai dgn anak org lain, kurang sesuai dgn anak kita.

Ini kerana ada jugak yg mengatakan kaedah mengeja (mcm zaman kita dulu2) adalah yg terbaik... Taktahu la sbb apa.. Bg saya la, kalau utk budak yg genius mgkin takde masalah nak hafal ABC dulu n nak mengeja. Tapi bkn semua budak jenis sekali ajar terus masuk; bukan semua budak sekali je tunjuk huruf A, terus ingat itu huruf "A"... Jadi, kita perlukan alternatif lain (kaedah fonik).

Mungkin jugak mereka ingat budak yg guna kaedah fonetik (boleh baca) tapi tak kenal huruf. Lorrrr.... lepas tu kenal la huruf... Malah budak yg guna kaedah fonetik rasanya lebih cepat kuasai penulisan / ejaan. Mereka akan tulis ikut sebutan (mereka akan recall huruf yg memberikan bunyi sebutan tu).

Dan, satu lagi persoalan:

Bila nak mula ajar anak2 membaca? Umur berapa tahun?

Mcm yg saya cakap sblm ni, sejak dari mereka kecil (baby) lagi la cuba tanamkan minat mereka pada buku. Kalau beli mainan pun mainan yg ada unsur education ataupun mainan yg blh stimulate otak, mata, telinga mereka...

Utk mula ajar anak membaca secara lebih formal, saya rasa bila mereka dah 3 tahun dah boleh mula... Mcm Bacalah Anakku mmg utk umur 3 tahun lagi... Ataupun 4 tahun... Sbb kalau 5 thn baru nak mula, kita pun akan cepat stress dan mula la nak push mereka kalau mereka "lambat jalan"... Paling tidak, umur 6 tahun mereka dah boleh kuasai 3M tu, membaca, mengira dan menulis... Insya-Allah mereka takde masalah bila masuk sekolah rendah nanti...

Kata2 dari pengasas Bacalah Anakku, LITERASI ADALAH HAK SEMUA KANAK-KANAK, BUKAN SATU KELEBIHAN!!

Friday, May 14, 2010

Ajar anak membaca (part 2)

Sambungan dari entry sblm ni...

Secara umumnya utk ajar anak kita membaca (rumi) ada 2 kaedah, kaedah konvensional (ajar ABC dulu then ajar mengeja). Satu lagi kaedah adalah kaedah fonik/ fonetik ni la. Kaedah fonik ni sebenarnya dah lebih 10 thn di Malaysia, tapi kira masih baru sbb ramai lagi taktahu... Antara yg terawal menggunakan sistem fonetik (founder sistem ni di Msia) adalah Bacalah Anakku.

Saya mula 'tahu' sistem fonetik ni sbb Bacalah Anakku la... Adik saya yg no. 6 (Wani) adalah yg pertama dlm keluarga kami guna sistem Bacalah Anakku (sblm tu semua org pakai sistem mengeja). Masa tu dia 5 thn n skg dah Tingkatan 2 (14 thn). Lepas tu adik saya yg bongsu pulak, Amir guna Bacalah Anakku n Read Easy masa umur 5 thn (skg dah darjah 6).. Masa tu Bacalah Anakku dah mulai famous...

Siri cepat membaca Bacalah Anakku telah dicipta oleh Puan Nik Eliani dan suaminya, kerana seorg anak mereka lambat boleh baca (yg lain semua cepat blh baca). Mereka telah cuba pelbagai kaedah hingga terhasil la sistem ni... Jadi pd awalnya sistem ini hanya utk diajar pd anak mereka itu (anaknya tu pun mgkin dah besar skg).. Begitulah ceritanya...

Kalau ikut sistem fonetik ni, kita tak perlu ajar anak kenal huruf ABC satu2.. Takyah ajar nama huruf sampai mereka ingat, sbb kita akan ajar bunyi huruf. So kalau ajar nama huruf mereka akan konfius...

Contohnya dlm buku 1, mereka akan dikenalkan dgn "a" dgn bunyi aaaaa.... Kita tak sebut "A"... Lps tu bunyi "iiiii" utk huruf "i" dan bunyi "uuuu" utk "u"... Lps tu bunyi huruf "b" (disebut "beh") dan "n" (disebut "nnn")...

Masa ajar bunyi huruf tu kita kena sebut betul2 bg anak kita dgr dgn jelas bunyi huruf tersebut (bg mereka tgk pergerakan mulut kita). Kalau sebut "aaa" mulut mesti nganga, kalau sebut "iiii" mesti nampak gigi (haha).. Kalau sebut "uuu" mesti muncung sket mulut... (huhu)

Lps tu dlm buku 1 lagi mereka akan diajar gabung bunyi... Bilamana b ("beh") bertemu/ digabung dgn a ("aaaa") akan jadi bunyi "baaa" (panjang sket sebut).. Begitulah seterusnya..

Seronok jugak, sbb dlm buku 1 lagi anak2 kita dah boleh baca perkataan mudah mcm:
ini ani, ini abu, ini ibu, ini ibu ani, ini ibu abu (lebih kurang mcm tu la yg sy ingat)....

Masa gabung bunyi tu la bantuan flashcard amat diperlukan, sbb nak tunjuk huruf b (bunyi beh) jumpa dgn huruf a (bunyi aaaa) utk jadi baaaaa... Budak2 akan faham. So, bila jumpa "ba" (lps2 tu) mereka akan terus sebut "baaa"...

Kalau tak silap saya ada lagi siri cepat membaca yg lain, rasanya Bacalah Sayang ke gitulah... pun menggunakan sistem fonetik...

Sistem fonetik ni mmg terbukti keberkesanannya, dah ramai yg boleh baca guna sistem ni... Kalau budak2 yg lambat boleh baca, yg darjah 1 atau darjah 2 belum blh baca tu amatlah dicadangkan guna sistem ni... Kalau betul2 usaha 2-3 bulan dah boleh baca...

Dekat sekolah ummi saya tu (sekolah rendah ugama al-hilal), ada budak2 yg masuk darjah 2, darjah 3 yg belum blh baca (darjah 4 pun ada!), yg dari sekolah kebangsaan tukar sekolah ni nak suh pandai baca (sbb sekolah swasta, ibu bapa mngharapkan cikgu dpt bg perhatian lebih kat anak mereka).. Lps tu anak mereka pun boleh la baca (dgn latihan intensif guru2)... Alhamdulillah...

Puan Misra yg buat siri mahir membaca Suriaku tu adalah antara yg terawal menggunakan sistem Bacalah Anakku di Kelantan ketika itu. Anak beliau sendiri boleh baca rumi dan jawi dalam usia 3thn+ ketika itu (sy sendiri pernah tgk anaknya baca suratkhabar masa tu, lebih 10 thn yg lalu).. Anaknya tu pun dah besar skg.

Puan Misra dah lama menggunakan sistem Bacalah Anakku di tadikanya.. Ntah berapa kali beliau hadir ke kursus sama yg dianjurkan oleh Read Network (Bacalah Anakku) semata2 utk memantapkan skill/ kemahirannya... Masa saya attend kursus pd thn 2006 tu pun jumpa beliau, padahal beliau dah master ajar Bacalah Anakku...

Jadi Suriaku lahir daripada Bacalah Anakku juga... Mungkin utk memperbaiki kelemahan yg ada pada Bacalah Anakku (jika ada) ataupun utk memudah dan mempercapatkan lagi budak2 blh baca...

Dlm sistem Bacalah Anakku ada mcm2 aktiviti yg boleh kita gunakan utk ajar anak2 kita.. Mmg seronok... Lagu dia pun ada, yg abu ada ayam tu... Utk Read Easy cory cat... Kita pun kena nyanyi sama ngn budak2 tu... (saya sebenarnya pernah ajar Read Easy utk budak2 kelas pra dulu.. huhu)..

Sape2 nak tahu lebih lanjut psl sistem fonetik Bacalah Anakku ni boleh la google. Rasanya dekat youtube pun ada...

Oh ya, sistem utk ajar budak2 baca Quran skg ni, sama ada Iqra', Qiraati mahupun Al-Furqan semuanya juga menggunakan sistem fonetik, di mana takyah mengeja (alif baris atas "aa")... Bila tgk jer alif baris atas, terus sebut "aa" (terus cam dan sebut)...

Cuma skg ni saya tak pasti sistem yg digunakan di Smart Reader.. Tp apa yg saya dgr, sistem fonik/ fonetik juga.. Sape2 yg ada hantar anak ke Smart Reader mungkin blh share sistem yg digunakan mereka...

Wednesday, May 12, 2010

Ajar anak membaca di awal usia

Dah lama nak buat entry ni tapi ni baru ada masa dan kesempatan (susah nak ngadap komputer dgn auliya skg, asyik berebut dgn dia jer.. Aku tekan keyboard, dia tekan mouse. Lps tu naik ats meja tepuk2 skrin komputer.. huhu).

Just nak share sedikit info/ pengalaman macamana ajar anak membaca di awal usia.

Anak saya Zukhruf pun bukan la cepat sgt boleh baca (skg ni ramai jer umur 3 thn+ dah boleh baca). Tapi sebenarnya budak mcm Zukhruf mmg berpotensi utk membaca lebih awal lagi, cuma saya yg tak begitu bersungguh.

Sebenarnya kita boleh ajar anak 'membaca' seawal usianya lagi. Nak kata sejak dari lahir tu awal sgt kot. Mungkin ketika anak berusia 8-10 bulan ataupun 1 thn dah boleh mula ajar dia.. Bukan ajar mengeja, tapi ajar dia supaya suka dgn buku. Bagi dia 'main' dgn buku2 seperti cloth book yg dibuat drp kain tu.. Bacakan cerita ringkas utknya (sambil tunjuk gambar)...

Ataupun tunjuk gambar haiwan dlm buku dan buat bunyi haiwan tersebut dgn ekspresi muka (hahaha) dll... Mungkin dah boleh mula belikan buku bergambar yg kertas keras n kalis air tu ataupun mula gunakan flashcard bergambar.. Ni bukan ajar ABC lagi ni yer...

Seperti yg kita tahu, otak bayi dan kanak-kanak sgt pesat perkembangannya, rasanya paling pesat ketika umur 1-3 thn... Rugi sgt kalau kita tak berikan input yg baik ketika ini...

Drp pengalaman saya, kanak2 sangat berminat dgn haiwan/ binatang. Jadi, lebih baik kita beli buku2 yg ada gambar haiwan ni utk menarik minat mereka terhadap buku. Lps haiwan, kenderaan. Mmg mereka minat n suka tgk lori, bas, kereta 'sodok' dll... Bila kita tunjukkan gambar dlm buku dan kemudian jumpa bas/ lori tu mereka akan cepat2 'relate'...

Saya mula mengajar anak saya Zukhruf membaca (secara lebih formal) ketika usianya 3 tahun 3 bulan... Saya gunakan buku Bacalah Anakku ketika itu (seperti gambar). Ketika usianya 3 thn 7 bulan dia dah sampai buku 6, dah boleh baca 2 suku kata terbuka seperti saya, suka, cuba, nama, mata, kaki, buku, bayi dll...

Masa ajar Zukhruf baca tu saya guna jugak kad2 utk cantum suku kata tu.. Dia mmg suka!! Lepas tu buat byk2 perkataan suruh dia baca. Ataupun kita sebut perkataan n dia susun kad tu dll la.. Ada byk aktiviti utk ajar anak membaca sambil bermain ni (play n learn). Pandai2 la.. Boleh jugak refer panduan yg dicadangkan oleh penulis buku Bacalah Anakku... yg penting budak2 tu cam huruf dan bunyi yg betul...

Lepas anak saya sampai buku 6, lama saya stop sbb alahan yg teruk (mengandung Auliya).. huhu.. Bila dah 4-5 bulan kot baru ok, then kena ulang balik ajar dia dari buku 1 sbb byk dia dah lupa... Lps tu bersalin n pantang pulak.. Lepas tu sibuk ngan baby.. Kesian zukhruf.. Tapi sy berjaya jugak la ajar dia sampai buku 7 (tinggal 1 je lagi buku). Kiranya dia boleh baca dlm usia 5 thn...

Saya pernah mengikuti kursus Bacalah Anakku/ Read Easy pada thn 2006. Ketika itu sy mengajar di Kelantan. So dapat ikut kursus tu free aje la... Penulis buku itu (Puan Nik Eliani) merupakan kawan kepada ummi saya. Manakala anak beliau pula kawan kepada adik saya Fatin semasa di SMK Zainab 1, Kota Bharu.

Bacalah Anakku adalah siri cepat membaca yg terbukti keberkesanannya. Boleh digunakan utk anak seawal usia 3 tahun. Buku ini menggunakan sistem fonik/ fonetik, iaitu anak diajar bunyi huruf, bukannya huruf tersebut (A, B, C). Maknanya anak diajar utk cam huruf dan bunyi huruf tersebut dan terus boleh baca berdasarkan kaedah gabung bunyi. Kaedah fonik ini adalah satu kaedah natural untuk ajar anak membaca....

Skg ni pulak ada Siri Mahir Membaca Suriaku. Zukhruf guna buku ni pulak dekat sekolah dia, yakni sekolah ummi saya ngajar tu (SeRu Al-Hilal). Siri Suriaku ni ada 7 buah buku jer. Apa yg saya dengar lagi senang dari Bacalah Anakku.


Salah seorg penulis buku ini adalah Puan Misra, org yg sudah lama saya kenali. Juga kawan kepada ummi saya. Beliau byk membimbing guru2 SeRu Al-Hilal menggunakan kaedah Suriaku. Beliau adalah pemilik Tadika Elitsuria (dulu dikenali sbg Child Excel) yg dah 20 tahun berpengalaman dlm pendidikan awal kanak2.

Utk bahasa Inggeris, boleh gunakan siri READ EASY utk ajar anak kita membaca dlm bahasa Inggeris. Anak saya Zukhruf cepat jugak baca guna buku ni. Dia pun seronok...

Utk ajar anak baca Quran pula, mula2 dulu saya gunakan Siri Iqra'. Saya mula ajar Zukhruf sejak umur dia 3 tahun (selang selikan dgn Bacalah Anakkku). Skg ni dia gunakan Siri Al-Furqan ni dekat sekolah.


Siri Al-Furqan ni ada 4 buah buku jer. Lebih kurang jer mcm Iqra', menggunakan kaedah pengecaman bukan mengeja. Alhamdulillah zukhruf dah boleh la jugak baca... Aku pun tak sure dia dah sampai buku berapa al-Furqan ni. Semoga ada peningkatan setiap hari.... Ummi aku cakap Zukhruf tu fast-learner n jenis budak yg peka sgt.. huhu... Budak2 mmg cepat belajar...

Bagi saya la, bukan mudah nak 'handle' anak yg bijak, yg mempunyai semangat inkuiri yg tinggi, yg setiap masa ada je soalannya..... Kita sbg ibu bapa kena siap sedia, sbb kita mendidik anak2 yg akan "hidup" di dunia yg 20-30 thn akan datang, sudah tentu cara didikan utk mereka tak sama dgn didikan mak bapak kita utk kita...

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SIRI CEPAT MEMBACA BACALAH ANAKKU DLL

NOTA SAYA: Mungkin bagi ibu bapa yg kerja dan BERDUIT takde masalah nak hantar anak ke tadika/ kelas cepat membaca yg mahal2... Tapi bagi saya, walaupun kita dah hantar mereka ke kelas berkenaan, luangkanlah juga masa utk mengajar mereka. Tak byk, sikit pun jadi la, asalkan masa yg berkualiti... Kita akan terkejut dgn pencapaian dan kebolehan anak kita... Dan itu adalah hadiah yg sgt bernilai utk seorg ibu!!!

NOTA KECIL: Ingin sekali punya sebuah bilik yg khusus utk ajar anak mcm dekat rumah Farah Sarakids.. Insya-Allah one day... :)

Tuesday, May 11, 2010

Pics Mom & Baby Expo 2010


All pics credit to http://amdtaufik.com/malaysia/2010/05/mom-baby-expo-2010/

Utk tgk lain2 gambar boleh ke blog encik eyriqazz, klik di sini.

Mom & Baby Expo 2010

Pada hari Ahad lps (9.5.10) saya telah berkesempatan ke Mom & Baby Expo 2010 dekat MidValley... Sebelum ni dah pernah ada Parenthood Expo (thn lps n awal thn ni) tapi satu pun tak dapat pegi...

Mmg best la, mcm2 ada... Semua la utk mom and baby.. Dari baju baby, mainan, carseat, stroller, kelengkapan dan peralatan utk breastfeeding, cloth diapers, baby sling, brg2 natural products, laundry ball, playmat pesen baru utk baby dll...

Ada jugak promosi utk tangkap gambar baby n blh buat photobook/ calendar... Dan ada juga taklimat/ penerangan utk buat stem cells tu...

Ramai sgt la org, dah la hari tu last day. Berhimpit2... Nak jalan pun susah..

Ada booth babyLove, Pureen, Fiffy, Pigeon, NUK, US Baby, AVENT, COMBI dll...

Must visit booth bg aku, Tiny Tapir la.. Itu yg nak sangat pegi tu.. Huhu.. Ada jual CD Rumparooz n GroBaby kat situ.. Blh belek2 n pegang2.. Haha.. Bio soaker pun ada (mcm pampers tp biodegradable). Coolababy pun ada gak jual (RM39 satu, ingatkan RM 39 -2). Oh ya, ada CD brand baru Bouncy Baby diapers (bamboo CD, katanya made in Malaysia)... Cloth pad (Mama Patch), sling pun ada dekat booth Tiny Tapir tu.

Ada booth CD Autumnz.. Murah tu offer utk expo hari tu.. Yg jenis minky pun ada (rasanya RM30 jer). Tapi aku actually kureng berkenan dgn Autumnz ni.. Ntah la, nanti la lain kali kasi review CD tu... Dia punya minky CD corak sama jer mcm QQbaby/ Sunny...

Booth CD MyEcoNappy pun ada. Puas hati dpt tgk n dgr penerangan ttg CD tu (sblm ni tgk dlm website dia jer). Dan dapat jumpa owner brand tu sendiri. Rupa2nya MyEcoNappy jenis AI2, dia punya soaker mmg lain dari yg lain, kena lipat 3. 1 bhg/ layer tu dari bamboo n 2 lagi wool/cotton ke gitu la tapi 100 % organic (katanya). Dia punya inner CD pun lain, mmg takpenah tgk. Ntah apa nama fabrik tu, dah lupa. Kelebihan CD ni direkacipta utk baby sesuai dgn iklim negara kita. Harganya? Utk hari tu offer RM101 sahaja (1 CD dgn 2 soaker).

Lagi.. ada booth LilCaliph.com, Fabulous Mom, MLO (Nurturing Concept).. Oh ya, telah berjumpa dgn Puan Kamariah dari susuibu.com dan juga Shida (slingmemama.com). Sempat bertanya ttg cara pemakaian pouch sling yg betul, sbb aku selalu sakit pinggang n belakang pakai tu selama ni. Rupa2nya saiz yg tak sesuai, confirm!

So, apa yg saya beli??? Tak byk pun, stroller COMBI yg berharga 1k+ (slps diskaun), carseat utk Auliya yg juga berharga 1k, mainan2 yg berharga xxx... dan semua saya abis berk-k jugak la... hahaha.. Tipu semata2.. Hanya beli sedikit barang dan cloth book utk auliya.. Tu jer.. huhu.. Yg lain utk cuci mata sahaja.. Suka la dekat itu stroller COMBI. Hmm bila la blh dapat. Tak dpt Combi, MacLaren pun ok la :D...

Suka jugak tgk barangan natural products, dari baby bath, baby oil, baby powder, krim baby n semua2 la dr bahan semulajadi semata2... Mainan baby mcm rattle, teether dan pinggan mangkuk utk baby pun ada dari bahan natural ni.. Ada yg dibuat dari jagung!! Natural products ni adalah selamat, 100% biodegradable n eco-friendly.. Tapi tau2 ajelah.. semuanya BEGITU MAHAL... :(

Ok la, itu saja laporan saya...

Sunday, May 9, 2010

Happy Mother's Day!!



Kepada semua ibu di dunia!!

Jasa dan pengorbanan seorang ibu hanya ALLAH SWT saja yg berhak menilainya.....

Setiap titis kesabaran dan keikhlasan seorg ibu dalam menjaga, mendidik dan membesarkan anak2nya semuanya dihitung oleh ALLAH SWT, tanpa ada satu pun yg tertinggal!!!

Semoga kita di kalangan org2 yg ikhlas... :)

p/s: Tangan yg menghayun buaian adalah tangan yg menggoncang dunia...

Thursday, May 6, 2010

1SuperKids - MBP Family Day.. Jom!!

Alang2 citer psl MommyLyna dlm entry sebelum ni, ni saya nak hebahkan lagi pasal event ni (utk sape2 yg belum tau)...


Event: 1Superkids Club Launching & Family Day
Time: 2 pm – 6 pm
Date: Sunday, 9th May 2010
Fee: FREE!!
Venue: Wisma Bling Lustre, TanMing Boulevard, Tmn Meranti Jaya, Puchong.

Utk maklumat lanjut boleh baca di sini (MomBloggersPlanet) ataupun boleh refer blog MySuperKids.net.

p/s: Mesti meriah ni... Mcm gathering para mom bloggers pun ada...

Nota saya: Teringin sangat nak pegi.. Mengharapkan keajaiban utk turut serta kat sana.. huhu...