Monday, August 17, 2009

Imbas kembali: Zukhruf n solid food.

Ini bukan gambar zukhruf!

Masa zukhruf dulu aku stat bagi dia makan (mula perkenalkan solid food) masa dia 5 bulan. Masa tu kalau ikut klinik, blh mula bg makan masa 4-6 bulan. Skg ni jerrr 6 bulan baru blh suap makan (hanya susu ibu SAHAJA sehingga 6 bulan ~ sbb perut baby tak dpt proses selain susu ibu sblm 6 bulan -katanya).

So, masa zukhruf dulu mula2 aku bg dia air didih nasi ~ air yg diambil ketika nasi tgh mendidih tu. Aku pun taktau apa rasionalnya, tapi FIL la yg cakap ~ ikut kata org tua2. Actually FIL n umi aku cukup arif ttg the-orgtua2-cakap ni............

Lps tu bg la bubur nasi ~ nasi yg dimasak n diblend halus. Mula2 kasi agak cair ~ semi solid. Oh ya, nasi baby ni org kedah panggil "moi". Masa tu kan kami duk kedah...

Bg tu Zukhruf terus pandai makan!! Dulu bagi jugak nestum ~ yg NESTLE tu. Seingat aku pagi mkn nestum. Tgh hari n petang makan nasi (bila dah 3 kali mkn ni). Mula2 makan sekali sehari, then 2 kali n lps tu 3 kali la.

Aku rasa la kena ada gak nestum, in case gi mana2 tak sempat nak masak ker. Itu la yg paling senang bila anak dah kelaparan tu....... Huhu. Tapi seboleh mungkin kasi nasik la kat dia.

Masa Zukhruf dulu selalu bg bubur nasi+ ayam+ carrot@ sawi, takpun nasi+serbuk ikan bilis. Ada gak bagi puree kurma, puree kentang, labu.... Entah la, aku pun dah lupa dah apa yg Zukhruf makan dulu........

Masa bulan puasa bagi dia bubur lambuk. Masa tu dia dah blh mkn makanan yg tak berapa hancur, cam bubur lambuk. Dia suka!!

Ni tak sabar rasanya nak suap Auliya. hiks. Actually aku dah 'curi-curi' bg dia isi kurma yg lembut tu. Alaaa... kasi sikit jer. Dia hisap..... n telan!!!! Ohoooo, dah boleh telan yer!!! Itu tandanya baby dah ready utk makan. Kalau tak ready lagi dia akan 'kehek' (keluarkan balik). Syok pulak tgk muka dia pelik masa tgh 'merasa' kurma tu. Hihi.....

Skg ni aku duk cari maklumat pasal solid food utk baby ni ~ sbg persediaan utk auliya. Cari resepi. Duk baca kat blog ibu2 yg dah berpengalaman. Aku tgk ibu2 yg kerja buat byk2 solid food tu (cam utk seminggu) n freezekan (mcm ebm!).

Ni aku yg tak keje ni blh la masak hari2. Tapi better gak buat stok puree n simpan dlm peti ais. Masak nasi jer n buh la puree tu. Sbg permulaan boleh wat puree carrot, bayam, sawi n buah2an yg sesuwaiii...... Tgk la nanti.

Oh ya, utk nasi ada gak yg aku baca suh blend dulu beras tu ~ nak kasi cepat. Masa zukhruf dulu pun ada gak org bgtau cam tu tapi tak penah buat kot.

Nanti la aku baca lagi psl solid food ni n aku citer kat sini ~ sekadar utk share ngan kawan2 yg juga akan mula bg solid food to their babies.


Nota: Org zaman dulu masa dlm 40 lagi (dlm pantang!) dah suap baby makan. huhu. camane la... kata mereka, kalau baby kenyang baru tido lenaaaa......

3 comments:

Blog Diva said...

senangnye anak awak makan serba serbi.. anak saya nestum langsung tamau.. moi pun sket je...memang 'x apuh' la nak buat.tapi kalu xbuat, dia nak makan apa jugak kan? terpaksa jugak la buat. dan buang.taruk beras segenggam pun asyik buang jugak bila xabis..huhu..

jie @ azie said...

auliya tak start solid food lagi ... amzar dah suap semlm sbb berona tokse tido..duk bertempik jah.. bibik jie suap bubur nasi lenyek.. bibik lenyek nasi mcm lenyek pisang tp tok buh garam+gula..pahtu baru tido dgn aman..

Kaklong Nuzula said...

teh ~ Oooo adam tak mmake ko??? hihi, doh dia kuat susu kot... itu la, kita sbg ibu mesti rasa nak masak jugak even masak n buang.. huhu....

jie ~ Oooo amzar dah makan ker? yer kot, dia lapar la tu. mmg depends on baby jugak, tak semestinya 6 bulan baru nak suap. dah la amzar jenis 'ttubuh' gitu, mesti tak cukup ngan susu jah... mesti seronok ek amzar dah makan tuh... auliya tgk la dlm seminggu dua lagi.....