Tuesday, August 11, 2009

Me and the selesema tuttt....

Berita hari ni, H1N1 dah masuk ke istana kuantan....

Huh... makin menjadi2 itu selsema tuttt, bab kata senor selsema BAB1.

Masa awal2 wabak ni sampai ke Malaysia aku buat dek jer. Tak sangka boleh spread sampai cam ni. Huh. And tak sangka jgk semakin ramai yg meninggal...... Kesian mereka dan keluarga mereka. Takziah diucapkan...

Nak salahkan sape yerk??? Salahkan yg mula2 bawak ini wabak boleh ker???

Sejak meningkatnya kes kematian ni barulah aku mula 'cuak'. Baru rasa takut. Baru rasa nak baca info kat intenet n dgr berita serta pengumuman kat tv. Baru lebih aware. Sblm ni buat selamba rilek jer. N byk yg aku baru tau.

So the H1N1 ni sedikit sebanyak telah mengganggu-gugat kehidupan aku. Nak keluar umah pun kena pk byk kali. Nak gi shopping complex apelagi. Nak gi pasar depan umah aku ni pun kena gi dgn penuh waspada..... Dah la nak posa, nak raya ni. Huh! Time ni la org nak bershopping (SALE!!), nak beli segala mcm keperluan raya tp ni pulak jadinya.

Ada yg kata BALA. Aku no komen. Mungkin satu peringatan dari TUHAN agar kita tidak begitu alpa. Bagi aku, mungkin ALLAH nak kita sama2 fikir n kerjasama (bak kata wonderpet) utk selesaikan isu ni ~ dgn menolak segala perbezaaan fahaman n sentimen politik.

So, bila dah merebak wabak ni mcmana nak hentikannya?? Itu yg aku duk pk. Maknanya yg infected tu mmg kena kuarantin betul2 la. Ni aku dgr, ada yg kuar jenjalan lagi. *&**%$#!&~

Aku rasa bila dah merebak ni susah la nak bebas balik. Nak bagi zero balik kes ni kat Malaysia, nak bagi dpt isytihar bebas H1N1 ni tunggulah berapa bulan lagi.... Huhu. Malaysia dah tak selamat utk kita dan anak2 kita.....

Menurut adik aku mardiah, org yg kena H1N1 ni mmg seksa la sblm meninggal. Aku ingatkan terus meninggal cam tu jer, rupanya tidak!! Org yg kena ni akan menggelupur (mcm BAB1 nak mati kot) sbb tak tahan sgt sakit (sesak nafas) ~ sampai cakap "mati la... mati la ...."

HUHU.... kesiannya...

Yg agak boleh lawan ini penyakit adalah lelaki dewasa. kalau budak2 n ibu mengandung tu mmg agak lemah la ketahanan melawan ini penyakit.

Apapun aku doakan this H1N1 dijauhkan sejauh-jauhnya daripada keluarga aku, kawan2 dan kita semua la...... Nauzubillah...... Mintak jauh... Semoga Allah segera bebaskan negara kita daripada segala wabak penyakit berjangkit.... AMIN.

NOTA: Bagi korang yg terpaksa juga gi shopping complex n naik kenderaan awam tu hati2 la bila pegang cam bakul, troli, tangga, tempat pegang dlm bas n lrt tu n sume2 la yg org ramai pegang tu. Then balik tu baik terus mandi, bukan setakat basuh tangan jer! esp yg ada anak kecik ni. Wabak ni spread melalui cecair (yg kuar ketika bersin, batuk n bercakap) n boleh masuk melalui mulut, hidung n mata.


2 comments:

cik.ixora.boutique said...

auwww..scary dih? huhu ari2 naik 6 kes mati..up to today 44 dh..sigh..nauzubillah...

huhu yo ko..seksa nyo..iyo laa, sesak nafas..ouch! mitok jauh sgt2...

p/s: utk ari raya nih, bleh laa beli online hehe :D

kaklong nuzula said...

senor ~ itu la, scary sungguh! mesti laku kedai online mung sbb semo org takut nok tubik nati. hihi. aku dah visit kedai mung. nanti aku add dlm bloglist.