1- Teringat zaman mula2 kawen dulu......
.... di mana aku dan en.suami memulakan kehidupan rmh tangga kami di baling. Masa tu en.suami ngajar di maahad tahfiz at-Taqwa n kami duk kat rumah yg disediakan dekat ngan sekolah tu. Hari minggu biasanya kami akan gi ke rumah umi abah (MIL n FIL). Ingat lagi..... kehidupan kami ketika itu amatlah sederhana (skg pun masih lg bersederhana). Masa tu kami ingat nak simpan duit n asyik menyimpan jek! Rumah kami masa tu mcm padang jarak - kosong! Ada peti ais n dapur jek! Tido pun atas toto jek. hiks.
Ckp psl tido atas toto, teringat kata2 mak cheja kpd cheja, "Tgk suta tu, tido atas toto je, jadi jugak anak...." hahahahaha. lucu la mak cheja blh cakap mcm tu. Suta tu pun kwn aku jgk. Dia ckp mmg tido atas toto, malas nak beli katil sbb duk umah sewa... hinggalah dah beli umah sndiri skg ni dah beli la kot katil ek suta....
Masa kat umah baling tu ada je katil, katil yg asrama sekolah tu, katil single budak2 tu...... hahaha.. 9 bulan kemudian (tak sampai pun actually), zukhruf lahir n kami masih duk kat situ sampai zukhruf umur dekat setahun sblm kami berpindah ke kelantan (aku n suami sama2 jadi cekgu pulak)........ Ahh... byk la nostalgia kat baling ni.
2- Tgk tv1 ngan tv2 jer.
Rupa2nya kat baling sampai skg stil tak dpt tv3, ntv7, tv8 n tv9. kalau nak tgk saluran tu kena ada astro la. Aritu kat umah mertua aku tu pasang astro tapi dah stop sbb takde org nak tgk, tinggal mereka berdua jer. Dah la keje. So baru nilah aku ngadap tv1 n tv2. hihi. selama ni jrg sgt la tgk saluran RTM tu, sbb kat rumah aku ni tv1 n tv2 kurang menjadi (yg lain sume terang!). tv2 blh la jugak tgk tp kalau tv1 hancuss tak nampak apa.
So, duk tgk tv1 n tv2 tu baru la aku tahu ada program realiti PILIH KASIH. ingatkan apekemenda la nyer pilih kasih tu...... N baru tahu jugak juara asyik tu utk org asli. hahaha. mula2 aku ingat pertandingan nyanyi biasa ni, tapi dah pelik nape muka diorg ni sepesen jerk. patut la!
Masa kat sana jgk la baru tau ada citer SI CAPEK (hahaha), ada citer indon yg kul 3 tu (kat tv2), tajuknya SUJUDKU. Tgk la jugak hari tu. Si Anissa tu cantik betul. Bagi aku, sgt cantik! Tak sesuai jadi indon, sbb muka mcm org mexico gitu. Oh ya, muka dia mcm muka Yna dalam Pangako Sa Yo dulu la. Ingat tak??? Sama. Aku rasa sume citer indon maknya muda2, tak sesuwaiii jadi mak, nampak cam kakak jer. mcm mama si aliff tu la.... mungkin org indon nak tunjuk yg mak mereka awet muda. hahaha. Skg trend tu terbawa2 ke citer melayu pulak. Mak ngan anak yg hampir sebaya, mcm tak sesuai pun ada!!
Baru tau jgk ada citer RODA-RODA KOTARAYA yg mcm zaman dulu2 tu. GERAK KHAS pun dah lama sangat tak tgk. Masa aku tgk tu psl kisah along. layan jer la, dah takdak cite lain. Oh ya time tgh hari ada cite thailand. cite diorg krew kapal terbang tu. apeke tajuknya. mcm best jugak tp tgk jarang2 jer.
Oh ya pukul 11 pagi ada citer yg ely mazlin dgn zed zaidi tu. Dah lupa tajuknya. Tgk la jugak. Tp tak suka la tgk si azizah mahzan tu. Watak si ely mazlin tu pun tak suka jgk - lembut meleleh sgt!
3- Banyak sgt makan buah.
Hihi. Sume buah aku dah makan musim buah thn ni- durian, dokong, manggis. Durian mmg jumpa yg jenis baik punya!! Rambutan je aku tak sentuh. Aku mmg tak makan rambutan dr kecik lg. Aku hanya akn makan kalau dihiris isinya. Mmg tak reti nak mkn buah rambutan cenggitu, sbb ada 'pulur' kat bijinya tu.
Tak lupa juga, buah cempedak. Sedap sungguh goreng cempedak. Puas hati mkn buah thn ni. Yg aku teringin nak makan pun dah tercapai. Apeke? PULUT DURIAN!!! Aku suka makanan berpulut ni, mcm pengat durian / pisang.
Pulut durian style aku (family aku) adalah terdiri drp durian, santan, pulut n 'nnise' (gula melaka) yg dihiris halus. Kalau mertua aku buh gula. Aku tak suka gula. Kat baling hari tu entah brp kali mkn pulut durian. Dah la aku melepas geram lama tak mkn pulut (sejak lps bersalin). hihi.
4 comments:
alahai...teringat jugak saya masa mula² kawin dulu..saya ikut hubby buat master kat UTP. So kitorg sewa umah kat Tronoh. Tronoh tu sangat la koboinye pekan..memang mencabar minda la.tv? ada la semua channel biasa tuh. Tapi kekadang tv9 tv8 tak clear..ikut cuaca ar. nak pasang astro mcm xmampu, lagipun kitorg sewa tak sampai setahun psl hubby dah nak grad. umah kitorg sama la mcm yang awak citer umah awak tuh. cuma ada tv (zaman saya study lagi), peti ais satu pintu yg sgt leceh nak kena defrost selalu, pastu rak tv (rak buku 3tgkt tuh dibuat rak tv sbb nak save), pastu beli tempat penyangkut baju yg DIY tuh. itu je la. tido sama la atas toto jugak. pastu ada kapet yg mak saya bagi, pastu tikar. Hmm..memang time tu kalu boleh xnak sape² pun dtg ke rumah sbb malu! hihi. nasib baik la dulu hubby ada share wireless internet dgn jiran. Tak la saya bosan tahap sakit jiwa kat umah.itu je la peneman bosan. Pastu, hiburan orang² kat situ: psr mlm! Nak pegi Ipoh, sejam. Nak gi Lumut pun sejam. Setakat nak beli gula sekilo, beli kat pasaraya Halida aje.. ahahaha.. memang kalu dikenang balik taraf hidup time tuh memang syukur sgt² skang ni dah senang sket alhamdulillah.. dulu bukan xboleh beli perabot, mesin basuh semua tu. Cuma kitorg dah tahu kitorg xnak stay lama kat sana. Susah pulak kan kalu nak pindah brg╡ semua tu. Lepas hubby grad, keje belum tahu lagi dapat kat mana.so, to play safe kitorg xbeli apa² la masa tu.hidup macam orang susah zaman dulu².baju² basuh tgn je. (takpe la dok umah atas tanah, nak hang baju menitik pun xde mslh)
hoho...pjg pulak bernostalgia.. tq sebab ingatkan balik asal usul perjalanan hidup saya... hehe.. harap awak tak bosan la baca..
tido atas toto, hehehe sama la dgn jie pun kak long masa kawin dulu..hahaha.
lps pindah rumah sewa baru sibuk nak beli katil dll.
Durian?? best nyer, kenapa tiba2 kepala ku rasa mcm nak makan durian ptg ni..akan kusinggah beli durian tepi jalan (tapi amzar tgh batuk,lupakan jela huhuhu)..
teh ~ hohoho, ni komen terpanjang yg aku penah dapat. hehe.. tak kesah pun mu nak bernostalgia kat sini. itu la, aku masa tu pakai almari plastik ni jer. aah, peti ais pun yg selalu kena defrost tu. buhsan! basuh kain baju pun pakai tangan jer. tp mu ok la jugak ada internet.
jie ~ tido atas toto gak ke dulu? hehe. amzar batuk? ni auliya pun mcm batuk2 sket.
dah bertahun tido atas toto masa duk umah sewa bujang2 dulu.hee...mmg koboi abis la..pas kawen duk ngn mak mertua pulak..skg plak tido atas toto balik bila zharif mcm xnk share katil dgn dia dh!kihkih
Post a Comment