Aku sampai sini hari Jumaat mlm. MIL and FIL yg hantar blk sini. Perjalanan dr baling ke KL dlm 5 jam jer. Mujurlah auliya ok jer dlm keta. Selama 12 hari kat baling takde apa yg menarik pun. Aku duk makan tido jaga anak jer la. Hihi. Masak pun MIL yg masak. Aku just tolong2 jer, takpun just masak sayur n goreng lauk. Hihi.
Aku ok jer duk umah mertua tanpa suami (tp ni la yg plg lama). Mereka pun dah mcm ibu bapa aku sendiri. Yer, mertua kite adalah ibu bapa kpd suami kite. Justeru, mereka adalah ibu bapa kedua kite. Tak dinafikan ibu bapa mertuaku itu baik terhadap aku. Sgt baik la! kat baling tu mereka duk kat kuaters hospital baling, sbb MIL aku misi kat hospital baling. FIL pulak polis dekat balai polis baling. Zukhruf skg kalau jumpa polis semua dia cakap kawan Wan. Kalau misi pulak kawan tok. Haha.
Hari Ahad (kelmarin tu), aku ngan MIL masak2 kat rumah aku ni. Jemput maklong, kakja, fakhrul, ani sume dtg lunch kat sini. Diorg tu family belah suami aku la. So hari ahad tu penuh la rumah aku ni. Lyn n saipul pun ada. k.ngah pun dtg jugak dr melaka (k.ngah adalah satu-satunya adik ipar perempuan aku - kapten askar tu!). N mlm tu pulak ayahsu sefamily dtg mkn nasi kat sini.
Pagi smlm diorg (mertuaku) gi ke Putrajaya. Gi ke bhg. sumber manusia kementerian kesihatan, sbb MIL nak tanya psl pertukarannya. MIL n FIL dah mohon utk tukar ke kelate, sbb rumah mereka kat kelate pun dah hampir siap. So, statusnya dlm proses lg la. Harap2 dpt la. Myb MIL dulu akan blk kelate, kalau FIL takleh tukar lg. Then MIL n FIL aku tu dah balik ke baling smlm, sbb dah kena keja hari ni.
Auliya pulak skg duk meniarap2 mcm tu la. Dr meniarap tu dia dah boleh reverse - pusing balik sendiri utk telentang. Skg ni dah pandai nak org dukung or riba. Dah takmo duduk bawah lama2. Isk, susah jugak la nak buat keje kalau mcm ni.
Semlm, nisa (kawan farisian aku) fon. Duk sembang2 psl anak. Nisa selalu jgk fon aku. Iyer la, dia pun suri rmh cam aku, hihi. Dia cikgu actually tp skg masih bercuti tanpa gaji utk jaga anak, sbb takleh tukar sekolah dekat dgn suami. Nisa nampaknya udah advance dr aku, sbb dah CDing (cloth diapering) kan Dania. Dania pun dah makin montel. Dania ngan Auliya beza 18 hari je, tua Auliya.
Semlm jgk dapat msg Mardiah adekku (the muslimah engineer, hiks) nak dtg KL sbb ada course kat concorde. Then abis tu nak balik Kelate. Nak ngikut jugak umi abah aku gi konvo Ida kat Johor. Dari Johor mayb diorg akan singgah KL. Meriah lg la rmh aku nanti.
Tuesday, August 4, 2009
Meh nak citer....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment